Home

Wednesday, September 21, 2011

Wordless Wednesday :: Aaron Aziz Pun Wish Kitew Tau ! Korang Bila Lagi?




p/s :: Mata terus feeling *feeling aje but tak sihat pun lagi ni *nangis* Sihat lepas dapat Wish boleh? HAHA , ok bye. 

nota kaki :: mahu memiliki header baru? apakata join GA Header dari Kaka Ayu dan mungkin korang antara yang bertuah untuk memenangi Header yang Cun dari Kaka Ayu.


Terima kasih sudi baca entry ini :')

Tuesday, September 20, 2011

Dating Dengan Si Dia ! Ahaks :P

Ingat lagi tak aku pernah tulis entry tentang Teaser 1 Malaysia versi Aku? Okay ini cherita yang berkaitan dengan gambar Tutti Frutti. Hihi. Minggu lepas aku sempat pergi ber-dating dengan Si Dia. Alah , bukan pergi jauh pun. Pergi ber-dating dekat Wangsa Walk Mall aje memandangkan itu tempat yang sangat dekat dengan rumah aku. Tapi sejak bila pulak IjahEmoTemo sudah ada Si Dia ini? *pintal bantal* Ngeh ngeh ngeh.


Agak-agak korang aku ber-dating dengan siapa? Tak boleh nak agak? Dah dapat agak? Atau teragak-agak? Cehh. HAHA.


Aku sebenar nya keluar ber-dating dengan kakak aku. Kebetulan dia berada di KL , well dia bermastautin di Shah Alam sebab dia sekarang belajar di sana aku pun keluar lah sekali dengan dia. Memang sekarang aku kalau nak pergi mana-mana cuma dengan family members aje. Itu lagi selamat kan dengan keadaan aku sekarang ni. Huhuhu. Jadi kitaorang pun keluar pergi WWM sebab kitaorang dah lama tak lepak sama-sama in mean lepak dekat luar yang menikmati panorama alam. Boleh macam gitu? Hihihi. Bila dia cuti 4 bulan hari itu pun , kitaorang tak pergi mana-mana , eh ada pergi the curves kan? Hehehe , itu pun setakat itu aje lah. Lain-lain nan hado. Jadi kebetulan tengah cuti Hari 1 Malaysia ini kan , maka kitaorang ambil kesempatan untuk keluar berdua-dua-an di WWM. Tempat dekat aje pun , senang dan dah tahu nak lepak dekat mana :P


Mula-mula sekali kitaorang pergi tengok wayang. Kakak aku nak tengok Raya Tak Jadi dan aku pun teman kan aje lah. Memang kalau bab-bab nak tengok wayang aku lagi suka download actually. Hihihi. Aku pernah ada kejadian hitam dalam panggung wayang yang sampai pucat lesi muka aku sampai aku sangat fobia atau trauma maybe bila duduk dalam gelap. Hehehe. Forget it benda yang dah lepas. Cuma kan aku sangat bengang dan menyirap dengan orang yang suka betul potong line ketika orang lain sibuk beratur panjang berjela. Aiyoo tak ada sikap 1 Malaysia la. Eh ada kena mengena ke? *maybe aku akan buat entry pasal benda alah tu kemudian , just tulis sikit dahulu , heh. Kemudian , kitaorang pergi ke Popeyes sebab lapar lah pulak. Try jenguk foodcourt WWM , macam tak ada selera nak makan situ. Ceh , demand but why not sekali sekala kan? Hehehe.


Atlast kitaorang decides : POPEYES.



ahh mata sangat sepet di sebelah kiri. *nangis*
macam dah kena belasah aje mata tu kan? *meraung*


kakak ku *wink*

Lepas sahaja selesai makan di Popeyes , we all decided untuk pergi jalan-jalan dekat dalam WWM. Yes , we're bored and tak tahu arah tuju nak pergi mana actually. Heheheh. Lepas tu aku macam dah lama betul mengidam nak makan sesuatu ini tau. Like seriously jealous wokey tengok ramai kawan-kawan aku dah makan benda alah ni and even kakak aku pun dah makan benda alah tu tak tunggu aku tauuuu!! *dush dush*

Nak tahu apa benda? Nak tahu tak? Nak tak? *lempang*


yes , Tutti Fruitti. atlast !!

Iye benar , aku memang dah lama gila craving for Tutti Fruitti. Tssk. Asal nak makan aje ada aje halangan nya kan? Atlast , masa lepak last week with kakak aku , tertunai lah hasrat di hati. Eh macam trademark belog Kak Ina KL la? Hihihi. Bila nak choose frozen yougurt tu khen aku memang ada macam-macam keinginan. Kakak aku cakap better pilih Chocolate but dalam hati terkinja-kinja nak yang perisa Blueberry ke Strawberry ke atau apa entah , aku lupa. Tapi sebab aku tak mahu beli mahal-mahal then aku rasa tak best , jadi aku turut kan aje. We ollz choose Chocolate! Ngeee.

