Home

Tuesday, May 15, 2012

Berjimba Ria Sehingga Lewat Malam Sebelum Menjelang ABPBH2011 - Part 4

Jijah kembali lagi menulis cherita basi tentang ABPBH2011. Iyer tahu cherita ini dah sangat basi dan Aaron Aziz pun dah dapat kereta yang dia menang tapi Jijah masih lagi terkedek-kedek nak mengupdate cherita ini kan? Biar lambat asal selamat? Eh! Kali ini Jijah nak menyambung cherita kisah jimba ria jimba ria Jijah sehari sebelum menjelangnya Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011. Kalau sebelum ini Jijah gigih bercherita pasal kegayatan Jijah naik cable car , berposing sana dan sini di sekitar Genting Highland dan terserempak dengan Fizz Fairuz dan Amy Search kan? Haaa untuk entry kali ini pula Jijah nak bercherita pula aktiviti malam Jijah bersama dengan Kak Echa sehari sebelum ABPBH2011 berlangsung. Kitaorang sebenarnya buat aktiviti secara random memandangkan this is the only chances untuk kitaorang lepak dengan kadar yang sangat lama memandangkan Kak Echa pun tinggal jauh dekat Langkawi. So sakan betul kitaorang ni berjimba ria kan? HEHE.

Tapi macam yang pernah aku cherita sebelum ini ( ada ke ek? aku tak sure , maklumlah dah lama betul berhenti menulis pasal ABPBH2011 ini kan? -__- rasakan kau Jah terus tak ingat dah kan? haiyoooo! ) kaki aku kan melecet dengan sangat teruk. Aku ingat sakit biasa-biasa aje tapi rupanya tidak. Padahal aku pakai selipar yang bodoh-bodoh aje. Bila malam tu , rasa sakit tu dah macam sengal gila. Nak pijak lantai pun terasa nak nangis. Lepas tu dengan cuaca yang super duper sejuk memang terus buat kaki aku kejung dan cramp. Itu lagi satu hal yang aku terlupa. Aku sendiri pun lupa yang aku kalau terlampau sejuk , kaki aku akan senang cramp. Bila dekat sana tetibe cramp memang rasa nak nangis. Aiyark. Tapi aku tetap teruskan tujuan berjimba ria malam tu. 

Biasanya malam sebelum ABPBH2011 akan diadakan rehearsal dalam Arena Of Star yang bersebelahan dengan Theme Park Hotel itu kan. So memang artis lalu lalang pun sangat banyak. Kalau nak bergambar memang kena cepat dan tangkas! Tapi sebab kaki Jijah makin lama makin sakit so memang mood Jijah sedikit merudum sebenarnya. Kak Echa dah risau takut Jijah hilang mood masa malam kemuncak ABPBH2011 tu. Itu lagi naya gituh. Datang jauh-jauh tetibe hilang mood memang sengaja cari nahas khen? Hiks. 

But Alhamdulillah , aku berjaya control mood aku yang kurang baik pada malam itu. HEHE. Jadi sebab kitaorang pun ala-ala random plan and aktiviti sahaja, kitaorang pun lepak luar Arena Of Star. Kalau nampak artis nak bergambar. Boleh? Kata saja boleh! HEHE. Tapi tak ramai pun terserempak. Cuaca kian sejuk dan artis yang datang rehearsal pula tampak sedikit. Sadis seketika , katanyaaaa. Gedik kau Jah! Hahaha. So masa tengah lepak santai tepi Arena Of Star dengan cuaca dia kemain kau sejuk dia ternampak ramai artis lalu lalang keluar masuk Arena Of Star. Dah tak guna tulis banyak kan? Meh tepek sajork gambar-gambar nya itu. HEHE. 


Jijah dengan Osman Ali , Pengarah Ombak Rindu dengan isteri beliau.
Osman Ali masa tu baru sahaja berkahwin. HEHE.


Jijah dengan Aizat.
HEHE.

Peramah jugak Aizat ni. hoho.

Okay memang itu sahaja yang Jijah sempat bergambar. Sebab tak ramai artis yang menarik minat Jijah katanya. Boleh? Kekwat sungguh statement Diva Pora yang nan hado seorang ini kan? HAHAHAH. Lagipun Jijah macam malas nak jadi orang jakun tetibe tahan artis untuk bergambar semata-mata. Padahal dah pernah bergambar kan? Tak perlu kot nak jakun terkinja-kinja semua itu sebab sah-sah artis tu asyik berkeliaran kawasan hotel tu jah. Alih-alih tengok ada artis dekat cafe lah , dekat lobi hotel lah atau pun dalam lif sama-sama. Hah, so tak perlu nak jakun-jakun. HEHE. 

Lepas tu tetibe Kak Noraini Hashim bbm Kak Echa ajak lepak sama-sama. Jijah memang teringin sangat nak join. Tapi malangnya kaki Jijah memang sakit sangat-sangat masa tu. Dalam hati terdetik nak ikut tapi ikut fizikal nya memang tak mampo sebab nak jumpa dekat First World Hotel. Jauh jugak tu nak menapak bila kaki tengah sakit. Fikir punya fikir  demi untuk hari esoknya pula Jijah buat keputusan untuk berehat dalam hotel. Kasi lega sedikit kaki dan mujur juga Kak Echa ada bawa minyak angin so memang kaki sangat lega. Jijah memang sapu macam-macam dekat kaki sebab kaki tu dah terasa sengal gila. Lepas tu Jijah rehatkan diri sampai tertidur terus. Memang letih sebenarnya sebab penat naik bas dengan cable car dengan angkut beg tak hengat tu buat Jijah tidur dengan lena nya. Lepas dah sejam lebih tidur dengan lena terus terjaga dalam cuaca yang kedinginan gituh. Over tak ayat? Kau hengat kau tengah tulis novel ke apa ni Jah???? Ekekekeke.

