Kalau korang adalah peminat slot Akasia , pasti korang tidak akan terlepas untuk menonton adaptasi drama dari sebuah novel nukilah Acik Lana iaitu Maaf Jika Aku Tak Sempurna. Tambah pula kalau korang peminat Fahrin Ahmad dan juga Sara Ali , pasti korang tidak akan melepaskan peluang untuk menonton drama ini bukan?
Maaf Jika Aku Tak Sempurna merupakan sebuah arahan Shuhaimi Lua dan menampil para pelakon lain seperti Tasha Shila , Hefny Shahad , Ika Nabila dan ramai lagi. Kalau ianya sebuah adaptasi dari novel mesti ramai yang pulun untuk menonton kan? Tambahan pula kalau hero-nya sado dan hensem kan? Eleh , bukan tak tahu korang tu kan? HAHAHAHAHA.
Jijah pun tidak melepaskan peluang dengan menonton juga drama ini. Memang betul-betul berperang dengan emosi juga menonton MJATS ini. Maklumlah masing-masing membawa watak dengan baik sekali sehingga diri sendiri yang terlebih emosi kan? Kalau korang yang menonton mesti tahu macam mana tertekan emosi menonton MJATS ni kan? HAHAHA.
Namun dalam keemosian tehtap ada jua kemanisan mencakar dinding dan lantai kan? Cuma untuk meniti ke episode akhir iaitu hari ini , perasaan dan emosi mula bercampur baur. Dapatkah theyols meniti bahagia di penghujungnya? Atau hanya derita yang menghiasi rumah tangga Melina-Luqman? Ewah-ewah , kemain lagi kau berbahasa puitis ya Jijah? Sekali sekala mak enon oiii! Teda lah mampu untuk menulis dengan seribu satu ayat lafazkan kesyukuran seperti mahluk Tuhan yang lain , tapi mampu la jua berbahasa puitis sekali sekala khen? Gittuew katakau! *pangggggg
Mesti dah ada yang tak sabar ni nak menanti episode akhir kan? Tapi kejap , meh tengok gegambar dahulu nak? Mehlah!
Jijah & Fahrin Ahmad!
Jijah & Sara Ali!
Jijah bersama rerakan dari LoveZaraZyaFC , Sara Ali & Yang Molia Tuan Producer , Hajizil yang sangat baik hati , ramah tamah dan murah hati. It was nice meeting you Haji! InsyaAllah kita jumpa lagi , di lain kali :)
Tuan Pengarah , Shuhaimi Lua.
Siapa yang tengok MJATS mesti tahu , ini dalam episode berapa kan? :)
EH eh eh , kemain lagi kau Jijah bergambar dengan tuan producer , tuan pengarah dan para pelakon kan? Kalau korang nak tahu kisah lanjut mengenai pertemuan pertama dengan mereka , ikuti dalam entri yang selanjutnya okay? Nanti korang yang pening tengok gambar berlambak kan? HAHAHA , so better Jijah update dalam entri lain okay? Hihihi.
Tapi memang lah seronok iye dok jumpa mereka semua ini. Memang sangat-sangat peramah keseluruhan krew Zeel Production ini. Tak terasa asing langsung malah terasa macam dah lama kenal waima baru sahaja beberapa minit bertemu dan bertentang mata katanya! Hihiks. Kalau korang nak tahu pengalaman Jijah pergi ke tempat shooting Maaf Jika Aku Tak Sempurna ini , kena tunggu di entri akan datang okay?
Dan untuk korang semua , jangan lupa menonton episode akhir Maaf Jika Aku Tak Sempurna sekejap sahaja lagi jam 7 malam nanti di TV3 okay? Jangan buat-buat lupa pulak tau! Jijah pun dah nak bersedia dengan popia roll mini dan duduk bertenggek depan tv ni! Okbai.
Terima kasih sudi baca entri ini :)
No comments:
Post a Comment