Home

Monday, January 16, 2012

Cherita Basi :: Road Tour Ombak Rindu bersama Aaron Aziz dan Maya Karin! Mampoo?

Sekali lagi kita kembali ke masa belakang untuk mengimbau kembali cherita yang nak aku cherita kan ini. Kalau boleh aku nak habiskan semua cherita basi by this week. Sebenarnya tak larat jugak nak memeram lama-lama sampai jadi perkasam. Sebab nanti aku dah tak ada feel nak bercherita secara dramatik mahupun heksaited khen? Hiks. 

Ehem seperti tajuk entry ini , aku nak bercherita serta macam biasa menyelit juga beberapa keping gambar aku ketika di Road Tour Ombak Rindu. Sebenarnya tidak merancang pun untuk mengikut serta Road Tour Ombak Rindu ini tau. Tetapi apabila mendapat tahu jadual Road Tour Ombak Rindu , terus aku secara tiba-tiba bersama Kaka Ekah dan juga Kaka Fieza menurut serta Road Tour OR ini tau. Kenapa aku cakap secara tiba-tiba? Hehehehe , sebabnya acara terjah panggung which is yang di namakan as Road Tour ini diadakan di TGV Wangsa Walk Mall iaitu berdekatan dengan rumah aku. Hamboi , bila dapat tahu sahaja wajib aku bergigihan pergi kan? Sedangkan eCurve nun jauh di Damansara boleh pergi tak kan tempat yang sekangkang kera itu tak boleh nak pergi khen? Hiks. Gigih sangat mengikut Road Tour OR semata-mata nak berjumpa dengan Aaron Aziz dan Maya Karin voleyh? Ngeee.

So aku pun pergi ke Wangsa Walk Mall dan menanti kehadiran Kaka Ekah dan Kaka Fieza yang sempat sesat menerawang entah kemana-mana. Hahahaha , kalau tak sesat tak sah khen? Hihihihi. Kalau ikut jadual Aaron Aziz patut sampai ke TGV Wangsa Walk dalam lebih kurang pukul 1.30 macam gitu kot? Aku pun dah lupa kejadian semua ini. Tapi Aaron sampai lambat ye? Lebih kurang sejam selepas itu baru Aaron sampai. Okay sambil nak menanti Aaron Aziz memang banyak cherita kelakar. Sampai sekarang boleh ingat segala macam kejadian dengan Kaka Fieza dan Kaka Ekah. Hahahaha.

Okay lepas dah menunggu semua , tiba-tiba Kaka Fieza dah nampak kereta Aaron Aziz , semua dah excited menanti Aaron dekat lif. Sekali ? Aaron naik guna escalator. Meraung guling-guling tengok Aaron dah kena serbu! Perlu lah , IjahEmoTemo ini tetibe nak feeling jadi bodyguard abe Tapa. Eh , tak , tak ada makna nya pun. Ekekeke. Ehem sebenarnya bukan mudah nak buat aksi terjah suka hati macam ini. Perlu kekuatan mental dan kecekalan hati. Mampoo ayat feeling begini? Hahahah , tak ada lah. Lepas Aaron dah masuk dalam panggung , kitaorang tunggu belakang panggung. Mampoo? Tak kan feeling nak jadi team Ombak Rindu kot kan masuk dalam panggung bersama-sama kan?!

So dah berpeluh bagai , keluar Aaron Aziz dengan Maya Karin and team Ombak Rindu termasuk penerbit Ombak Rindu uncle Sharad , hihihi , sesuka je aku panggil uncle ekekek. Terus cepat aje tahan Aaron Aziz sebab nak ajak bergambar. Hihihi. Mula-mula memang tak ada orang , tapi bila dah lama jugak bertapak dengan Aaron Aziz dan geng Aaronators yang sempat menerjah itu , makin ramai orang serbu Aaron. Hiks. Okayyyy jom layan gambar! :)

Sengaja cantum-cantum kan , tak mahu entry jadi panjang lebar , ahaks! :p Layaaaaaan :D


mula-mula tidak ramai ye? lepas itu bersesak okeh?!!

Aaron siap cakap :: Eh hebat la uols semua mana-mana je ada?!!

