Setiap kali tahun baru mula menjengah , memang menjadi kebiasaan untuk melakukan azam baru untuk menaikkan semangat katanya. Tapi kadang-kadang , azam tu cuma bertahan untuk satu hari saja. Bukan sebab apa , sebab hilang semangat dengan perkara remeh katanya. Tak gitu?
Jijah semenjak sudah habis sekolah dan menghadapi jatuh dan bangun kehidupan , memang dah mula malas untuk melakukan apa-apa azam. Sebab rasanya , acap kali membuat azam baru pun kemudiannya hanya azam sahaja yang ada. Tapi tak ada buat apa-apa progress pun. Rasa rugi aje berazam. Padahal , tak ada rugi apa-apa selain dari diri sendiri yang rugi sebab tak buat azam betul-betul. Kan?
Sebelum menulis tentang azam 2016 , marilah dulu melafazkan rasa syukur untuk tahun 2015 yang penuh suka dan duka. Alhamdulillah , ia bukanlah sebuah tahun yang penuh dengan kejayaan umpama menang anugerah penuh satu almari. Tetapi ia sebuah tahun yang terlalu banyak mengajar Jijah untuk menjadi lebih matang , lebih bersabar dan juga lebih tenang menghadapi sebarang kebarangkalian. Juga mungkin tahun yang dimana Jijah turut belajar untuk menjadi lebih positif dan lebih kenal erti sebuah kehidupan. Ada yang seronok dan ada juga yang tidak menyeronokkan. Namun kita anggap saja ia sebuah perjalanan serta destinasi untuk sebuah kehidupan. Terima kasih untuk mereka yang ada dalam kehidupan Jijah , di setiap jatuh bangun , di setiap rasa sedih dan gembira , di setiap hari yang tidaklah indah selalu namun cukuplah bila ada yang setia disisi mendengar keluh kesah Jijah.
I would say that , 2015 was a great and joyful year. Penuh dengan orang-orang yang aku sayang. Penuh dengan orang-orang yang berjiwa positif. Penuh dengan mereka-mereka yang memahami aku seadanya. Tapi bukanlah , ia sentiasa manis sahaja. Ada juga kedukaannya. Namun , biarlah ia terus berlalu pergi begitu sahaja. Buat apa hendak diingatkan lagi kan? Yang baik dan manis kita simpan. Yang menyakitkan dan pahit kita lepaskan saja ia berlalu pergi. Kan?
Dan kini 2016 telah pun datang. Memberi cabaran yang baru. Mungkin juga memberi peluang untuk menghadapi kehidupan dengan orang yang baru pula. Mana tahu kan? Life is full of surprise. But take it as a challange! :)
Tak ada berazam banyak pun untuk tahun 2016 ini. Ia mungkin lebih kepada untuk menstabilkan kewangan diri sendiri. Atau mungkin untuk memperbaiki diri sendiri jauh lebih baik daripada tahun 2015. Okay mari kita list sikit-sikit.
Kewangan.
Aku rasa 2016 adalah tahun aku cuba sedaya upaya untuk menyimpan apa yang patut. Memandangkan aku baru sahaja 9 bulan bekerja , jadi orang kata simpanan apa yang patut baru sahaja bermula. Almaklumlah , sebelum ini bekerja sendiri dan meskipun ada bisnes kecil-kecilan tetapi ia tidak menjaminkan kewangan kita kukuh dengan simpanan yang banyak. Lagi banyak duit keluar adalah kot. Mujurlah kakak aku paksa aku kerja meskipun cuma seorang kerani tetapi ada juga hasil untuk menyimpan sikit-sikit lama-lama jadi bukit kan? Jadi 2016 aku memang sedaya upaya bukan sahaja untuk berjimat malah untuk cuba menyimpan apa yang patut. Tak adalah orang kata mampu menyimpan seribu dua sebulan memandangkan gaji pun masih di bawah dua ribu lagi. Tapi adalah sikit menyimpan untuk masa hadapan kelak. Semoga azam ini berjaya dilakukan tanpa hasutan shaiton untuk menyuruh Jijah menukar henpon lagi HAHAHAHAHA diamlah!
Kurus & Kesihatan.
Tiap tahun ini memang menjadi azam paling atas. Tetapi susah betul untuk dilakukan yang ini. Bila hobi adalah makan , memang ini perkara paling susah untuk dilaksanakan. Tetapi untuk tahun 2016 ini , akan cuba sedaya upaya untuk membuat perkara paling asas dahulu untuk kurus. Aku tak nak push diri aku sangat-sangat. Tapi kalau boleh biarlah tahun ini berjaya membuang lemak-lemak degil serta menuju kepada kesihatan yang lebih baik daripada tahun sebelum ini. Selain daripada aku hendak tampil cantik dan vogeh memakai baju yang lebih cantik , aku pun hendak ada kesihatan yang jauh lebih daripada apa yang ada sekarang. Cuma itulah , perlu usaha yang gigih. Semoga berjaya juga dan bukan cakap-cakap kosong lagi. HEHEHE.
Kembangkan Perniagaan.
Selain daripada perniagaan makanan Popia Roll Mini yang sudah masuk tahun ketiga perniagaannya. Aku mengimpikan untuk mengembangkan empire Faizah Hashim Enterprise kepada perniagaan lain pula. Alhamdulillah , aku bersyukur Popia Roll Mini mempunyai loyal customer yang tersendiri. Meskipun ada jatuh dan bangunnya , namun aku nampak bagaimana Popia Roll Mini berjalan dan aku happy untuk Popia Roll Mini. My first baby everrr! InsyaAllah andai tiada aral melintang , aku akan kembali meniaga tudung namun di bawah lebel aku tersendiri meskipun label tak siap lagi sebab tabung ayam tak cukup dalam tu HAHAHAHAHA. Soon , Le Diva by Jijah akan menemui kalian semua. Semoga semangat untuk kembangkan bisnes ini tidak hanya semangat di awal tahun. Step by step tapi semoga Allah permudahkan segalanya.
Perbaiki Diri.
Ini boleh dikira sebagai azam juga ke? Boleh lah juga. Untuk diri sendiri , of course and always aku sentiasa berazam untuk menjadi lebih baik. Tidak kira sebagai seorang hamba Allah , sebagai seorang anak , seorang adik , seorang cucu , seorang anak saudara , seorang kawan atau sebagainya lagi , always. Aku nak menjadi yang jauh lebih baik. Walaupun kadangkala kita rasa susah dan berat aje untuk menjadi yang lebih baik , tetapi kita sebagai manusia biasa harus teguhkan iman dan sentiasa mencuba untuk menjadi lebih baik kan? InsyaAllah , step by step juga. Semoga Allah permudahkan niat ini.
Kebahagiaan.
Part kebahagiaan ini , memang aku tak nafikan ia adalah sangat mempunyai maksud yang tersendiri. Happy is your choice! Kalau kau rasa hidup berdua bersama orang yang tersayang adalah sebuah kebahagiaan , go find in that way! Kalau kau rasa hidup seorang diri adalah erti kebahagiaan sebenar , dah duduk diam situ dan jangan kacau orang lain. Happiness is not about having a partner anyway. But happiness must come from yourself first. If you happy with yourself , then come your happiness. Betul kan? Cuma mungkin lah aku berharap datang juga kebahagiaan dari sisi lain. Tapi itu kalau ada kesungguhan serta kegigihan untuk mengejar kebahagiaan yang dicari. Apa yang penting bahagia dengan diri sendiri dulu. Belajar sayangi diri sendiri dahulu sebelum belajar menyayangi diri orang lain. Tak begitu?
Positif.
Ini adalah part yang sebenarnya paling mudah dan senang namun disebabkan sekeliling yang kadangkala membentuk perspektif yang negatif , maka positif susah untuk dilaksanakan. Kali ini untuk 2016 , kena juga paksa diri untuk positifkan diri. Orang kata, bila kita positifkan diri kita, banyak perkara yang lebih baik akan mendatangi kita. InsyaAllah. Semoga azam ini tidak terkulai pada hari berikutnya HAHAHAHAHA.
Setakat ini , memang itu sahaja azam yang penting dilaksanakan. Amboi! Penting tau! Iyer, setakat ini , cukup enam dahulu azam diambil kira sebagai azam wajib. Kalau ikutkan azam lain , haruslah banyak lagi. Namun sekarang ini , apa yang penting didahulukan yang ini dahulu. Asas bak kata orang. Step by step , insyaAllah semoga dipermudahkan semuanya. Tak dapat nak dilaksanakan semua , dapat dilaksanakan suku pun jadi lah. Apa yang penting tahun 2016 ini aku cuma mahukan sebuah kehidupan yang lebih bermakna dengan orang-orang yang aku sayang sahaja. Tak ada yang lebih penting daripada itu.
Jadi , apa azam 2016 korang? :)
Terima kasih sudi baca entri ini :)
1 comment:
wahhh banyak giler azam baru uols...
ganbatte ne u can do it
Post a Comment