Ahad lepas Jijah telah berpeluang dan berkesempatan untuk menonton Gegar Vaganza secara live di Auditorium MBSA , Shah Alam. Boleh dikatakan hampir setiap minggu Jijah menyokong Gegar Vaganza di rumah sahaja. Semenjak sudah bekerja ini , diri sendiri sudah tidak berapa gigih untuk melagho ke tempat seperti itu. Bukan apa , biasanya bila event ini berlangsung perlu hadir lebih awal daripada biasa dan pulang ke rumah pula lambat. Kalau dahulu kala , mungkin Jijah tidak kisah untuk pulang lambat. Namun semenjak bekerja waktu tidur adalah waktu paling bernilai katanya! Kikiki.
Berbalik kepada tajuk entri ini. Benarkah kawalan pihak Astro tidak rapi pada Gegar Vaganza tempoh hari? Kenapa Jijah tulis seberani begini ? Apa yang membuatkan Jijah berani untuk menulis begini?
Sebenarnya Jijah hadir tempoh hari ke Gegar Vaganza selain daripada untuk menyokong para artis yang bertanding , Jijah turut ingin merasai menonton secara live di Auditorium MBSA. Namun demikian ada beberapa perkara yang membuatkan Jijah sedikit kecewa dan sadis sebelum memasuki ke Auditorium MBSA.
Apakah?
Seperti biasa , tiap kali event yang melibatkan program rancangan realiti mahupun anugerah , para peminat biasanya diarahkan untuk beratur mengikut kumpulan tiket mana yang mereka wakili. Contohnya , sekiranya korang peminat Siti Nordiana , silalah beratur dengan jayanya bersama FC Siti Nordiana. Sekiranya korang peminat Nassier Wahab , jangan pula mengada beratur dekat barisan pemiant Haiza. Nak kena lepuk ke? HAHAHAHA. Tak , itu sekadar contoh sahaja. Kalau nak berdegil beratur mengikut rerakan yang korang suka , itu terpulanglah. Nanti Dollah Cantek piat telinga korang , jangan mengadu pulak. HAHAHAAH , ampun Dollah Cantek hahahaahahah.
Namun demikian , keadaan menjadi sebaliknya tempoh hari. Mengikut pengamatan Jijah , keadaan menjadi sedikit huru-hara apabila pintu masuk ke Auditorium dibuka sedikit lambat. Di situ menyebabkan penonton serta fans yang hadir agak kepincangan serta kepanasan menanti pintu dibuka. Iyelah , datang sejak pukul 5 petang dan beratur pula sejak pukul 7 namun masuk hanya pada pukul 8.15 malam. Itu semua tidak menjadi masalah sebenarnya. Kalau korang yang pernah menghadiri event sedemikian pasti tahu itu adalah procedure biasa. Cuma yang membuat Jijah cukup kecewa apabila pihak Astro tidak cuba untuk menyuruh para peminat beratur dengan elok. Bila itu terjadi , keadaan menjadi cukup sesak dan melemaskan apabila kesemuanya menyempitkan diri serta menghimpit antara satu sama lain dek kerana semua ingin menjadi orang pertama yang masuk. Masa itu hehampir saja Jijah hendak mencubit ketiak memasing kerana gagal beratur dengan elok. Nanti orang kata Jijah ni cikgu disiplin pula! Kahkahkah.
Sekiranya pihak Astro cuba untuk meleraikan keadaan dengan menyuruh para peminat ini beratur dengan elok , pasti keadaan menjadi lebih tenang dan tenteram. Walau bagaimanapun , Jijah tahu bila terlalu ramai peminat yang mungkin sedang excited untuk menonton menjadikan keadaan yang tidak sepatutnya terjadi. Cuma nasihat Jijah , untuk kali lain juga mungkin untuk di event lain , pihak Astro perlu masuk campur dan meleraikan keadaan menjadi lebih tenang. Kesian Jijah melihat pihak RELA pula yang berpeluh melihat peel para peminat yang terlebih excited begini.
Bila Jijah memberi komen bukan untuk menghentam namun untuk memastikan di lain kali tidak terjadi lagi keadaan seperti ini. Kerana bagi Jijah di luar Auditorium juga tetap menjadi tanggungjawab Astro untuk memastikan event ini tidak hanya berjaya di kaca tv mendapat trending worldwide di Twitter tetapi turut berjaya keseluruhannya termasuk kawalan keluar dan masuk peminat. Tak begitu?
Selain itu , Jijah merasakan para peminat juga perlu menyusun atur barisan kelompok masing-masing dengan baik. Faham , bukan senang semua itu. Namun kalau asyik diberikan alasan , bila hendak menjadi lebih baik bukan? Keadaan yang sepatutnya menjadi tenang menjadi sesak apabila para peminat tidak berada di dalam satu kelompok. Kemudian yang paling menyedihkan apabila saat pintu masuk dibuka , keadaan menjadi lagi huru hara apabila para peminat berasak-asak menolak masuk bagai ada todak menyerang di belakang mereka. Aduhaiiii!
Jijah faham , semua orang excited! Namun janganlah sampai boleh mencederakan orang lain. Andaikata ada yang jatuh tergolek , terpijak kaki malah mungkin ada yang pengsan dek kerana diasak dengan begitu , adakah kita berasa gembira dan seronok? Pastinya tidak , bukan? Jadi tolonglah , jangan lah berperangai begitu. Takkan lari tempat duduk di dalam Auditorium MBSA sehingga perlu berasak-asak begitu. Bukan apa , Jijah lihat ada bermacam peringkat umur yang hadir pada malam tersebut. Kebarangkalian yang tidak diingini boleh berlaku andai para peminat sendiri tidak mengawal diri sendiri. Mungkin juga pihak Astro perlu mengambil kira perkara ini juga. Pastinya pihak Astro juga tidak mahu dikecam kerana gagal memberi sesuatu yang terbaik bukan?
Begitulah komen Jijah yang agak berdukacita dengan keadaan yang sedikit tidak terkawal. Mungkin nasib Jijah sedikit tidak baik kerana hadir pada malam tersebut yang sedikit tidak terkawal, tapi tak mengapalah , bila kita menegur bukan bermakna kita tidak menyokong bukan? Itu bermakna kita sayang dan mahu menjadikan ia lebih baik dari sebelum ini. Secara menyeluruh , Gegar Vaganza tetap terbaik tatkala siaran langsung diadakan. Cuma kawalan ketika sebelum masuk juga semasa hendak masuk perlu diperbaiki lagi agar sebarang kejadian yang tidak diingini tidak berlaku.
Mohon Astro tidak mengecam Jijah kembali atas teguran ringkas ini. Ataupun merampas piring Astro yang berada di atas atap rumah Jijah. Nanti macam mana nak menyokong dan menonton Gegar Vaganza lagi? Takkan nak menumpang tengok dekat rumah Dato' Vida pulak? NANGISSSS! Hahahahahah.. Just my two cents! And I am looking forward to see the improvement from Astro and Gegar Vaganza team! Muahciked!
Terima kasih sudi baca entri ini :)
No comments:
Post a Comment