Home

Thursday, October 17, 2013

Mencari Sisi Yang Hilang.

Hampir sebulan , belog picisan ini sepi tanpa sebarang entri. Entah kenapa terasa payah hendak mengetuk kibod. Bukan merajuk. Apatah lagi sentap pada siapa-siapa. Cuma terasa hendak berehat seketika daripada mengetuk kibod. Konon-konon cuma seminggu sahaja hendak berehat. Namun seterusnya sampai sebulan lamanya aku berhenti mengetuk kibod. Terlalu malas sehingga kekurangan idea. Sadis betul.

Padahal ada banyak sangat entri dalam draft. Namun sekadar terus berada dalam draft. Hati tak ada langsung keinginan untuk mengupdate entri baru apatah lagi untuk publishkan-nya. Biasalah kot. Kadang-kadang keinginan untuk berehat selalu muncul tatkala tekanan memuncak-muncak. Malas untuk mengetuk kibod tatkala hati sedang panas dan jiwa penuh dengan rasa benci dan amarah. Nanti aura menulisnya lain macam sahaja. Kan?

Gituew. Nanti-nanti lah kot akan ada entri baru. Sekarang masih lagi tercari-cari sisi yang hilang. Sisi menulis dengan perasaan yang tenang tanpa fikir sebarang masalah. Tapi pernah ke wujud perasaan tenang tu kan? Semakin bercelaru ada lah kot. HAHAH. Sadis sungguh kehidupan Jijah. Tak apa , perlahan-lahan kata orang. Nanti-nanti kalau ada mood nak update belog , masa tu siang malam kau aku update selalu. Naik muak terus orang kan? Ekekeke. Tapi entah bila pun entah kan? HAHA.

Cukup kot sampai sini. Sekeping gambar seperti biasa untuk menyerikan entri yang terasa luahan perasaan sangat. Nanti kalau ada mood nak mengetuk kibod seperti sediakala rasakan masa tu penuh gambar setiap entri khen? Mahu kejung leher nak scroll sampai ke bawah khen? HAHAHA , berbaur kejam ayat itu. Hikhikhik.


Masa pergi HALFEST tempoh hari.

Mode gambar ini , feeling berada di oversea. LOL.

InsyaAllah , jika ada kelapangan dan sisi yang hilang itu kembali , akan ada entri baru lagi. Bosan kadang-kadang lihat belog picisan ini sepi tanpa sebarang update. Terasa kosong separuh jiwa. Tapi apakan daya , jiwa ini juga yang menghentak tak mahu mengetuk kibod kan? HEHE.

See you allz in next entry!

xoxo

Terima kasih sudi baca entri ini :)

1 comment:

sitiezahim said...

heheheh ijah ni boleh buat novel la :P