Jijah tahu mesti bagi yang mengikuti K-Drama sedang seronok mengikuti drama yang sedang mendapat sambutan iaitu Descendants Of The Sun (DOTS). Tanpa disangka-sangka , Jijah turut menonton K-Drama ini hokkay! Patut tak semua orang rasa terharu bila Jijah menonton K-Drama ni uols? Anggukkan ajelah kepala tu tanda terharu sekali! Kahkahkah!
Sebenarnya dalam rumah Jijah yang sedang sibuk menonton K-Drama , cuma kakak Jijah seorang sahaja. Dia ajelah yang sibuk duk Anyohaseyo sensorang dalam rumah tu ha. Sampai aku sendiri nak juling mata sokmo tiap kali dia sibuk Anyohaseyo tau! Kahkahkah.
Tapi itulah khen? Bila sibuk julingkan mata dekat orang lain , tempias teruk kena dekat diri sendiri! Alih-alih secara diam-diam aku pergi menonton online drama DOTS ni tau. Punya tak nak kena bahan dengan kakak aku balik , sanggup tengok dendiam tu. HAHAHAHAHA.
Sebenarnya bukan kakak aku seorang aje yang sibuk menonton drama ni. Aku nampak dekat timeline FB aku penuh rerakan aku sibuk buat ulasan dan juga share gegambar drama ini. Memang sebenarnya aku malas nak terjebak tengok drama Korea ni. Once dah terjebak memang selamat menjebakkan diri menonton lagi lah khen? Huhaiiiilahhhh , bayangkan aku terjebak tengok satu episode sampai aku terus terjebak tengok tujuh episode dalam masa dua hari huhaiiiii apakegilaaaanyaaaa! Sebenarnya kalau aku menggilakan lagi diri dengan tak tidur malam semua rasanya dalam masa dua hari aku mampu marathon 10 episode terus kahkahkah. Tapi biarlah berpada-pada. Kau tu kena rehat jugak Jijah! Tehtiber kasi nasehat! Kahkahkah.
Kalau orang tanya aku , apa yang best sangat pasal drama ni? Entah. Tapi aku rasa seronok menonton drama ni. Mungkin sebab drama ni manis kot. Lepas tu Hero-Heroinnya sama cantik sama padan kahkahkah itu yang aku pandang? Eh sukahatilah!Lepas tu jalan cerita dia pun boleh lah aku layan sesambil nak lelap mata kan? HAHAHAHA. Tak lelap mata pun aku layan jugak! Kihkihkih. Huishhhh , tak sangka pulak aku boleh terjebak dan tersawan dengan drama Korea camgini hoi! Tapi rasanya masih waras lagi kehkehkeh.
Kenapa gigih sangat aku tulis dalam belog? Sebab aku rasa drama ni menarik manis dan haih sawan aku kejap! HAHAHAHA. Ini lah payah bila jarang-jarang tengok drama Korea , sekali tengok terus tergeletis kau! Ada ke yang macam aku? Mesti ada lettuewww! Okbai!
Terima kasih sudi baca entri ini :)
1 comment:
haha..! saya pun terjebak dengan cerita ni tau! best sangat melayan.. hehe.. jom sesama kita layaann..
Post a Comment