Pernah tak , tiba-tiba kau rasa macam kau tak cukup bagus? Pernah tak , tiba-tiba kau rasa down tanpa semena-mena? Pernah tak , kau rasa macam kau loser habis? Pernah atau tidak dalam kehidupan korang seperti itu?
Tipu , andai kata tidak pernah langsung. Sekurang-kurangnya sekali dalam hidup kita yang juga mungkin pada akan datang tang belum pernah merasai akan rasa perasaan seperti itu kan?
Aku sejenis manusia yang kadangkala cepat sungguh bersemangat jika benda itu aku minat. Tapi senang juga aku mengalah bila masa aku rasa aku tidak cukup bagus untuk sesuatu itu. Itu kelemahan aku disebalik kelebihan itu. Mungkin self confidence aku juga turut kurang. Biasalah , budak baru nak membesar. Perasaan huru-hara hormon tak betul begini selalu sahaja datang pada aku. Jangan lah melekat sampai aku dah beranak pinak. Haru laki aku nak melayan nanti! HAHAHA.
Kenapa tiba-tiba sahaja aku menulis perkara seperti ini?
Entah. Aku tengah mencari mood nak menulis. Jadi aku tulis apa sahaja yang terlintas di minda aku sebelum aku tulis dengan lebih serius untuk entri lain. Orang kata entri untuk panaskan enjin sebelum enjis semakin berdezuppp laju! Hihihi.
Sekali sekala menulis mengenai perasaan , bagus juga. Sekurangnya aku tidak memendam seorang diri tentang apa yang aku rasa kan? Begituuuu!
Kadang-kadang kita semua tak boleh nak lari dari perasaan huru-hara haru-biru begini kan? Ada masa kita seboleh-bolehnya cuba yang terbaik untuk tersenyum dan memikirkan dari semua yang menyemakkan perkara ini kan? Tapi aku sebagai manusia biasa tak pernah lari berperasaan down dan juga berfikir terlalu banyak. Ada masa aku rasa aku terasa loser. Terutama bila mengenangkan kehidupan aku sendiri. Bukan kehidupan as mean as kaya raya or what , tapi kehidupan aku yang tak mampu berdiri menjadi seperti rakan sebaya aku yang lain.
Cuma bila aku muhasabahkan diri seketika , aku rasa aku perlu bersyukur banyak-banyak. Allah mungkin tidak memberi rezeki aku seperti rakan-rakan sebaya aku yang lain. Tapi Allah memberi rezeki aku dengan seribu satu pengalaman yang tidak boleh dijual beli. Walaupun kadangkala aku rasa aku seperti tidak beruntung kerana tidak memiliki kehidupan untuk masa hadapan tapi sekurangnya aku rasa aku masih lagi mampu hidup dan bernafas di atas telapak kaki aku sendiri , Alhamdulillah.
Aku percaya tak semua orang memiliki nasib yang sama dan tuah yang sama. Tapi sekurangnya aku kena percaya bahawa Allah lebih Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk aku disamping aku berusaha sama untuk menjadi yang lebih baik. Bersyukurlah memiliki keluarga yang memahami , rakan-rakan yang sentiasa ada di setiap jatuh dan bangun serta setiap detik nafas yang dipinjamkan olehNya ini.
Hidup ini terlalu singkat untuk menyesali apa sahaja yang pernah kita buat di masa yang lampau. But hey! Daripada kita sibuk menyesali tentang apa sahaja yang kita pernah lakukan , lebih baik kita memperbaiki diri kita untuk menjadi jauh lebih baik bukan?
Dah jadi panjang berjela pula bebelan panas enjin ini kan? HAHAHA. Aku memang suka menulis , jadi apa salahnya aku tulis pepanjang meski tak ada siapa-siapa berminat untuk baca kan? Sekurangnya aku rasa puas dan lega! Hiks!
Baiklah , mari kita menitik-noktahkan entri ini. Semoga hari yang mendatang kita didatangi dengan seribu rahmat kehidupan tanpa anasir negatif yang mengganggu kehidupan kita. But for once a time , it's good for feeling's down. Atleast kita cuba untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya kan? Nahhhh , sekeping gambar sebelum entri ini berakhir.
Konon , cantik lettuew?
Hihiks , haruslah! HAHAHAH.
okbaiiii.
Terima kasih sudi baca entri ini :)
1 comment:
be positive and good luck !
Post a Comment