Home

Monday, April 27, 2015

Fenomena Hati Perempuan?

Mesti ramai yang diantara korang semua yang semakin mengenali dengan hero dan heroin Hati Perempuan iaitu Syarul Ridzwan dan Mia Ahmad bukan? Semenjak drama Hati Perempuan bersiaran nama Syarul Ridzwan dan Mia Ahmad boleh dikatakan semakin menginjak popular. Sehinggakan Jijah juga perasan followers di Instagram mereka meningkat berganda-ganda dalam tidak sampai tempoh beberapa episode Hati Perempuan itu ditayangkan di TV3. Amboi , stalker ke Jijah? HAHAHAHA.

Itu bukan stalker tapi itu prihatin terhadap pelakon drama yang kita minat. Eh? Clishe sangat jawapan kau Jijah! HAHAHAHAH. Jujurnya , Jijah agak nervous tatkala menantikan drama ini bersiaran di televisyen. Mungkin juga kerana melihat pada fenomena drama sebelumnya iaitu Teman Lelaki Upahan membuatkan Jijah gusar , adakah Hati Perempuan menerima nasib yang baik untuk diterima oleh penonton drama atau sebaliknya? Memang pada awal-awal episode , Jijah turut memerhati komen para penonton agak sedikit tidak memberansangkan. Lebih kepada tidak puas hati sahaja. Mungkin kerana mereka membayangkan lebih daripada apa yang mereka lihat. Namun setelah beberapa episode ditayangkan keadaan telah bertukar kepada sesuatu yang asing. Atau lebih tepat kepada suatu fenomena baru untuk slot Akasia.

Kenapa pula Jijah kata ia sebuah fenomena? Sebab tatkala Jijah pergi ke salah satu road tour #DramaSangat yang dianjurkan oleh TV3 di Quill City Mall , Jijah melihat satu keadaan yang sangat luar biasa di mana terlalu ramai yang sanggup berasak untuk menemui Syarul Ridzwan dan Mia Ahmad. Ketika itu Jijah berasa seolah-olah tidak percaya namun percayalahhhhhhh Jijah! HAHAHAHAHA. Juga yang paling terbaru tatkala menemui Syarul Ridzwan di PWTC pada Sabtu lepas , Jijah melihat terlalu ramai orang beratur demi untuk menemui Tengku Zaril. Cukup fenomena buat Jijah. Jijah sendiri yang rasa tidak percaya bila melihat seawal jam 10 pagi , orang sudah terlalu ramai untuk beratur dan menemui Syarul Ridzwan! Halo , Jijah ingat Jijah orang pertama beratur! Tetapi Jijah orang yang ke 125 hokkay! Kecewa Jijah! HAHAHAHAHA. 



Nangis!

Kemahen lagi dramatiknya tau! Eh tulis pepanjang ni , entah korang baca entah tidak kan? Tahu sangat dah semua orang khen? Lepas tu nanti scroll lelaju sekadar nak tengok gambar khen? HAHAHAHA. Agak-agak korang Jijah nak share gambar ke tidhok ni? Hihiks! HAHAHAHA. Dah jumpa diorang banyak kali dekat tempat shooting , takkan lah Jijah nak peram sajork khen? Mahu Syarul Ridzwan dengan Mia Ahmad tetampo lelaju Jijah khen? HAHAHA. iya-iyalah.. haruslah Jijah mahu kongsi sedikit sebanyak gambar yang hanya ada dalam telepon Jijah sajork. Telepon Syarul Ridzwan dengan Mia Ahmad pun tak ada gambar ni. kahkahkah , lawak bodoh siot! hahahahahaha.





mak yang suruh pose! lepas tu mak yang pengsan lepas snap!

kahkahkah diamlah jijah!




One Happy Family! Eh!

Apa dia? Tak cukup lagi gegambar yang Jijah kongsikan bersama korang ini? Amboi enak-enak! HAHAHAHA. Jangan gusar , sebenarnya memang ada lagi hendak kongsikan bersama korang. Setakat beberapa keping ini mana cukup kan? HAHAHAHA , ewah! Kemain riak Jijah sakap tak cukup yer? Tampo nak?! HAHAHAHA.

