Home

Thursday, October 16, 2014

CPUV Campaign Kembali. Terima Kasih Nuffnang!

Belog picisan ini sudah lama sepi tanpa sebarang CPUV (Cost Per-Unique-Visit) Campaign daripada Nuffnang. Jadi apabila tadi melihat CPUV Campaign daripada Nuffnang , perasaan mula melonjak gembira. Almaklumlah sudah lama juga tidak mendapat sebarang CPUV Campaign kan? Lagipun semangat nak mengetuk kibod pun akan naik sedikit berbanding kebiasaan kan? HAHAHA.

Mata duitan sungguh Jijah kan? Dah tu? Orang kata alang-alang menulis , biarlah dapat hasilkan walaupun cinonet! HAHAHA. Amboi , peribahasa mana entah aku tibai pun , aku sendiri tak tahu. 


Thank You Nuffnang! :')

Jadi selepas ini , kena semakin gigih mengupdate belog lah kan? Eh sebelum ini pun gigih apa walaupun kan? HAHAHAHA. Bila tengok CPUV mula masuk dalam belog mula-lah kegigihan hendak datang walaupun cuma 2 CPUV saja. Janji dapat ye dak? Ekekekeke.

Maka-nya kena mula lah menggali segala jenis cherita yang dah dijanjikan tempoh hari untuk mengupdate hari itu kan? Hari itu bukan saja-saja malas update atau buat-buat lupa cuma memang keadaan kesihatan tidak mengizinkan seiring dengan kesibukan diri sendiri yang sikit pun susah nak curi masa untuk mengetuk kibod. InsyaAllah , dalam masa terdekat ini , Jijah akan cuba untuk mencuri masa untuk mengupdate cherita yang sudah dijanjikan tempoh hari. Kalau pun tak ada siapa-siapa yang menantikan cherita tersebut , cukuplah ia menjadi kenangan buat diri Jijah di masa akan datang kan? 

Macam Jijah pernah cakap dolo-dolo dalam entri terdahulu lah kan? Belog memang platform untuk satu ketika nanti Jijah hanya akan #throwback dan membaca dengan senyuman segaris. Iyelahkan , dalam belog ini memang banyak cherita dan detik-detik gembira , sedih , manis , pahit , tawar yang terjadi dalam kehidupan Jijah kan? Belum lagi cherita eksaited jumpa retis lah , cherita dramatik lah dan sebagainya kan? InsyaAllah , dalam masa terdekat nanti. Hihihi.

So kita tengok sekeping gambar dulu nak?


Minta pelempang jua muka ini kan?

HAHAHAHA.

#DivaPora habis! :p

Okbai.

Terima kasih sudi baca entri ini :)

No comments: