Home

Friday, April 3, 2015

April 3.

Dalam diam , kita sudah berada di bulan April dan sudah memasuki hari yang ketiga untuk bulan ini. Masa berjalan pantas tanpa kita semua sedari atau sedar namun buat-buat tak sedar kan? Aku berasa masa sangat suntuk sekarang sambil mengemaskini apa yang patut untuk belog picisan ini. Bila melihat masa yang kian suntuk ini , mula lah diri ini kelam kabut untuk menyelesaikan semua sekali harung kan?

Macam biasa , ada terlalu banyak entri serta gambar esklusif yang hendak dikongsi bersama-sama dengan korang. Namun dek kerana masa yang terlalu sempit untuk aku sekarang , semuanya bagai dibiarkan berlalu tanpa sempat untuk mengetuk kibod. Tapi seperti janji aku yang sediakala , aku akan cuba untuk mengupdate. Kalau bukan ada orang nak baca sekalipun , aku anggap biarlah sebagai untuk mengabadikan sebagai kenangan yang bakal aku baca kelak di masa akan datang kan?

Ewah , bunga-bunga bahasa Jijah sudah keluar nampaknya. Biasalah si Jijah ni kan? Bila tengah mood syahdu angin kencang dia , habis segala bunga-bunga bahasa pun akan keluar. Kehkehkeh. Ada juga tertanya-tanya sebenarnya ni , para pembaca belog picisan ini sedang nantikan update apa dari belog Jijah ini?

Mungkin mengenai drama yang direview oleh Jijah?
Mungkin mengenai mengenai hero-heroin Akasia yang sedang ditayangkan sekarang?
Mungkin mengenai tempat makan menarik?
Mungkin mengenai OST drama pilihan?
Mungkin mengenai pelakon lelaki pilihan Jijah?
Mungkin mengenai retis kesayangan Jijah?

amboi-amboi!

Punya banyak mungkin ya? Mungkin di-antara mungkin itu antara pilihan korang? HAHAHA. Jijah cuba yang terbaik untuk menjadikan setiap entri yang Jijah tulis bukan sekadar berkongsi semata malah menjadikan ia sebuah entri yang bakal meninggalkan senyuman buat korang juga. Kadang-kadang perasaan puas menulis itu datang bila terlihat dua tiga komen mengenai ;

Entri Ijah tak pernah tak buat orang tersenyum. Keep it up!
Entri Ijah kelakar!
Entri Ijah kalau tak mencakar tak sah!

...dan lain-lain.

Itu orang yang tulis dan cakap. Bukan Jijah reka-reka sendiri just to impress everyone hokkay! Kosser sangat mak nok! But Alhamdulillah. Meskipun iols is nobody dan bukan sesampe ( sesiapa ) tapi bila melihat dua tiga komen yang berbunga matahari mekar di nan pagi begini , siapa yang tidak seronok dan terharu? Tipulah kalau tak rasa gembira dan seronok iye dak? Hanya orang yang tiada perasaan dan mungkin gila yang tiada rasa apa-apa. HEHEHE.

Ahhhhh , mode touching is ON tetibe nok! Biasalah bila berkaitan dengan belog picisan ini, perasaan ini memang bertukar serta merta katanya. Selalu rasa gembira bila melihat orang lain gembira membaca apa yang kita tulis. Mungkin tak semua yang gembira dan seronok membaca but atleast I know ada juga seorang dua yang seronok :)

Jadi , korang nak Jijah tulis mengenai apa lagi selepas ini? Let me know. Mungkin Jijah akan cuba untuk mengupdate mengikut apa yang sepatutnya yang korang suka pulak kan? Sekali sekala kan? Hihiks! Eh asyik tulis saja , mana gambar Jijah oi? Dah hambar dan mendatar pula entri ini :p


Nah!

Ambil-lah sekeping gambar Jijah kecewa tak dapat jadi Yuhanis dalam Hati Perempuan sebaliknya dapat jadi Yuhabis sajork!

kahkahkah.

Dah , jangan nak serius sangat. 

Salam Jumaat semua.

Semoga hari ini lebih baik dari hari semalam dan sebelumnya.

:)

Terima kasih sudi baca entri ini :)

No comments: