Home

Sunday, August 7, 2011

Saya Berbuka Puasa dengan Nasi Kerabu Kuning. Korang ?

Semalam menu berbuka puasa kitaorang agak istimewa dan boleh di kata kan wajib bila bulan puasa mesti akan ada menu ni. Iye , Nasi Kerabu memang menu wajib bila bulan puasa. Maklum lah , aku kan orang Kelantan , harus lah kan wajib makan Nasi Kerabu kan? Hiks. Cuma semalam Umi aku buat Nasi Kerabu Kuning bukan warna biru seperti kebiasaan tu. Bagi aku mana-mana pun sedap. Ehehehe.

Aku jenis suka makan nasi kerabu tanpa ulam-ulaman. Eheh , patut lah kan wajah meks tak awet muda kan? Ngelat makan ulam-ulaman kata nya. *nangis* Kekdahnya , aku memang ulam ulaman ni makan bila tengah teringin je. Eheheheh. Jadi semalam aku makan nasi kerabu tanpa ulam ulaman lah kan? Hiks.


Nasi Kerabu Kuning + Ayam + Keropok = Yummeh!

Memang kenyang perut suka hati sangat semalam kan dapat makan Nasi Kerabu ! Hahahah. Hari ini pun makan lagi Nasi Kerabu sebab ada banyak lagi kuah dia kan? Tak kan nak membazir pulak. Ehiks. Begitu lah kan. Dekat bawah ini pulak nasi kerabu versi ulam ulaman yang kakak aku punya. Eheheheh. 


nampak menyelerakan gituh!
tapi aku tehtap tak boleh nak makan bersama ulam-ulaman -.-'

Ehiks. Jadi korang suka tak makan Nasi Kerabu? Eheheheh hari ini korang berbuka puasa dengan apa? Baik lah , aku pun dah tak ada apa-apa lagi nak cherita kan. Baik aku berhenti menulis sekarang. Hiks.

Terima kasih sudi baca entry ini :)





Saturday, August 6, 2011

Diva Dapat Anugerah ! Kau Hado?

Ngeh ngeh ngeh. Abai kan sahaja tajuk di atas. Tehtap nak feeling kan? Ekekekek. Sebenar nya dah lama betul nak tepek menepek semua benda ini tapi di sebab kan sebelum ini aku sangat sibuk dengan macam-macam benda lain , maka asyik sahaja tak berkesempatan. Aku sangat berterima kasih dekat kakak gowjes yang menetap di Jepun ini , yang memberi anugerah-anugerah kepada diva picisan nan hado iniew. Ngahahaha , harus muntah bila di baca tapi tahan dulu ye , kang batal puasa korang. Ekekekek. Terima kasih sangat-sangat Kaka Ayu! Muaaahxx , sayang yuolss ketat-ketat , jangan nangis-nangis ye , ai dah pasang award ni dekat umah ai ekekekeke.

Oh ya untuk award pertama ini kena buat 7 perkara tentang saya. Ngeee. Jadi meh meh aku senaraikan 7 perkara tentang aku di bawah gambar itu ye. Hiks.


7 perkara tentang saya.
  1. Aku peminat Aaron Aziz. Tak boleh nafi kan sebab tengok lah berduyun-duyun post tentang Aaron Aziz kan? *bersiap sedia kena lahar dengan insan-insan terdekat.
  2. Hari jadi aku sama dengan Siti Nurhaliza. Patut lah perasan diva kan? Ngahahaha
  3. Aku sangat peramah dan kuat bercakap pot pet pot pet. Tapi kalau senyap itu ada lah tu kan something wrong somewhere :P
  4. Aku sangat-sangat suka dengan Tulip. Tulip sangat cantik hokkay!
  5. Aku boleh tahan sensitif ye. Ke sensitif ya hamat. Opps tak sure. Ngahahah.
  6. Aku akan selalu bawak selalu mp3 kesayangan sebab bila aku malas nak layan orang aku akan pasang lagu kuat-kuat guna earphone. Boleh? Ngahahaha.
  7. Ok tahun ini aku SPM. Doa kan yang terbaik untuk aku boleh ;)

Fuhhhh uolsss. Berpeluh jugak ye nak menulis tentang 7 perkara tentang diri sendiri ini kan? Ingat kan senang tutup mata pun boleh jawab sekalik , susah jugak ye. Heh. Itu lah jangan pandang remeh kan dengan benda-benda macam itu kan? Begitu lah kan! Sekali lagi terima kasih buat Kaka Ayu yang memberi anugerah yang kedua kerana katanya aku top commentator di belog beliau. Oh yeah , terima kasih Kaka Ayu! Sejak mengetahui belog Kaka Ayu , memang aku tak pernah jemu nak komen belog Kaka Ayu. Hiks. 




Sekali lagi terima kasih ye Kaka Ayu. Maaf sangat-sangat kerana lambat sangat gantung award-award ni dekat rumah ai ni ha. Terlalu sibuk dengan macam-macam kejadian yang jadi sebelum ini , itu yang buat lambat betul nak gantung menggantung ni ha. Sorry ye kaka shantek! Hiks.

Oh sebelum aku mengakhiri entry ini. Nak tanya kepada korang , ada tak di antara korang yang berminat dengan Nora Elena a.k.a Siti Saleha? Nak tak berbuka puasa dengan Siti Saleha pada 20 Ogos ini di Shah Alam? Tempat sangat terhad dan siapa cepat dia yang akan dapat tau. Jika ada yang berminat , sila hubungi terus : Suriana - 012-2703965. Aku cuma tolong ada kawan aku yang meminta untuk tolong peromot katanya. Siapa nak berjumpa dengan Nora Elena , haaa apa lagi ambik lah peluang kan untuk berbuka puasa dengan dia. Ada aktiviti seperti makan-makan dan borak macam itu lah kot. Aku pun tak pasti. Apa-apa hal boleh terus contact nombor di atas. Hepp tapi jangan nak buat prank call ke hape ye. Ekekekek.

So , terima kasih sudi baca entry ini.

Enam Hari. Pantas Betul !

Sedar tidak sedar , sudah masuk enam hari kita semua berpuasa. Cepat sungguh masa berjalan dari hari ke hari kan? Tak terasa lambat walau sedetik pun kan? Alhamdulillah. Puasa kali ini tak ada dugaan seperti tidak sihat macam tahun lepas tapi ada lah jugak kadang-kadang batuk datang menjenguk tu. Tapi tak seteruk tahun lepas lah kan? Eheheheh.


Puasa kali ini aku cuma berkesempatan sekali aje pergi ke Baazar Ramadhan. Itu pun sebab semalam aku pergi gunting rambut jadi alang-alang petang tu nampak dah ada banyak gerai sana sini , aku pun pergi lah kan terjah? Apa kau hengat aku reti terjah retis jeww? Matilaa tetibe meroyan tak tentu hala. Eekekek. Kisah nya lah kan , pergi Baazar Ramadhan tu , aku ada rasa kecewa gitu lah kan? Harus tehtap feeling nak kecewa sedih bagai kan? Tehtap! Bukan pasal apa , aku kecewa tengok harga dekat baazar yang boleh tahan mahal mencanak. Iye iye aku tahu harga barang mahal sana sini. Tapi tapi tapi haih , kot iye nak kasi harga mahal buat lah rasa sedap kan? Ini harga mahal , rasa nan hado! Eh eh eh , over pulak kau Jah! Macam kau masak sedap kan Jah? *pang*


Kisah nya lah kan? Lepas tu aku pun tak tahu apasal bila pergi baazar semalam , macam tak berselera gitu tengok lauk pauk nya. Haih. Macam-macam hal. Begitu lah kan. Puasa kali ini bersederhana je yuolss. Kata nak berdiet kan? Tapi tehtap pukul 10 malam pergi dapur ambik senduk makan nasi. Boleh? Aiyoh! Sudah sudah sudah , nanti makin stress kalau aku bercherita hal diet miet ni tau. Ekekekek. 


Errr tetibe macam kekurangan idea nak menulis. Err errr aku tayang gambar makanan sahaja lah ye? Kang korang kata bosan pulak belog aku asyik menulis membebel tak tentu hala kan? Baik tepek gambar. Koleksi Ramadhan 2011 , boleh? Hahahah , rasa nak lempang tak statement?Ngeh ngeh ngeh. Sila sila layan gambar-gambar ini ye :D





agar-agar santan.


roti ciptaan kakak saya. boleh?


dalca perut.


air bandung. kau hado? *erkk


last but not least ; morocco lamb apa kejadah nya entah.
beli dekat baazar je uolss.
selamat sedap!


