Home

Thursday, January 22, 2015

Episode Akhir Zahira ; Adakah Kemanisan Akan Berlaku Atau Sebaliknya? Jangan Lupa Menonton Gandingan Serasi & Lakonan Hebat Adi Putra & Zara Zya di TV3 , Jam 10 Malam Ini!

Siapa diantara korang disini yang menonton drama di slot Samarinda TV3 setiap hari Rabu & Khamis sila angkat keyboard?! Eh? HAHAHAHA. Ada yang tak tahu ke drama apa yang Jijah maksudkan itu? Hehe , drama yang Jijah maksudkan ialah Zahira. Mesti ramai juga yang bersengkang mata untuk menonton drama ini kan? Jijah pun antara salah seorang yang gigih bersengkang mata dan menonton drama ini.



Kenapa mesti Jijah gigih sangat ni? Jijah ni dia jarang gigih andai tiada apa untuk dirembeskan eh untuk ditontonkan kan? Haruslah Jijah menonton kerana drama ini menggandingkan Adi Putra & Zara Zya dan ia merupakan gandingan berjaya di mata Jijah! Haruslah berjaya asalkan boleh mencakar khen? HAHAHAHA. Walaupun pada mulanya Jijah anggap drama di slot Samarinda ini boleh dikategorikan sebagai serius dan penuh dengan konflik tetapi semua menjadi sebaliknya untuk drama Zahira ini.

Tapi entri ini ditulis bukan untuk menjadi ala-ala pengkritik tetap AF untuk mengomen apa yang kurang apa yang lebih untuk drama ini. Cuma hendak memberitahu korang yang drama Zahira ini sudah hendak ke episode penghujungnya. Apa?! Zahira sudah berada di episode terakhir?! Jangan tak percaya okay! Memang malam ini merupakan episode akhir bagi drama Zahira! Mesti ada yang nak lagi nak lagi nak lagi kan? HAHAHA. Tahu sangat dah korang ittuew :p

Jadi haruslah Jijah hendak mengajak korang untuk jangan sesekali lupa malam ini untuk terpacak depan tv bila sudah menjejak 10 malam dan menonton episode akhir Zahira ini okay? Rasanya ramai juga yang sudah menonton episode akhir ini memandangkan Tonton turut mengadakan tayangan awal seminggu. Namun itu tidak bermakna korang tidak perlu menonton episode akhir malam ini okay? Khabarnya episode akhir ini macam ada manis-manis sasau sikit. Sikit ke? Jadi kalau yang belum menonton kena lah gagahkan diri untuk menonton malam ini okay? Kuku pelesu dan tong oksigen jangan lupa sekali tau! HAHAHAHA.

Ada yang dah ready belum ni? Hihihi. Mesti ramai yang tak sabar untuk menonton kan! Jijah pun tak sabar walaupun dah puas mencakar tonton hari itu tapi tak apa Jijah rela mencakar berulang kali! Auwch! HAHAHAHA. Eh kejap kejap kejap , mesti korang nak tengok gambar hero dan heroin Zahira bersama Jijah kan? Tujuan dia nak kasi korang jeles aje :p


Jijah & Heroin drama Zahira , Zara Zya ♥




Jijah bersama dengan Hero drama Zahira , Papa Iqbal eh silap , Adi Putra ♥

Ok cakar skrin laptop!! Eh bai!

Teruja ke tidhokkkk? HAHAHAH , gila tak teruja kan! So Jijah dah baik hati memberi sekeping dua gambar mereka walaupun ada muka Jijah sekali ( ini mesti part orang rasa nak tikam tumbuk Jijah kan! lulz!) jadi korang jangan buat-buat lupa okay? Jangan sesekali lupa yang malam ini episode akhir drama Zahira jam 10 malam hanya di TV3 okay! Janji okay? Janji janji janji? 

Sayang korang semua kefit-kefit! ♥

Terima kasih sudi baca entri ini :)

No comments: