Kalau korang mengikuti Instagram Jijah , pasti korang tahu betapa gigihnya Jijah meroyan dan menyasau untuk drama berantai 28 episode ini. Boleh dikatakan setiap hari Jijah gigih mengupdate di Instagram mengenai Hati Perempuan. Sehingga Jijah rasa dah seghupe Instagram kedua Syarul Ridzwan instead of Instagram IjahEmoTemo HAHAHAHAHA. Habis tu kalau setiap masa aje update dan promote mengenai Hati Perempuan , bila masa nak update tentang kehidupan sendiri ye dak? HAHAHAHA.
Sebenarnya , entri ini Jijah kononnya nak update pada Khamis lepas , dikala episode terakhir Hati Perempuan. Namun malangnya , masa sangat mencemburui Jijah lantas tidak sempat untuk membuat apa-apa. Sebab itu dengan gigihnya buat juga entri ini sebagai penutup untuk entri Hati Perempuan katanya. Konpem ke Jijah ini penutup ni? HAHAHAHA.
Jujurnya , drama Hati Perempuan ini cukup dekat dengan Jijah secara peribadi. Meskipun drama ini mendapat kecaman serta kritikan yang cukup tinggi dan banyak. Namun sedikitpun tidak memudarkan perasaan Jijah dari menonton drama tersebut. Jijah tahu terlalu ramai yang pelik dan musykil kenapa Jijah begitu beriya menyasau dan meroyan drama ini meskipun kata mereka drama ini bukan mempunyai para pelakon yang pandai berlakon pun dan bukan best mana pun jalan ceritanya. Itu kata mereka :)
Macam mana pula kata Jijah? Jijah tahu , Hati Perempuan tidak membariskan para pelakon yang mempunyai tahap lakonan yang terbaik seratus-peratus. Namun ia bukanlah lakonan yang paling buruk pernah Jijah tonton. Tapi , pandangan orang terpulanglah. Minat masing-masing , kita tak boleh nak halang iye dak? Jijah juga tahu jalan cerita Hati Perempuan kadangkala boleh bikin darah naik. Sehingga Jijah yang perempuan pun terasa geram dengan watak Yuhanis yang ada saja tidak kena , ada saja tidak betul. Belum lagi sekejap bergaduh sekejap berbaik sekejap manis dan sekejap lagi bergaduh balik. Boleh kena darah tinggi tau kalau bebetul hayati! HAHAHA. Mungkin ramai akan bosan dengan jalan cerita begini tapi hakikatnya begitulah jalan ceritanya di dalam novel. Cuma di dalam novel tidak-lah begitu details penceritaannya. Sebab itu orang berasa terkejut bila melihat dramanya diadaptasi sebegitu.
Betul , ada suka dan ada tidak suka. Terpulang pada minat masing-masing. Namun Jijah sedikitpun tak pernah jemu memberi sokongan buat Hati Perempuan. Bukan kerana Jijah tidak pandai hendak menilai cerita yang bagus atau tidak. Tetapi kerana Jijah ingin menyatakan sokongan buat pengarah drama tersebut , Abang Kas Roshan dan para pelakon , Syarul Ridzwan , Mia Ahmad , Nadzmi Adhwa , Hafeez Mikhail & keseluruhan produksi. Bila banyak kali mengunjungi tempat shooting mereka dan melihat kegigihan masing-masing memberikan yang terbaik untuk drama ini membuatkan Jijah tidak lekang memberi sokongan buat drama ini. The least thing I could give to them is my support towards this drama :)
Precious Moment ♥
Thank you Syarul Ridzwan itself dan SR Tigers sebab bagi Ijah dan rakan-rakan peluang untuk datang ke tempat shooting :)
Gittuew , biarlah grammar tunggang langgang , janji yakin! HAHAHAHA. Maaflah , kalau ada yang tak bersetuju dengan apa yang Jijah tulis. Tapi kita semua ada pendapat masing-masing kan? Hehe. Dan , akhirnya tamat sudah drama Hati Perempuan yang penuh dengan pancaroba. Maka habis juga la segala royanan Jijah buat Tengku Zaril ittuew! Eh boleh percaya ke? HAHAHAHA. Diri sendiri pun tak percaya , acaner ni? :p Hahahahaha.. Khamis lepas juga , bertempat di FINAS Hulu Klang telah diadakan Exclusive Finale Viewing Party hasil gabungan 5 FC dari FC Syarul Ridzwan , Mia Ahmad , Hafreez Adam , Nadzmi Adhwa dan Hafeez Mikhail.
Ada gambar sesikit yang sempat dicapture. Tak sempat nak ambil gambar banyak-banyak. Mungkin perasaan ketika itu bercampur baur jadi perasaan hanya nak tengok mereka sahaja instead of buat video ke ambil gambar ke.. hahahahaha.. Jom tengok gambar!
Kaedahnya kualiti gambar agak kurang memuaskan. Maklumlah Jijah bukan penggunan ipong katanya. Lepas tu bila tengok balik semua gambar , hampir semua kualiti tidak cantik. Padahal banyak tak banyak juga snap tempoh hari. Tak apa lah , share yang mana ada saja kan? Sebelum terlupa , Jijah ingin mengucapkan ribuan terima kasih buat SR Tigers iaitu fanclub Syarul Ridzwan kerana memberi peluang untuk Jijah berada diantara 20 orang yang terpilih ke Exclusive Finale Viewing Party. Kalau tiada peluang yang diberikan oleh SR Tigers , maka tak ada lah Jijah dapat peluang ke finale party tersebut. Dah lah limited untuk 100 orang sahaja , haruslah Jijah sehabis bersyukur kerana terpilih katanya.
Tahniah untuk kelima-lima FC yang berjaya membuat finale party tersebut! Meskipun terdapat sedikit kekurangan di sana sini , Jijah tahu bukan mudah untuk menghasilkan sebuah event sedemikian rupa. Segala masa , tenaga dan macam-macam lagi bertarung bagi menjayakan keseluruhan event tersebut. Jijah tahu korang sudah buat sehabis baik dan yang paling terbaik untuk puaskan hati semua pihak ;)
Ehems , bercerita punya bercerita , Jijah tak ada ke bergambar dengan para pelakon ni? Macam mustahil aje kan untuk Jijah tidak bergambar kan? HAHAHA , amboi! Tak ada lah setiap masa Jijah dapat aje bergambar dengan mereka kan? Lagipun tempoh hari , Jijah lagi senang untuk memberi peluang buat mereka yang hadir yang benar-benar nak bertemu dan bergambar dengan mereka. Karang kata Jijah ni tamak pula. Sikit-sikit dia, sikit sikit dia. Ewah Jijah! HAHAHAA.
Tipulah jika tak ada kan? Nah sekeping dua tiga empat untuk tatapan pembaca belog picisan ini :)
Hafeez Mikhail dan Jijah :)
Nadzmi Adhwa & Jijah :)
Tengku Zaril dan isteri-isterinya...eh? HAHAHAHA.
Macam mana nak MOVE ON kalau macam gini punya hensem Syarul Ridzwan ni?! Eh! HAHAHAHAHAHA
HAHAHAHAHA , macam haremnya statement kau Jijah! Susah nak move on tau kalau Syarul Ridzwan asyik hensem aje kahkahkah. Bukan main hensem lagi dia hari tu , bertambah tak boleh move on nampaknya ekekekeke. Okay sudahlah. Entri ini macam sudah terlampau panjang kan? Jijah sendiri dah sakit pinggang sebab memilih gambar dan kemudiannya mengetuk kibod dengan gigihnya. Dah lama tak update belog , bila sesekali update belog terus panjang berjela entri kan? Hihihi.
Jadi , adakah Jijah akan move on kepada Raden Amzar dan Dia Isteri Luar Biasa setelah gigih meroyan dan menyasau Hati Perempuan? Atau Jijah akan berehat terus....? Hiks, jeng jeng jeng.
Terima kasih sudi baca entri ini :)
1 comment:
Ijahemotemo, sy baru je kenal Ijahemotemo lam 3 mggu ni, sy stalked ur Ig n blog ni. terhibur dgn info yg ada esp all those concerning HP n its lead stars. Nak bgtau awak Ijahemotemo n geng2 lain dlm FC SR n MA sgt sgt sgt beruntung kerana terlibat secara direct dlm their daily lives of drama n a bit of meet-togather events. SAYA ENVY N JEOLOUS dgn awak n geng. Tp apa nak buat kan. Sy suka aturcara yg ada dlm IG Ijahemotemo, original n sgt kreatif dlm ur narration. If Allah plans for wat I hv in mind, mmg nak jumpa Ijahemotemo n nak peluk ketat2. heeeheee
Lilomirren
Post a Comment