Sebelum terlupa , Jijah ingin mengucapkan terima kasih buat Syarul Ridzwan sendiri beserta SR Tigers yang memberi peluang dan ruang untuk Jijah menemui Syarul dan team Hati Perempuan di tempat shooting yang berbeza-beza. Kalau tanpa keizinan serta restu mereka semua , tidak akan ada gambar-gambar yang korang lihat dalam belog ini mahupun di instagram Jijah. Ya , Jijah datang ke tempat shooting untuk mempromosikan drama ini juga dan khusus untuk korang juga. Haruslah untuk korang.. Kalau untuk diri sendiri baik peram dalam henpon sendiri jah khen? HAHAAHAH.

Dah , dah toksah nak tulis pepanjang lagi. Nah gambar lagi untuk korang! ;)


Di malam harijadiiiiii sayaaa eh! hahahahaha..




Yuhanis & Tengku Zaril.


Yuhabis & Tengku Zaril.

kahkahkah diamlah!




Bila Syarul Ridzwan yang pegang henpon. 

Merasalah sampai 48 keping selfie khas dari Syarul untuk henpon korang hahahaha..

Rasanya macam dah terlalu banyak gambar yang Jijah kongsikan bersama korang kan? Hihihi. Harap-harap buat peminat Syarul Ridzwan mahupun Mia Ahmad seronok dan gembira lah yer melihat gambar-gambar yang khas diambil untuk korang semua. Iyer , memang untuk korang sahaja yang Jijah fikirkan. Tambah pula bila melihat fenomena Hati Perempuan ini terjadi , semakin bergigihan Jijah mengetuk kibod dan berkongsi gambar ini untuk korang semua. 

Jujurnya , Jijah terlalu gembira dan seronok apabila melihat setelah beberapa episode ditayangkan di televisyen , ramai penonton yang boleh menerima drama ini dengan seadanya. Ya , memang drama ini kadangkala ada kurang nya namun jangan pula tidak dipandang kelebihannya pula. Kemanisan di dalam drama ini menjadikan sedikit sebanyak penutup segala kekurangan yang ada. Biasalah , tak semua orang senang dan suka terhadap sesuatu drama. Kan?

Jijah betul-betul happy untuk mereka yang telah gigih bertungkus lumus menyiapkan shooting ini hampir memakan masa 4 bulan lamanya. Bila melihat drama ini mendapat sambutan baik serta tidak ubah seperti sebuah fenomena yang baru , Jijah terlalu happy untuk mereka. Memang rezeki untuk seluruh team Hati Perempuan. Alhamdulillah. Lagipun bagi Jijah , asalkan jalan ceritanya tidak lari dari novel adaptasinya , itu sudah patut lebih daripada syukur kan? Ataupun Jijah sememangnya tidak kisah asalkan hero nya kacak dan menggetarkan jiwa ? Jijah kan suka menggeletis dengan hero Akasia kan? HAHAHAHA , whateverlah!

Adakah korang rasa Hati Perempuan ini sebuah fenomena? Atau hanya Jijah yang terperasan sahaja drama ini sebuah fenomena? Hihihi. Nah lah , sekeping lagi gambar khas untuk korang yang cukup setia memberi sokongan buat drama Hati Perempuan :)


Untungnya novel Hati Perempuan iols..sheesshhh!

hahahahahaha..

Terima kasih sudi baca entri ini :)

4 comments:

diela said...

tq jijah...suka baca blog jijah nie...
slalu jd 'SR' je..

Anonymous said...

Thorbaikk jijahh♡

Anonymous said...

Jomla bt gathering Mia&Syarul

Anonymous said...

Ahah, comment ni agak lambat, Pd hemat sy, mmg HP ni fenomena dlm industri drama bersiri Malaysia. Sy salute awak Ijahemotemo, bergerak very active wit ur other friends in tis.
Lilomirren