Assalamualaikum. Alhamdulillah , semua yang aku nak selesaikan hari ini semua telah selesai. Cuma bila dah selesai bukan lah seperti yang di harap. Aku sedih , aku kecewa dan aku terkilan. Biar lah aku tak beritahu di sini apa kejadah nya benda yang aku sedih , kecewa dan terkilan ituew. Sungguh lah , aku sedih ni.
Nak senyum pun terasa kelat pahit payau aje rasa nya ni. Tapi aku redha aje lah. Mungkin kita tak tahu apa yang terbaik untuk kita kan. Tapi Tuhan tahu apa yang terbaik untuk kita. Hmm , tak tahu nak tulis apa lagi cuma saya rasa sangat macam-macam sekarang ini. Sekarang dah malas nak fikir apa-apa. Lagipun lagi banyak aku berfikir , lagi tertekan pulak aku nanti. Buat naya aje nanti.
Ehem. Di sebalik kecewa , terkilan dan sedih saya ... saya tetap bersyukur dan bahagia bila masih ada ramai yang jadi pompom girl saya. Haha , macam hape je ayat aku ni. Tapi sedih tiba-tiba ada pompom girl? Ekekek. Entahlah , malas nak fikir panjang-panjang. Nanti mula lah nak emo-temo tahap melangit segala. Sheesh.
Lepas tu terjumpa satu ayat yang buat hati kembali berbunga senyum meski tak ada perisa dekat twitter.
memang benar kan itu :)
saya yakin dan redha pada ketentuan Nya kerana Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk saya
:)
♥
No comments:
Post a Comment