Home

Friday, July 8, 2011

Cherita Basi : BSN Karnival di eCurve ; oh yeah Aaron Aziz lagi.


Amaran : ENTRY INI PENUH DENGAN GAMBAR. Tak suka , tak payah baca ye , sila pergi ke belog yang lain yang lebih mengikut citarasa anda. Tenkius.

Hmmm , aku tahu akan ada orang akan cakap , budak ni tak habis lagi ke cherita pasal Aaron Aziz ? Haih , aku ni pun kalau boleh tak mahu dah letak apa-apa lagi benda yang berkaitan Aaron sebab tak mahu di gelar kipas susah mati Aaron tahap kritikal. Aku tak ada lah sampai makan ingat Aaron , tidur ingat Aaron , baca buku ingat Aaron , hoitt itu memang teringin nak kena pang pang bertalu angau kan bapak orang nih. Heh. 

Cuma entry ini akan menjadi entry terakhir buat masa ini untuk bercherita tentang Aaron Aziz. Phew macam dah terkena badi ke hape , mula-mula sekali aku tulis pasal Nora Elena then KL Gangster then Stanza Cinta then jumpa di tempat shooting then Oreo Daddy Dunk then itu then ini sampai aku sendiri pun takut muak duk sibuk tulis hal Aaron Aziz. Hehehe. Iye lah , aku tulis benda tu setiap masa tak bermakna aku ni die hard fan , minat tu minat tapi berpada-pada lah kan. Over sangat pun tak best yuolss. Gituh.


masa Aaron nampak aku.
terus tersenyum girang katanya. *matilaa ayat!
err perlu ke aku buat ayat tahap loya macam ituew? erkk.

Okeh , actually entry ini nak cherita pasal cherita yang mungkin akan basi kalau aku tak tulis by today sebab ini kejadian 2 minggu lepas di eCurve di mana berlangsung nya event BSN Karnival yang turut di sertai oleh Aaron Aziz , Imran Ajmain , Adibah Noor , kumpulan nasyid Al Mawlid. Sebenar nya tak rancang langsung untuk pergi berjumpa Aaron Aziz atau menyertai event ini tetapi sebenar nya aku dan kakak aku telah menuju ke Ikea bersama dengan Kak Fieza dan Kaka Ekah untuk pergi makan meatball di Ikea. Lepas itu dapat tahu Aaron Aziz turut ada di eCurve maka , kami semua cuba-cuba lah untuk meninjau keadaan di sana. Apa yang kitaorang cuak memikirkan fenomena Seth Tan a.k.a Aaron Aziz pasti orang akan ramai dan sesak. Tapi bila dah sampai di eCurve , keadaan sangat lengang terutama di backstage. Ehiks.




Aaron Aziz.
nampak betul aku duduk depan dia. heh.


Aaron yang sangat sporting melayan peminat. 
oh yeah masa ni aku duduk depan pintu itu ye.
pakcik guard BSN tu pun dah jadi kawan baik aku masa ni.
keh keh keh.


ehem.
Well , sebenar nya aku punya lah gigih menerjah backstage di kala orang tak berapa nak berani menerjah di backstage tu. Aku macam biasa buat baik dengan orang sekeliling di situ. Pakcik Guard BSN pun jadi kawan baik aku. Sempat berborak dan pakcik tu sempat jugak cakap nak suruh aku masuk sorang-sorang dalam bilik berehat Aaron untuk jumpa semua. Tapi for sure akan melambat kan proses dengan kejadian berebut dan merebut , macam tak biasa dengan semua itu kan. Lepas itu Aaron buat keputusan , ceh , untuk dia yang keluar berjumpa dengan peminat-peminat dia. So Sweet :D Eceh.

Heh , tak menahan aku duduk depan pintu tu hah. Mahu nya gambar aku semua nya dekat ya hamat. Habis pakat menjeling lah khen? Maaf kan adik ye , adik sangat heksaited masa itu meskipun masa itu tetaip minggu asyik jumpa. Ceh. Tapi kan masa aku terjah backstage tu ramai yang tak tahu Aaron ada di situ. Aku pun kalau tak kerana Kak Fieza memang aku pun tak tahu. Sebab masa tu aku merayau-rayau pergi lain sekali Kak Fieza cakap Aaron dah sampai. Okeh punah harapan jantung hati ku. Ceh ayat dramatik tak hengat! Lepas tu hamik kau , aku je lah yang sibuk bergambar sampai Aaron mampu tersengih aje lah ye. Ekekeke. Perlu ke aku cakap Aaron masih ingat aku ini? Perlu ke? Perlu ke? *pang*


masa ni aku sibuk lah pulak cakap ,

bang aaron posing lain puhlease.
bang aaron cakap ; posing macam mana pulak.
cehh.



sesi beramah mesra kata nya.


peneman setia saya : kakak saya.

suka lettuew aku heret dia jumpa Aaron.

Kali ini tak banyak kisah dramatik antara aku dan Aaron Aziz. Kau gila kalau nak main aci dramatik kau je Jah? Ekekeke. Kali ini macam best dari event yang sebelum ni sebab tak ramai orang dan sempat lah kau nak senyum ke , gelak ke even terkentut sekalipun dekat situ. Erk , apa nih. Hahahah. Okeh Aaron Aziz datang BSN Karnival untuk melelong barang-barang peribadi nya. Phew menangis mek tengok barang-barang yang dia jual tu yuolss. Bukan apasal , yang orang membida pun tahap gugur bulu ketiyak aku mendengar tahu? Tapi okay lah kot sebab setiap bidaan tertinggi sekalipun akan menjadi duit Sijil Simpanan Premium so tak rugi :P 


sebelum kejadian menandatangani buku Sejarah :P


kaka Ekah :D


baik tak baik aku dengan pak cik guard bila aku siap mintak nak ambik gambar intai-intai dengan pakcik tu. 

kau mampo? matilaa.


oh masa ni sheweet ye.
Aaron Aziz tengah berehat setelah berjumpa dengan kitaorang peminat-peminat ni ha.
lepas tu , dia dapat tahu ada seorang nenek nak jumpa dengan dia.
terus dia keluar cium tangan nenek ni.

so sheweet. habis semua kamera duduk tayang dekat makcik ni nak ambik gambar ekekeke.





Hohh , banyak sungguh gambar nya. Ini pun pilih yang paling meletopz yang mampu korang guling-guling tapi haih tehtap lah banyak. Memang banyak sungguh gambar yang aku ambik aritu. Ada lah kot dalam 200++. Heheheh , itu pun termasuk dengan gambar syok sendiri iye. Cehh. Oh ya yang pasal membida tu , Aaron Aziz menjual Baju Kameja Putih yang di pakai di dalam Nora Elena dan orang membida dengan harga : RM 500 mcm itu lah. Frame dengan gambar sekali siap tandatangan orang membida dengan harga : RM 300 mcm itu lah dan yang paling buat semua orang ternganga ialah Topi yang di bida dengan harga RM 2K! Huyyohh!! 

Meleleh peluh aku mendengar sampai sempat lah tenganga tiga minit. Ekekekeke. Mengada-ngada nak ternganga lama-lama kan? Tapi betul lah terkujat gegirl dengar tau. Hahahah. Tapi memang ramai yang sanggup membida tinggi-tinggi. Untung jadi Aaron Aziz dan memang tersangat lah fenomena ye. *peluh*

Err jangan tanya aku tentang gambar-gambar di bawah ni Aaron buat apa ke apa.
Aku ala-ala blur gituew.





oh ya ada Imran Ajmain juga :)






Ini memang aku kasi korang cuci mata nih. Ekekekek. Iye lah esok dengan lusa kan banyak jalan kena roadblock , kot kot korang tengah stress tak boleh nak keluar rumah ke apa boleh lah tengok gambar-gambar ni kan. Hamboii pandai aje kaverina ye ayat? Hehehe , lagipun belog salah satu medium untuk aku menyimpan gambar-gambar aku. Walaupun nanti kalau dah hilang ke apa aku akan hangin sebab aku letak watermark sehingga aku rasa gambar ituew tidak cantik lagi. Ish apa kau merepek ni Jah. Haa , kan dah cakap entry ni penuh gambar , kejap kejap ada lagi. Woah. *peluhlagi*




Abang Malek KL Gangster sangat kan bila buat muka macam ni :P


Oh ya aku tak sempat ambik gambar yang tengah membida semua tu sebab aku sibuk duduk backstage berborak dengan geng AL's yang kebetulan terserempak tapi cherita mereka itu next entry okeh? Jadi lepas acara yang gambar di atas , Aaron berehat mcm gambar di bawah. Ingat kan kembali ke backstage. Adess. Tak apa lah , janji aku tehtap ambik gambar kata nya. Dah alang-alang berjumpa ambik gambar sampai lebamz. Gituh kata nya! Maaf kalau korang rasa macam nak termuntah tengok gambar Aaron banyak ya hamat , but please aku upload ini sebab ada permintaan kata nya. If not , aku pun tak kuasa nak upload sekali harung. Kang aku buat PART 1 , 2 , 3 ada pulak yang menyampah , so better aku buat sekali harung. Okeh? #tetibe.


begitu lah , i phone , handphone dan sama waktu dengan nya penuh depan aku kata nya.



Aaron tehtap setia melayan peminat walau macam mana sekalipun ye.
I loike ur style la bro! :)







masa ni , Aaron Aziz sign buku utk ada seorang kanak-kanak perempuan yang amat minat dengan Aaron Aziz.
birthday kanak-kanak tu tak salah aku.
the best birthday ever , mak dia cakap.
ekekek mohtif aku pergi hafal dialog mak dia? ekekeke.


Setelah hampir beberapa jam di eCurve , Aaron Aziz pun sudah mahu pulang tetapi agak mendukacitakan bagi mereka-mereka yang tidak sempat untuk bergambar dengan Aaron apabila Aaron terus menaiki eskalator di tempat dia berehat itu. Aiyark. Ketika ini lah ada drama yang berlaku ye. Drama aku , Kak Fieza , Kak Ekah dan kakak aku bersama Aaron. Ekekeke. Kitaorang gigih naik escalator untuk pergi ke tingkat atas. Bila dah naik phew nampak Aaron berkejaran lari daripada peminat-peminat. Ahah , masa ini kitaorang pun berlari berkejaran katanya!

Sampai semput aku dan aku pun nampak Aaron semput. Rupa-rupa nya lepas itu Aaron yang dengan bodyguard semua tu turun balik :/ Huwargh , stress naik turun eskalator. Masa tu dah tak ada siapa pun berani nak kejar Aaron tapi err err aku n the geng masih lagi mengejar sehingga kami satu eskalator. Ekekekeke. Masa ini semangat aku n the geng menjerit ; Bang Aaron Pandang Belakang , Senyum! Ya Hampun , gigih betul wehh. Nangis sangat ingat balik. Selamat tak ada kejadian tragis ke hape ke kan? Erkk.


okeh gambar bang Aaron pandang belakang via kamera Kak Fieza.
kamera aku kelembapan pulak time nak snap. sheesh.

Oh yeah , selesai sudah bercherita dan menepek gambar-gambar Aaron Aziz ini. Memang banyak sangat. Ini pun sudah cut cut cut tapi banyak jugak. So how kan? Lepas ni dah tak ada dah tentang Aaron Aziz ke apa. Banyak entry-entry basi lain yang akan menyusul. Aku memang sengaja dahulu kan entry tentang Aaron Aziz. Dah macam belog pencinta Aaron Aziz pulak. Berduyun-duyun tentang Aaron khen? Nak buat macam mana kebetulan asyik terjumpa terserempak lah kan?

Hiks. Anyway , aku rasa event ini lagi best and mungkin lagi senang untuk berjumpa Aaron berbanding dengan event sebelum ini. Oh ya sebelum ini pun aku dah ada tulis sikit-sikit tentang event ni. Bagi yang belum baca sila tekan SINI dan SINI. Hehehe. Bila berada di event itu , aku sangat suka melihat Aaron menghargai semua peminat-peminat dia. Aku mula lah nak touching sana touching sini kan? But if kau orang berada dengan aku hari tu , you'll said that too lah. Cehh. Memang sekarang fenemona Aaron Aziz. Oh ya Aaron sempat cakap ye ; Jangan Lupa Tonton Filem Ombak Rindu bulan 12 nanti. Kata nya filem itu akan buat korang menangis. So , peminat Aaron Aziz dan peminat novel Ombak Rindu , jangan lupa menonton nanti ! :)

