Hamboi , tajuk mengundang kontroversi atau mengundang heel ke muka ni Jijah oi? HAHAHA. Sebenarnya tengah rajin sungguh nak update dan bila datang kerajinan itu haruslah update apa yang patut kan? Aku sebenarnya sedang gigih membuat schedule post untuk minggu ini. Rajin kan? Eceh , angkat bakul sendiri pula tetibe kan? HEHE. Tajuk entry ini sebenarnya nak menerangkan sesuatu kepada korang. Tentang cerewet betul Jijah untuk sesetengah benda ni. Terutama bila nak mengedit belog kesayangan mahupun untuk mengedit gambar.
Sekarang macam dah tahu kenapa Jijah sangat malas untuk mengupdate apa-apa sahaja dalam belog ini dan hanya aktif di laman sosial lain seperti Twitter (I'm a Twitterholic hokkay!) ataupun Facebook. Jijah rasa antara faktor yang menyumbang kuat kemalasan itu ialah apabila belog Jijah mempunyai layout yang sangat sendu dan faktor warna yang suram. Hah, mampooo tetibe mencerca belog sendiri kan? Ekekekeke. Jijah sebenarnya memang dah lama betul berhajat nak tukar layout. Gigih godek-godek di enjin carian Google untuk mencari mana-mana layout yang bersesuai tapi seperti biasa , hampa!
ini betul-betul hampa!
hampa! hampa! hampa!
*pang*
credit picture : Google
Lepas asyik tidak ada yang bersesuai sahaja , lantas Jijah pun jadi malas nak meneruskan pencarian. Ada yang cantik tapi perlu bayar. Yes sometimes untuk mendapatkan sesuatu yang memuaskan hati kita memang kita pun kena la juga berusaha untuk keluarkan sedikit duit kan? Tapi dengan status Jijah sebagai penganggur terhormat , rasanya masih tidak perlu untuk segigih itu hanya semata-mata mahu puaskan hati sendiri. HEHE. Tadi pula entah angin mana pula yang menyambar diri ini sehinggakan Jijah sungguh gigih mengedit sana dan sini tapi masih menggunakan blogspot punya template. Jijah tak kisah macam mana ringkas pun template dan layout belog Jijah as long as nampak kemas , cantik dan menyenangkan semua pihak. Mungkin Jijah tak mampu nak puaskan hati semua pihak tapi untuk hati Jijah sudah cukup berkenan di hati dah ni. Ekekekek.
Ehem. So untuk korang pula rasa bagaimana? Okay atau rasa macam haramjadah sangat template ni? NANGES. HAHAHA. Jijah masih tak ada idea untuk buat new header , nanti bila semangat ber-photoshop pula datang , siap sedia lah! Setiap minggu tukar header baru! Erk?! HAHA. Tapi memang teringin juga untuk tukar header nanti. Tapi Tapi Tapi *dush* bukan sekarang lah ye. Sebab sekarang cuma nak publishkan dulu cherita-cherita yang dah lama betul berhajat nak update tapi tergendala gara-gara hilang mood lah , ada problem dengan internet lah , internet lembap , kesibukan hakiki lah dan macam-macam lagi kan? Tak kisahlah kalau korang rasa itu cherita yang sudah basi atau berkulat sekalipun. Apa yang penting Jijah mahu titipkan dalam belog kesayangan sebagai sebuah kenangan gituew! :p
Oh ya soon , mungkin kalau tak ada aral melintang Jijah mahu buat iklan berbayar dalam Cherita Emo-Temo , ada sesiapa yang berminat? HEHE, belog picisan pun sibuk nak letak iklan berbayar kan? Macam lah belog awak tu banyak orang masuk baca kan Jijah? *nanges* Hehe , insyaAllah , itu dalam perancangan Jijah sajork. Jijah masih tak pasti mahu buat atau tidak. Jika ada respon yang menggalakkan , tidak teragak-agak untuk Jijah membuat ruang iklan berbayar itu. HEHE.
Terlebih gigih pula update entry banyak-banyak kan? Sekali sekala datang angin gigih macam ini pun syok juga. Lepas ini pun harap-harap masih lagi gigih untuk update entry banyak kali dalam sehari. Suka betul tengok sesetengah blogger yang sangat gigih update new entry setiap hari dan tidak menghairankan lah bila hasil Nuffnang mereka sangat menakjubkan. Harap-harap Jijah pun mampooo menggigihkan diri selepas ini untuk mendapat hasil yang menakjubkan juga. HEHE , berangan tak salah kan? Lagipun hasil ini boleh lah Jijah guna untuk keperluan diri khen? Asyik lagho kan diri sajork! Sekali sekala buat lah juga aktiviti berfaedah yang menguntungkan lagi kannnn? HAHA.
Begitu lah Jijah. Nak cherita lain dengan tajuk Diva kemain , alih-alih isi dia macam-macam tapi masih belum lari dari landasan rasanya. HIHIHI. Dah lama Jijah tak menulis ala-ala syok sendiri angkat bakul puji belog sendiri macam gini. Selalu asyik tulis tentang dramatik Jijah sahaja kan? Hiks. Apa-apa pun , esok Jijah akan sedaya upaya untuk menyambung edit gambar untuk entry basi ABPBH2011. Iyer , Jijah masih belum habis meng-edit gambar antara punca malas betul untuk update entry basi ini. Kalau tak update rasa macam tak best pula. Dah separuh jalan dah pun kan? Hiks.
Seperti biasa. Entry memang panjang. Sarat juga barangkali? Bila agaknya Jijah reti nak menulis secara ringkas tapi padat ye? Macam tak mampu nak terlaksana saja je? HEHEH. Tak kisahlah , janji korang tak rasa mengantuk masa baca entry ini sudaaaaaah. -___-' Okbaiiii.
gambar tak ada kena mengena but I miss this girl in this picture!
I miss you Dee M!
:(
Terima kasih sudi baca entry ini :)
13 comments:
comelnye baby tuh..secomel tuan punye belog ini..hihi...btw ok cantik lay out..simple but sweet..:)
jijah ok je pun..hee..comel dh blog nie..simple n nice nie..=)
uols nak pandangan tulus ikhlas iols ke pasal layout blog uols ni????
tapi uols jangan nangis hentak2 kaki hoccay... kang tak pasal2 iols dan semua staff kat opis ni kena evacuate dari bangunan ni plak!
*larikkkkkk* sebelum mek jingg bertukar jadi dinosor.... hik hik hik
gurau aje ye mek!
my opinion : rasa macam haramjadah sangat template ni!
iols pinjam ayat uols jugak tu
so jangan nak lahar......
*larikkkkkkkkkkkkk lagi*
hak hak hak
InsyaAllah Jijah pasti boleh, akan sampai saat itu :)
ok jer template ni ai loikeeee
tgk gmbq beach rindu nk terjah beach plak ni
blog simple je.. sedap mate memandang.. kalau crowded sangat rase sesak pulak..
blog simple je.. sedap mate memandang.. kalau crowded sangat rase sesak pulak..
kak sitie -- hehehe kann? tuan belog ni mmg "comel" sgt! hahaha. thank u akak! :)
ifa -- alhamdulillah ok je kan? hehe thank u ifa!! :D
kaka milo -- hamboi hamboi uols *jari kelingking azwan ali* kemain benor panjang komen uols!
ini mesti ketuk kibod kuat-kuat sambil komen khen? perfeeling semacam jah?wakakakakak
*kejorrrrrrrrr*
myra -- insyaAllah. i'll wait for it :) thank u ya!:D
kaka ayu -- hehehe alhamdulillah ok aje khen :D
ngeee takpe tak lama je lagi nk balik malaysia ni :p
fifi -- heheh thank u! yes, ijah mmg kurang berkenan dgn belog yg crowded dgn mcm2 benda. as long as simple and nice is just fine aje kan :)
Post a Comment