Akhirnya , Jijah dapat juga meluangkan masa mengetuk kibod netbook tersayang. Akhirnya. Semenjak Ramadhan bermula memang agak kurang ghairah untuk mengupdate apa-apa dalam belog kesayangan. Ada banyak juga benda yang ingin diupdate tetapi akhirnya berkubur begitu sahaja. Sikap pemalas masih tidak dapat dihindarkan lagi. Sadis.
9 Ramadhan dilalui dengan macam-macam dugaan dan ragam. Tambahan bila Jijah memberanikan diri untuk menjual Chocolate Chip Cookies kepada umum. Sebelum ini hanya makan untuk sendiri tetapi demi hendak mencari duit lebih memang nak tak nak Jijah kena juga menggigihkan diri untuk menjual biskut raya kan? HEHE, tapi cuma sekarang dah seghupe Zombie jugak bila terpaksa korbankan waktu tidur apabila tempahan untuk Chocolate Chip Cookies semakin banyak. Alhamdulillah. Rezeki bulan Ramadhan ni memang sesuatu yang Jijah sendiri teruja dan bersyukur sangat-sangat dengan kurniaanNya. Kalau korang masih ingin meng-order Chocolate Chip Cookies Jijah, masih lagi sempat untuk meng-order okes! Jom order , hanya RM 20/ sebalang! Murah sangat tau! =)

Jom Order Jom Order! ^_^
RM 20/sebalang :D
Puasa tahun ini memang berbuka dengan kadar yang sangat sederhana. Tak ada mood untuk pergi ke Baazar Ramadhan. Seringkali terkena membeli makanan yang kadangkala hanya nampak sahaja sedap tapi bila rasa mahu mengomel pun dah tak ada guna lagi. Begitulah. Cuma semalam sebab teringin sangat dengan Popia Basah , Tepung Pelita ,dan Air Tebu maka pesan dekat Umi dan Ayah untuk belikan di Baazar Ramadhan semalam. Hasilnya?
Nasi Goreng Ayam Kampung , Kuih Buah Melaka , Tepung Pelita , Popia Basah dan Air Tebu yang tiada dalam gambar.
Alhamdulillah. Nikmat yang tidak terkata semalam. Kuantiti makan sedikit. Tapi kekenyangan sampai ke sahur uols! Entahlah! Ramadhan kali ini hanya teringin minum sahaja. Makan tu kadang-kadang belum tentu makan sangat. Mungkin sebab takut terlebih kenyang nanti ada juga terbongkang atas katil lepas Maghrib kan? Hah! Habis tu siapa nak jadi penjaga oven masa membakar cookies kan? Hahahaha.
HEHE. Random saja entri ini. Lemau gila lately. Mungkin sebab tidur dah tak menentu dalam kadar waktu yang sedikit kan. Bila nak mengupdate pun memang tak sempat sangat. Lagi rela menghabiskan sisa waktu dengan dengkuran eh! tidur katanya. HAHA, over sangat Jijah! HEHE , so amacam Ramadhan korang? Okay tak? HEHE.
Terima kasih sudi baca entri ini :)
1 comment:
wow. buka sangat sederhana. selamat berpuasa cik emo temo...
Post a Comment