Kitaorang pilih untuk campurkan dengan strawberry , buah kiwi , choc rice , coklat apa entah lupa nama dengan hershey syrup. Semua sekaliii 17 hinggit. Hehehehe , mahal ke? Ok lah sebab kitaorang pilih medium cup dan froyo tu kitaorang letak banyak jugak. Mahu tak bantai RM 17 kan? Ok lah atleast tak lah mencecah RM 30. Ekekekek , lepas ni tobat tak mahu letak banyak-banyak. Wakakka , dasar kedekut khen? -.-' 


strawberry menyorok dalam tu. ekekekek.


muka heksaited tak pandang kiri kanan posing macam tu kan? keh keh keh.


aku kongsi dengan kakak aku. rasa nya tak mampu nak habis kan seorang diri :/

Well bagi aku rasa Tutti Fruitti ni best. Sekali makan terasa nak makan lagi. Hehehehe. Aku hampir-hampir nak pergi masuk balik dalam tu sebab nak beli yang cup kecil. Ngeh ngeh ngeh. Bukan pasal apa , sebab aku punya tekak dah feeling nak sakit. Jadi mula lah nak ngada-ngada nak makan ais krim lah hape ke kan? Ekekekek. Tapi rasa dia memang sedap lah. Sampai sekarang ini pun masih boleh terasa ke-lazat-an dia. Cehh. HAHA. Lama jugak kitaorang lepak dekat Tutti Fruitti ni. Eh sebelum lupa , Tutti Frutti ni bukan dalam WWM tapi di luar kawasan WWM. Jalan tak sampai lima minit aje pun. Tapi kena melintas jalan aje lah. Hehehe.

Jadi nya , dekat Tutti Fruitti tu kitaorang memang lepak lama jugak. Maybe dalam sejam setengah kot? Sebab lepas tu aku nak rush pergi open house BFF aku. Itu later aku cherita k? Ngeee. Banyak jugak kitaorang berSS khen? Dah orang sekeliling macam tak ambil kisah apa yang kitaorang buat but if they're kisah sekalipun , hade ku kisah Julia? Gitueww. HAHA. Memang just for fun aje pun ambil gambar tu. Sebab lately kitaorang dah jarang ambil gambar ber-dua - dua-an ! Lepas tu aku punya gambar pun dah macam kurang yang cun-cun nak letak as pic profile dekat FB mahupun Twitter. Kang letak gambar dengan Aaron Aziz tu , korang cakap aku punya demam tak kebah-kebah -.-' HAHA.

Ok jom layan gambar syok sendiri tapi tehtap cun *pang* HAHA.





EH 3 KEPING AJE? KENAPA 3 KEPING AJE? KENAPA? *petir

Sudaaaaah , tak perlu tepek gambar SS banyak-banyak. Simpan buat stok takut tak tahu nak update apa lepas ni. HAHAH , gilaaa kauu!! Ngeh Ngeh. Sebenar nya tak tahu nak update apa lagi sebab kekeringan idea pulak bila dah tulis panjang-panjang ni. Hihihihi. Sebelum apa-apa ini entry auto post ye kawan-kawan. Sebab aku nak jimatkan masa untuk blogwalking actually. Atleast tak ada lah aku kelam kabut nak blogwalking lagi , nak update belog lagi and nak buat benda-benda lain lagi. Atleast aku membuang masa dalam sejam macam tu dah dapat blogwalking banyak blog khen? Hikhikhik.

Well nak cherita apa lagi? Oh yeah , ber-dating dengan kakak aku hari tu memang sangat seronok sebab masa tu kepala otak tengah serabut dengan macam-macam benda and bila dapat keluar macam itu dengan tak di rancang nya memang sangat best. Hiks. Rindu pulak nak ber-dating macam tahun lepas. Ngeee tak apa itu lepas SPM ye? Hik Hik Hik :P 

Dah tak ada nak update apa-apa lagi kan? Tak ada kan? Okbai.



Senyuman adalah penawar duka yang terpalit di dalam hati ini. :')

Terima kasih sudi baca entry ini :')




Monday, September 19, 2011

[Review Movie] Raya Tak Jadi - Kelakar Sangat Ke?

Seminggu yang lepas aku berkesempatan menonton filem Raya Tak Jadi lakonan Apek dan juga Johan RL. Kebetulan kakak aku mengajak aku menemani dia untuk menonton filem itu , maka aku pun ikut lah sekali. Jadi dah alang-alang aku pergi menonton meh ler aku buat review nya sekali. Ini sekadar pendapat peribadi , maka it's up to you guys lah kan nak pergi tengok ke tidak nanti.

Sinopsis
Leo seorang ahli perniagaan Kurma telah merancang untuk menculik Penyimpan Mohor Besar Raja raja, Hj Ehsan (lakonan Jalaludin Hassan). Dia merancang begitu sebab kontena kurmanya tidak sampai seperti yang diharapkan dan dia mengalami kerugian. Jadi Leo telah mengarahkan pekerjanya Ali dan Abu menculik Hj Ehsan. Mereka berjaya menculik Hj Ehsan tapi tertukar teksi dengan teksi Shuib (lakonan Apek saiful).
Shuib ada seorang adik namanya Bob (lakonan Johan raja lawak) mereka berdua telah terjumpa Hj Ehsan dalam boot teksi yang disangka mayat Hj Ehsan. Namun akhrnya mereka sedar Hj Ehsan tidak mati lagi.
Abu dan Ali kemudian berjaya menjejaki teksi Shuib dan mereka mula merancang dan menculik ibu dan adik Shuib. Leo meminta wang tebusan dari Hajah Nisah (lakonan Noreen Noor) sebelum melepaskan ibu dan adik Shuib. Polis berjaya memberkas Leo dan pekerjanya semasa mereka bertukar wang dan tebusan.
Bila hari raya tiba, Shuib dan ibu serta adik beradik rasa sedih sebab mereka ni orang kurang berada, persiapan raya pulak tetap sama macam tahun2 lepas, dan serba kekurangan. Namun sambutan raya kali ni bertukar jadi meriah apabila Hj Ehsan dan keluarga datang menziarahi mereka dan membawa pelbagai hadiah sebagai membalas jasa baik Shuib dan Bob yang telah berjaya menyelamatkan dia. Shuib dan Bob akhirnya menjadi pekerja Hj Ehsan. Tamatttt…

Sinopsis tu aku jumpa dari SINI. Ok ini pula aku nak kasi pandangan melalui apa yang aku tonton minggu lepas. Aku buat by point aje lah senang sikit korang nak baca khen? Kang nanti aku tulis panjang-panjang ada jugak yang tersungkur longlai dan rebah di sisi laptop. Eceh , gedik lah kau Jah. HAHA.




  • Jalan cherita permulaan movie ini agak blur dan aku mula-mula tak faham apa yang terjadi mula-mula. Adakah ini salah aku yang terlebih focus makan popcorn lebih dari menonton? *pang*
  • Hanya watak Johan RL yang berjaya membuat aku gelak tapi agak annoying jugak buat watak Johan asyik lupa diri dia siapa. Patut create something yg lebih menarik dengan watak Johan. Watak selamba mungkin?
  • Aku rasa watak Encik Leo dan anak-anak buah 2 orang dia tu macam tak perlu je. Bosan ya hamat nak tunggu scene diorang habis. 
  • Scene Pak Haji takut bini tu pun macam tak perlu aje. Sangat annoying tengok bini dia wehh. HAHAH.
  • Overall filem ini biasa-biasa aje dan yang menyerikan filem ini cuma Johan RL yang macam biasa lah kan ekspressi wajah dia tu kan? Hihihi.
Hmmm overall macam aku tulis di atas filem ini biasa-biasa aje dan aku sedikit kecewa lah sebab apa yang di harap tak sama dengan apa yang di tonton katanya. Aku kasi 3 bintang setengah dari 5 bintang hanya kerana Johan RL. Aku memang minat Johan RL sebab dia memang boleh kasi orang ketawa macam dalam telemovie Drogba vs Rooney tu. Hihihi. 

Serious aku rasa macam agak membazir membakar duit wayang yang pergh pergh dengan filem yang agak mengecewakan macam ni. Ada setengah scene macam tak perlu aje. Ada setengah scene sangat-sangat membosankan. Ada setengah scene memang boleh buat kau gelak terbahak-bahak. Tapi ada lah terpalit kecewa sedikit kan? Ngeee. Pandai aje kau mengomen ye? Hahaha , well kalau kita tak komen , how come industri filem kita nak maju kannn? Gitueww katanya!

So , korang kalau nak tahu macam mana cherita ni , why not pergi tonton dekat pawagam. Mungkin tak kena dengan selera aku tapi kena dengan selera korang kan? kan ? kan? Hehehe. Tapi okay jugak lah sebab Johan RL yang berlakon. Well macam tak tahu kan macam mana perangai Johan ituew. Hiks. Jadi sekian review aku kali ini. Ada tak yang dah tengok filem ni? Apa komen korang pulak?

Terima kasih sudi baca entry ini :')



Saturday, September 17, 2011

Teaser : Apa Aku Buat Di Hari 1 Malaysia ? Berbaris Di Dataran Merdeka? Eh?

Di sebab kan aku macam terlebih rajin nak update di hujung minggu , maka aku nak update sedikit tentang semalam. Semalam kan cuti hari 1 Malaysia , maka memang ada macam-macam agenda semalam. Boleh tahan jugak aktiviti aku semalam. Tapi bukan lah berbaris di Dataran Merdeka yuolss. Tak kowser kata nya berhujan dan berpanas di situ. Ewah. Jadi aku buat apa semalam?

Ini antara sedikit Teaser bersempena Hari 1 Malaysia versi aku semalam.






Hmmm korang agak-agak apa yang jadi semalam? Ngeh ngeh ngeh. Nak jugak teka teki kannn?!! Ekekekek. Aku malas nak update panjang-panjang. Just a short and simple update aje. Btw , aku sudah siap kan entry-entry untuk di auto post kan sepanjang minggu hadapan. Saja siapkan cepat-cepat sementara masa tengah lapang dan aku pun tengah idea mencurah-curah. Ngeee. Tunggu okeh update-update tentang gambar-gambar di atas ituew. Hiks , gaya macam ramai aje yang membaca nya kan? Hihihi. 

So amacam aktiviti korang semalam? Weekend macam ini dapat banyak jemputan rumah terbuka tak? Hehehe. Okbai.


Thursday, September 15, 2011

Oh Yeah Raya !

Aku dah tak tahu nak kasi tajuk apa lagi weh. Gegirl sudah kehabisan idea tajuk entry ni. Lantak lah apa pun tajuk nya asal kan ada entry baru kan? Muahahaha. Ini kisah weekend yang lepas. Baru gheti nak bercherita kan? Maklum lah masa sangat-sangat mencemburui kita semua. Tak sempat nak menulis selalu. Itu pun mujur sebelum-sebelum ni sempat update kan? Itu pun aku tulis hari lain tapi just buat autopost dan sekarang ini pun merupakan entry yang aku tulis awal sehari dua kemudian touch up touch up sikit cherita dia dan kemudian nya just buat autopost aje. Senang cherita !

Sabtu lepas aku sempat pergi dua buah tempat untuk beraya. Salah satu nya ke Rumah Terbuka Hazama AF9. Aku cuma teman kan Kak Fieza yang dapat jemputan dari Hazama personally katanya. Aku kalau bab-bab makan okay je lah kan? Hihihi. Tapi kalau yang memerlukan sesak bagai aku tak berani nak cakap ye memandangkan keadaan aku yang tak mengizinkan gitu. Itu pun masa nak keluar rumah pun aku berdoa banyak-banyak jauh kan lah dari pening ke apa ke. Sebab aku memang sangat mudah pening lah terasa nak pitam lah. Itu yang macam spoil kan mood aku kan? Tssk. Sudah bercherita tentang itu.

Jadi pergi ke Dewan Serbaguna AU2 , Taman Sri Keramat , dekat aje dengan rumah aku ni. Sampai-sampai tunggu dalam kereta kejap. Then dalam pukul 3 petang macam itu masuk dekat tempat tu then terus pergi makan sebab lapar. Ngahahaha. Aku melantak tak hengat okeh? Dah lah aku langsung tak tengok AF9 maka nya semua budak-budak AF aku tak heran pun okeh? Kihkihkih. Aku makan tak pandang kiri kanan wokey? Biasa lah , kelaparan katanya! Kalau kata kebuluran macam over sangat kan? Muehehehe. Tapi sempat lah bergambar dengan Hazama sebab dia memang datang meja kitaorang dulu sebab nampak Kak Fieza kan? Hiks.


tempat kejadian.

Dewan Serbaguna AU2 , Taman Sri Keramat.

yang tengah pegang microfon is Toi AF , Afiq AF dengan Mie Raja Lawak.
aku pun tahu lepas orang bagitahu. mueheheh , keji tak statement? ekekekek.



sedondon Kak Fieza dengan Afif AF9 ek?

haha , sumpah aku tak tahu wehh siapa nama lelaki itueww -____-'

Banyak jugak makanan yang di sediakan gitueww. Laksa Penang , Mee Goreng , Lontong , dengan aneka kuih muih dan aku pun lupa apa lagi yang hado. Sebab semua makanan ini semua dah nan hado dalam perut aku. Ekekekekek perlu ke cherita? Ngahahah. Semua nya memang sedap dan banyak kali jugak aku pergi beratur makan kan? Hahahah. Harus lah kan? Makanan free beratur jangan tak beratur weeeh ! -___-'


lontong !

ini aje gambar yang sempat aku snap. muehehe.

gambar makanan lain malas nak amik sebab malu + laju-laju masuk dalam mulut sebab lapar. voleyh gitu? ngahahah


Aku & Hazama masa mula-mula dia terjah meja kitaorang katanya!

kredit pic :: kawan Kak Fieza :)



aku dan Hazama !

sangat baik melayan peminat kan?

pinky gituewww! ;P

Pergh lepas sejam setengah berada di situ , kitaorang bergegas ke Ampang sebab nak hantar kawan Kak Fieza. Perghh jalan sangat teruk jammed nya okeh? Seriau aku tengok. Kanan kiri jammed teruk wehh. Fuhh. Nak masuk dekat Ampang Point tu pun memerlukan kesabaran yang tinggi okeh? Kalau dah hilang sabar agak nya tinggal kan kereta jalan kaki terus kot? Erk. Hahaha. Kemudian kitaorang bergegas ke Taman Greenwood nak kerumah Auntie Ros. Pergh situ lagi dasyat jammed. Dekat MRR2 punya jammed biasa je tapi laluan ke lain tu pergh pergh memang menangis lah kau sorang-sorang dalam kereta. Hahah , mohtif aku gelak? *pang*

Dah lah aku dengan Kak Fieza boleh sesat pulak kan? Ngeh ngeh ngeh. Memang kena bebel lah dengan Pawiee dengan Auntie Ros hahahah. Biasa lah kami memang begini. Wakakak. Matilaaa. Sampai-sampai rumah Auntie Ros , Syafie Naswip pun sama sampai dengan kitaorang yang entah dari mana pun kitaorang tak tahu. Ekekekekek. Masuk dalam-dalam rumah Elfira Loy pun hade! Terus aku jadi pemalu , boleh? keh keh keh *lempang* Cuma kitaorang berdua je dalam Geng Gebata yang hade. Yang lain tak boleh nak datang kan , jadi kitaorang wakil lah kan datang rumah Auntie Ros. Hehehe.

Masuk-masuk rumah Kak Fieza terus terjah almari Auntie Ros sebab nak pinjam novel. Haha. Choii. Then aku pulak malu-malu kan nak pergi makan duduk sebelah Elfira hahahaha. Choii lagi. Dekat rumah Auntie Ros pun makan Laksa Penang lagi wehh. Terbaikk wa cakap luu! Gitueww kau! Then lama jugak lepak rumah Auntie Ros siap borak-borak dengan Elfira. Syafie Naswip entah ke mana dia menghilang kan? Haha. Elfira sangat ramah uolss. Memang seronok berborak dengan dia tau! Tak sangka aku dia seramah itu. Hehehe. Memang friendly and happening jugak lah kan even sikit aje yang ada dalam rumah tu ;)


Elfira yang kecik sangat orang nya dan comel okeh ! 
Hihihi. ;)

erkk gambar dengan tuan rumah kedaung tak ada pulak.
tsskk , tak apa itu next time. 
hihi.

Lepas Maghrib aku dengan Kak Fieza pun balik lah kan? Tak kan nak duduk bertapa lama-lama lagi khenn? Ngeh ngeh ngeh. Lagipun Elfira pun nak pergi hantar adik dia pergi tuisyen. Hee adik dia yang berlakon dalam Stanza Cinta yang watak Som tu ;) Auntie Ros ada ajak kitaorang untuk lepak dekat Wangsa Walk Mall sebab Elfira pun ajak jugak kan untuk lepak situ sekali. Tapi aku dah dapat panggilan hormat dari Umi aku hehehe. Maka jangan harap nak lepak-lepak kheeen? Hiks. Elfira sangat bagus wokeyy , siap turun dari kereta bersalam-salaman gitu sebab dia ingat mula-mula kitaorang akan ikut lepak sama-sama. Heheh. Senang cherita memang bagus lah kannn :)

Haaa kemudian apa lagi cherita nya? Kak Fieza pun hantar aku pulang dan aku pun keletihan. Hahah ada gaya macam ayat novel tak tetibe keletihan kaaaan? Ahaks :P So macam mana weekend last week korang? Esokkk cuti 16 September , ada jemputan rumah terbuka tak? Eh dah nak weekend balik lah , sibuk tanya weekend lastweek apasal khen? Hahaha. Okbai.

Terima kasih sudi baca entry ini :)