Bangun-bangun tengok masih tak ada sesiapa dalam bilik. Jijah memang forever alone. LOL. Sempat juga tengok cerekarama hari Sabtu sebab nak hilangkan rasa-rasa yang tak sepatutnya itu. Hahahah , faham-faham sendiri lah ye? :p Lepas tu tetibe Kak Echa call tanya nak keluar jalan-jalan tak? Cuaca tengah cantik untuk bergambar dia kata. Jijah tengok jam. Eh dah pukul 1 pagi. Adakah ini benar? Ekekeke , dramatik lah pulak kau Jah! Sebab masa tu Jijah rasa kaki Jijah sangat lega. I mean rasa sangat selesa. Mungkin kesan letak minyak angin banyak gila dekat tapak kaki. Memang boleh ice skating dalam bilik air okes? Erk.. Lepas tu bersiap segala bagai dan terus turun hotel tengok keadaan masih lagi meriah. Fuh. Masa keluar ke luar hotel tengok eh dah hujan! Makin sejuk sampai badan Jijah yang tembam ini pun melayang jugak. Kata Kau Jijah!

Dah tak guna tulis panjang berjela. Mari tengok gambar yang tak banyak keping ni. Maaf lah , entry kali ini memang banyak membebel jahh. HEHE. 





Haaaaa... gambar-gambar ini masa pukul 1 pagi okes?
Kabus sangat tebal dan sejuk dia sehingga Jijah terasa nak selsema.
Masuk bilik hotel seperti yang dijangka ; bersin!

Antara perkara paling random yang Jijah dengan Kak Echa buat hari itu ialah berjalan-jalan sehingga ke First World pukul 1 pagi. Hanya kitaorang berdua. Jalan-jalan dalam keadaan lampu yang agak malap dan cuaca yang sejuk killer! Serius sejuk weh! Siap sempat lepak dalam lobi hotel First World dalam sejam gitu. Balik pukul 2 pagi ke Theme Park Hotel. Gila tak? HEHE. Tapi tak rasa takut pun sebab ramai juga sebenarnya orang lepak luar hotel dan etc. Cuma macam tak percaya Jijah berjaya lakukan semua ini. LOL. 

Akhirnya balik saja ke bilik hotel memang terbersin sahaja dan terus tidur. Esok nya ada agenda lain. Hah , itu Jijah sambung Part 5 kemudiannya pula ye? Masa hari Ahad iaitu 8 April 2011 itu antara hari yang paling best dan seronok sebab kaki pun dah kurang sakit dan waktu tu macam semacam aje best nya walaupun hujan lebat dan ada ribut sedikit dekat puncak Genting Highland. Pergh , pengalaman hidup sangat katanya! HEHE. Minta maaf sangat-sangat sebab entry kali ini agak sedikit gambar. Next entry akan banyak kan gambar dari bebelan. Hiks. Nanti Jijah update lagi kalau ada kesempatan , malam karang mungkin?

Last but not least.


nantikan Part 5 kisah Jimba Ria di Genting Highland :*

p/s : teruja tengok gambar besar. tetibe! hahahaha :p


Terima kasih sudi baca entry ini :)

Jom Like CHERITA EMO-TEMO di FB! Sayang korang ketat-ketat! Thanks! 

16 comments:

dear anies said...

amboiiiiii kemain lg dia ya

Myra Jay said...

Perggghhh terasa bahang kesejukan Genting kat sini.. ;)

Dengan kabusnya lagi...

tiefazatie said...

adui la...untungnya..hee

Qhaifa Nur said...

akak jeles sungguh ni....

miloaiskurangmanis said...

phewittttttt!~ gigih tu nak jumpa retis...
hiks

sitiezahim said...

heheheheh tinggi gak aizat ek..

tiefazatie said...

hye dear!sihat?

Asmara said...

nasib baik ada minyak panaskan! gigih jugak baca entry jijah ni. hehe...

Ijah EmoTemo said...

khairin -- hahah sekali sekal :D

Ijah EmoTemo said...

myra -- kannn? mmg kabus smpi tak nmpk jalan aritu. pergh serius seriau je bila igt balik hahaha

Ijah EmoTemo said...

ifa -- hehehehe!

Ijah EmoTemo said...

qhaifa -- alamak akak! jgn la jeles hehehehe

Ijah EmoTemo said...

kaka milo -- ahaks! sekali sekala bergigihan apa salah nya :D

Ijah EmoTemo said...

kak siti -- heheh a'ah. maybe sbb dia kurus kot. jd semakin tinggi bila dgn dia hahaha

Ijah EmoTemo said...

ifa -- alhamdulillah dah sihat skrg :D

Ijah EmoTemo said...

asmara -- a'ah mujur lah jugak. ijah bwk cream je sbnrnya. kawan sebilik yg bawak minyak mcm2. so sapu smpi rasa lega hehehe. terharu ni kak as baca smpi habis hehehe