Home

Saturday, April 14, 2012

Lazy Saturday

Sekarang aku tengah dalam keadaan yang kurang sihat. Hendak update tentang macam-macam pun tergendala. Usai balik sahaja dari Genting Highland tempoh hari , badan terus rasa tak sedap. Tiba-tiba terasa hendak demam , selsema dengan batuk dan lepas beberapa hari memang betul-betul aku demam , selsema dengan batuk. Lagi best bila dapat migraine sekali. Nak buat apa-apa pun dah tak boleh masa tu sebab seluruh badan terasa sakit. Masa tu memang buat aku makin stress. Mungkin jugak sebab perubahan cuaca yang sejuk gila dekat Genting Highland bertukar menjadi panas gila dekat KL buatkan aku tiba-tiba migraine tak hengat.


Semua benda yang aku nak buat memang semua terbantut. Sungguh sadis. Mungkin juga segala rasa tak sihat ni bertandang bila setiap malam masa di Genting Higland asyik tidur lambat dan berjalan kemain lagi ke sana ke sini kan? Tapi seriously aku rindu dengan suasana dekat sana sebab sangat enjoy! Hehehehe. InsyaAllah lepas aku dah sembuh dari semua ini aku akan upload sedikit demi sedikit gambar-gambar masa di Genting Highland dan ABP ya? Sebenarnya gambar-gambar dengan artis sangat sedikit. Lagi banyak masa dekat Pengumuman Percalonan TOP 5 ABPBH okes? Tak apa lah , aku pergi atas sana nun jauh di puncak itu pun bukan untuk pergi bergambar dengan artis sangat tapi just untuk enjoy and have some fun gituew.


Meh tengok gambar-gambar Jijah dekat nun atas puncak Genting. Minta ampun kadang-kadang terover ekspressi khen? Kata menuju puncak khen?! Hahahaha.



ini masa dari dalam bilik hotel.
cantik kan? :)


ini masa dari Theme Park Hotel nak menuju ke First World Hotel :)
semput jugak masa mula-mula nak pergi sana -___-'


dekat Genting Highland memang Jijah mendaki escalator sajork kerjanya. 
hihihihi.


ini masa dalam cable car , masa nak balik.
sob sob sob.

more picture and story coming soon! 
:)

citt gaya macam ada orang nak tengok aje -___-'


Heheheh , saja kasi teaser-teaser dulu kan? Dekat entry sebelum ini pun dah ada kasi sedikit teaser. Memang nak kena cari masa sesuai untuk update semua ini dalam masa terdekat. Kalau ikut keadaan sekarang memang sangat-sangat tak larat. Tapi sebab tak mahu jadi entry basi , jadi akan ku gagahkan juga. Errr sebenarnya ada banyak lagi cherita basi ngahaha tapi nanti aku akan cuba untuk update jugak larr ye? Erhiks. 

So korang weekend ni buat apa je? Berjimba ria dengan family? Berjimba ria dengan rerakan ? Berjimba ria dengan ehem-ehem? Atau macam aku , berjimba ria atas katil melayan batuk dengan selsema yang tak mahu pergi? T____T HEHE.

Terima kasih sudi baca entry ini :)

Jom Like CHERITA EMO-TEMO di FB! Sayang korang ketat-ketat! Thanks! 

Tuesday, April 10, 2012

Teaser : Berjimba Ria Di Genting Highland.

Tak larat sebenarnya nak mengetuk keyboard netbook ini sebenarnya. Kali ini cukup sekadar hendak meletak beberapa keping gambar sebagai teaser katanya. Ehem, macam dalam tajuk di atas lah kan ; Berjimba Ria Di Genting Highland katanya. Tak perlu beritahu untuk apa pun rasa-rasanya orang sudah tahu kot? Hiks , Sabtu lepas aku telah pergi berjimba ria ke Genting Highland bersempena dengan ABPBH 2011. Dah lama sebenarnya tak pergi event-event seperti ini. So melepaskan geram gituew lantas pergi lah selama 3 hari 2 malam ke Genting Highland ye. HEHE. Dah lama tak pergi Genting , tetibe pergi Genting untuk sebab yang lagho ye? HEHEH. 

Tak mahu cherita panjang-panjang sebab tak larat lagi sebenarnya. Petang semalam baru balik dari Genting Highland. Masih lagi terasa kesejukan,kedinginan dan keletihan ketika berada di atas puncak sana tu uols. Tapi cherita itu semua beserta gambar-gambar akan ku upload tak lama lagi k? Untuk sekarang Jijah kasi teaser sahaja dulu ek? Hamboi , kemain kau Jah! :p


pintu masuk ABP :)


Pelakon TV Lelaki Popular bersama Pelakon Filem Lelaki Popular!


kesejukan dan kedinginan melampau!


LaLaLaLaLaLa :p

Soon , aku akan update pasal cherita jimba ria aku di Genting Highland k? Alhamdulillah selamat pergi dan balik meskipun agak takut nak naik bas pergi ke Genting because selalu terbaca dan terdengar cherita macam-macam yang mengerikan bila naik bas ke Genting , hehe. Sekarang tengah pening pulak nak pilih gambar mana nak edit , nak upload , nak letak watermark! Pitamz mak noks! So....enjoy picture yang sekarang ni k?! Heheheheeheh :p

Korang tengok tak ABPBH? Puas hati atau tidak dengan semua pemenang-pemenang kali ini? ;)

Terima kasih sudi baca entry ini :)

Jom Like CHERITA EMO-TEMO di FB! Sayang korang ketat-ketat! Thanks! 

Thursday, April 5, 2012

Tentang Rasa. Apakah Semua Ini?

Selamat Malam! Dah lama betul tak update waktu malam begini. Kalau zaman sekolah dolo-dolo , boleh tahan juga update malam-malam memandangkan waktu itu sahaja yang agak terluang. Sekarang ni , bukan kata tak ada masa yang terluang. Padahal waktu yang ada lebih daripada yang ada. Tapi biasalah , Jijah ni suka betul ikut mood bila buat kerja. Itu satu petanda yang tak elok. Even Ayah pun bising katanya cakap tak elok bila dah kerja nanti bila bos suruh buat kerja asyik ikut mood nak siapkan kerja. Gulp. Hensaf Jijah mendengar bebelan Ayah Jijah. Hehehe.


Sekarang ni tengah mencari balik semangat blogging yang hilang. Sebenarnya setiap hari ada niat nak update entry perkasam. Tak nak update terasa macam tak best lah pulak. Biarpun benda tu dah sangat basi tapi sekadar untuk dititipkan sebagai kenangan dalam hidup Jijah yang sangat aktif join event beberapa bulan yang lepas rasanya tidak salah kot. Kekdahnya yang membuat Jijah sangat malas ialah nak letak watermark dekat gambar-gambar tersebut. Sekarang ni seram Jijah kalau tak letak watermark. Semedang aje ada yang sibuk cilok gambar tanpa mintak izin tau. Entah apa yang payah nak minta izin pun Jijah tak faham lah. Dah lah pulak tak gheti nak kasi credit dengan tuan milik. Tak ke rasa nak baling mercun pop dekat theyols , uols? Iyerlah, kita ni bukan mudah nak dapat join dan jumpa sesetengah orang itu , lepas tu mereka-mereka ini main taram saja ambil gambar kita tanpa izin kan? 


