Home

Tuesday, April 17, 2012

Berjimba Ria di Genting Highland Bersempena ABPBH 2011 [Part 1] - Dari KL Sentral ke Genting Highland katanya!

Seperti yang korang semua maklum sebelum ini , Jijah memang ada niat untuk naik ke Genting Highland untuk menyaksikan sendiri Anugerah Bintang Popular 2011. Tak pasti atas faktor apa tapi Jijah sangat gigih untuk menonton secara live di Genting Highland tahun ini. Banyak sebenarnya dugaan yang di terima sebelum naik ke Genting Highland sehingga Jijah hampir-hampir memutuskan untuk tidak pergi kerana migraine dengan masalah keliling yang melanda mendadak secara serentak. Tak apa lah , yang berlalu biarkan ia nya berlalu. Malas nak fikir balik , nanti sakit kepala balik bila fikir balik. Heheheh. Di sebabkan cherita dan gambar-gambar sangat banyak. Iyelah pergi pun 3 hari 2 malam okes? So Jijah akan buat part by part untuk memudahkan korang membaca katanya. Eh ada ke orang nak baca? Hahahahah :p

So , perancangan untuk naik ke Genting Highland memang sudah lama. Semenjak bulan Januari selepas pergi ke Pengumuman Percalonan TOP 5 ABPBH 2011 lagi. Macam-macam benda rancang dengan macam-macam orang. Ekekekeke. Maklumlah Jijah kan ramai geng sampai dah tak tahu nak rancang dengan yang mana satu kan? Geng A ada ajak. Geng B ada ajak. Geng C jemput-jemput ayam. Senang cherita memang ramai lah kan? Bila sudah saat ABPBH makin hampir , ada pula masalah lain. Lepas tu tetibe Kak Echa dari geng Aaronators ajak aku untuk join dia dekat Genting Highland nanti. Dia ajak naik bas dan tinggal sebilik dengan dia. Aku macam teruja jugak lah kan sebab tak pernah naik bas pergi jalan jauh. Wuuu , kesian tak dekat Jijah? -___-' Hehehe. Sebab seksaited , so aku pun setuju untuk join Kak Echa. Hehehe.

Jadinya , hari Sabtu , 7 April aku dengan Kak Echa telah pun sama-sama janji untuk tunggu dekat KL Sentral. Kitaorang sepatutnya pergi dengan seorang lagi , iaitu Ain tapi last minute dia ada hal. So tinggal kami berdua yang naik bas Skyway pada Sabtu itu. Aku sebenarnya berdebar-debar sebab macam-macam kes orang naik dan turun Genting Highland dengan bas kan. Aku mula lah nak fikir yang negatif-negatif. *sigh* Kitaorang bertolak dari KL Sentral pukul 10 pagi dan selamat sampai ke Genting Highland dalam pukul 11.10 pagi macam gitu kot. Lepas tu bas tu akan berhentikan dekat kereta kabel. Okay masa ini bertambah cuak. Jijah mana pernah naik kereta kabel weh. Jijah ni memang penakut dan jenis yang gayat. Dah lah bawak satu beg sandang , satu beg untuk makanan dengan satu beg untuk pakaian. Bayangkan kejap boleh?!

Bila sampai aje dekat stesen bas tu , ingatkan dekat aje dengan tempat kabel car. Rupanya jauh. K , sabar Jah. Tak menahan dengan beg-beg tu je. Insaf mak noks! Berat kemain kau Jah beg-beg tu semua macam nak pindah Genting Highland terus. Tsssk. Bila dah sampai dekat kabel car , okay tengok orang ramai gila. Pergh , mencabar keimanan lagi. Ada dalam 15 minit menunggu weh. Panjang gila beratur. Dalam kepala duk fikir macam mana nak naik kabel car tu dengan beg berat dan gondola tu akan terus bergerak secara perlahan? Huwargh, serius gerun. Okay Jijah penakut -__-' Bila dah sampai turn sendiri memang sungguh aku nak menangis dengan gayat dan gerun. Wahahaha.

