Home

Monday, November 23, 2015

Tiada Lagi Pass Bulanan Untuk Pengguna LRT & Monorel?

Bagi pengguna harian LRT seperti Jijah , pastinya pass bulanan yang disediakan oleh Rapid KL amat berguna. Maklumlah , bila menggunakan pass bulanan Rapid KL , dengan hanya sekali bayaran sebanyak RM 100 , korang boleh menggunakan pass tersebut secara unlimited selama 30 hari. Haruslah penjimatan yang berganda bila dapat menggunakan pass bulanan itu kan? Memang jimat yang teramat sangat!

Namun baru-baru ini tatkala Jijah mahu membaharui pass bulanan untuk office Jijah , Jijah sedikit tersentak apabila diberitahu bahawa sudah tiada lagi pass bulanan disediakan dari pihak Rapid KL. Alamak?! Biar benar sudah tiada lagi pass bulanan untuk LRT dan juga Monorel ni? Adakah benar ataupun sekadar bermimpi saja? *panggggggggg

Ya , memang benar. Dan ini semua bukannya mimpi melainkan ianya mimpi ngeri untuk kita semua pengguna LRT & Monorel. Mungkin bukan semua tapi diantara kita yang pastinya. Masakan tidak ngeri kalau pass bulanan dihapuskan tatkala kos hidup sedang mencanak naik? Boleh dikatakan sekarang ini hampir kesemua kos sudah meningkat naik tanpa segan silu. Sehinggakan sudah tidak tahu apa lagi yang mahu dicatu agar kos hidup berkurangan kan?

Sebenarnya saat membaca berita tentang harga tiket LRT bakal meningkat naik pada 2 Disember nanti Jijah sudah menjangkakan yang pass bulanan pasti akan bertambah harga juga. Namun ianya menjadi sebaliknya dengan menghapuskan pass bulanan unlimited tersebut. Agak mengecewakan bila tindakan menghapuskan itu diambil. Iyelah , dengan kos hidup yang meningkat naik ini , pastinya alternatif menaiki public transport dan menggunakan pass bulanan unlimited adalah pilihan terbaik kan? Bila ianya tiba-tiba dihapuskan pastinya banyak lagi kos lain perlu ditampung demi sesuap spagheti kan? Gittuew.

Namun begitu pihak Rapid KL telah melakukan insiatif lain dengan memberi pakej baru iaitu Smart 7 & Smart 30. Namun , adakah ianya berbaloi seperti pass bulanan unlimited yang disediakan sebelum ini? Begitu formal soalan Jijah sesambil gegunting popia konsepnya HAHAHAHA. Jijah dikhabarkan pakej terbaru itu adalah disediakan bagi penggunaan mingguan dan juga bulanan.

Untuk menggunakan perkhidmatan Smart 7 , para pengguna dikenakan bayaran premium sebanyak RM 2.50 manakala untuk Smart 30 para pengguna dikenakan bayaran premium sebanyak RM 10 dan kemudian nikmatilah dengan kadar yang lebih jimat katanya walaupun jimat ke? Hihihi. Pembelian pakej ini sudah boleh dibeli mulai sekarang namun penggunaannya akan bermula 2 Disember nanti katanya.

Jijah harap , dengan insiatif terbaru dari Rapid KL ini mampu mengurangkan kos yang mana patut. Meskipun agak berdebar menanti harga terbaru dari Rapid KL untuk LRT nanti. Gila tidak berdebar kan? Semoga dengan kenaikan harga baru seiring dengan servis yang terbaik dari LRT juga ya? Tak mahu lagi asyik delay memanjang sehingga menggangu waktu orang untuk pergi dan balik bekerja. Ngeri jika diingatkan kembali saat LRT membuat perangai tempoh hari sehingga lebih dua jam berada di tempat menunggu dek kerana masalah teknikal. Semoga harga terbaru yang bakal naik akan seiiring dengan servis yang lebih baik dari sekarang.

Kan? Jadi , siapa pengguna public transport seperti Jijah? Sila angkat jari kaki! Eh bai!

Terima kasih sudi baca entri ini :)

2 comments:

suzialfredshin said...

huhu..makin lama harga barang makin naik, fee public transport pun makin naik.. T__T

Ijah EmoTemo said...

Suzie -- Tahu takpe! Tak tahu nak guna kemudahan apa lagi untuk cut cost hidup T_T