Errr tetibe terasa macam entry kali ini lebih kepada bebelan semata-mata kan? Ahaks. Kalau ikutkan hati terasa nak tulis macam-macam dan campur sekali harung. Tapi ikutkan hati binasa diknon! Tetibe aje kan? Hahaha , mengarut sungguh Jijah ni tau! Jijah sekarang ni tengah mood jiwang karat dengan jiwa kacau kekdahnya. Sebab itu setiap kali nak update ada sahaja benda yang tergendala. Hailah. Tengok tajuk entry kali ini pun boleh agak Jijah tengah jiwa kacau bercampur karat. Eh? Ekekekek. Biasalah , keadaan sekarang ini memaksa Jijah untuk berfikir lebih dari yang Jijah mampu katanya. Ades, apasal ayat Jijah macam pusing-pusing ni khen? Kisaaaaaah.


Sebenarnya jugak sambil menulis ni sambil dengar lagu Tentang Rasa - Astrid. Sebab itu tajuk entry ini tentang rasa. Nak meluah rasa sebenarnya. Tapi terpaksa tapis apa yang patut. Selebihnya biar simpan dalam hati katanya. Cehh. Kemain kau Jah! Jom layan youtube Tentang Rasa tapi versi Vanila Coklat. Hihihi.



bila sawan Vanila Coklat Jijah hendak berakhir? T_T

Hailah , memang tak dinafikan demam Vanila Coklat Jijah tak berakhir lagi. Tak mampu nak kebah lagi demam nya uols. Entah apa pasal susah betul kan? Mungkin juga sebab duduk dekat rumah bosan-bosan hingga asyik ulang tayang Vanila Coklat sampai berdengkur dengan sendiri. Eh?! Hahahah. Masa zaman Gemersik Kalbu pun tak macam ni. Masa zaman Nora Elena pun tak macam ni. Apasal pelik pula bila tiba zaman Vanila Coklat ini uols? Katakan kenapaaaaaaa uols? Errrrk. Hahaha.

Dah jadi entry campur aduk pulak kan? Hihihi. Lagipun korang kalau Jijah pasal artis baru korang nak datang masuk baca kan? Kalau Jijah luah isi hati mana ada masuk baca kan? Sob Sob Sob. Geletis sungguh Jijah kali ini tau! Err saja lah jugak nak tunjuk dengan korang ketika kegigihan nak bermain dengan photoshop melanda tempoh hari , Jijah semangat betul edit gambar Izara Aishah. Gambar ni semua memang Jijah yang punya. Masa jumpa Izara dekat Preview filem Azura. Bila kegigihan melanda memang Jijah akan berusaha keras untuk belajar main dengan photoshop ye. Hihihi. Tak adalah cantik mana pun Jijah buat. Lagipun photoshop yang Jijah punya ni dia macam suka nak cari gaduh dengan Jijah. Suka betul tersalah itu dan ini dengan Jijah tau. *jeling dekat photoshop erkk* Hahaha , dengan photoshop pun nak bergaduh ye Jijah? T_T


erhehehe , biasa saja Jijah buat.
masih belum PRO uols.
PROblem je banyak ni.
HAHAHAH.

-___-

Begitulah katanya. Kemain lagi tulis panjang lebar tentang macam-macam kan? Hahaha. Dua hari ni agak sibuk pergi berjumpa rakan-rakan. Biasalah , tengah free macam ini memang Jijah akan gigih berjumpa dengan diorang. Nanti bila dah sibuk belajar dengan benda lain , dah tak akan ada ruang mahupun peluang begini lagi. Ades, sedih pula fikir semua ini. Hehehe. Nanti bila ada kelapangan Jijah akan update lagi dengan gambar-gambar ketika Jijah pergi berendam ditepi Sungai Congkak , ketika bertemu rakan-rakan dan juga entry-entry basi perkasam itu juga. Tak kisahlah , tak ada siapa nak baca. Janji Jijah boleh titipkan semua itu sebagai kenangan yang diabadikan khas dalam belog kesayangan kan? Hehehe.