Gapo lagi nok tulih ni? Ada ke yang muak dengan entry-entry dalam belog aku ni? Ke ramai yang sama geletis suka dengan entry Aaron Aziz ni? So peminat Aaron Aziz puas hati tak adik Ijah menepek gambar Aaron banyak sampai pitamz ini? Errr. Sehingga berjumpa lagi di entry lain kali. Oh ya sebelum itu , kalau tak keberatan , sila lah LIKE fanpage Cherita Emo-Temo. Hehehehe. Oh , insyaAllah kalau ada kelapangan aku akan terjah balik semua-semua yang telah sudi komen di entry ini atau sebelum ini. Maaf andai terlambat ye. -.-' Oh ya , nanti kalau aku rajin aku akan update lagi dan lagi. Itu kalau rajin lah. Ekekeke. Erk! Alamak dah panjang berjela ya amat entry ini maka .. err aku berenti menulis dulu. Okthxbai.


sebelum berpisah , wajib ada gambar saya dan Aaron Aziz ye.

cehh.

:)

Terima kasih sudi baca entry ini :)


Wednesday, July 6, 2011

[ReNov] Stanza Cinta by Nurull Halawati | Terasa Begitu Kerdil Baca Novel Ini

Semalam baru lepas habis membaca novel Stanza Cinta yang kini telah di adaptasikan menjadi sebuah drama di TV3 setiap Ahad jam 9 malam itu. Aku baru sahaja beli novel tu dengan bantuan Kaka Ekah yang tolong beli di Pesta Buku Selangor. Terima kasih juga buat Kaka Ekah yang siap sanggup hantarkan novel ini ke rumah aku. Terharu meh :') Sebelum ini asyik dengar orang cakap novel itu sebuah novel yang sangat bagus untuk di baca. Jadi bila sudah ada di depan mata novel tersebut aku pun cuba untuk luangkan masa membaca novel ini. 

Jangan ingat bila aku baca novel aku lupa pulak buku-buku pelajaran di atas meja. Tidak , jangan salah faham. Kadang-kadang nak lah jugak selitkan sikit buat perkara lain kan. Oleh kerana bila aku dah dapat novel ni pun dekat tv dah tayangkan episode 1 , jadi aku kena cari mood untuk baca elok-elok. Malang nya seperti biasa kalau baca novel from adaptasi ni perkara pertama aku akan buat , baca bahagian belakang dulu. Hehehehe. Lepas beberapa hari kemudian nya baru aku baca balik dengan elok-elok. 

Okeh ini aku nak kasi pendapat peribadi aku tentang novel Stanza Cinta ini. Kebetulan baru habis baca ,tak salah untuk aku kongsi kan pendapat dekat sini kan. Hehehe.

  1. Stanza Cinta mampu membuatkan korang mengalirkan air mata andai korang mendalami nya betul-betul. Kisah cinta 3 segi dan konflik mencari siapa tulang rusuk Amni membuatkan aku turut mengalirkan air mata.
  2. Ayat-ayat di dalam novel ini sungguh puitis dan bagi aku tidak rumit untuk aku memahami nya.
  3. Aku suka apabila penulis turut selitkan kisah-kisah di zaman Rasulullah di sebalik yang telah Amni hadapi di kehidupan saharian nya. Atleast dapat juga kita rasa insaf dengan kisah-kisah tersebut.
  4. Ada juga di selitkan dengan petikan-petikan hadis. Dapat juga ilmu agama di situ.
  5. Cinta 3 segi antara Taufik - Amni - Irfan yang mampu buat kita turut sama seperti merasai apa yang Amni rasa kan. 
  6. Terlalu banyak ujian , cabaran , cubaan serta kehilangan yang Amni tempuhi dan itu membuat kan aku menangis banyak kali. Nak tahu kenapa , sila baca ye. Hehehe.
  7. Banyak juga part yang aku menangis bila di saat Amni menghadapi cubaan yang terlalu banyak. Jika tidak silap aku , kisah novel ini merupakan kisah benar juga. Oh kalau aku berada di tempat Amni , aku tidak yakin aku mampu setabah dan sekuat Amni :/
  8. Lagi satu aku suka tentang ayat-ayat di setiap akhir bab dan permulaan bab yang membuatkan aku tersenyum.
Pendek cherita novel ini memang membuatkan aku terdetik di hati ini dengan rasa penuh insaf. Betul lah kata Nurull Halawati , apa yang penting novel beliau mampu membuatkan orang terkesan dengan kisah nya lalu mengambil iktibar. Alhamdulillah , apa yang boleh aku kata kan novel ini sebuah novel yang penuh dengan iktibar yang molek untuk di ambil. Terasa sangat kerdil apabila membaca novel ini. Bukan semata-mata kerana cinta tetapi sebenar nya tentang ujian-ujian yang di limpah kan Allah kepada kita bukan kerana sengaja. Pasti ada sebab kenapa Allah menguji kita. Allah tidak akan membebankan hamba nya andai hamba nya tidak mampu memikul setiap cobaan itu. 

Ehem. Senang cherita novel Stanza Cinta ini merupakan sebuah novel islamik yang bagus dan menarik untuk di baca. Selain membaca kisah kehidupan Amni yang melalui pelbagai ranjau untuk bertemu pemilik tulang rusuk , kita juga dapat juga manfaat yang lain-lain. Lagipun novel ini tak mahal pun , cuma RM 19.50 aje. Ehiks. Bukan senang aku nak menangis ketika membaca novel , tapi kali ini memang tak mampu nak tahan. Paling tak menahan aku dah siap bayang kan , Amni - Nur Fathia , Taufik - Fizz Fairuz dan Irfan - Aaron Aziz. Hahaha sempat lagi tu aku bayang kan. Nak kasi feel katanya. 

Kalau drama dengan novel ternyata ada pertukaran sana dan sini. Tak di nafikan versi drama agak lambat sikit jalan cherita nya tapi aku rasa lagi tertarik kalau tengok drama itu untuk menghayati mesej-mesej yang di sampaikan sambil itu dapat jugak tengok pelakon-pelakon nya. Heh heh heh. Oh ya cakap pasal novel kan , ehem aku turut dapat kejutan dari Kaka Ekah dan Kak Fieza actually. Masa Kaka Ekah kasi novel pada aku , tiba-tiba dia suruh aku bukak muka surat hadapan. Dalam kepala otak aku memang tak fikir apa-apa. Sekalii ....


ehem.

Aaron Aziz sign dekat novel tu. Seluruh muka surat yuols.
kau hado? *matilaa

Sungguh aku terkejut siap pergi peluk Kaka Ekah. Hakhak. Sebab nya beberapa hari sebelum tu diorang terjumpa dengan Aaron , itu yang diorang kasi buku dekat Aaron katanya. Ceh , aku punya dah cakar-cakar rimau dapat tahu yang diorang terserempak lah , terjumpa lah. Sekali ada benda yang buat aku makin cakar-cakar bila dapat buku tu. Tersenyum sampai ke telinga. Hoitt tak puas-puas ke asyik dapat tanda tangan Aaron ni? Erkk ini seprais punya itu yang aku eksaited terlebih. Ngahahahah.


tadaaaa. 
begitu lah kisah nya.

Orang lain sibuk meroyan yang Aaron Aziz follow twitter diorang siap print screen segala muahaha aku cuma mampu kasi gambar sekeping itu yang Aaron pegang lagi buku aku. Boleh? Tak kowser lah dik noon aku nak meroyan siap lompat bintang segala. Aku pun Aaron follow jugekk twitter nya tapi tak kowser ye nak printscreen. Printscreen bila perlu sajork Hakhakhak.Ini pun aku malas nak tepek awal-awal tapi memandangkan dah cakap hal Stanza Cinta aku letak sekali harung la. Ekekekeke. 

Itu sahaja ulasan saya tentang Stanza Cinta. Ada ke yang dah baca novel ni? Ada tak yang sependapat dengan aku? Uhhu. Apa-apa pun untuk siapa-siapa yang nak tahu best ke tidak , try beli dulu. Tak rugi pun. Harga pun tak mahal. Paling penting dapat manfaat serta iktibar jugak. InsyaAllah.

Terima kasih sudi baca entry ini :)


Sunday, July 3, 2011

Sekejap Naik Sekejap Turun. Pheww

Kali ni nak tulis santai-santai aje. Nak bercherita tentang UV traffik belog aku. Minggu ni UV traffik nya kejap naik kejap turun. Tapi memang boleh tahan ramai masuk this week. Aku rasa tak payah cakap pun semua dah tahu sebab apa. Mesti lah sebab penangan Seth Tan itu kan? Maklum lah , hampir tiga minggu berturut-turut terjumpa dengan Aaron Aziz kan. Tepek sekeping dua gambar dekat sini , terus ramai yang masuk kan? Fenomena sungguh!

Itu pun gambar-gambar dekat BSN Carnival aku belum tepek lagi. Malas nak tepek sebenar nya tapi ada jugak orang suruh aku tepek dekat dalam belog ni. Nanti-nanti lah kot. Sekarang ni banyak lagi benda lain yang aku nak cherita tapi sangat lah malas nak update sekarang ni. Aisehmen. Lepas tu cherita pergi kenduri kahwin orang pun tak tepek lagi. Cherita itu , cherita ini , phewww.



sebagai belog ikan bilis , saya sangat redha dengan UV traffik saya.
terima kasih peminat-peminat bang Aaron yang masuk ke dalam belog saya.
#tetibe


nangis terharu tgk pelosok dunia masuk dalam belog saya.
err.


keyword dia tak habis-habis dengan : Aaron Aziz , Aaron Aziz dan Aaron Aziz.
#nangisterharu

Ekekekek , terima kasih yang sudi baca entry-entry dalam belog ini , yang sudi follow belog ini , yang sudi pembaca senyap belog ini dan yang sudi meninggalkan jejak di belog ini. Terima kasih semua. Kalau aku rajin , malam karang aku update lagi. Ada banyak entry-entry tertangguh ni. Berpeluh ketiyak yuols nak habiskan semua cherita. Gigih betul nak hapdet segala kan? Tengah gigih , relakan aje lah. Bila tak gigih , nak tengok laptop pun tak mahu okeh. Gituew katanya.

Jadi next entry nanti pasal apa? Aaron Aziz lagi? Tengok lah macam mana. Heh heh heh.


Aaron Aziz @ BSN Carnival last week.

ada ke yang nak baca tentang Aaron Aziz lagi? :P

Terima kasih sudi baca entry ini :)

Saturday, July 2, 2011

Ada Peminat IjahEmoTemo Kirim Barang Dekat IjahEmoTemo?

Pasti ramai yang loya membaca tajuk entry aku meskipun masing-masing bukan berbadan dua kan? Hamboii laju aje nak loya , nak muntah kan kalau aku buat tajuk geletis macam tu kan? Ekekekeke. 

Sebenar nya tipu aje semua tu. Eceh. Tapi memang ada orang pos barang dekat aku. Itu pun sebab hari tu saja-saja try 30 orang tercepat untuk dapatkan mask percuma dari kaka Dni. Saja-saja mencuba lepas tu aku pun terpilih antara 30 orang itu. Hiks. Pestaim uols dapat barang dari rakan-rakan blogger ni. Ekekeke. Harus lah aku jakun semedang. -.-' Gergh perangai tak boleh nak ubah part jakun tu , maafkan lah aku. Sheesh.




hiks , terima kasih kaka Dni sebab pilih Ijah :)

let's read belog kaka Dni ye :)


Actually benda ni sampai lebih kurang tiga empat hari lepas kot. Tapi di sebab kan mood tengah merudum maka tak jadi nak update. Maaf ye kaka Dni. Heheheh. Tu sebab cepat-cepat aku tulis sekarang sebelum jadi entry basi. Heheh. Fuhh , banyak lagi entry-entry yang kena auto publish termasuk entry ni pun auto publish ye. Bukan pasal apa , kang aku peram lama-lama mahu jadi basi pulak cherita-cherita aku. Bukan setakat cherita tentang retis je ye tapi macam-macam cherita ada termasuk pergi kenduri kahwin orang. Tehehehe.



bau mask ni sangat sedap.
terasa macam nak makan bau dia.
erkk.

Hiks , sekali lagi terima kasih kaka Dni. Nanti nak cuba mask ni tepek menepek di muka walaupun mula-mula aku blur macam mana nak pakai. Ngahahah. Mujur kakak aku tahu macam mana kan. Kalau tak adakah aku peram ? Erkk. Oh tidak. Okeh sebelum aku merapu mengarut tak tentu hala baik berenti menulis. Hiks , sekadar nak ucap terima kasih dekat kaka Dni. Ngee.

Errr weekend ni korang buat apa? Ada aktiviti best tak? Ke qadha tidur je uols? Hikhikhik.

Terima kasih sudi baca entry ini :)