Kalau sebelum ini Jijah asyik mengupdate mengenai makanan lah , mengenai hati dan perasaan yang entah apa-apa lah , dan macam-macam lagi kan? Kali ini Jijah nak ajak korang untuk save the date! Eh , save the date nak berkahwin ke? Eh memandailah korang! Kahkahkah. Sebenarnya Jijah hendak mengajak korang untuk save the date pada 22 Februari ini untuk menonton telemovie Hilangnya Kasih yang diarahkan oleh pengarah popular dan cukup dikenali ramai juga katanya iaitu Shuhaimi Lua. Siapa yang tidak kenal khen? Kalau tak kenal juga , haip! Sila google! Ekekekeke.
Untuk pengetahuan korang , Hilangnya Kasih bakal ditayangkan di TV9 untuk slot Skrin Di 9 dan dilakonkan oleh barisan pelakon yang cukup dikenali iaitu Janna Nick , Fezrul Khan , Normah Damanhuri , Hilal Azman dan ramai lagi. Bila melihat barisan pelakon pun sudah tahu bahawa jalan cerita ini pasti bakal bermain dengan airmata serta emosi kan? Tak percaya? Jom kita baca sinopsis terlebih dahulu.
Dah alang-alang korang membaca , haruslah kasi teaser sikit-sikit gambar kan? Barulah perasaan hendak menonton itu semakin memuncak umpama hendak ditayangkan esok saja perasaan itu. Tapi bersabar , save the date dahulu! Meh kita tengok gegambar dahulu :p
Untuk pengetahuan korang , Hilangnya Kasih bakal ditayangkan di TV9 untuk slot Skrin Di 9 dan dilakonkan oleh barisan pelakon yang cukup dikenali iaitu Janna Nick , Fezrul Khan , Normah Damanhuri , Hilal Azman dan ramai lagi. Bila melihat barisan pelakon pun sudah tahu bahawa jalan cerita ini pasti bakal bermain dengan airmata serta emosi kan? Tak percaya? Jom kita baca sinopsis terlebih dahulu.
Betul tak? Memang telemovie bakal membuatkan emosi kita jadi tidak tenteram seketika konsepnya khen? Haruslah! Sesekali melayan telemovie yang boleh buat kita beremosi seketika pun okay juga. Tapi janganlah selalu , mahu sesak otak hendak menangisi kisah kehidupan orang lain sokmo khen? HAHAHAHA , walaupun drama tehtap sesak otak hokkay!Qaisara merupakan anak tunggal kepada Pak Latiff (50an) dan Mak Dah (50an). Fuad pula adalah anak yatim piatu, dan dibesarkan di sebuah rumah anak-anak yatim di Selangor. Perkenalan mereka di university sehingga membawa ke jinjang pelamin. Perkahwinan Qaisara dan Fuad mendapat restu kedua ibubapa Qaisara iaitu Pak Latiff dan Mak Dah, walaupun sebenarnya Mak Dah tidak berapa suka Qaisara berkahwin awal kerana sebelum ini Qaisara sudah berjanji untuk membantu keluarga selepas berkahwin. Kehidupan mereka bahagia.Sehinggalah pada suatu malam apabila rumah yang diduduki Qaisara dan Fuad itu telah dimasuki pencuri. Fuad terpaksa bergelut dengan kedua-dua pencuri itu dan akibatnya Fuad dipukul di kepala sehingga menyebabkan Fuad pengsan dan tidak sedarkan diri. Fuad mengalami kecederaan serius di kepala. Fuad menghidap penyakit skizofenia (penyakit mental) tahap permulaan yang turut sama melibatkan emosinya, namun dalam proses pengesahan oleh pihak hospitalQaisara menjaga Fuad, suaminya dengan penuh kasih sayang dan segala duit simpanan digunakan untuk keperluan Fuad. Fuad pula tidak lagi seceria dulu dan lebih banyak berdiam diri. Kadangkala Fuad bercakap seorang diri dan kadangkalanya memberontak kesan daripada kecederaan mentalnya itu sehingga membimbangkan Qaisara Sebulan berlalu, cuti Qaisara sampai ke penghujungnya. Qaisara semakin bingung kerana dia bimbang hendak tinggalkan Fuad keseorangan di rumah. Qaisara tidak mahu tinggalkan Fuad kepada penjaga atau orang gaji kerana dia tahu yang Fuad tidak suka. Qaisara juga baru menerima arahan daripada majikannya untuk bertugas di cawangan baru syarikat itu di Johor. Qaisara serba salah dan akhirnya Qaisara membuat keputusan untuk menumpangkan Fuad di rumah emak dan ayahnya di kampung. Pada mulanya Mak Dah keberatan menerima permintaan anaknya Qaisara itu, tetapi setelah dipujuk akhirnya Mak Dah terima juga. Fuad pula memberontak kerana tindakan Qaisara menghantarnya ke rumah mertuanya itu.Apa yang terjadi kepada Fuad? Kenapakah Qaisara sanggup menghantar Fuad ke kampungnya untuk dijaga oleh Mak Dah? Bagaimana penerimaan Mak Dah dengan kehadiran Fuad di kampung? Qaisara mulai menemui cinta baru di pejabatnya? Semua persoalan itu bakal terjawab dalam telemovie Hilangnya Kasih.
Dah alang-alang korang membaca , haruslah kasi teaser sikit-sikit gambar kan? Barulah perasaan hendak menonton itu semakin memuncak umpama hendak ditayangkan esok saja perasaan itu. Tapi bersabar , save the date dahulu! Meh kita tengok gegambar dahulu :p
Suka tak? Suka tak? Suka tak? Eleeeeehhhh , suka lettueww! HAHAHAHA , mestilah kena kasi benda yang orang suka , baru seronok nak baca iye dak? Walaupun ada kemungkinan besar , engkorang terus scroll down tengok gambar aje. Hakak redho diknon! Janji trafik belog ni berjalan helok. Eh? HAHAHAHA.
Sudahhhhh.. tak perlu merepek lagi ! Hihihi. Jadi jangan lupa okay? Save the date pada 22 Februari nanti , duduk beramai-ramai depan tibi dan menonton Hilangnya Kasih ini tau? Tisu tiga kotak jangan lupa ada disisi. Nanti tak pepasal banjir ruang tamu tu cakap hakak tak payung cerita ni sedih! Eh betul ke sedih? Mau kena babap dengan tuan pengarah ni kalau salah kasi tau ni hahahahaha.. Jangan lupa menonton Hilangnya Kasih pada 22 Februari nanti okay? :)
Terima kasih sudi baca entri ini :)
No comments:
Post a Comment