Anyway, how are you guys doing? How is your 2020 so far? I hope that everyone is doing good and okay right now. Walaupun, as per date now, Kerajaan Malaysia sedang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan sejak 18 Mac 2020 untuk seluruh Malaysia. Satu langkah yang cukup bijak dan harus dipuji memandangkan jika dilihat kepada purata kes positif yang telah disahkan oleh KKM cukup membimbangkan terutama di akhir bulan Februari sehingga ke bulan March lepas. Memang tindakan PKP adalah satu tindakan yang cukup melegakan hati Jijah sebenarnya.
Iyelah, kita ni pengguna perkhidmatan awam - LRT untuk pergi ke kerja ataupun bila ada urusan luar pejabat pun, kita tetap kena gunakan LRT. Bila menaiki LRT ni, keadaan dalam LRT bukan sama seperti orang yang menaiki kereta. Ada nasib baik, dalam train tak berhimpit. Dapat nasib train buat hal dengan issue teknikal yang lebih kurang sama, merasalah kena berhimpit dalam train. Benda macam tu yang cukup merisaukan Jijah kalau PKP tidak dijalankan. Kita tak tahu orang sekeliling kita dah cukup hygine ke belum, diorang ada ke luar negara ke, diorang bebetul sihat ke dan eh macam-macam lagi kita nak overthinking kalau PKP ni tak dijalankan.
Even, masa kes di bulan Februari boleh dikatakan tidak mendadak sekalipun, masa itu Jijah dah cukup paranoid. Nak pegang pemegang di dalam train , pemegang pintu, button lif dan pemegang besi dekat mana-mana sekalipun kalau boleh nak sembur dengan sanitizer. Eh dia punya tahap insecure tu memang di tahap tertinggi ya. Tak pernah tahap macam tu tau. Iyelah, virus COVID-19 ini kan masih baru. Kita tak tahu bagaimana dan macam mana virus tu "buat kerja" kan? Insecure dan mengambil tindakan berjaga-jaga tu sangat perlu. Ini bukan saja-saja takut, tapi perkara yang paling Jijah fikir ialah, dekat rumah kita ada nenek yang dah tua, mak ayah kita pun dah tua, ada bayi dan kanak-kanak. Kalau kita nak buat tak endah dengan situasi macam itu, yang bakal menerima kesan bukan setakat diri kita seorang, malahan sekeliling kehidupan kita. Nauzubillah min zalik. Semoga kita semua dijauhkan daripada wabak yang sedang mengganas ini.
Sebenarnya bila sudah lebih sebulan duduk di rumah ini, memang emosi pun turut sama tunggang terbalik. Tambah lagi bila membaca berita tentang kes positif yang di merata tempat, lagi menimbulkan rasa macam-macam. Sehinggalah susah nak tidur malam bila terlalu banyak membaca tentang kes COVID-19 ini. Overthinking yang tidak sudah. Disebabkan itu, Jijah cuba untuk mengawal pembacaan tentang COVID-19. Bukan tidak ambil tahu langsung, tapi being someone who have anxiety, I can't denied, I feel's scared! Kadangkala rasa resah tidak tenteram bila melihat semua simptom. Kadangkala mula lah rasa macam nak demam lah, susah nak bernafas lah. Sebab itu kadang-kadang malas sangat buka social media or even whatsapp! Updates is everywhere sehingga diri sendiri yang triggered tak tentu pasal kan..
Maybe some might said.. "Yang nak fikir sangat dah kenapa?.." but kita pun tak minta untuk menjadi overthinking. Sebab itu sometimes, kita kena jarakkan diri daripada semua ini before it becomes worst kan? Tengah musim PKP dan duduk di rumah ni, I can see how everyone become so easy judge another people tanpa berfikir panjang. Takut pula kadangkala bila membaca semua itu. Not that I am that kind of good one yang tak judge orang, I do sometimes.. (errr), but please, #KitaJagaKita.. It is not just kita jaga jarak, but kita jaga lah emosi orang sekeliling kita, kita jaga lah juga perasaan orang sekeliling kita. Tak rugi pun sebenarnya! Kenapa kita mesti pilih untuk sakitkan hati orang lain, sedangkan if you happykan hati orang lain kan lebih bermakna?
Begitulah, bila sudah lama tidak menulis, lepas tu datang pula musim PKP, memang macam-macam benda nak tulis dalam belog picisan ini kan? Lantaklah, ada orang baca ke tidhok, janji apa yang terbuku di dalam hati sudah diluahkan.. Eheks! I really hope everyone di dalam keadaan yang baik sejahtera sentiasa. Jaga jarak di mana-mana sahaja anda semua berada. Stay safe and healthy too everyone! Semoga wabak COVID-19 yang telah berleluasa di seluruh dunia ini akan pulih sepenuhnya tidak lama lagi. Semoga Malaysia dan seluruh dunia akan pulih daripada wabak COVID-19 ini! Aamiin insyaAllah!
#KitaMestiMenang!