Home

Tuesday, March 26, 2013

Jetlag

Jetlag.

Kononnya sedang jetlag akibat baru-baru ini Jijah turun naik kapal terbang katanya. Kononnya nak feeling macam orang lain yang duduk berjam-jam dalam kapal terbang. Hakikatnya cuma naik kapal terbang yang durasinya cuma tak sampai sejam pun. Tapi feeling tetap nak melebih-lebih kan? Itu harus katanya. Kata Diva Pora , kalau tak melebih-lebih tak layak lah nak jadi Diva Pora kan? Statement minta pelempang sangat! HAHA.

Khamis lepas Jijah bergigihan menuju ke Kedah Darul Aman. Tapi Sabtu malam Jijah sudah kembali ke KL. Bukan untuk bersuka ria saja-saja nak catwalk tepi sawah padi. Bukan juga saja-saja nak berjimba ria di tengah kota Alor Setar. Bukan semuanya. Sebaliknya Jijah pergi ke sana dengan tujuan untuk menghadiri majlis perkahwinan keluarga JWI Jijah , iaitu Ratu Sha! Gituew kau nama glemer kan?! HAHA. Tapi nanti Jijah akan buat satu entri khas mengenai majlis perkahwinan Sha itu nanti. Ada banyak sangat gambar sampai mata pun dah naik juling tak tahu nak pilih yang mana satu. Gituew katanya.

Tapi sungguhlah , sangat letih sekarang ini. Sejak semalam semakin berganda rasa lemau. Asal nampak katil dengan bantal , haaaa terus berdengkur tak ingat apa-apa dah. Asal ada masa terluang haaa berdengkur lagi. Nampak tak jetlag teruk dia macam mana? HAHAH. Poyo gila statement! Tapi memang sangat letih. Tapi macam mana pun memang sangat enjoy dan fun sepanjang 3 hari berada di Kedah. Singkat tapi macam-macam yang jadi sampai rasa rindu sangat-sangat dekat semua. Hailah.

Sebagai teaser dan mungkin juga untuk mereka yang merindui Jijah , barangkali. Nah sekeping gambar dari Jijah untuk korang. Heh.


Budak 19 tahun bergambar depan kapal terbang sebab dia jakun.

Boleh? 

okbai.


Terima kasih sudi baca entri ini :)

Wednesday, March 20, 2013

Menonton Sekali Lagi Teater Lelaki Dari Gua Dan Melepak Bersama Amar Asyraf?

Masih ingat tak Jijah janji untuk menyambung entri teater Lelaki Dari Gua? Masih ingat atau tidak? Hihiks , setelah beberapa ketika baru sekarang ada masa untuk menyambung entri ini. Fuh , banyak betul benda hendak diselesaikan dalam sehari dua ini sehingga tak ada masa langsung untuk mengetuk kibod. 

Sebenarnya kalau ikut yang sebetulnya Jijah menonton teater Lelaki Dari Gua itu pada hari Sabtu iaitu pada 2 Mac. Tapi disebabkan ada kawan yang ajak menonton pada 1 Mac , Jijah menonton pada 1 Mac terlebih dahulu. Kemudian fikir Jijah tak apa , tengok banyak kali pun tak apa. HEHE. Nampak tak dia punya geletis tu macam mana uols? Nampak tak? HAHAH. Heiii , Jijah sokong industri teater okeh? Tetiba saja kan! HAHAH.

Jadinya masa 2 Mac tersebut , tiba-tiba rerakan Jijah cakap terpaksa cancel last minute. Agak sadis mula-mula tapi fikir Jijah kan dah tengok hari yang sebelumnya nak sadis buat apa khen? HEHE. Jadinya Jijah pi melagho tempat lain kekdahnya. HAHA. Tapi tiba-tiba ada kawan Jijah ajak Jijah menonton teater tersebut petang esoknya. Jijah macam ... errr errr errr. Okay jom saja lah. Jijah pun rasa teater best dan menarik untuk ditonton. Jadi tak kisah nak menonton berapa puluh kali sekalipun katanya. Oh statement itu agak berbau ikan. HAHAH.

So sebab Jijah seorang yang gigih , Jijah pun pergi lagi pada 3 Mac untuk menonton teater tersebut. Saja teman kawan kekdahnya. Dia nak pergi seorang diri macam tak best , jadi Jijah pun apa lagi teman saja lah kan. HEHE. So kita tengok gambar jom?




pengsan bangun balik.

walau tak tidur seharian tetap sengih sampai hujung telinga khen?! hihiks.







selagi boleh snap , kita snap sampai pengsan okeh? itu konsep #DivaPora katanya!

matiler kalau ada yang cerca mekkkk!




*ok ambil oksigen kejap lepas tepek gambar. lol*

HEHE , makanya 3 Mac yang lalu sempat menonton sekali lagi teater Lelaki Dari Gua katanya. Bayangkan kalau hari Jumaat , Sabtu dan Ahad Jijah menonton? Bayangkan? Bayangkan? Tidak ke Jijah boleh dikatakan sebagai seorang yang sangat gigih? Hihiks. Kadangkala bergigihan hal begini seronok juga. Kadangkala lah. Kalau selalu , cemuih lah pulak kan. 

Lepas itu nak dijadikan cerita , sesi petang tayangan teater Lelaki Dari Gua ini turut dihadiri oleh para pemenang kuiz yang dilakukan oleh Amar Lovers kekdahnya. So theyols dapat tiket percuma dan dapat beramah mesra dan melepak bersama Amar Asyraf. Hihiks. Jijah sebenarnya tidak menang kuiz bersama Amar Lovers tersebut. Memang tak ada terlintas untuk join kuiz tersebut. Sebab Jijah memang tak handal bab-bab nak jawab kuiz kekdahnya. Menyerah diri kekdahnya! Gituew.

Jadinya sewaktu dah nak pulang menanti Ayah dengan penuh redho dan paswah , tiba-tiba dapat panggilan dari rakan yang menang lepak bersama Amar. Katanya Amar tanya mana Jijah. Gituew. Kau mampooooo retis tanya pasal kau? Kau mampoooo? Okay annoying gila kau Jah! Hahahah.. Tak sebenarnya Amar tanya sebab masa sebelum diorang gerak pergi tempat lepak , nampak kelibat Jijah dimana-mana. Jijah kan is everywhere kan? HAHA. Lepas tu tetibe tengok Jijah tak ada masa dekat tempat lepak kan. HEHE. Iyelah , Jijah bukan pemenang , tak akan tetibe nak menyelit khen? Tapi bila kawan Jijah call dan bagitahu Amar tanya , haruslah Jijah gegedik pergi tempat lepak tu kan? Mujur Ayah lambat sampai. Wakakaka , mujur ye Jijah?! Hampeh betul kau Jijah! Ekekeke..

Makanya , sempat lah Jijah lepak dan berborak dengan Amar secara berjemaah lebih kurang setengah jam. Jijah je lah yang setengah jam , orang lain lama lagi rasanya. Jijah terpaksa pulang awal khen. Iyelah dah memang bagitahu Ayah suruh datang ambil awal katanya. Hihiks. Tak apa , walaupun sekejap saja melepak dengan Amar dan tunangnya Arna, tapi tetap banyak gambar yang ku snap khas untuk tatapan peminat Amar yang membaca belog Jijah. Hihiks. Suka tak ? Suka tak ? keh keh keh.










Maaf Jijah terpaksa cantumkan gambar-gambar ini semua. Kalau tidak berpuluh keping gambar yang ada dalam entri ini. Mahu juling mata semua orang baca nanti. HEHE. Meski cuma setengah jam begitu Jijah melepak bersama Amar dan tunang , Arna serta pemenang kuiz Amar Asyraf tapi macam-macam cerita dan kisah yang Amar sempat kongsi dan bercerita. Walau cuma sekejap tapi memang rasa seronok sangat katanya.

Apa-apa pun terima kasih untuk Amar yang sudi mengajak Jijah untuk melepak bersama meski Jijah bukan pemenang kuiz tersebut. Terharu sangat hokkay! Sempat juga belanja Jijah makan dan minum. Dah lah Jijah dengan bangganya order dua gelas air. Erkkkk. Jijah memang tak reti malu sangat khen?! Ekekekek.

Gituew. Apa-apa pun terima kasih untuk masa yang diluangkan bersama kami semua hari itu Amar dan Arna meski tidak tidur seharian tetapi masih boleh bercerita bermacam-macam cerita dan tetap tersenyum dan ketawa riang bersama. Itu yang paling seronok sebenarnya. Jijah memang suka dengan Amar dan Arna yang sangat sporting dan friendly ni. Meski baru saja dua kali bertemu tapi keramahan theyols berdua memang menakjubkan perasaan Jijah. Haaa dah keluar dah bahasa dramatik Jijah khen? Hihiks. Oh tak lupa terima kasih juga untuk kawan Jijah , Wanie yang sempat telefon Jijah sehingga Jijah terlompat atas tengah jalan raya eksaited punya pasal nak menuju ke tempat lepak tu khen? HAHAHA. Ini cerita benar yer? HAHAHA.

Meski sekejap saja tapi sangat enjoy dan fun melepak bersama gituew. Cuma tak sempat nak berkenalan secara serius dan lama dengan mereka semua dek kerana kesuntukan masa kena berkejaran balik cepat khen? Sedihhhh. Maka berakhir sudah part 2 yang dijanjikan kepada semua yang menantikan kisah ini. HEHE. Harap ampun dan maaf kalau terlambat gituew nak mengupdate cheritai ni. Ada banyak perkara yang perlu diselesaikan dengan segera minggu ini selain mood turun dan naik untuk mengetuk kibod. HEHE. Harap semua enjoy dan gembira membaca entri ini! Tehehehe.

Oh macam biasalah kan , sebelum berpisah nah sekeping gambar kami bertiga.


Jijah , Amar & Arna.

I iz suka gambar ni 

Terima kasih sudi baca entri ini :)

Friday, March 15, 2013

Kekasih Baru. Hello Samsung S3 Mini ♥

Hari itu , Jijah ada buat satu entri berkaitan dengan kekasih baru ini. HEHE. Agak cuak nak menulis pasal ini bimbang orang kata nanti Jijah show off pula kerjanya. Haip! Tapi sekadar nak berkongsi apa saja dalam belog ini katanya. Belog Jijah , Jijah punya suka konsepnya kan? HAHA. 

Sebenarnya memang boleh tahan lama juga berhajat nak tukar handphone. Bukan sebab terikut-ikut orang atau apa. Tapi bajet macam sekejap cukup sekejap pula tidak cukup. Sadis disitu. Tapi sabar Jijah sabar , monolog dalam hati sebelum ini kan? Selepas itu, Samsung Coryby II yang Jijah pakai sebelum ini asyik buat macam-macam ragam. Hailah. Masa orang punya poket kosong ini juga dia nak buat hal. Sekejap begitu , sekejap begini. Sabar saja lagi. Tapi lama-lama jadi hilang sabar sebab banyak benda kena berurusan guna handphone katanya. 

Bila usha segala jenis handphone memang hati teringin untuk memiliki Galaxy Note 2. Heh. Bila tengok harga , okay mampu gugur bulu ketiyak. Jadi batalkan hasrat sambil bawa hati yang hancur kerana tak mampu untuk memiliki katanya. Okay , itu terlebih drama. Jijah memang agak kurang berminat dengan Iphone ataupun Blackberry. Jadi memang keluar dari list jenis handphone itu. Kemain lagi , cara buat list macam buat list untuk jejaka idaman saja gaya nya kan? HAHA. Tak tahu kenapa macam berminat sungguh dengan Samsung. Hailah. 

Kalau ikut sebelum ini dengan mengikut bajet yang ada nak pilih Samsung Galaxy W. Walaupun not-so-intrend kan? Tapi ada aku kisah kekdahnya? Tapi macam biasalah. Bila godek sana sini , nampak S3 macam menarik. Nampak juga S3 Mini macam menarik. Ades. Godaan syaiton sungguh kalau nampak gadget-gadget ini okeh? Haiyooo. Tapi tak berani nak target semua itu. Takut kembali kecewa kan? HEHE. 

Dan akhirnya , Jijah telah pun memilih S3 Mini sebagai kekasih cinta hati yang baru katanya. HEHE. Harga pun quite nice (walaupun gugur juga bulu dekat tangan tapi Jijah paswah chuols! *panggggg) dan untuk mereka yang seperti Jijah sibuk nak ber-Instagram (itu niat asal beli handphone baru kan sebenarnya?! HAHAHA okay senyap kau Jijah! LOL!) or ber-whatsapp dan korang mempunyai bajet yang rendah seperti Jijah , sangat digalakkan untuk membeli katanya. Kalau nak dibandingkan S3 Mini dengan S3 atau Galaxy Note 2 , memang jauh beza. Tapi kalau korang ada bajet yang rendah , why not untuk membeli S3 Mini ini kan? HEHE.


Tadaaaaa.

Alhamdulillah , bila ada rezeki lebih begini , memang Jijah tak ada kata nak melagho habiskan semua untuk yang Jijah hendak. Cuma habiskan untuk yang perlu saja. HEHE. So far sudah beberapa hari guna S3 Mini , memang okay saja. Cuma jangan complain mengenai bateri yer Jijah. Kalau dah guna internet , dah guna whatsapp , dah guna instagram bagai , bila masa bateri tak habiskan? Tehehe. Itu yang sejak dua tiga hari ini , habis tergendala niat nak update belog. Sibuk menggodek handphone baru katanya. Jakun kekdahnya. HAHA. Maafkan Jijah katanya. HEHE. 

Kalau ikut komen Jijah , S3 Mini is okay. Nak kata terlalu okay mungkin tidak. Tapi Jijah selesa menggunakan so far. Dan hari ini kalau tak silap Jijah sudah ada pelancaran S4 kan? Stress pula Jijah tengok. Stress sebab nampak cun! HAHAHA. Gila gadget sungguh Jijah ni tau. keh keh keh. Tapi bersyukur sajork dengan apa yang ada sekarang katanya. 


Kekasih Baru , Si Putih bersama Kekasih Lama , Si Pinky.

Adil & Saksama kan?! Hihiks.



HEHE , memang sengaja pilih warna putih. Sebab rasa macam cantik warna putih itu. Dulu punya warna pink. Sekarang kasi tukar sikit lah kannnn. HEHE. So sekarang memang macam teruja juga godek-godek handphone sendiri. Orang lain dah lama merasa smartphone bagai. Jijah baru je dapat merasa maka harus berasa sedikit jakun katanya. Bukan sedikit tapi banyak sangat jakunnya katanya. Hihiks. Sehingga sempat juga try update belog guna handphone. Saja nak try macam mana kan. So far , agak kurang memuaskan hati. Sebab nampak tak kemas dan tulisan kemain kecik bila dah tayang dan tengok guna laptop. Kalau guna smartphone/tablet or apa saja itu nampak cantiklah. Tapi kalau tengok guna laptop serius tak memuaskan hati. Teheheh.

So sekarang ketika tengah teruja ini , maka akan terus menggodek sampai pengsan kekdahnya. Terutama bila berkaitan dengan Instagram. kah kah kah. Habis segala aplikasi yang tak berbayar aku try untuk cuba. Memang Jijah terus mengganas di Instagram upload segala jadah gambar kan. Paswah sajork semua orang tengok katanya. Hihiks. Kalau korang rasa nak follow Instagram Jijah , silakanlah. Cari saja ; IjahEmoTemo. Hihiks.

Ada apa lagi nak tulis ni? Oh kita tepek sekeping gambar. Gambar wallpaper handphone yang buat Jijah tersengih lebar bila memandang. Kemain kau Jah!


hihiks.

Aaron Aziz vs Amar Asyraf ke apa ni? :p

satu wallpaper ketika unlock. satu lagi wallpaper ketika lock.

i iz sukaaaaaa!

okbai!


Terima kasih sudi baca entri ini :)

Thursday, March 14, 2013

Rezeki Mac :: CPUV Muncul Dalam Belog Picisan Jijah! Yeay!

Dah lama rasanya Jijah tidak bercherita tentang CPUV atau ramai yang lagi kenal dengan panggila Buffered Earning (BE) kan? Belog picisan macam Jijah ni tak adalah dapat kencang mana pun CPUV nya. Tapi alhamdulillah , setakat sekarang dapat lah jugak tengok nilai Nuffnang Jijah bercambah sedikit demi sedikit kan. HEHE , daripada tak ada langsung kan? Tehehe. Kini yang paling terbaru , dapat sekali lagi merasa sedikit bonus daripada Nuffnang bila muncul 1 CPUV dalam belog picisan Jijah ini.

Harus rasa gembira hati ini kan? Iyelah , memang Jijah pun bergantung harap juga pada belog ini untuk mencari sumber sesuap spagheti kan? Gituew kau Jijah! Sesuap spagheti terus katanya! Hahahah. Kalau tak dramatik ayat Jijah , memang bukan Jijah lah khen? Erhiks. Rasa bersyukur pun ada juga. Sekurang-kurangnya ada juga pendapatan sampingan Jijah kan. Bukan sekadar menulis bodoh-bodoh saja kan? Gituew statement si Diva Pora katanya!


Terima Kasih F1 Event March 2013 :')

Terima Kasih Nuffnang :')

Apa-apa pun aku sangat bersyukur dengan kemunculan CPUV terbaru ini di dalam belog picisan ini. Belog aku memang agak jarang sedikit untuk menerima kemunculan CPUV. Apatah lagi untuk mendapat CPUV berderet-deret kan? Tapi tak apa, aku percaya setiap orang mempunyai rezeki masing-masing. Bila dapat satu CPUV pun sudah cukup buat aku gembira kan. HEHE. 

Korang pula bagaimana? Ada yang sudah dapat CPUV terbaru di dalam belog? Alhamdulillah untuk semua ini :)

Terima kasih sudi baca entri ini :)




Tuesday, March 12, 2013

Wordless

HEHE. Memang entri wordless. Cerita sambung next entry boleh? Hehe.
Ini pun tengah guna aplikasi blogspot for android ni. HEHE.
Terima kasih sudi baca entri ini :)