Home

Monday, May 9, 2016

Edisi Hiburan : Masih Relevenkah Anugerah Bintang Popular Berita Harian?

Anugerah Bintang Popular Berita Harian merupakan antara anugerah yang cukup berprestij di Malaysia. Rata-rata para peminat artis Malaysia cukup menantikan ABPBH dan mengumpul strategi untuk memastikan artis kesayangan mereka berjaya memiliki trofi ABPBH tersebut. Mungkin ada antara daripada korang tidak pernah terkesan langsung dengan ABPBH ini dan mungkin juga ada diantara korang yang juga menjadi tulang belakang disebalik kemenangan sesetengah artis. Untuk Jijah sendiri , Jijah dahulu kala antara mereka yang bersungguh-sungguh menanda surat khabar , mengumpul surat khabar juga berada dikalangan peminat yang tidak tidur siang dan malam demi memastikan artis kesayangan memiliki trofi ABPBH tersebut.

Namun sejak dua menjak meminati Joongki ini eh ini , perasaan teruja serta bersungguh-sungguh sudah menjadi semakin pudar. Jijah sendiri tidak tahu sama ada Jijah sudah tidak berminat untuk memberi artis trofi kerana memikirkan trofi tersebut tidak boleh dibelah 48 atau sebenarnya ABPBH sendiri sudah tidak lagi releven? Kahkahkah. Bukan main , nak suruh trofi dibelah 48 kan? Iyelah, kadangkala bila fikir kembali apa yang telah dilakukan pada dahulu kala adakah benar-benar berbaloi atau suatu kerugian sebenarnya?

Sejujurnya , apabila kita berusaha keras mendapatkan trofi untuk artis yang kita sayang itulah kepuasan sebenar yang tidak dapat nak digambarkan dengan kata-kata. Dengan mengunyah cekodok pun tidak dirasa kepuasan sebegitu hebat nak dibandingkan dengan berjaya mendapatkan artis yang kita sayang tu sebuah trofi. Namun lama kelamaan, Jijah merasakan penat itu mula datang. Penat fizikal juga mental untuk bersaing dengan semua kelab peminat demi sebuah trofi. Andai kata trofi boleh ditukar kepada seorang Joongki tak apa jugak. Ok merepek. Memang penat. Penat sangat. Kadangkala ketawa sensorang sekejap bila ingat kembali zaman kegigihan dahulu kala. Dan sekarang bila melihat masih ada yang gigih , Jijah benar-benar teruja dengan ketabahan mereka melalui ranjau kepenatan fizikal dan mental semua ini. Ternyata seseuatu yang bukan mudah.

Kenapa tiba-tiba Jijah menulis mengenai ABPBH ni? Jijah tidak puas hati dengan keputusan ke? Jijah rasa dengki dengan kemenangan sesetengah artis ke? Amboi! Hahahahah.. Tak adalah. Tak ada masa nak rasa tidak puas hati , dengki mahupun iri hati. Sejujurnya semua artis layak untuk bertanding di dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian. Kenapa? Kerana ini anugerah yang bukan ditentukan oleh mana-mana juri khas. Ia ditentukan diatas dasar kegigihan kelab peminat yang betul-betul gigih untuk memastikan artis mereka memasuki TOP 5 ABPBH. Meski kita nampak artis tu tahap sendu yang entah kita kenal ke tidak tapi kalau kelab peminat mereka berusaha gigih dan mempunyai wang lebih untuk melabur , memang sesiapa sahaja pun layak untuk masuk ke TOP 5. Orang kata , kalau dah rezeki tak kemana. Tak kisahlah , artis tu popular ke , kelab peminat dia penuh strategi ke , melabur duit dengan nilai paling tinggi ke , tapi kalau dah tak ada rezeki pun tetap tak dapat juga trofi tersebut khen?

Begitulah bila sesekali dah lama tak menulis , sekali menulis terus macam mak nenek membebel khen? HAHAHAHA. Alahai! Sekali sekala aje pun tulis panjang berjela begini :p Ada tak diantara korang sama seperti Jijah dahulu kala , gigih menanda dan tak tidur siang malam untuk memastikan retis kesayangan menang? HAHAHA , Aduhai zaman lagho dahulu kala kalau ingatkan kembali rasa nak tutup muka dengan topeng pun ada! Kikiki, takpelah kenangan manis juga tu walau penuh pancaroba. Cuma ada soalan aje yang bermain difikiran Jijah..masih relevankah ABPBH ini? Ada yang berani nak jawabkan? Hihihihi. No hard feeling and no hurt feeling.. sekadar bertanya saja! Nah sekeping gambar bersama dengan Bintang Paling Popular 2011 & 2013..Aaron Aziz!



Hihiks bai!

Terima kasih sudi baca entri ini :)


No comments: