Home

Saturday, September 26, 2015

Masa Untuk Bertukar?

Sejak dua menjak ini aku memang agak on-off untuk mengupdate belog. Kadangkala bila hati melonjak untuk mengupdate belog , tapi masa tu lah mata terasa layu dan kuyu dan masa tu jugak internet punya speed macam mintak kena baling dalam loji dan seumpama dengannya. Banyak betul dugaan. Bila internet punya speed laju dan tak mengantuk langsung , mood dah pergi belayar ke Tasik Chini mungkin. Macam-macam hal.

Kemudian bila lama kelamaan , hati aku kembali melonjak untuk menulis kembali. Sebab apa? Sebab aku memang suka menulis. Orang kata , separuh dari perasaan tu akan rasa puas bila dapat mengetuk kibod dan menulis. Meskipun hanya tulisan cincai sahaja. Faham tak? Selain itu , aku akan rasa rugi apabila ada sesuatu perkara tu aku tak berkongsi dengan kalian. You know what I mean? Hehe.

Macam dulu-dulu aku selalu kongsi apa sahaja event yang aku pergi. Seronok bila orang baca macam mana excitednya aku dapat jumpa artis kemudian bergambar dan kemudian kongsi dengan korang semua. Tapi sekarang tahap malas aku untuk membuat semua itu sangat berganda-ganda. Teringin , tapi malas. 

Jadi sementelah difikirkan kembali , why not aku kembali menulis seperti dulu-dulu. Mungkin tak adalah segigih dahulu kala yang pergi ke macam-macam event but atleast mungkin aku boleh mula menulis tentang pengalaman hidup aku yang tak seberapa? Err , or maybe pasal makanan yang menarik serta resepi? HAHAHAHA , aduhai , dah macam mak-mak pulak rasa. Nasib tak terasa nak tulis pasal pantang larang orang tua-tua dahulu kala. Lagi korang rasa macam nak mandikan aku bawah jambantan untuk pulangkan Jijah yang dahuluuuuu..but hey! Okay apa tulis mengenai bebenda macam gitu kan? Hahahaha.

Kita tengok dulu macam mana kan? Semangat membara macam dah membara betul. Tapi tak tahu mampu ke tidak untuk kembali menulis macam dulu-dulu. Cuma memang Jijah sendiri secara personally rindu untuk menulis macam dulu-dulu. Untuk menulis dan berkongsi pendapat , berkongsi gambar dan berkongsi perasaan sekali gittuew. HAHAHA.

Last but not least ; nah lah gambar sekeping.


Think Positive
and
Stay Positive

:)

Terima kasih sudi baca entri ini :)

No comments: