Jijah memang sangat minat mengumpul fridge magnet dan juga souvenir-souvenir dari luar negara. Ada juga Jijah mengumpul yang dari dalam negara tapi rasanya sekarang macam lagi banyak kumpul yang dari luar negara. Tak tahu sejak bila Jijah berminat mengumpul semua benda ni. Tapi memang seronok sebenarnya kumpul fridge magnet dan souvenir dari luar negara ni. Terutama yang tak berkemampuan nak melancong ke luar negara kan? Bila tengok fridge magnet mahupun souvenir dari luar negara buatkan Jijah terasa nak mengumpul niat dan mengumpul duit untuk melancong ke luar negara katanya. Baru mengumpul niat aje. Nak kumpul duit tak tahu bila. Ekekekeke.
Aku kira bertuah jugak sebab meskipun tak mampu nak pergi melancong ke luar negara buat masa kini ( hint moga-moga masa hadapan mampo pergi katanya! hahah :p ) tapi kawan-kawan aku yang berkemampuan pergi ke oversea tak pernah lupa untuk membeli souvenir dan FM untuk aku. Lepas itu kebetulan juga ada sepupu yang tinggal di luar negara pun sudi belikan FM untuk Jijah kan? Wajib Jijah lagi teruja khen nak kumpul mengumpul semua ini kan?Sebenarnya Jijah yang paksa diorang belikan untuk Jijah. Erkk?! Hahahaha. Setakat ini aku memang dah mengumpul FM dari beberapa buah negara. Kalau rasa nak tengok koleksi aku boleh tengok dekat SINI. Bukan tak mahu update gambar koleksi terbaru tapi usb cable untuk kamera aku pergi menghilangkan diri entah mana-mana. Terbantut kejap hasrat nak update belog bila gambar-gambar tak ada untuk diselitkan sekali. Paswah!
Terbaru aku kumpul FM dari Paris dan Korea. Alhamdulillah , rezeki lagi dapat FM dari rakan-rakan tersayang. HEHE. Terharu sangat bila rakan yang pergi travel jauh-jauh sempat juga belikan FM untuk Jijah. Nak pergi sendiri memang kena banyak menabung untuk impian jadi kenyataan kan? Sekarang ni kumpul FM sahaja dulu kan? HIHIHI.
terima kasih Cik Kekure.
terima kasih Kak Syima.
:')
i love both of you!
:*
Aku pun turut dapat souvenir dari Hong Kong sebenarnya. Kawan aku Kaka Ekah dan Kaka Fieza pergi melancong ke Hong Kong tempoh hari. Sempat juga mereka belikan untuk aku kekdahnya. HIHIHI , pesanan aku biasanya FM ajelah kan? Aku rasa benda itu yang paling syok untuk dibuat kenang-kenangan okes? Hahaha. Lepas tu masa aku pergi berjumpa Kaka Ekah tempoh hari sempat dia kasi barangan itu. Aku pun tak pasti nak kategorikan sebagai apa yang aku tahu souvenir dari Hong Kong. kihkihkih. Tak gheti kekdahnya nak menyebut apakah benda itu sebenarnya. Aku tahu dia ada tulis I love HK. Hihihi. Comel aje bendanya. Hihihi.
thank u kaka Ekah!
jijah sayam ketat-ketat uols!
:*
Kemain lagi kan beritahu koleksi FM yang tak seberapa ini kan? Hahaha , wajib lah. Ini untuk aku tatap di masa hadapan nanti. HEHE. Meskipun aku punya FM belum mencapai tahap penuh satu fridge tapi aku sangat sayam ketat-ketat fridge magnet aku ye?
sayam = sayang. suka betul ubah-ubah bahasa. harap pihak Dewan Bahasa & Pustaka tidak hangin dengan jijahtemotemo ini. eh?!
HewHewHew. Sekarang ini aku masih belum ada tempat untuk letak FM-FM kesayangan aku ini memandangkan masih belum mencari tempat yang nak letak segala jadah FM kesayangan ini kan? Tak berani nak letak dekat fridge. Aku takut fridge magnet aku pecah tak ke nanti aku nangis tak berlagu sendu-sendu tak pasal-pasal? Aku dah lah kalau dah sayang barang memang aku sayang betul-betul. Gituh! Hahahaha.
Aku pasti , minat dan hobi aku ini pasti bukan hanya aku yang keseorangan begini. Pasti korang pun ada juga minat dan hobi mengumpul fridge magnet mahupun souvenir (keychain/etc) seperti aku ini kan? Mesti korang kumpul lagi banyak dari aku kan? Aku ini pun baru sahaja bermula katanya. So masih lagi baru dan masih tak banyak sangat kumpul fridge magnet. HEHE. Tapi hopefully mampu untuk mengumpul dengan lebih banyak dimasa akan datang sebab kumpul fridge magnet ni sebenarnya sangat fun okes. Tak tahu tang mana fun nya tapi aku tahu fun. -___-'
Ehem ehem , tak ada sesiapa ke nak hadiahkan fridge magnet dekat Jijah? Okbai.
Terima kasih sudi baca entry ini :)
6 comments:
wah..best tue..jeles2..hee
ifa -- heheh memang best sgt kumpul fm ni :)
kawaii yg HK ituew auummm aummm *leopard mengaum tgk ngeee*
kaka ayu -- khenn? shomel sgt uols! erk takde pulak mengaum hahahah
yg HK tu kawaii... minta la fm jepoms dgn kaka ayu hehe...
kak hanis -- weee kawai gila kan? ngehehehe.. itulerr tunggu dia balik mas wajib dia beli fm jepun dkt ijah ekekekeke
Post a Comment