Sebelum berpisah , mari lah tengok sekeping gambar Jijah pagi tadi di Times Square. Hihihi. Terima kasih Kak Pah sebab snap gambar ini. Saya suka sangat-sangat. Hihihi. Hahaha :p


hihihi, walaupun nampak sedikit gedik dalam gambar ini (?) tapi Jijah suka :p

xoxo

Terima kasih sudi baca entry ini :)

Jom Like CHERITA EMO-TEMO di FB! Sayang korang ketat-ketat! Thanks! 

Wednesday, April 4, 2012

IjahEmoTemo Terselit DiDada Akhbar?

Kisah minggu lepas sebenarnya tapi baru ada perasaan untuk menayang dalam belog kesayangan. Haih , sekarang nak berkongsi apa-apa cherita tak boleh sebarangan. Nanti macam-macam pula orang cakap dekat belakang. Biarlah , ini belog aku sekalipun , orang-orang lain tetap tidak puas hati juga apa yang kita buat kan? Tak apa lah, itu tandanya ada orang memerhati kita dan mungkin menyayangi kita. HewHewHew. Hahaha , macam nak lempang diri sendiri pergi tulis pesen macam itu. Keh Keh Keh.

Aku sebenarnya nak berkongsi satu gambar dengan korang semua. Ada pulak tiba-tiba terselit wajah sendiri dalam akhbar Berita Harian. Iye, kalau korang macam ternampak ada perempuan pipi tembam tersenyum riang pakai baju hitam , itu aku. Itu IjahEmoTemo yang perasan Diva. Lol. Aku sebenarnya pergi tolong rakan-rakan yang nun jauh di merata tempat nak tiket ABPBH. Aku sengaja tolong diorang dah alang-alang aku dekat KL kan? Kesian diorang , jadi Jijah yang memang baik hati ini *sila montah ye* pun tolong lah alang-alang kan? Hiks.

Dengan begitu gigih pagi-pagi lagi dah pergi redeemkan tiket untuk rerakan katanya. Lepas tu tengah gigih beratur nampak photographer BH sibuk snap muka Jijah yang memang sudah tersedia menunduk malu katanya. Hahaha , gheti pulak Jijah ni malu ye? Hiks. Lepas menunduk pun tehtap jugak photographer tu snap gambar dekat area Jijah berjoyah. Cittt rasa nak guling-guling aje. Dah lah lambat benor nak proceed benda alah ni dengan matahari terpacak atas kepala dan peluh menitik-nitik jatuh atas jalan. Eceh , dramatik gila ayat. Ku sangka kan semua nya berakhir bila dah dapat tiket ABP tu. Sekali kau, datang pulak wartawan nak aku dengan rakan-rakan ambil gambar berjemaah atau dalam bahasa lain nya group photo. Ekekekek.

Adeh, masa ni datang balik perangai malu-malu kucing Jijah ye. Tapi dah semua bergambar tak kan Jijah tak mahu kan? Ahaks. Gedik benor mu Jijah :p Lepas tu dengan panas memancar-mancar dekat atas kepala , ya hampun dengan photographer tu suruh buat posing lah pulak. Katanya suruh pose ceria kan? Tengah panas terik mampu ke nak buat pose ceria macam menang motor uols? Nanges. Tapi Jijah tehtap buat posing DIVA ngahaha lepas tu photographer tu terus cakap "haaaa tiru macam dia!". Jijah dah terasa nak guling-guling atas jalan tu okes? Okay cherita banyak pulak si Jijah ni -___-' Nah tengok la gambar bukti ni ha. Haih , bila dah tua nanti mesti sengih seorang diri tengok gambar ni. Ekekekek. Jijah , Jijah tak habis lagi aktiviti lagho mu ye? :p




nampak tak Jijah yang perfeeling ceria itu? 
-___-'

*tutup muka malu*


nampak tak wajah Jijah yang kemengantukan dan kelesuan disebalik kegembiraan akhirnya dapat menebus tiket ABP untuk rakan-rakan? hikhikhik.


