Home

Wednesday, January 28, 2015

Bergambar Atau Bertulis?

Seringkali menjadi dilema untuk diri sendiri tatkala ingin mengupdate entri yang terbaru. Sama ada sekadar menulis ala-ala orang yang sedang dalam keadaan hormon tidak stabil atau diselitkan sekali bersama gambar-gambar yang konon tampak cool dan macho habis. Betul , memang selalu menjadi dilema. Kadang-kadang teringin juga untuk mengupdate belog tanpa menyelit sebarang gambar. Tapi lepas itu diri sendiri juga yang mengomel ala-ala entri itu tampak kosong dengan penulisan yang sangat hambar. Ya , aku memang cerewet untuk sesetengah perkara atau memang semua benda aku cerewet? HAHAHAHA. Malu nak mengaku lettuew.

Lagipun belog picisan ini , kalau banyak tulis merapu dan merepek , siapa yang gemar nak masuk bertandang untuk membaca kan? Kalau ada gambar sikit-sikit , barulah berduyun-duyun yang seronok nak masuk membaca kan? Tapi aku pun tak pastilah , pembaca belog aku ni seronok ke tidhok dengan penulisan bergambar aku ittuew. Tapi harap-harapnya semua berpuas hati dan seronok membaca. Juga dapatlah juga menjadi perawat duka dan lara kala membaca entri-entri aku itu. Itu aje perkara mudah yang aku boleh buat untuk orang lain. Kasi orang gembira dengan penulisan aku. Moga-moga lah kan?

Sebenarnya entri hari ini agak tidak ada tujuan khususnya. Sebab masih lagi dalam proses meneliti mana gambar yang nak edit dan update dalam belog , mana satu kisah cheritanya dan mana itu dan ini. Bila dah lama tidak transfer gambar dalam external hardisk memang diri sendiri pun sukar nak teliti satu per satu. Selalu aje peram gambar dalam handphone. Lepas itu mencacau tak tahu nak buat yang mana satu dulu. Ini yang jadi-nya entri sebegini rupa sahaja kan? Jadi lah tu , daripada tak ada update langsung kan? HAHAHAHA.

Alhamdulillah , 2015 ini nampak Jijah semakin aktif mengetuk kibod. Berbanding tahun 2014 yang boleh kira dengan jari untuk setiap bulan berapa banyak entri yang dimasukkan di dalam belog. Jijah sendiri pun keliru apa yang menyebabkan Jijah agak kurang aktif dengan belog? Mungkin kerana masa itu lagi senang mengupdate apa-apa di dalam Instagram. Namun menyedari yang Jijah ini memang suka sangat menulis , memang kena kembali kepada perkara asal dengan mengetuk kibod. Jauh lebih membahagia sebab dapat menulis panjang lebar sampai terjuling biji mata orang yang membaca kan? HAHAHA.

InsyaAllah , akan diteruskan lagi menulis yang bukan sahaja entri santai kosong semata tetapi juga entri yang memberi faedah juga nanti. Paling-paling pun entri yang boleh membuat korang tersenyum sekali kan? Moga sama-sama mendapat manfaat katanya. Kan? Hihihi. Jejari tak runcing ni dah penat nak mengetuk kibod lagi. Nah lah , sekeping gambar untuk tatapan korang. Supaya dapat ubati kerinduan korang terhadap aku. Eh? HAHAHA.


Sesekali wajah dicalit sedikit mekap.

Sesekali saja. 

Itu pun kawan yang mekapkan. Kalau nak suruh mekap sendiri , mahu jadi macam opera cina kang! HAHAHA.

Terima kasih Fawwa sebab santekkan muka kitew ♥

Terima kasih sudi baca entri ini :)

No comments: