Home

Thursday, March 26, 2015

Apakah Pengakhiran Kyra Lydia & El? Saksikan Episod Akhir Teman Lelaki Upahan Hari Ini di TV3 , Jam 6.55 Petang!

Mesti ramai yang ternanti-nanti dengan episode akhir drama penuh fenomena yang tersendiri , Teman Lelaki Upahan bukan? Jijah sendiri cukup teruja dan cukup tidak sabar untuk menonton episode akhir drama Teman Lelaki Upahan ini. Terasa cukup pantas masa berlalu sehingga tidak sedar drama ini sudah meniti ke penghujungnya. Rasa tidak sanggup untuk berpisah dengan watak kimia Kyra Lydia & EL. 

Tetapi setiap permulaan harus bertemu pengakhirannya bukan? Ewah , bunga-bunga bahasa si Jijah ni khen! HAHAHAHA. Seribu satu macam perasaan bila melihat drama Teman Lelaki Upahan ini mencipta fenomena yang tersendiri. Terutama bila diimbas kembali bagaimana nervous-nya aku melihat promosi yang sedikit kurang untuk drama ini. Tetapi bila sebuah drama yang bagus disusuli dengan para pelakon yang bagus dan diselangi dengan teamwork yang bagus dan skrip yang bagus semuanya tidak mustahil untuk menjadikan drama ini sebuah fenomena.

Cuma bagaimana pengakhiran drama Teman Lelaki Upahan ini? Adakah ia bakal memberi sebuah kemanisan untuk para penonton? Atau ia bakal bertukar menjadi sebuah ancaman kemarahan dan kepahitan buat penonton? Haaaaah! Itu yang aku sedikit kembali berdebar untuk menonton episode akhir ini. Hihihi. Nebes kalah para produksi , pelakon mahupun pengarah kau ni Jijah! kehkehkeh.

Kalau hendak tahu , korang semua jangan lupa untuk menyaksikan episode akhir Teman Lelaki Upahan yang mempamerkan barisan pelakon yang hebat-hebat belaka! Aku tahu , aku bakal merindui drama ini kerana ia sebuah drama yang tampak seperti biasa namun sebenarnya kebiasaan yang kita tampak itu membuahkan hasil yang luar biasa. Sangat jarang kita memiliki drama yang bersahaja namun hebat seperti ini. Gittuew!

Jadi korang semua jangan lupa okay? Hari ini , jam 6.55 petang di TV3 untuk melihat pengakhiran drama Teman Lelaki Upahan! Nah sekeping gambar Elizad Sharifuddin & Ungku Ismail Aziz ketika di Anugerah DFKL tempoh hari!



Terima kasih sudi baca entri ini :)

No comments: