Home

Tuesday, March 24, 2015

Hawa Ghazzali Collections - Cantik & Elegan!

Pasti ada diantara korang mempunyai minat mengumpul bracalet bukan? Pasti juga ada diantara korang yang gemar memakai aksesori tangan ini kerana ia bukan sahaja cantik tetapi sesuai dipakai untuk apa sahaja acara tidak kira santai mahupun formal. 

Hawa Ghazzali Collection antara pengeluar bracalet bersama charm yang bukan sahaja cantik malah cukup elegan di pandangan mata Jijah. Design yang dikeluarkan oleh Hawa Ghazzali Collection juga ternyata cukup ekslusif. Pasti ramai yang tidak kenal secara menyeluruh mengenai Hawa Ghazzali Collections bukan? 




Hawa Ghazzali Collections dimiliki oleh Datin Lynda Ghazzali dan telah ditubuhkan secara officialnya pada 19 Disember 2012. Minat dan kecintaan Datin Lynda Ghazzali terhadap seni membuatkan beliau terus menceburkan diri di dalam bidang perniagaan bracalet ini. Datin Lynda Ghazzali yang turut diberi gelaran sebagai Ratu Porselin merupakan satu-satunya artis porselin di Asia yang mempunyai jenama sendiri di peringkat antarabangsa.

Untuk pengetahuan korang semua , Hawa Ghazzali Collections tidak hanya tertumpu kepada bracalet semata-mata. Hawa Ghazzali Collections turut mengeluarkan Murano Glass , Necklace serta Earring yang mempunyai corak elegan dan tersendiri. Selain itu , kesemua produk Hawa Ghazzali Collections dihasilkan di Itali dan mendapat pantauan menyeluruh dari Datin Lynda Ghazzali sendiri. 

Hah! Bila korang melihat gambar diatas ini , pasti korang juga terpegun kan? Jijah sendiri turut terpegun melihat corak yang tersendiri , elegan serta ekslusif ini. Memang cantik! Selain coraknya yang unik dan cantik , Hawa Ghazzali Collections sering menawarkan harga yang istimewa serta tawaran menarik untuk semua penggemar bracalet seperti ini. Jadi , kepada peminat aksesori tangan yang menggemari corak berbentuk Ethnic Style serta tersendiri ini , korang boleh lah mencuba untuk membeli bracalet dan charms-nya sekali okay?

Apa kata korang tinjau IG serta FB Hawa Ghazzali Collections terlebih dahulu okay?

Instagram : HawaGhazzaliCollections

Apa kata kita cuci mata melihat gambar-gambar terlebih dahulu okay? Pasti nanti akan ada yang berkenan di hati korang kan! Eh memang nak suruh korang bekenan dan seterusnya beli lah khen? Hihihi.












Dah ada yang berkenan ke belum ni? Hihihi. Memang Hawa Ghazzali Collections sentiasa memberikan yang terbaik dalam setiap satu corak yang mereka hasilkan. Malah corak yang elegan , ekslusif dan cantik itu bukan sahaja sekadar cantik tetapi ia pasti membuat orang yang melihat jua terpegun. 

Jadi korang semua , jangan lupa untuk meninjau FB atau Instagram Hawa Ghazzali Collections untuk mengetahui lebih lanjut mengenai tawaran yang menarik yang sering mereka berikan. Mana tahu rezeki korang untuk mendapat harga yang istimewa kan? Hiks!

Sebelum Jijah titik-noktahkan entri ini , nah sekeping gambar Jijah bersama pemilik Hawa Ghazzali Collections. Orangnya cukup baik , manis dan lembut sekali. 


Terima kasih Datin Lynda Ghazzali kerana sudi meluangkan masa tempoh hari :)

Jadi sampai disini sahaja dahulu entri ini. Terima kasih sudi baca entri ini :)

1 comment:

Unknown said...

cantik nyaaaa!!! geram plak tengok