Home

Monday, November 18, 2013

Bertemu Azlee Khairi & Zara Zya Di Hadapan Sri Pentas TV3. Konsepnya Kau Hado? *panggggggggg

Sebenarnya nak menyambung entri yang lepas mengenai Azlee Khairi & Zara Zya khen? Tengok tajuk pun terasa nak cekik-cekik leher si Jijah ni khen? Kalau tak kekwat dalam tulisan memang tidak sah khen? Eh itu kira paling rendah diri lettuew. Katakau! HAHAHAHA. Oh kot-kot ada yang tertanya-tanya entri apa yang lepas mengenai hero-heroin Love You Mr.Arrogant itu? Korang boleh masuk baca SINI okay?

Mesti ada yang musykil dengan Jijah khen? Jijah satu keping gambar bersama dengan salah seorang pelakon utama Love You Mr.Arrogant pun tak ada kan semasa di event Books4U @ JPM Putrajaya kan? Adakah benar Jijah tidak bergambar bersama-sama mereka? Adakah ini semua benar? Ya benar. Memang Jijah pun malas hendak rushing untuk menyelit ala-ala parahtik berguling bergelimpangan di hadapan mereka semata-mata untuk bergambar khen? Hello? Jijah berbaju kurung warna pink polkadot lagi uols?! Haruslah aku maintain feeling ayu agar abam Azlee Khairi nampak kehadiran Jijah disitu khen? Matilerrr kau berangan! HAHAHAHAH. 

Kekdahnya mereka juga rushing untuk ke Sri Pentas TV3 untuk siaran livechat bersama peminat-peminat Love You Mr.Arrogant. Lantas Jijah terfikir seketika , okay sila bayangkan tangan Jijah di atas dahi sambil kepala menyandar di dinding chuols! HAHAHAH. Jijah terfikir bagaimana jika kita ke Sri Pentas TV3 untuk menerjah mereka pula? Amboi! Masa itu terasa energi badan ini macam minum air naga! Gigih betul sampai pukul 4 petang baru lunch pun tak terasa apa-apa dekat tekak kau! Pukul 4.30 terus berkejaran ke Sri Pentas TV3 dari Putrajaya. Memang masa itu terasa sangat gigih uols! Bukan ke kau selalu gigih Jijah? Errr errrr. *gigit jari*

Kemudian dalam sejam kemudian , Jijah dan rakan pun sampai terpacak di hadapan Sri Pentas TV3 uols! Memang diri sendiri kagum mampu melakukan semua ini siap berbaju kurung pink kau! Aku tetap cerca kan diri sendiri pakai baju kurung kan? HAHAHA sebenarnya syok pakai baju kurung cuma aku tak mungkin dapat meloncat-loncat dengan kadar paling gedik di hadapan Azlee Khairi mahupun Zara Zya khen? HAHAHAHA.

Setelah hampir 6.30 petang begitu , Azlee Khairi & Zara Zya pun keluar dari lobi Sri Pentas TV3. Masa itu haruslah Jijah tetap tunjuk macam parahtik okay? Tiba-tiba terloncat-loncat macam comel je macam cantik je sambil menjerit panggil Azlee Khairi & Zara Zya dengan kadar paling ayu sebab berbaju kurung kan? HAHAHAH. Sebenarnya seram sejuk juga. Kot karang diorang Jijah ni siapa kan? Terus lari meninggalkan Jijah ke apa kan? Tapi sebaliknya aduhai mereka berdua terus membalas dengan senyuman. Terasa macam baru pertama kali jumpa artis pun ada kali ni uols! HAHAHA. Padahal sibuk mengejar Aaron Aziz bagai nak rak sampai nak terguling atas escalator tu hapekebenda?! HAHAHAH.

Lepas itu gigih lah ajak bergambar kan? Tak puas hati katakau tak dapat bergambar dekat Putrajaya khen? HAHAHA. Amboi amboi amboi. Sejak bila pandai tak puas hati ni? HAHAHA. Mungkin masa itu kewarasan hilang separuh maka segala benda tak puas hati kan? HAHAHAHAHAmpeeeeh.

Jadinya dalam kadar paling pantas haruslah bergambar bagai nak rak khen? Harus yer uols! Tapi masa itu macam sekali lagi tak percaya dengan diri sendiri kan? Pergi dua event dalam masa satu hari. Aku dah lama tak buat kerja-kerja macam ini ye? Iye dah lama tak buat kerja-kerja sampingan begini katakau! HAHAHAH. Lepas itu siap dapat berborak walaupun cuma seciput mungkin. Maklumlah masing-masing excited nampak Azlee Khairi dengan Zara Zya katakau! Tak apa lah , nanti kalau jumpa lagi aku borak sampai lebam kan? Nampak tak permainan dia? HAHAHAHAHA. Tak tahu tahun bila pulak dapat jumpa lagi khen? Jijah cuma rakyat marhaen. Siapalah Jijah ini..... *pangggggggg

Okay kekdahnya orang mesti rasa nak menampo baca entri kali ini kan? Entah betul entah tidak si Jijah ni kan? Mana bukti bergambar? Mana? Atau ini semua hanya permainan duniawi dan dusta belaka? Hamboi bunga-bunga bahasa! HAHAHAHAH.



HAH KAU! 

Bukti bergambar Jijah gigih pakai baju kurung pink polkadot katakau!

HAHAHAH

Ya, memang kami menyusun kedudukan kami mengikut ketinggian.

Rendah-Tinggi Sikit-Tinggi Lagi Sikit.

HAHAHAHAH *panggggggggg

Gambar 1 : Masih sopan dan ayu.

Gambar 2 : Hambik kau pose bebas sampai rasa nak lempang pipi masing-masing. HAHAHA.

HAHAHA , nampak tak weols bergambar dekat pagar kekdahnya. Dan nampak jugak tak ada orang tu ehem pegang plastik oren berisi balang popia lew? Eh! HAHAHAH. Aku lagi tertarik dengan plastik kuning dan balang popia itu sebenarnya. Entahlah. HAHAHA. Eh tapi tak kan dua keping saja gambar kau Jijah? Mustahil semua ini kan? HAHAHA suka betul monolog dalaman kan? HAHAHA.

Diva Pora maintain menjaga kesopanan dan kesusilaan yer uols. Tak ada tahap nak jadi parahtik yang terguling terdampar atas tanah semata-mata nak ajak bergambar sampai pengsan kan? Harus ada tatatertib katakau! HAHAHAHA. Cuma tak ada nak bergambar lebih-lebih. Kita pun faham mereka pun ada urusan lain kan? Mana boleh pentingkan diri sajork ala-ala kalau boleh nak suruh ajak bersembang bersila minum teh tarik depan TV3 tu kan? Banyak kau punya cantik kan? HAHAHA.

Okay okay , tulis panjang-panjang merapu-rapu pun bukan orang baca khen? Harus orang scroll cecepat nak tengok gambar khen? Tak apa , tahu sangat dah. HAHAHA. Motif tetibe kau sentap? Hakhakhak.


Jijah & Mr.Arrogant , Azlee Khairi.

Ya , memang ramai mencerca tudung senget Jijah.

Tapi mereka tidak tahu itu sebenarnya Hijabista khen? HAHAHAH.

Eh yang penting belakang hakak ada Azlee Khairi katakau! HAHAHA.

Kau hado? *larikkkkkkkk


Jangan nak kata Jijah saja tepek gambar sama dua kali.

Ada perbezaan okes Gambar 1 dengan Gambar 2 okes?

HAHAHA , tehtap nak gaduh.

Paling penting , korang nampak tak Azlee Khairi kepit botol popia itu? Nampak tak? Nampak tak? Sukewwww. HAHAHAHA memang mintak pelempang Jijah ni!


Oh abam Aru , meski sedang sibuk nak menandatangani novel , maintain mata menghala ke kamera khen?

Apa kacak sangat ni walau nampak keletihan? 

*cakar skrin laptop* 

HAHAHA


Jijah & Zara Zya.

Sweet & Friendly sangat!

I love you Zara Zya!


Maaflah muncung itu memang tidak boleh dielak lagi. HAHAHA.


Apasal muka Jijah lagi diva dari Zara Zya ni?

HAHAHAHA , maafkan saya! :p

Puas hati ke tidhok tengok gambar Jijah dengan hero-heroin Love You Mr.Arrogant ini? Tak puas hati pun sila buat-buat puas hati okay? HAHAHA. Jijah sendiri memang sangat puas hati walaupun sebenarnya badan sangat penat ketika itu. Masa tu badan dah terasa seram sejuk sebab terasa nak demam. Tapi bertahan demi nak bertemu Mr Arrogant dan Zaara Amirah katakau! Eh jangan confused pula ya dengan Zaara Amirah dan Zara Zya. Orang yang sama cuma satu nama watak dalam LYMA dan satu lagi memang nama glamournya gituew. Hihihi. 

Meskipun cuma sebentar cuma kami comolotz eh bertemu , tetapi perasaan gembira itu melonjak-lonjak katanya. Entahlah , sampai sanggup terlepas tengok Love You Mr.Arrogant episode akhir tau! HAHAHA. Azlee Khairi dengan Zara Zya tanya mana kitaorang nak menonton episode akhir ni? Waktu tu sudah pukul 6.45 katanya. Jijah dengan selamba tanpa toleh kiri kanan jawab , download sudah. Erk , mahu kena jelingan sedas dengan Azlee Khairi kan? HAHAHAHAHA. Memang itu saja yang mampooo kan ? Tak pun menonton di TONTON gituh. Hihihi.

Anyway terima kasih sangat-sangat kepada Azlee Khairi dan Zara Zya yang sudi melayan kerenah kami semua di hadapan Sri Pentas TV3 walaupun kami datang tanpa diundang kan? HEHE. Mereka tetap sudi melayan kami semua dengan senyuman melebar dan sangat sporting masing-masing bila diajak bergambar. Semoga korang berdua terus sukses dan terus berjaya dalam lakonan masing-masing. Jijah akan terus menyokong korang berdua dari jauh tanpa rasa was-was. Mampooo ucapan begitu? HAHAHAHA. 

Terima kasih juga kepada mereka kerana menceriakan kehidupan Jijah hampir saban hari selama hampir tujuh minggu lamanya dengan Love You Mr.Arrogant yang tidak pernah surut membuat Jijah ketawa dan kadangkala menangis macam aku pula yang dimadukan. HAHAHA. Love You Mr.Arrogant memang sebuah naskah yang sangat menarik dan sebuah adaptasi novel ke drama yang sangat berjaya. Memang itu tidak boleh dinafi lagi bila episode akhir Love Your Mr.Arrogant mencapai penonton paling tinggi untuk slot Akasia sebanyak 4.6 juta penonton. Tahniah para pelakon , seluruh produksi , pengarah dan juga penulis novel Love You Mr.Arrogant sendiri. Ya Jijah memang suka buat ucapan sebab masa sekolah dulu tak berpeluang nak buat ucapan. Rasakan aku tulis ucapan pepanjang dalam belog sendiri je terus! HAHAHAHA.

Begitulah Jijah. Kalau tidak merapu , maka tidak sah kan? HEHEH , sekali sekala katakau. Memang seronok buat kerja gila kadang-kadang walaupun penat tu Tuhan saja yang tahu. Tapi kalau Jijah tidak berpenat lelah begini manakan dapat lagi peluang lain untuk bertemu mereka kan? Ya mungkin dapat , tetapi mungkin tidak seseronok perasaan begini kan? Bak kata pepatah , kalau hendak seribu daya , tak hendak seribu dalih. Gituh.

Nah untuk mengakhiri entri ini , sekeping lagi gambar.


Thank You Azlee Khairi & Zara Zya.

Thank you for your time too.

dan sekarang saya ..

Miss You Mr.Arrogant

:(

Terima kasih sudi baca entri ini :)


2 comments:

Jajablinkblink said...

tgh tadah pipi minta di tampo

Anonymous said...

Love ur entri... best lar jijah. Hmmm minat kat jijah lar pulak...