Selepas menghadiri Pavilion Pitstop 2014 , Jijah telah berkesempatan untuk menghadiri sebuah lagi acara yang cukup gah dan dikelilingi oleh pereka fesyen yang sangat hebat dan ternama iaitu Mercedes-Benz Stylo Fashion Grand Prix 2014. Sekali lagi perasaan teruja datang membuak-buak apabila melihat para pereka fesyen yang cukup dikenali berada di sekeliling Jijah. Siapa yang tidak teruja bukan? Jijah memang tidak menafikan perasaan teruja dan mungkin juga sedikit jakun mungkin? HAHAHA.
Jijah mungkin berasa agak bertuah kerana berpeluang untuk melihat sinerio acara fesyen yang sangat gah dan sangat tidak menjangkau fikiran Jijah untuk menyertainya. Peluang yang diberikan oleh rakan pada tempoh hari memang Jijah gunakan sebaiknya untuk melihat sendiri acara gah fashion show seperti ini sangat berbeza atur-caranya. Jujurnya Jijah terpukau melihat pereka fesyen yang bukan calang-calang berada di sekeliling Jijah mempamerkan koleksi mereka yang cantik dan unik. Sungguh menambahkan lagi keterujaan Jijah. Maklumlah , ini kali pertama menghadiri acara seperti ini kan? Maafkan Jijah atas kejakunan diri sendiri. HEHE.
Mercedes-Benz Stylo Fashion Grand Prix 2014 bertemakan , "Who Is Gatsby...A Vintage Party". Ternyata setiap tetamu yang hadir cukup bijak mempamerkan diri masing-masing mengikut tema yang telah diberikan. Bila melihat hampir kesemua tetamu cantik dan kacak mengenakan tema yang diberikan , haruslah Jijah terasa kerdil berada di samping hadirin yang hadir pada tempoh hari.
Tulis sahaja pasti tidak memadai bukan? Pasti korang juga mahu melihat gambar-gambar dari lensa Jijah bukan? Oh pasti ada gambar untuk tatapan korang. Namun harap maklumlah tempoh hari lensa Jijah hanya biasa-biasa sahaja tangkapannya. Tapi daripada tiada , cukup syukurlah ada juga gambar yang Jijah mahu kongsikan bukan? HAHAHA.

Nampak tak kemeriahan acara ini chuols? Sangat meriah dan gah okay! Itu yang paling penting konsepnya. Walaupun gambar sedikit sendu , itu semua tidak penting hokkay? Yang penting ada juga gambar katanya! HAHAHA. Memang ini juga pertama kali dalam kehidupan Jijah menghadiri acara seperti ini , dan tidak dinafikan perasaan janggal ada terbit dalam diri Jijah. Tetapi semua ini adalah satu pengalaman yang sangat menarik untuk Jijah. Tak semua orang berpeluang seperti Jijah bukan? HEHE.
Kenji Luthfee & Yana
Jijah & Kenji Luthfee
Terima kasih Luthfee kerana memberi Jijah sekali lagi peluang untuk menyertai acara yang cukup menarik ini!
Walaupun gambar sedikit kekaburan , tetapi memasing maintain gah kan? HAHAHA *panggggggg
Memang entri kali ini tidak terlalu panjang memandangkan Jijah pun ingat-ingat-lupa tentang acara ini sebenarnya. Belum beranak lagi tapi ingatan tak kuat macam dah banyak putus urat khen? CHOIII Jijahhhh! HAHAHAH. Terasa macam boleh tahan gila juga tempoh hari , dalam sehari pergi ke dua acara fesyen yang berbeza namun dua-duanya cukup gah dengan cara yang tersendiri. Tak pernah tercapai dek akal Jijah boleh memasuki ke acara yang sebegitu gah. Hah , dah mai dah jakun dia khen? Hihihi.
Terima kasih sekali lagi Luthfee untuk peluang yang mungkin datang bergolek sekali seumur hidup itu khen? Sampelah Jijah nak dibandingkan dengan blogger hebat yang lain kan? Hihi. Tapi bila orang dah kasi peluang dan ruang begini memang bersyukur tak terhingga sebab ini memang pengalaman yang cukup bagus untuk seorang blogger picisan macam Jijah. HEHE. So amacam korang suka tak dengan gambar yang Jijah tayang ituew? Hiks.
Terima kasih sudi baca entri ini.
No comments:
Post a Comment