Home

Tuesday, February 2, 2016

Edisi JJCM : Cake Jalan Tiung @ Shah Alam. Sedap Ke?

Sempena dengan hari jadi Jijah tempoh hari , Jijah meminta dengan kakak Jijah untuk makan kek di Cake Jalan Tiung. Ahhah , pernah dengar tak kedai kek ini? Jijah pun baru aje tahu mengenai kedai kek ini. Biasalah , bila usha Instagram , mesti akan ternampak semua ini. Hihi. Jadinya , kitaorang pun gigih ke Shah Alam untuk merasai sendiri kek yang ada dijual di Cake Jalan Tiung. Dengar cerita serta komen orang yang pernah merasai sendiri , memang sedap. Konsepnya , sedap ke?


Tengok ghupe dah cantik khen? Rasa-nya bagaimana pula? MashaAllah , the taste was so good! Damn good , I tell you! Jijah bukan-lah seseorang yang dipanggil as cake lovers atau pastry lovers. But I tell you the cake was so delicious! Bila tekak boleh menerima , bermakna memang kek itu menepati citarasa diri ini. Bukan mudah Jijah nak memakan kek yang sebarangan. Tapi this one , Jijah boleh makan dengan jayanya! Hihihi.

Apa yang lebih menyeronokkan di Cake Jalan Tiung ini Jijah rasakan tempatnya yang bukan terlalu luas namun tidak juga terlalu sempit itu cukup mendamaikan mata dan perasaan yang memandang. Rasa selesa dan tenang apabila berada di dalam kedai tersebut. Mungkin juga kerana dekorasi yang ditatapkan pada kami semua memberi impak yang mendamaikan. Rasa macam nak duduk lepak situ lama-lama. HEHEHE.

Disebabkan dekorasi yang cantik itulah yang menyebabkan Jijah dan kakak Jijah boleh tahan gian mengambil gambar khennn? Ala-ala batak gittuew! But siapa kisah? HAHAHAHA. Jom tengok gambar pula , walaupun rasa macam malas tengok , tapi tengok lah jugak! Khen? Ekekekeke.








Hihiks , bergambar sampai lebam itu perlu okay? HAHAHAHA. Sebenarnya sudah tak tahu hendak membuat apa khen? Jadi ambil gambar is the best solution we had! Hehehe. Lagipun memang pergi ke Shah Alam sekadar hendak mencuba Cake Jalan Tiung semata sesambil membuat COD Popia Roll Mini khen? Orang kata , alang-alang tu kita pergi cuba kan? HEHE. 

Sekali sekala kalau rasa nak bersantai sambil menikmati dessert begini , boleh lah datang ke Cake Jalan Tiung. Another place yang sangat santai dan menenangkan. Bolehlah korang bersantai sambil berborak dengan orang yang tersayang kan? Kalau ada yang nak mencuba , nah alamatnya!


Cake Jalan Tiung
31M, Jalan Tengku Ampuan Zabedah J 9/J, Section 9, Shah Alam

Siapa yang hantu kek dekat sini? Meh angkat kibod meh! Hihihi.

Terima kasih sudi baca entri ini.

3 comments:

azlina_ina said...

haiiiis.. dapnyee. aii jadi giler kalo masuk bakery. semua nak beli. memang menggoda sungguh segala jneis kek

Zayani Zulkiffli said...

Saya suka kek (tengah angkat keyboard :p)

Jemput baca: http://nurulzayani.blogspot.com/

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

I❤️Cakes
But x leh mkn selalu kang nangihhh kena diet nnt...