Hehehe. Jijah pun pergi redeem tiket tu dengan geng Aaronators (Kinah,Syafik & Ain) yang lain. Gigih sungguh kami kan? Alah, tak rugi pun tolong orang sekali sekala kan? Hehehe. Tapi perlu di ingatkan Jijah ahli bebas ye? Hahahahah , tehtap nak ingatkan semua orang pasal benda ni sebab tak suka betul bila orang tanya Jijah ni dari FC mana? -___-' Jijah sokong semua artis. Jijah tak suka dilabelkan semua ni. Sokongan padu Jijah tehtap untuk semua dengan sama rata okes? Hihihi. Tetiba pulak kan? Ahaks.

Kalau tak buat statement Diva tak sah Jijah ni kan? Hehehe. Adeslah. Rajin pulak nak update pasal benda ni kan? Padahal banyak lagi entry perkasam yang lain tu Jah oii. Bila lah nak publish ye? Hadoii. Dasyat mu Jah. Suka betul buat entry basi perkasam sekarang khen? *nanges* Hiks. Okaylah, Jijah pun takut makin lama makin merapu pulak entry ini dengan dramatik sakan bagai kan? Hahahah. Jadi , jejari tembun Jijah pun dah lenguh nak meneruskan entry ini ye. Daaaa... *lambai ratu*

Terima kasih sudi baca entry ini :)

Jom Like CHERITA EMO-TEMO di FB! Sayang korang ketat-ketat! Thanks! 

Sunday, April 1, 2012

Rezeki Akhir Mac : Terima Kasih Digi WWWOW Awards 2012

Setelah sekian lama menyepi dari menulis apa-apa , akhirnya Jijah muncul kembali. Biasalah, kadang-kadang dalam kehidupan teringin juga untuk lari sebentar dari apa yang kita selalu lakukan. Tapi bukan lah lari terus dari semua benda. Itu tak matang kekdahnya. Heheh. Bila dah terlalu lama tak mengetuk kibod untuk mengupdate cherita baru dalam belog kesayangan mula lah otak agak lambat sedikit untuk memberi idea apabila menulis kan? Heheh , tehtap kau Jah nak salahkan otak kau kan Jah?


Hehehe sebenarnya terharu jugak dengan Nuffnang. Dikala aku tengah berserabut dengan macam-macam sehingga konon nya malas nak update apa-apa lagi dalam masa terdekat, tiba-tiba check Nuffnang , ada dapat lagi 1 Buffered Earning. Alhamdulillah. Rezeki lagi. Sungguh tak sangka akan dapat lagi 1 BE memandangkan ada 1 BE yang tengah running dalam belog Cherita Emo-Temo ni. Hehehe. Syukur sangat.



thank you Digi WWWOW Awards 2012

thank you Nuffnang

:)

Hehehe sebenarnya sejak Khamis lepas nak update cherita ni tapi biasalah , dengan kelembapan internet tahap siput dan macam-macam hal lain membuatkan Jijah langsung tak ada hati nak update apa-apa. Tapi syukur hari ini internet laju semacam aje hehehe. So ambil peluang nak update belog khen? Hiks.

So apa citer korang semua? Ada tak yang dapat BE baru macam aku? Kalau ada yang masih belum dapat , sabar okay. InsyaAllah kalau ada rezeki , akan ada rezeki untuk korang. Hiks. Nanti aku akan cari balik tips yang pernah aku dapat dulu-dulu macam mana nak dapatkan BE semua ni okay. Aku pun dah lupa dekat mana , semua segala bookmark bagai yang pasal nak dapatkan BE ni heeh. Okay lah , aku ni sebenarnya masih lagi lemau kesan pergi berendam dalam sungai semalam. Later aku cherita okes! Hihihi , ada banyak lagi cherita nak kongsi but soon aku update. Phewww.

Terima kasih sudi baca entry ini :)

Jom Like CHERITA EMO-TEMO di FB! Sayang korang ketat-ketat! Thanks!