Home

Sunday, September 27, 2015

[Review Filem] Jwanita , cukup mendebarkan perasaan?

Baru-baru ini Jijah telah berkesempatan untuk menghadiri Malam Gala Filem Jwanita yang telah berlangsung di GSC Nu Sentral , KL Sentral. Sebenarnya sudah agak lama tidak menghadiri mana-mana Malam Gala untuk sesebuah filem dek kerana kebizian kerja serta mungkin sudah tiba masa untuk memperlahankan sedikit aktiviti lagho ini. Namun untuk sebuah filem yang dihasilkan oleh pengarah tersohor , Osman Ali , mana mungkin Jijah menolak jemputan ke Malam Gala tersebut kan? Ia sesuatu yang amat merugikan katanya! Begituuuuu..

Sebelum Jijah mengulas sepatah dua kata , apa kata kita baca sinopsis dahulu jom?



Filem Jwanita mengisahkan tentang seorang gadis bernama Jwanita (Maya Karin). Jwanita mengalami gangguan mental yang agak serius akibat kerapkali didera fizikal dan mental oleh ibubapa angkatnya. Mereka berdua adalah pengamal ilmu hitam.
Hendak dijadikan cerita, kehidupan Jwanita mula bersinar kembali dengan kehadiran Farhan (Bront Palarae). Farhan merupakan doktor yang merawat Jwanita selepas dia membunuh kedua ibu bapa angkatnya.
Namun hancur hati Jwanita kerana Farhan yang dicintainya itu, rupanya tunang kepada adik kandungnya bernama Julaika. Nasib Julaika jauh lebih baik dari Jwanita.
Jwanita menghilangkan diri pada hari perkahwinan Farhan dan Julaika. Tetapi selepas itu dia kembali semula dengan perwatakan yang sangat berbeza. Dia kembali bersama dendam di jiwa. 
Dah baca sampai habis sinopsis? Dah pernah tengok trailer filem Jwanita? Kalau korang sudah lengkap membaca dan menonton , memang korang wajib untuk menyaksikan filem ini tau! Kenapa pula?

Sebab filem Jwanita ini menyaksikan Maya Karin sebagai Jwanita yang cukup lain daripada yang lain. Bukan sebagai seorang wanita kampung yang mendambakan cinta seorang lelaki. Bukan juga sebagai seorang hantu yang menakutkan seluruh kampung. Bukan sama sekali. Maya Karin sebagai Jwanita berjaya membuatkan aku berdebar sepanjang masa. Malah watak Maya Karin sebagai wanita psiko memang berjaya membuat aku meremang sepanjang aku menonton tempoh hari. Memang sangat psiko! Memang sangat mendebarkan perasaan! Sungguh , tak tipu! Good job , Maya Karin!

Malah , watak Marsha sebagai orang gaji turut dipuji kerana memberikan lakonan yang mewarnakan lagi debaran di dalam filem tersebut. Memang boleh dikatakan tudung aku pun turut berserabut setelah habis tayangan filem itu dek kerana sekejap-sekejap aku terkejut , sekejap-sekejap aku menjerit , sekejap aku tepuk rakan aku di sebelah. Nasib tak kena lempang balik dengan kawan aku dek kerana sekejap-sekejap ada saja yang tak kena kerana terkejut! HAHAHAHA.

Apa yang boleh aku katakan , Jwanita sebuah filem yang tidak menghampakan aku langsung. Malah apa yang aku fikirkan meleset sama sekali. Ia sebuah filem yang bukan psiko semata-mata namun ada unsur seram yang sedikit namun tidaklah tahap menakutkan sehingga tidak boleh tidur malam. Cuma unsur berdebar umpama nak kena pinang eh silap macam suspen nak tahu apa yang bakal jadi seterusnya memang akan ada. A really nice storyline. Tidak terlalu pantas jalan penceritaannya dan tidak juga tidak terlalu lembap. I would say , just nice lah kot sebagai seorang yang menonton filem. 

Berapa bintang aku mahu kasi untuk filem ini? Aku memberi 4 bintang daripada 5 bintang untuk filem Jwanita ini. Ia memang sebuah filem yang harus korang tonton kerana ia sebuah filem yang bagus , storyline yang menarik serta lakonan para pelakon utama sehingga pelakon pembantu memberikan lakonan yang terbaik! Malah lokasi yang mereka gunakan turut cantik as we know how Osman Ali really loves the nature! Begituuu! Thumbs up and congrat's to the whole team! You guys did a good job! 

Sudah lah memberi komen yang tidak seberapa itu. Itu hanyalah pandangan peribadi yang tidak seberapa. Mari kita melihat pula gegambar sepanjang Malam Gala Jwanita pula jom?












Begitulah Jijah bila datang mood gigih untuk mengambil gambar kan? Kalau tidak merasa lah korang tengok sekeping dua sahaja , dan itu pun yang dah ditayang dalam instagram kan? HAHAHA , sadis betul! But that time , tiba-tiba macam seronok pula ambil gambar diorang dengan Samsung Galaxy 2 ku ittuew. Kamera bebiasa aje , jadi gambar pun bebiasa aje. HEHE. Jadi lah daripada tak ada langsung kan?

Kisahnya , Jijah tak sempat bergambar ke dengan theyols tu? Oh no?! Like seriously Jijah? Wuiyooooooooo...not! Mestilah ada bergambar dengan theyols okeh? Makan pun saling sebelah menyebelahi. Mana mungkin tak ada kan? Alahhhaaiiii! Bukan main takburrrr ayat si Jijah ni kan? HAHAHAHA , dah dah jom tengok gambar!


Jijah & Erwin Dawson. He's coming for supporting Abang Man :)


Jijah & Daler Yusof. 
Hensem ke tidhokkk nok? 
Melebar senyum aku tu kenapa nok-nok sekaliannnnn? HAHAHAHAHA!


Jijah bersama dengan pengarah tersohor , Abg Man!


Jijah & Soowincci.
Such a nice lady!


Jijah & Jwanita.
Humble as usual Maya Karin.
..sempat dia tegur Jijah makan..
"..sedappp ya?"

HAHAHAH I was like , hoi maya karin tu hoi hahahaha. Itulah makan tak pandang kiri kanan sampai orang tegur hahahaha..



Jijah & Bront.
Makin handsome!
Dalam Jwanita menyerlah-nyerlah kehenseman Bront!
Patutlahhhh kurang rasa seram...eh?bai!


Jijah & Marsha!
Humble and fun!

Hambikkkk..sekali kasi gambar , memang akan penuh entri lah kan? HAHAHA. Harusss! Dah kasi sinopsis , dah kasi review , dah kasi gambar , jadi korang apa tunggu lagi kan? Pergilah menonton Jwanita di pawagam berhampiran korang! Pastinya ia sebuah filem yang berbaloi untuk ditonton. Kalau tak tahu hendak buat apa ketika hujung minggu begini , lebih afdhol pergi menonton Jwanita okay? Jika bukan kita yang menyokong filem tempatan , siapa lagi yang mahu menyokong bukan? Tambah lagi bila sebuah filem yang bagus begini dipertontonkan , haruslah kita perlu menyokong berganda-ganda kan? Jom sokong filem tempatan dengan menonton Jwanita di pawagam berhampiran korang! :)

Terima kasih sudi baca entri ini :)

2 comments:

Fieza Sani said...

As salam

Seram ke citer nya..ala..failed kalau seram2 ni..sbb nnti terbayang2 smpai tido malam pun susah..silap2 bawak ke mimpi berlakon dlm citer ni..hehe

Ijah EmoTemo said...

Fieza -- Wslm :) Rasanya bukan lah tahap seram yang membuatkan tak boleh tidur malam , cuma dia punya visual yang agak menggelikan dengan lumuran darah akan boleh terbayang jugaklah. Heheh , and other's than that , suspen ajelah :) Go watch and support eh :)