Ngee , jadi begitu sahaja lah koleksi gambar-gambar nya. Tak ada lah banyak mana pun gambar-gambar. Kowser sangat kan orang bukak puasa aku sibuk ambik gambar kan? Nanti ada pulak yang menghanjing mak , kau nak bekap ke? Eh eh mulut. -.-' So korang , amacam puasa tahun ini? Dah terjah belum ke Baazar Ramadhan? Hiks. 


Terima kasih sudi baca entry ini :)

Wednesday, August 3, 2011

Drama Ramadan Terakhir di TV3 , best jugak meh !

Setiap kali muncul Ramadhan , TV3 sentiasa menyajikan drama-drama menarik berunsur keinsafan mahupun ketuhan begitulah kan kan? Kali ini ada satu drama menarik yang boleh di tonton selepas korang balik dari Terawih iaitu drama Ramadan Terakhir. Drama ni start dari minggu lepas lagi. Setiap Selasa sehingga Khamis menggantikan drama Anissa yang pukul 10.30 malam itu.

Bagi aku so far drama ini best dan tak boring. Episode pertama pun dah rasa semakin mencanak perasaan nak tengok episode seterus nya tau! Wah begitu lah kau kan Jah? Ekekeke. Antara pelakon-pelakon nya ialah Esma Daniel, Fazlina Ahmad Daud, Tasha Shilla, Aeril Zafril, Eyka Farhana dan Nur Anzalna. Drama ini mengikut kefahaman aku mengisahkan tentang keluarga yang telah lupa pada Tuhan dan memang cara hidup mereka memang terus ke arah kebaratan. Nak cerita lebih-lebih pun sekarang baru episode 4 , jadi aku pun faham macam begitu aje lah kan? Ehehehe.


Tadi mencari di google terjumpa pulak belog kasi sinopsis tentang Ramadan Terakhir. Jadi meh aku copy dekat sini ye untuk korang yang nak tahu kan? Credit sinopsis di SINI.

Ramadan Terakhir mengisahkan Hisham seorang usahawan yang berjaya berusaha membimbing isteri dan anak-anaknya untuk kembali ke jalan yang benar di sisi agama Islam. Dia disahkan mengidap kanser kronik dan mempu untuk bertahan beberapa bulan saja lalu bertekad untuk membetulkan semula haluan hidup beliau yang begitu tercemar dengan pelbagai dosa sepanjang hidupnya.
Drama Ramadhan terakhir
Perubahannya itu telah dipandang sinis isterinya Mazni yang terus hanyut dibuai keenakan dan keseronokan. Apa lebih menyedihkan, anak lelaki mereka Daniel turut melakukan pergaulan dan perlakuan tanpa batas bersama teman wanitanya Rossa.
Pada masa yang sama Hisham sering bermimpi didatangi seorang wanita yang dikenali bernama Khadijah yang telah meninggal dunia. Kak Hawa, pembantu rumah mereka pula memutuskan untuk menamatkan perkhidmatannya. Kekosongan itu pula bakal di isi Sakinah seorang gadis bertudung, lemah lembut dan kukuh didikan agamanya. Pengambilan Sakinah sebagai pembantu rumah baru juga adalah satu agenda tersirat Hisham dalam melaksanakan misi kekeluargaannya. Siapakah sebenarnya Sakinah? Apakah maksud sebenar di sebalik kehadiran Khadijah dalam mimpi Hisham?

Ehem , begitulah kalau ikut sinopsis nya. Sakinah sangat cantik bertudung yuolss! Akak terpesona melihat nya. Tetibe ber-akak ni apasal pulak? Muahahahah. Tapi memang drama ini bagi aku best dan menarik. Ayat tak pernah berubah bila IjahEmoTemo memberi ulasan tentang movie mahupun drama kan? Hakhakhak , tapi betul lah yuols. Tiba-tiba teringat satu ketika dahulu drama Seputih Kasih Ramadhan. Yuols masih ingat tak drama yang Fahrin Ahmad dengan Eja berlakon tu? Haaa , kata nya ini pun dari penerbit , pengarah ke mana entah yang sama , aku pun tak tahu mana satu. Ekekekek , nak sangat cherita sekalik tak tahu kan? Hampagas betul Jah nii oiii. Hiks.

Aku pun sebenar nya tengok dekat Tonton aje. Sebab drama ini menarik , internet lembapz pun aku rela tengok jugak. Nak download , alahai nak oii memang internet menguji kesabaran aku sangat-sangat tau! Jadi aku tengok aje dekat Tonton. Oh ya , selain dari aku suka jalan cherita drama ini dan pelakon-pelakon nya itu. Aku suka dengan OST drama ini tau. Tak tahu kenapa tapi best aje bila dengar nya itu. Eheheheh.



Bagi aku OST dengan drama ini sama best! Tajuk dia Jangan Lupa Namaku by Pompa Bensin. Jangan tanya aku diorang tu siapa , cuma aku tahu ada Aqasha dalam tu. Hehehe. Aku memang nan hado sikit tahu bab-bab itu. Eheh. Untuk aku drama ini menarik. Tak bosan dan boleh lah untuk hilang kan rasa bosan bila tengah malam ke apa kan? Lagu dia pun best. Tapi lain orang lain taste kan? Mungkin aku kata best , korang kata tak best. Heh. 

Begitulah kan. Gigih betul aku buat entry kan? Harus bergigihan sekali sekala. Nak buat entry pasal makanan berbuka rasa macam malas aje. Kowser sangat tau nak ambik gambar segala jadah makanan tu , walhal korang punya makanan lagi vogeh kan? Hakhakhak , jadi aku rasa aku update pasal ini lagi bagus. Cuma itu lah nak tahu tentang siapa Sakinah itu dan mungkin kah Sakinah itu anak kepada tuan rumah nya? Begitu lah kan drama Ramadan Terakhir. Nak cherita lebih-lebih macam aku cakap tadi , baru berapa episode aje pun. Heh , kalau aku tukang tulis skrip nya boleh lah aku cherita lebih-lebih kan? Muahahaha. Choy sungguh!

So far memang menarik dan okay lah. Jadi , ada tak korang yang menonton drama Ramadan Terakhir ni? Teringat pulak drama waktu ramadhan dulu-dulu macam Seputih Kasih Ramadhan dengan Diari Ramadhan Rafiq , korang tengok tak? Hiks , mengimbau kenangan berpuasa sangat bila tengok drama-drama bagai ni kan? Heheheh , bukan nak tambah ibadat , tambah tengok drama pulak -.-' Aiyoh! Errr errr dengar kata nya Nora Elena pun ada ulangan pukul 2 pagi sebab permintaan orang yang nak tengok lagi. Muehehehe , aku tak tengok pun , dengar cerita orang sajork! Kthxbai.

Terima kasih sudi baca entry ini :)

Monday, August 1, 2011

Alamak! Tak Bangun Sahur?

Kisah ni bukan lah kejadian yang sebenar untuk pagi tadi. Tapi kejadian berlaku semalam sebab eksaited sangat kan nak berpuasa? Ahahahah. Kisah nya semalam lepas Asar aku pun tidur lah sebab penat terlampau. Lepas tu try nak celik mata rasa berat sangat. Kerja #sethtan lah tu. Eh syaitan! Entah apa pasal syok gila tidur petang semalam sampai rasa malas gila nak bangun.

Lepas tu tiba-tiba nampak Umi masuk bilik. Tengok luar tingkap macam cerah. Tengok jam dekat telefon ... HAH? 7.30 !!! Boleh pulak terus buat muka panik dan terus cakap dalam hati , tak bersahur dah aku! Dahaga lah seharian nanti! Tapi memang masa itu muka dah pucat ye. 

Tapi lepas itu aku tengok langit makin gelap. Aku pelik lah pulak. Terus aku tengok jam dekat telefon. YA ALLAH !! Bukan 7.30 pagi tapi 7.30 malam. Ngahahahahah , terus tergelak seorang diri okay? Memang terus aku bantai gelak! Mahu nya tidak? Boleh aku ingat dah 7.30 pagi sebab terasa tidur lama gila petang tu. Mueheheheh. Malu gila okeh?

Ekekekek , bila cherita dekat nenek , mak , kakak aku terus diorang geleng kepala. Apa kejadah eksaited sangat sampai tak check jam tu pukul berapa kan? Eheheheh. Over sangat khen? Ekekekek. Itu lah kan , orang cakap jangan tidur lepas Asar , tapi mengada-ngada nak tidur kan? Eheheheh. Insaf sangat lepas kejadian semalam. Hahahah. 

So mohtif entry ini cuma nak beritahu yang saya sangat insaf dengan kejadian semalam. Ehehehehe. Baik lah , nak pergi jenguk dapur dekat bawah tu. Feeling nak tolong menolong lah kan? Padahal aku rasa semua nya dah siap masak -_____-' Kthxbai.


Terima kasih sudi baca entry ini :)