Home

Saturday, July 7, 2012

Demam.

Sudah tiga hari mengalami rasa yang tak menentu ini. Sekejap badan panas mendadak sampai kepala pun jadi migraine. Sekejap badan sejuk melulu sampai badan terasa nak menggigil. Pendek cherita , Jijah demam + batuk + sakit tekak selama tiga hari ini. Terasa lemah longlai seluruh badan bila sekali harung kena macam ini secara tiba-tiba.


Sejak hari Rabu dah terasa tak sedap tekak bila makan pun terasa susah nak menelan. Tapi sangka kan sakit tekak biasa bila bangun pagi esok suara dah kembali merdu seperti Siti Nurhaliza. Eh melampau sangat tu. Bila hari Khamis memang tekak semakin sakit. Perit betul bila nak menelan. Lepas tu lagi haru bila batuk bercampur lelah datang buat kunjungan. Masa tu dah terasa nak menangis sebab setiap kali batuk , setiap kali tu juga lelah. Rasa semput dengan kurang tenaga sangat-sangat. Bila bertanya dengan rerakan dekat Twitter ada tak petua apa-apa untuk kurangkan sikit rasa batuk+lelah dengan sakit tekak ni , masing-masing memaksa suruh makan ubat batuk. Sobs. Jijah memang sangat tak suka makan ubat. Lagi rela makan apa-apa benda lain untuk kurangkan batuk asalkan jangan UBAT !!! -___- Hazab betul perangai Jijah khen?! *panggggg


Lepas tu ada kawan Jijah suruh makan madu + limau. Mujur stok madu memang banyak dekat rumah khen? Harus terus pi try makan nak tengok menjadi ke tidak. Bila try aje makan , memang tak dapat dinafikan batuk + lelah serta merta dah hilang. Tapi untuk seketika ajelah. Sekarang ni memang lelah dah tak ada bila batuk. Cuma batuk tak hilang lagi dan lepas tu sangat perit bila nak batuk. Tekak rasa pedih dengan perit ya hamat! Ya Allah, dugaan sangat. Bila malam memang badan akan panas gila sampai kepala pun jadi pening. Terus terasa nak bersyukur dengan nikmat kesihatan sebelum ini. Hmmm..


Sekarang ni tengah menghadap rasa sakit tekak + batuk sahaja. Tetibe teringat ada satu bulan Ramadhan dua tahun lepas rasanya , Jijah batuk sampai sebulan rasanya. Lepas raya baru sihat. Memang nak menangis bila ingat balik macam mana harungi semua tu. Sampai kan tak terdaya nak puasa. Tahun tu tahun paling banyak ganti puasa :/ Bila batuk sahaja tak apa , ini sekali dengan muntah. Memang ngeri jugak bila ingat balik. Teruk sangat masa tu. Fuhh. Cuma sekarang ni harap-harap sangat tak berlanjutan sampai Ramadhan yang kian hampir ini. Harap-harap keadaan diri sendiri akan sihat walafiat tanpa sebarang kesakitan untuk meningkatkan amal ibadah bulan Ramadhan nanti. Amin. InsyaAllah. 


So...ada tak korang yang tengah batuk macam Jijah? Semoga korang semua sihat-sihat hendak nya. Kalau yang sedang sakit macam Jijah...semoga cepat sembuh ye...Jangan lupa makan ubat walaupun Jijah pun mengelat makan ubat :p


Terima kasih sudi baca entri ini :)

Jom Like CHERITA EMO-TEMO di FB! Sayang korang ketat-ketat! Thanks! 

2 comments:

Hanis MY said...

Siannya jijah tak sihat, odaijini ye

Ardini Humaira said...

moga cepat sembuh tau :)