Lepas saja masuk dalam kabel car , oh yes. Jijah dah mula gayat. Jijah jadi pendiam. Jijah punya muka bertukar warna. Kamera dalam beg tak keluar kan. Cuma mampu telan air liur. Dalam kepala mula fikir macam-macam. Apasal Jijah suka negatif ni? Haish. Serius gerun dan gayat menguasai diri dalam tu. Tidak Jijah nafikan yang Jijah berpeluh tangan dan kaki masa nak naik kabel car. Bayangkan tak macam mana Jijah punya cuak hari tu? -__-' Eh bebel banyak pulak Jijah ni kan? Mari lah kita melihat gambar-gambar ye. Sebelum terlupa nak ucap terima kasih dekat kawan ku Kak Pah sebab sudi pinjam kan DSLR dia untuk aku bawa ke puncak Genting Highland. Dengan rela hati dia memberi aku pinjam untuk beberapa hari. HewHewHew , aku sayang lah kau Pah. Nanti aku belanja kau makan bila aku dapat rezeki lebih k? Ekekekek. Maklumlah , kalau nak harapkan kamera digital aku , apalah sangat boleh di snap kan , kan? Heheheheh. 


bayangkan seorang yang memang kaki gayat melihat semua ini?
oh rasa nak pitam! 

tapi mohon jangan nak buat drama dalam cable car Jijah ye? -___-'


muka senyum terpaksa. 
wahahahaha.


Jijah dan Kak Echa! ;)

Okay setelah hampir 15 minit jantung ber-dup-dap-dup-dap , akhirnya sampai juga ke tempat yang di nanti-nati. Pergh masa dalam kabel car memang terasa jantung nak tercabut. Pergh dramatik kau Jah. Over benor! Wakakakak :p Ingatkan tempat yang di tuju yakni hotel dekat. Ghupernya , mak oii berbatu-batu jugak nak kena jalan. Masa ni dah terasa beban di bahu sebab dah menyandang beg khen? Wahahahah. Lepas tu tangan kanan dengan beg makanan dan tangan kiri dengan beg pakaian. Sumpit terasa macam orang nak bermaustautin ke Genting Highland terus. Perghh. HAHAHA.

Mujur jugak ada escalator kan? Tapi gila lah dari tempat cable car nak ke Theme Park Hotel tu memang terasa lenguh gila tangan membimbit beg pakaian. Serius rasa cramp terus tangan. Lepas tu terasa sejuk semacam tapi masih boleh kawal. Hahaha. Jalan dan terus berjalan akhirnya sampai juga di Theme Park Hotel. Pergh , tak menahan kena mendaki escalator tu. Bila dah sampai baru rasa lega. Lega gila. Hahaha. Bila tengok dekat Theme Park Hotel , oh okay bersebelahan je rupanya dengan Arena Of Star tempat berlangsungnya Anugerah Bintang Popular Berita Harian. Oh dan ramai nya artis menetap di hotel itu. Oh Oh Oh. Banyak betul Oh macam jakun gila. Padahal macam tak pernah jumpa diaorang kan? Ahaks :p




haaa ini la rupa bilik kitaorang!

besar kan? iyerlah berkongsi untuk 6 orang. sangat luas dan selesa :)

p/s : nampak tak beg-beg itu? yang biru , colourful dengan hitam ( bukan luggage ) itu aku punya lettuew -__-' macam orang tak nak balik KL balik aje kan? LOL.

Haaa , sebenarnya perjalanan betul-betul sampai ke hotel dengan check in semua dalam pukul 12 tengah hari baru betul-betul masuk bilik. Dua jam jugak sebenarnya. Mujur juga Umi ada bekalkan roti sardin dengan bihun goreng. So masuk bilik terus makan. Kak Echa pun ada bawak nasi impit dengan kuah kacang. Memang masuk bilik terus makan sebab kelaparan. Hahaha. Lepas makan terus berehat atas katil ye. Lepas tu , faham-faham sendiri. Tertidur sebab kepenatan. Recharge balik batery yang hilang itu kan? Ekekekek. Sebab lepas tu ada temujanji dengan geng Aaronators yang lain pula. Hah , dengan siapa? Jeng Jeng Jeng.

Erhiks macam dah panjang pula bercherita kan? Eh belog aku , mestilah nak tulis panjang-panjang. Nak semat semua kenangan yang terjadi dalam kehidupan aku dalam belog kesayangan lah kan? Hehehe. Aku rasa aku macam dah terlebih panjang pula bercherita untuk entry kali ini kan? Tak apa nanti aku akan update lagi k? Tak mampu nak tulis semua sekali harung nanti berjela-jela panjang nya. Lagipun kasi korang seksaited dengan suspen sikit kan? Hehehehe.

So nantikan PART 2 cheritera Jijah di Genting Highland bersempena ABPBH ye? Kemain lagi tajuk nya. Padahal dah hampir seminggu kisah nya kan? Dah hampir basi okes? Eh iye ke?! :p


la la la la la :p

Jijah suka gambar ni :p

nanti kan next entry k ye Jijah mahu ke mana pulak ni ...

hihihi :p

Terima kasih sudi baca entry ini :)

Jom Like CHERITA EMO-TEMO di FB! Sayang korang ketat-ketat! Thanks! 

21 comments:

dear anies said...

amboi gigih betul!

Asmara said...

ok cepat sambung.:D

Saya Disini said...

wah..bestnye..

Quincie Hani said...

Haha hajak2 ayam uols..xsabar nk bace next entry

Quincie Hani said...

Hajak2 ayam..uols xsbr next entry hihi

tiefazatie said...

wah..ada lg nie..adui la..jeles2..tp mls nie..hee

Kamalia said...

baguihnya umi..siap bekalkan roti sardin lagi tuh..cepatla ijah,sambung jugak..nak tengok AA..;p

miloaiskurangmanis said...

gi genting tak ajak
mencik betul lah...

iols nak gi main air kat theme park lah mek!

Nisa said...

Dah lama rasanya tak menjejakkan kaki ke Genting Highland. Semenjak ayah melarang saya ke sana bersama kawan. I don't know why. He has his own reasons kot.

Hanis MY said...

syoknyaaa..percayalah akak tak pernah g genting haha... bestnya naik cable car...

Ijah EmoTemo said...

khairin -- hehe sekali sekala bergigihan ekekeke

Ijah EmoTemo said...

asmara -- dah sambung ekekeke

Ijah EmoTemo said...

saya disini -- heheh mmg best:)

Ijah EmoTemo said...

hani -- hahaha ! :p sila baca dh update part 2 tu :p

Ijah EmoTemo said...

ifa -- haha dah ada update lagi hehehe

Ijah EmoTemo said...

kamalia -- heheh sbb umi tau perut jijah mmg lapar sokmo tu yg dia bekalkan siap2 hahaha :p

hehehe tunggu ye next update baru hado bang tapa kot :p

Ijah EmoTemo said...

kaka milo -- hahah mana jijah tau uols nk ngekor jijah klu jijah ajak pun khen?erkk.. hahahaha.. :p

erkk tak suka main theme2 park bagai ni uols nangess

Ijah EmoTemo said...

Nisa -- :)

Ijah EmoTemo said...

kak hanis -- haha , takpe takpe. Ijah pun last pergi Genting umur 5 tahun. Ni baru naik balik Genting tau hehehe :p Mmg best tp Jijah takut wahahaha

Hanie Dew said...

hooo..sian jijah baru merasa naik basa jlan jauh..alololo..

dan aku pun gayat kalau naik skyway ni. walaupun dah bekali kali naik genting tu. ko lagi dengan beg berat berat, macamnak duduk sebulan. ish ish ish. semangat membara sentiasa ko ni jijah.

geram la tgk ko ni. comel sgt. nak cubit sikit. sikit je..janji.
(-.-)v

Ijah EmoTemo said...

hanie -- huwhuwhuw kesian kan? jakun gila dapat naik bas -__-' haha.

wakakaka! khen? gayat gila okes? beg tu tak pyh cakap lar kan? mujur tak bawak almari sekali. eh?! hahaha :p

errk nak cubit ye? lima saat je dibenarkan cubit pipi jijah hahaha.
mohtif geram dgn pipi jijah? ngahahaha