Dah tu Abe Tapa yang tweet lokasi kan? Wajib lerr #GengTerjah ni muncul di mana-mana :p Ahaks.


weolsz! :D


maya karin sangat gojes biar lah pakai simple macam mana pun okes? :p

Masa nak bergambar dengan MK ada pulak cerita dramatik nya hihihi. masa tu aku dekat luar bangunan and dah nampak maya macam nak masuk lif padahal tak pun. so , aku boleh menjerit dari luar siap cakap "Tunggu Mayaaaaaaa , nak bergambar!" siap dengan tangan ala-ala nak menahan orang , boleh macam gitu? hihihi. Lepas tu Maya dekat dalam pun terus sambut tangan aku , ala-ala nak menyambut orang gitu? Hahaha dramatik sangat. Padahal bila masuk-masuk memang lift pun tak di buka ye? Choiii. Hahaha. Tapi serius suka dengan Maya yang friendly and gowjes ini. Hiks.

Lepas itu Aaron dan Aaronators (Kina , Kak Noraini + anak Kak Noraini , Ika dengan Syafiq) ajak aku dengan Kaka Fieza untuk join Road Tour OR yang lain dekat Alamanda , KLCC , Times Square. Hmmm , masa itu kitaorang tak fikir lagi mahu join sebab Kaka Ekah dah kena pulang. Lepas makan dekat A&W kejap , kitaorang pun decided nak join terjahan di KLCC sebab kalau nak pergi Alamanda macam jauh sangat. So dengan tiba-tiba juga kami berada di KLCC demi Road Tour Ombak Rindu. Korang mampooo? *nangis* Hahahaha. Bila di KLCC memang lagi best sebab tak ada orang yang mengelilingi Aaron Aziz mahupun Maya Karin sebab mereka pergi menunggu Aaron dengan Maya dekat tempat lain padahal mereka berdua pergi ke tempat lain. Hihihi. Masa nak tunggu Aaron dengan Maya terserempak pulak dengan abang Budiey. Blogger terkenal uoslz! Sempat berborak dengan abang Budiey dan wife dia. Heheheh. Abang Budiey pun sempat ambil beberapa keping gambar Aaron Aziz dengan Maya Karin daripada aku. Thank You ye abang Budiey siap link kan nama belog Ijah dengan nama twitter Ijah :) Tekan SINI untuk melihat entry tersebut. Erhiks. 


thank u abang Budiey sudi bergambar :)


Lepas je berborak dengan abang Budiey terus pergi jumpa geng Aaronators. Lepas itu jumpa Aaron dengan Maya yang nak pergi ke lif. Biasa lah lif dekat KLCC ni lembapz ya hamatz uolsz , so macam biasa sempat lagi bersembang dengan bergambar lagi sekali kan? Hihihi itu yang penting. Tapi memang yang dekat KLCC aku rasa lagi syok pulak walaupun aku expect masa itu KLCC mungkin lagi havoc tapi rupa-rupanya tidak. Kalau nak di bandingkan dekat WWM memang ternyata dekat WWM lagi pheww berpeluh kena keliling dengan pehminat-pehminat Aaron dengan Maya. Ikut cerita Kina , geng Aaronators tu cakap , dekat Alamanda pun sama , havoc sangat-sangat! Hihihi , so macam biasa jom layan gambar lagi ;)

p/s : cantum mencantum gambar ikut suka hati aje ye? heheheh.





okay gambar ini comel dan kelakar.
kenapa aku cakap macam itu?
sebab ... cuba tengok ?!

Maya Karin kasi pose senyum dekat aku.
Aaron Aziz pun kasi pose senyum menyelit dekat belakang kan?

tidak kah kelakar dan comel uolsz? hihihihi :p

Lepas habis sahaja road tour di KLCC kitaorang dah tak ikut serta kecuali Aaronators sebab Kak Fieza mahu shopping di KLCC kejap. So aku pun teman kan Kak Fieza kejap. Hiks dan lagipun tak larat sudah nak mengikut terjahan di Times Square khen? Ngee , dah ikut dua tempat pun boleh tahan penat jugak kan? Tapi memang seronok uolsz! Haaaa , macam dah terpanjang lebar pulak entry ini khen? Ahaks , sebelum berpisah , gitueww kau , meh aku nak tunjuk tweet dari Abe Tapa katanya ... :p


sebenarnya terkejut sebab di gelarkan oleh abe Aaron as #SkuadTerjah! :p
balik-balik from KLCC tengok dapat tweet from Aaron. hihihi.

macam dah dapat macam-macam gelaran sajork ni? *pitamz* 

HAHA.

Fuhh , selesai jugak bercherita tentang cherita basi yang ini kan? Akhirnya selesai juga update tentang cherita 2011 uolsz! Ada aje lagi kot yang belum aku cherita? Tapi itu tak apa itu kita bercherita next time k? Lepas ni aku akan update tentang aku pergi tempat shooting Bicara Hati dan juga ke tempat PC Top 5 ABPBH itu ye? InsyaAllah by this week aku akan usahakan untuk meng-update semua itu k? Kalau ikut kelapangan memang mampooo! Tapi secara tiba-tiba aku selsema dengan batuk sekarang ini. Aduhai , moga-moga cepat sembuh sebab tak suka sakit-sakit macam ini. Hehehehe. 

Dan rasanya entry kali ini pun tak mampooo untuk menjadi pendek. Korang okay atau tidak ye aku punya entry panjang berjela macam ini? Atau korang rasa macam mana eh? Heheh sempat pula tanya pendapat khen? Hiks. Apa-apa pun enjoy the picture okehhh meskipun mungkin korang dah pernah tengok gambar-gambar tersebut khen? Hiks! :) 

Last but not least.
Aku dan Aaron Aziz lagi.
Candid Picture and remind me to his daughter , Dwi bila Aaron buat macam gitu ;)


Terima kasih sudi membaca entry ini :)

20 comments:

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

nasib baik skuadterjah x turun tokyo ekk...if not lg gempaq ni...omg MK sgt lovely...mek spec x pakai x pa ka?? pakai CL ker???

Misz-ella said...

wahwahwah .. bestnya dia bersama Hero Idaman Malaya.

Ardini Humaira said...

comeyyynye maya karin.. tringin nak jumpa dia juga :D

miloaiskurangmanis said...

nokkk.... bila punya kes ni???
makin glamer dah dak sorang ni...

nanti kirim salam kat abg tapa uols tu ye...
ekekekekeke

Kamalia said...

Amboi amboi ijah..makin glemer ko ye dik..pitam akk tengok gambar tu..

dear anies said...

amboi2..
happy nyer dia...
hero malaya tu

nine said...

best gila kot!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Hanis MY said...

glemer u ijah hehe... i loike MK...

Ijah EmoTemo said...

kaka ayu >> hahaha klu lerr ada duit lebih masing2 rasanya dh smpi sana kot :p

hihi yes sgt gowjes uols!!! :D err ai mmg jenis gini pesen kejap pki kejap idok.. sbb ai senang berpeluh dkt muka wawawa , tak pki contact lens uols hehehe

Ijah EmoTemo said...

kakchik >> hehehe mmg best :)

Ijah EmoTemo said...

Dni >> A'ah mmg comeii :) Heheh insyaAllah someday mesti dpt jmp :)

Ijah EmoTemo said...

kaka milo >> hahaha bila yerr?? last year masa after spm rasanya? ke tgh spm erkk.. hahaha.. nan hado glemer nya uols hikss...

hahahah dh smpi kan arituu ekekeke

Ijah EmoTemo said...

kamalia >> hahaha tak ada makna nya popular... ngeee ;)

Ijah EmoTemo said...

khairin >> heheheeh wajib happy hahaha

Ijah EmoTemo said...

peah >> hahahah mmg best gila :p

Ijah EmoTemo said...

kak hanis >> erkk tak glemer pun ngeee ;)

Asmara said...

Hepy belated birthday dear! moga dirahmati selalu!
*wah AA dtg jepun? isk awat baru tau. kot la nak terjah sana gak. ekekeke..

tiefazatie said...

jeles!mo pengsan2...haha

Ijah EmoTemo said...

kak asmara >> thank you!!:) hehehe tak tau ek?? dia ada turun tokyo , dh blk malaysia dh pun skrg hehehe

Ijah EmoTemo said...

ifa >> hahaha bertabahlah ifa ekekeke