Pertama kali menerima jemputan daripada seorang rakan untuk menghadiri sebuah acara berbentuk fashion show cukup membuatkan Jijah sangat teruja. Tidak dinafikan ini merupakan peluang yang bukan senang untuk Jijah perolehi sebenarnya. Sekali sekala mengubah sedikit isi kandungan dalam belog ini pasti mewarnai lagi belog Cherita Emo-Temo ini khen? Haruslah kan!
Minggu lepas bertempat di Pavilion Kuala Lumpur , Jijah telah berkesempatan untuk menghadiri Pavilion Pitstop 2014. Ini merupakan satu pengalaman yang baru buat Jijah kerana pertama kali menghadiri acara gah seperti ini. Pavilion Pitstop 2014 merupakan sebuah acara tahunan yang diadakan di Pavilion bersempena dengan 2014 Grand Prix season.
Bertemakan Style Story yang di mana ia menggalakkan fashionista untuk berkongsi cara mereka yang tersendiri yang benar-benar merangkumi personaliti mereka serta trend yang terkini pada acara tersebut. Menarik bukan?
Acara yang berlangsung selama dua hari itu memang berlangsung dengan sangat meriah dengan diserikan oleh penyanyi seperti Atilia , Salamiah Hassan dan Marcell. Bercerita sahaja tidak cukupkan? Jom tengok gambar yang sempat Jijah snap dari lensa kamera Jijah!
Bertemakan Style Story yang di mana ia menggalakkan fashionista untuk berkongsi cara mereka yang tersendiri yang benar-benar merangkumi personaliti mereka serta trend yang terkini pada acara tersebut. Menarik bukan?
Acara yang berlangsung selama dua hari itu memang berlangsung dengan sangat meriah dengan diserikan oleh penyanyi seperti Atilia , Salamiah Hassan dan Marcell. Bercerita sahaja tidak cukupkan? Jom tengok gambar yang sempat Jijah snap dari lensa kamera Jijah!
Memang kualiti gambar agak biasa sahaja. Tetapi yang penting ialah pengalaman menghadiri acara seperti ini bagi seorang blogger picisan macam Jijah khen? HEHE. Memang tidak dinafikan ia sebuah pengalaman yang baru untuk Jijah. Melihat model-model yang cantik dan kacak seperti patung menggayakan rekaan musim baru membuatkan Jijah terpukau seketika. Bukan mudah untuk Jijah mendapat peluang seperti ini. Haruslah Jijah teruja sakan kan? Tambahan pula melihat sekeliling Jijah semuanya adalah antara model-model yang mempunyai nama yang agak besar kan? Terasa kerdil Jijah disitu. HEHE.
Terdapat beberapa jenama yang mempersembahkan koleksi terbaru mereka. Disitu Jijah berpeluang melihat fashion show yang mungkin untuk pertama kali dalam hidup barangkali? HAHA. Teruja berganda sekali lagi melihat mereka menggayakan koleksi yang cukup tersendiri di pandangan mata Jijah buta fesyen ini. Lagipun tema Pavilion Pitstop ini ialah StyleStory kan? Haruslah semua gaya tersendiri khen? Gittuew.
Seronok khen jamu mata? Eh! HAHAHA. Itu antara gambar-gambar dari lensa kamera Jijah yang sempat Jijah snap. Almaklumlah bukan seorang photographer yang profesional , maka gambar-gambar pun tahap sendu sedikit. Tapi sebenarnya apa yang lebih penting ialah pengalaman merasai kelainan acara yang berbeza berbanding dengan acara yang sering Jijah sertai sebelum ini. Jujurnya ini memang satu pengalaman yang sangat baru. Haruslah rasa teruja sedikit kan?
Haruslah kan! Bila melihat suasana kemeriahan yang ternyata sangat berbeza. Juga bila melihat model model tidak kira besar atau kecil namanya berkumpul dalam satu tempat yang membuatkan Jijah semakin teruja malah terasa sangat kecil berada dalam kelompok mereka disitu. Melihat suasana begini , haruslah Jijah terasa sangat kerdil sedikit. Tetapi ia memang sebuah pengalaman yang cukup bagus untuk dirasai buat seorang blogger picisan seperti Jijah.
Kenji Luthfee , Thanuja & Andrew.
Kenji Luthfee & Jijah.
Kenji Luthfee adalah seorang model yang berpengalaman hampir 20 tahun. Boleh follow Instagram beliau iaitu : KJLuthfee.
Andrew , Kenji Luthfee & Yana mak hayamkuuu (lol!)
Joey G in the house yualllzz!
Selesai juga menepek gambar-gambar yang sempat diambil tempoh hari. Sebenarnya banyak juga gambar yang Jijah ambil. Namun haruslah Jijah pilih mana yang paling terbaik untuk korang tatap khen? Mana boleh aci letak ikut suka hati khen? HAHAHA. Semoga korang juga seronok membaca juga melihat gambar yang Jijah tepek disini. Maklumlah Jijah sekarang jarang betul mengupdate belog kan? Bila update haruslah entri ini menjadi panjang berjela serta dipenuhi gambar yang sangat banyak kan? HEHEH.
Harapnya korang terhibur membaca entri yang ala kadar ini. Maklumlah Jijah sudah lama tidak mengetuk kibod. Agak beku sedikit idea untuk menulis kali ini. Kalau ada ter-merapu itu harap korang redho sajork hokkay? HAHAHA. Apa-apa pun peluang menyertai acara yang gah seperti Pavilion Pitstop ini memang sebuah pengalaman baru yang sangat menarik. Iyelah kan bila kita melihat suasana yang baru serta melihat sekeliling yang jauh berbeza begini haruslah kita akan berasa sedikit teruja kan? Ia sebuah acara yang mungkin nampak simple dan biasa sahaja dari mata kasar tetapi kita boleh rasa gah acara ini dalam diam.
Oh sebelum berakhir entri ini , Jijah hendak ucapkan terima kasih buat Kenji Luthfee di atas jemputan serta peluang yang sangat jarang Jijah perolehi ini. Juga untuk mak hayamku Yana atas kesudian membawaku ke sini. Sayams semua ketat-ketat! Ekekekek.. Haruslah sayams mereka ketat-ketat kan? Sebab mereka memberi Jijah peluang dan ruang baru untuk Jijah menulis mengenai acara yang gah sebegini. Hiks!
Last but not least , Terima Kasih Pavilion untuk cenderamata ini :)
So semua seronok ke tidhok baca entri ini? ;)
Terima kasih kerana sudi membaca entri ini :)
No comments:
Post a Comment