Home

Saturday, November 7, 2015

Edisi Kehidupan : Bukan Semua Orang Hidup Senang.

Tadi aku ada terbaca tentang satu perkongsi di Facebook. Satu perkongsian yang cukup ringkas tapi cukup buat aku tersenyum pahit bercampur tawar seorang diri. Kenapa? Meh aku kongsi sekali dekat sini.


Thanks Noor Syahirah. 

Saya pinjam gambar note awak ni ye :)

Ada siapa-siapa pernah mengalami situasi seperti ini? Mesti ada juga diantara korang yang mengalami kehidupan seperti ini kan? Memang apa yang ditulis itu ada kebenarannya. Aku tidak menafikan kebenaran untuk tulisan ini. Sebab aku sendiri juga mungkin salah seorang yang kadangkala tidak mampu untuk keluar selalu bersama rerakan aku atas dasar tak mampu. Eh tak mampu ke?

Nampak macam boleh beli beg tangan baru , nampak macam boleh makan sesedap , nampak macam beli tudung bebanyak.. takkan nak keluar dengan rerakan tak boleh kot? Bukan guna duit banyak pun kan?

Sejenak cuba kita fikirkan.

Memang kehidupan seseorang itu kita boleh nampak senangnya bagaimana. Tapi hakikat sebenar kita tak tahu apa yang dilalui oleh seseorang itu bagaimana kan? Mungkin kehidupannya nampak senang bagai tiada masalah. Alahhhh , setakat nak keluar lepak makan ada RM 50 dalam tangan pun dah cukup. Itu kata mereka yang berduit. Itu kata mereka yang mak ayah memang dah buat simpanan dari kecik or maybe masih lagi mak ayah hulur duit.

Tapi kita tak tahu , yang mungkin ada sesetengah orang itu dengan RM 50 itu ada kepentingan lain yang perlu didahulukan. Kita tak tahu. Mungkin juga segala macam benda yang nampak dia senang itu adalah hasil dia ikat perut empat minggu , empat bulan atau empat tahun untuk dia mendapatkan apa yang dia nak. Kita tak tahu. Mungkin dengan RM 50 lah dia nak survive makan dan minum serta GST! Kita tak tahu.

Tak semua orang bertuah. Tak semua orang memiliki kehidupan yang senang sedari kecik. Dan tak semua juga memiliki kehidupan yang senang sementelah sudah besar panjang. Sebab itu kita jangan sesuka hati nak assume orang sesuka hati kedekut , lupa kawan , sombong dan sebagainya. Sebab kita tak tahu disebalik kehidupannya mungkin ada insan lain yang dia perlu tanggung , mungkin ada hutang piutang yang perlu dia bayar dan mungkin ada perkara yang lebih penting perlu didahulukan. Kita tak pernah tahu kan? Dan tak semua orang berminat untuk berkongsi cerita kesusahan dengan orang sekeliling waima rakan baik sendiri.

Kan? Begitulah. Aku sekadar berkongsi pendapat sahaja. Even aku sendiri pun amat berkira untuk melepak merambu sesuka hati sekarang. Bukan dah lupa kawan atau sombong tapi aku cukup sedar diri dengan keadaan aku. Walaupun aku sudah bekerja tak bermakna aku boleh berjoli sesuka hati. Ada banyak benda yang aku perlu lakukan demi masa depan konsepnya. Tambah pula keluarga aku bukan datang dari keluarga yang senang. Jadi aku pun kena pandai-pandai untuk menyimpan duit sendiri lah khen? Takkan tetibe aku nak mintak duit dengan mak ayah aku khen? Mereka pun ada benda lagi penting untuk diselesaikan dahulu dengan duit yang mereka ada.

Sebab itu aku terus tersenyum pahit bercampur tawar bila membaca tadi. Sebab aku faham dan aku tahu tak semua orang memiliki kehidupan yang senang. Jadi kalau korang masih memiliki kehidupan yang senang tanpa perlu bersusah payah yang tahap kronik , bersyukurlah. 

Ini sekadar pendapat peribadi aku sahaja. Mungkin ada setengah setuju. Mungkin ada juga yang tidak menyetujui. Terpulang lah khen? Cuma yang perlu kita tahu , tak semua orang memiliki kehidupan yang senang. Dan janganlah kita asyik menuding jari terhadap kawan kita atau orang terdekat dengan kita dengan membuta tuli sahaja. Cuba untuk fahami kehidupan orang lain juga. Itu sahaja.

Terima kasih sudi baca entri ini :)


No comments: