Home

Wednesday, February 3, 2016

Edisi Cherita Basi : Black V-Neck Tee Aaron Aziz.

Bila tengah mood rajin nak mengetuk kibod , memang Jijah punya belog ada update macam untuk stok setahun rasanya. HAHAHAHA. Itu bila rajin sahaja. Tapi bila tengah mood merudum jatuh macam orang baru putus cinta , memang tinggal harapan Jijah nak update belog khen? Lantas , kalau ada yang merindui haruslah menatap entri lama-lama sahaja. Kahkahkah , kau hengat kau Hanis Zalikha ada orang nak merindui bagai?!

Sebenarnya ini memang cherita basi , yang sangat basi! Tapi dah nama pun ini belog aku , jadi memang ikut suka hati aku nak tulis cherita yang zaman berzaman punya sekalipun khen? HAHAHAHA. Dasar sungguh perangai! HAHAHAHA.

Macam dah lama juga Jijah tidak ada update mengenai retis kesayangan Jijah , Aaron Aziz khen? Heols baik-baik aje. Sihat-sihat aje. Tehtiber kan! HAHAHAHA. Tahun lepas , Aaronators FC ada membuat satu event sementelah sekian lama tidak melaksanakannya! Jijah sebagai pehminat setia kahkahkah , haruslah join uols! Tak setia pun tehtap ada yang join! Ingat ini keahlian UMNO ke nak setia tak setia bagai? HAHAHAHA , k diam!

Nak dijadikan cherita , Aaron Aziz ada membawa beberapa barangan peribadi untuk dijadikan hadiah buat Aaronators yang hadir pada hari tersebut. As usual , memang kena masuk game dan juga ada satu lucky draw. Seperti biasa , Jijah bukan seseorang yang ada luck untuk memenangi semua ini. Apatah lagi untuk memasuki game semua itu , lagi tiada daya untuk join. Jadi , bila melihat barangan peribadi Aaron Aziz iaitu Black V-Neck Tee Aaron Aziz , mula lah Jijah mencakar dinding dan apa yang boleh dicakar. HAHAHA. Tapi jangan salah faham. Itu teknik nak mencantikkan kuku. Tak ada maksud lain atau hendak ditafsirkan menjadi lain. Tampo kang , nak? 

Cuma itulah , bila ianya disangka selalu tak ada luck , selalu tak bertuah , tiba-tiba sahaja saat Aaron Aziz sendiri yang memilih nombor untuk cabutan bertuah. Tiba-tiba nama Jijah yang naik. Kau ghaserrr?! HAHAHAHA. Masa tu terus tergelak semua! Mahunya semua tak tergelak kan? Sebab sebelum tu , Jijah dah buat perangai dengan black v-neck tee tu! Sekali , Jijah yang dapat! HAHAHAHA. 

Nak cherita banyak pun tak guna kan? Meh ler , kita tengok gegambar yang mana hade :p


NGERI TENGOK TANGAN SENDIRI!

HAHAHAHA bongok lahaiiii jijahhh! hahahahaha


kehkehkeh perebutan black v-neck tee dengan kak diyana halik itu perlu :p


berlagak diva dengan retis kesayangan kita itu juga perlu! hahahahah


ini paling kelakar!

yang menang baju seorang aje! tapi yang naik pentas kecik ni sampai empat orang sekali harung! hahahahaha!

Memang buat perangai saja si Jijah tu khen? Tak pernah nak semenggah perangai si Jijah ittuew! HAHAHAHA. Tak apalah , bukan kacau manusia lain pun. Tehtap buat hal sendiri aje selepas itu kan! Lagipun sekali sekala aje Jijah buat perangai...err ke selalu? HAHAHAHA. 

Saja berkongsi cherita dalam belog picisan ini. Lagipun , semua ini pun part of my life jua. Yang mana sempat untuk dikongsikan , harus dikongsikan. Cuma entri ini sepatutnya menjadi lagi panjang. Tapi masa cukup mencemburui Jijah. Memang tak sempat betul untuk menulis panjang berjela seperti dahulu kala. Kalau tidak sibuk meng-qada tidur , mesti sibuk keluar berjalan bersama kelorga ataupun mungkin sibuk mencari my-me-time katanya. Lagipun bukan orang rindukan belog Jijah ini pun khen? Kikikiki.

Tak kisahlah , bagaimana sekalipun. Bila masa Jijah sempat , adalah entri yang akan terpancul dalam belog ini. Kalau tidak sempat , hihi tunggulah bila masa yang sempat itu nanti. Nah , sebelum menitik-noktahkan entri ini , sekeping gambar Jijah dan Aaron Aziz. Mesti ada yang rindu lettueww! Hihiks!


maigoddddd..hensemnya Aaron Aziz!
santeeeknyaaaa Jijah!

kahkahkah , muntah!
bai!

Terima kasih sudi baca entri ini :)

No comments: