Home

Sunday, September 27, 2015

[Review Filem] Jwanita , cukup mendebarkan perasaan?

Baru-baru ini Jijah telah berkesempatan untuk menghadiri Malam Gala Filem Jwanita yang telah berlangsung di GSC Nu Sentral , KL Sentral. Sebenarnya sudah agak lama tidak menghadiri mana-mana Malam Gala untuk sesebuah filem dek kerana kebizian kerja serta mungkin sudah tiba masa untuk memperlahankan sedikit aktiviti lagho ini. Namun untuk sebuah filem yang dihasilkan oleh pengarah tersohor , Osman Ali , mana mungkin Jijah menolak jemputan ke Malam Gala tersebut kan? Ia sesuatu yang amat merugikan katanya! Begituuuuu..

Sebelum Jijah mengulas sepatah dua kata , apa kata kita baca sinopsis dahulu jom?



Filem Jwanita mengisahkan tentang seorang gadis bernama Jwanita (Maya Karin). Jwanita mengalami gangguan mental yang agak serius akibat kerapkali didera fizikal dan mental oleh ibubapa angkatnya. Mereka berdua adalah pengamal ilmu hitam.
Hendak dijadikan cerita, kehidupan Jwanita mula bersinar kembali dengan kehadiran Farhan (Bront Palarae). Farhan merupakan doktor yang merawat Jwanita selepas dia membunuh kedua ibu bapa angkatnya.
Namun hancur hati Jwanita kerana Farhan yang dicintainya itu, rupanya tunang kepada adik kandungnya bernama Julaika. Nasib Julaika jauh lebih baik dari Jwanita.
Jwanita menghilangkan diri pada hari perkahwinan Farhan dan Julaika. Tetapi selepas itu dia kembali semula dengan perwatakan yang sangat berbeza. Dia kembali bersama dendam di jiwa. 
Dah baca sampai habis sinopsis? Dah pernah tengok trailer filem Jwanita? Kalau korang sudah lengkap membaca dan menonton , memang korang wajib untuk menyaksikan filem ini tau! Kenapa pula?

Sebab filem Jwanita ini menyaksikan Maya Karin sebagai Jwanita yang cukup lain daripada yang lain. Bukan sebagai seorang wanita kampung yang mendambakan cinta seorang lelaki. Bukan juga sebagai seorang hantu yang menakutkan seluruh kampung. Bukan sama sekali. Maya Karin sebagai Jwanita berjaya membuatkan aku berdebar sepanjang masa. Malah watak Maya Karin sebagai wanita psiko memang berjaya membuat aku meremang sepanjang aku menonton tempoh hari. Memang sangat psiko! Memang sangat mendebarkan perasaan! Sungguh , tak tipu! Good job , Maya Karin!

Malah , watak Marsha sebagai orang gaji turut dipuji kerana memberikan lakonan yang mewarnakan lagi debaran di dalam filem tersebut. Memang boleh dikatakan tudung aku pun turut berserabut setelah habis tayangan filem itu dek kerana sekejap-sekejap aku terkejut , sekejap-sekejap aku menjerit , sekejap aku tepuk rakan aku di sebelah. Nasib tak kena lempang balik dengan kawan aku dek kerana sekejap-sekejap ada saja yang tak kena kerana terkejut! HAHAHAHA.

Apa yang boleh aku katakan , Jwanita sebuah filem yang tidak menghampakan aku langsung. Malah apa yang aku fikirkan meleset sama sekali. Ia sebuah filem yang bukan psiko semata-mata namun ada unsur seram yang sedikit namun tidaklah tahap menakutkan sehingga tidak boleh tidur malam. Cuma unsur berdebar umpama nak kena pinang eh silap macam suspen nak tahu apa yang bakal jadi seterusnya memang akan ada. A really nice storyline. Tidak terlalu pantas jalan penceritaannya dan tidak juga tidak terlalu lembap. I would say , just nice lah kot sebagai seorang yang menonton filem. 

Berapa bintang aku mahu kasi untuk filem ini? Aku memberi 4 bintang daripada 5 bintang untuk filem Jwanita ini. Ia memang sebuah filem yang harus korang tonton kerana ia sebuah filem yang bagus , storyline yang menarik serta lakonan para pelakon utama sehingga pelakon pembantu memberikan lakonan yang terbaik! Malah lokasi yang mereka gunakan turut cantik as we know how Osman Ali really loves the nature! Begituuu! Thumbs up and congrat's to the whole team! You guys did a good job! 

Sudah lah memberi komen yang tidak seberapa itu. Itu hanyalah pandangan peribadi yang tidak seberapa. Mari kita melihat pula gegambar sepanjang Malam Gala Jwanita pula jom?












Begitulah Jijah bila datang mood gigih untuk mengambil gambar kan? Kalau tidak merasa lah korang tengok sekeping dua sahaja , dan itu pun yang dah ditayang dalam instagram kan? HAHAHA , sadis betul! But that time , tiba-tiba macam seronok pula ambil gambar diorang dengan Samsung Galaxy 2 ku ittuew. Kamera bebiasa aje , jadi gambar pun bebiasa aje. HEHE. Jadi lah daripada tak ada langsung kan?

Kisahnya , Jijah tak sempat bergambar ke dengan theyols tu? Oh no?! Like seriously Jijah? Wuiyooooooooo...not! Mestilah ada bergambar dengan theyols okeh? Makan pun saling sebelah menyebelahi. Mana mungkin tak ada kan? Alahhhaaiiii! Bukan main takburrrr ayat si Jijah ni kan? HAHAHAHA , dah dah jom tengok gambar!


Jijah & Erwin Dawson. He's coming for supporting Abang Man :)


Jijah & Daler Yusof. 
Hensem ke tidhokkk nok? 
Melebar senyum aku tu kenapa nok-nok sekaliannnnn? HAHAHAHAHA!


Jijah bersama dengan pengarah tersohor , Abg Man!


Jijah & Soowincci.
Such a nice lady!


Jijah & Jwanita.
Humble as usual Maya Karin.
..sempat dia tegur Jijah makan..
"..sedappp ya?"

HAHAHAH I was like , hoi maya karin tu hoi hahahaha. Itulah makan tak pandang kiri kanan sampai orang tegur hahahaha..



Jijah & Bront.
Makin handsome!
Dalam Jwanita menyerlah-nyerlah kehenseman Bront!
Patutlahhhh kurang rasa seram...eh?bai!


Jijah & Marsha!
Humble and fun!

Hambikkkk..sekali kasi gambar , memang akan penuh entri lah kan? HAHAHA. Harusss! Dah kasi sinopsis , dah kasi review , dah kasi gambar , jadi korang apa tunggu lagi kan? Pergilah menonton Jwanita di pawagam berhampiran korang! Pastinya ia sebuah filem yang berbaloi untuk ditonton. Kalau tak tahu hendak buat apa ketika hujung minggu begini , lebih afdhol pergi menonton Jwanita okay? Jika bukan kita yang menyokong filem tempatan , siapa lagi yang mahu menyokong bukan? Tambah lagi bila sebuah filem yang bagus begini dipertontonkan , haruslah kita perlu menyokong berganda-ganda kan? Jom sokong filem tempatan dengan menonton Jwanita di pawagam berhampiran korang! :)

Terima kasih sudi baca entri ini :)

Saturday, September 26, 2015

Masa Untuk Bertukar?

Sejak dua menjak ini aku memang agak on-off untuk mengupdate belog. Kadangkala bila hati melonjak untuk mengupdate belog , tapi masa tu lah mata terasa layu dan kuyu dan masa tu jugak internet punya speed macam mintak kena baling dalam loji dan seumpama dengannya. Banyak betul dugaan. Bila internet punya speed laju dan tak mengantuk langsung , mood dah pergi belayar ke Tasik Chini mungkin. Macam-macam hal.

Kemudian bila lama kelamaan , hati aku kembali melonjak untuk menulis kembali. Sebab apa? Sebab aku memang suka menulis. Orang kata , separuh dari perasaan tu akan rasa puas bila dapat mengetuk kibod dan menulis. Meskipun hanya tulisan cincai sahaja. Faham tak? Selain itu , aku akan rasa rugi apabila ada sesuatu perkara tu aku tak berkongsi dengan kalian. You know what I mean? Hehe.

Macam dulu-dulu aku selalu kongsi apa sahaja event yang aku pergi. Seronok bila orang baca macam mana excitednya aku dapat jumpa artis kemudian bergambar dan kemudian kongsi dengan korang semua. Tapi sekarang tahap malas aku untuk membuat semua itu sangat berganda-ganda. Teringin , tapi malas. 

Jadi sementelah difikirkan kembali , why not aku kembali menulis seperti dulu-dulu. Mungkin tak adalah segigih dahulu kala yang pergi ke macam-macam event but atleast mungkin aku boleh mula menulis tentang pengalaman hidup aku yang tak seberapa? Err , or maybe pasal makanan yang menarik serta resepi? HAHAHAHA , aduhai , dah macam mak-mak pulak rasa. Nasib tak terasa nak tulis pasal pantang larang orang tua-tua dahulu kala. Lagi korang rasa macam nak mandikan aku bawah jambantan untuk pulangkan Jijah yang dahuluuuuu..but hey! Okay apa tulis mengenai bebenda macam gitu kan? Hahahaha.

Kita tengok dulu macam mana kan? Semangat membara macam dah membara betul. Tapi tak tahu mampu ke tidak untuk kembali menulis macam dulu-dulu. Cuma memang Jijah sendiri secara personally rindu untuk menulis macam dulu-dulu. Untuk menulis dan berkongsi pendapat , berkongsi gambar dan berkongsi perasaan sekali gittuew. HAHAHA.

Last but not least ; nah lah gambar sekeping.


Think Positive
and
Stay Positive

:)

Terima kasih sudi baca entri ini :)

Sunday, September 20, 2015

Edisi Kehidupan : Dah Tua!

Dah banyak hari hati ini teringin untuk mengetuk kibod. Tetapi diri sendiri selalu kalah dengan mata akibat terlalu penat katanya. Tak sangka sekarang diri sendiri sudah pandai kalah dengan tubuh badan sendiri. Tak tahu sama ada patut bangga atau sedih dengan pencapaian diri yang sebegini. HAHAHAHA.

Sekarang diri ini cukup menyayangi hari cuti dan hujung minggu. Kalau dahulu kala , aku rasa diri ini paling sukar nak nampak bayang. Ada sahaja aktiviti bersama rerakan. Tak kira lah sama ada pergi event atau pergi berjimba ria bersuka ria. Memang orang kata tak melekat dekat rumah betul. Tapi sekarang rasanya semua sudah jadi terbalik. Rerakan pula yang akan pelik dengan diri kerana lebih senang untuk duduk berdiam diri di rumah berbanding bersesak di mana-mana tempat. Cukuplah hari-hari biasa kena bersesak dengan orang di dalam LRT untuk menuju ke tempat kerja. Aku dah tak perlukan lagi untuk sesakkan lagi diri aku di tempat lain lagi. Diva ke tidhok statement mak nok? 

Bukan saja nak mendiva tapi begitulah realitinya. Cuma tak ada lah sampai tak bertemu langsung dengan rerakan. Tapi bila dah bekerja ini , kena sedar diri yang waktu rehat sudah mula terhad. Kalau dulu , pulang lambat ke rumah akan ada waktu lain untuk qada' tidur. Sekarang ini , memang kirim salam awal-awal ya Jijah? Kau balik lambat dari berhibur , rasakan kau mengantuk esoknya sampai kau berpinar otak dan mata kan? HAHAHA. Siapa suruh cari pasal kan!

Ada sampai satu tahap tu , aku rasa macam aku dah tua sangat. Iyelah sampai perasaan malas dan nak duduk di rumah itu melampaui batas. Mungkin juga keadaan aku kena menaiki kenderaan awam yang sesak itu selama hampir 30-45 minit Isnin-Jumaat menyebabkan aku rasa penat. Tapi nak cari sesuap nasi tu bukan senang kan? Kita bukan anak raja yang duit terus bertaburan tepi katil , celah kerusi dan atas meja mekap khen? Jadi sila lah sedar diri dan berusaha seadanya selain daripada berusaha mencari jodoh. Eh? HAHAHAHA , tak ada kena mengena langsung!

Begitulah kan Jijah? Sikit-sikit selit pasal jodoh sekarang kan? Begitu gigih mencari jodoh katanya! Kalau ada jodoh , adalah. Kalau tak ada jodoh , aku tetap nak jodoh yang itu. Eh? Okay tak ada kena mengena lagi. Kembali pada topik asal. Ya , sekarang rasa macam orang tua sangat sebab lagi suka nak duduk di rumah. Lagi suka dapat bergolek atas katil sendiri. Orang kata peluk bantal peluk lagi sedap dari menapak di luar rumah. HAHAHA. Aku rasa ini mungkin peringkat permulaan lah kot. Orang kata belum habis lagi penat fasa awal pekerjaan. Cuba nanti kau tengok aku lagi sebulan dua. Entah-entah kembali mengejar retis. Kembali dengan event sana sini kan? Ke cuma nak mengejar jodoh saja? Kejar sampai dapat konsep dia! Eh? HAHAHAHA.

Soalan di sini ; adakah normal untuk orang yang baru bekerja selama lima bulan ini berasa penat dan letih seterusnya hanya mahu duduk bersimpuh eh di rumah sahaja? Kekadang rasa macam tak normal kejap HAHAHAHA. But I hope not and it's normal for those yang baru bekerja macam aku. Kikiki.

Konsepnya , hari ini tulis saja. Nak kena letak gambar ke? Bukan cantik pun. Tapi cantik lah jugak kot. Kalau bukan diri sendiri yang memuji , siapa lagi kan? HAHAHAHAremmm! Nah lah sekeping gambar. Ulang tayang dari Instagram sendiri. Kalau ada yang belum follow , sila lah follow ; ijahemotemo. One and only DivaPora , Aaron Aziz kata :p


I think , this Royal Blue is really suits me well.

Isn't? ;)

Terima kasih sudi baca entri ini :)

Friday, September 4, 2015

Bersawang!

*fuhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh sapu debu*

Belog ini semakin lama semakin dipenuhi sawang. Memang betul-betul tak sempat untuk mengjenguk belog sendiri untuk mengetuk kibod. Bukan tak ada benda langsung untuk share dalam belog picisan ini. Tapi entahlah , rasa macam malas betul nak ketuk kibod sekarang.

Pemalas tak sudah-sudah kan? Biasalah. Alasan skeptikal si Jijah ni khen? Nak menulis kena ada mood. Nak menulis kena ada jiwa. Baru boleh tulis dengan riang ria tanpa ada tekanan untuk orang membaca. Walaupun cuma nak tulis aku makan Nasi Ayam Penyet gerai bebodoh aje. Khen? Tak kisah macam mana sekalipun aku nak menulis , storyline kena menarik konsepnya! Tehtiberrr kasi nasihat! HAHAHAHA.

Jadi sekarang nak menulis pasal apa? Kalau nak tulis pasal sejenis event seperti dahulu kala memang aku rasa sangatlah berkurangan. Tidak seperti dahulu kala. Memang kehidupan aku sekarang bertukar dan berputar 360 darjah terus. Aku rasa aku dah jadi orang yang dah gheti mengantuk awal. Kalau dahulu kala , aku ghaser aku lah orang yang masih lagi celik tatkala orang dalam rumah aku semua dah tidur. Tak ke korang rasa kehidupan aku sekarang ini cukup membosankan? HAHAHAHA. Bosan tak bosan , tapi kehidupan sekarang lebih terurus dan teratur lah kot. Semua benda nak buat kena fikir macam-macam. Tak ada aci main redah aje kan?

Kalau dulu , boleh dikatakan asyik mengupdate belog dengan cherita lagho aku sajork kan? Sekarang ini bukan tak ada cherita menarik untuk dikongsikan dalam belog picisan ini. Tapi malas semalasnya untuk mengetuk kibod. Kegigihan sudah semakin pudar konsepnya. Cuma sesekali ada juga rindu untuk menulis dengan kadar perasaan yang teruja sekali. Namun mungkin bukan sekarang lah kot kan? Mungkin ada lah tu nanti bila sampai masa keterujaan itu kembali kepada aku. Maka berupdate lah belog ini dengan jayanya. Nak dibiarkan bersawang , rasa tak seronok lah pulak. Sebab dengan belog ini dahulu kala aku mencari sesuap spagheti. Tehtiber , nak menyedih khen?

Sebelum semakin merepek dengan cherita merepek yang lain , lebih afdhol aku titik-noktahkan entri kali ini. Mungkin lain kali , aku cuba untuk mengupdate entri dengan cherita yang lebih warna-warni dan menarik kan? Kalau tidak , mesti korang semua pun malas nak membaca kan? Aku sendiri pun rasa bosan membaca-nya! HAHAHAHA. 


~ Malas tayang gambar wajah. Tayang gambar jejari gebus pun okay lah khen? ~

much love!

xoxo

Terima kasih sudi baca entri ini :)

Wednesday, August 5, 2015

Koleksi Tudung Diyana Halik Yang Cantik & Selesa!

Kita semua tahu terlalu banyak tudung instant yang berada di pasaran. Namun tidak semua tudung instant memberi kita keselesaan seratus peratus dan sesuai dengan bentuk muka kita. Betul tak? 

Jijah sering menghadapi sedikit masalah apabila membeli tudung instant. Almaklumlah bila sudah kerja ini semua benda hendak cepat. Sudah malas hendak melilit shawl atau hendak memakai tudung bawal. Tudung instant menjadi pilihan bila malas kan? Tetapi tidak semua tudung instant sesuai dengan bentuk muka Jijah. Kadangkala ia sedikit ketat dan kadangkala ia membuat muka Jijah nampak pelik. HAHAHAHA.


Ariana by DiyanaHalik

Namun setelah mencuba tudung instant dari Ariana by DiyanaHalik , hati terus jatuh cinta! Mana tidak jatuh cinta bila pemakaiannya mengambil masa tidak lebih dari seminit ataupun kurang daripada tempoh tersebut. Ariana by DiyanaHalik bukan sahaja mudah untuk dipakai malah ia memberi keselesaan yang menyeluruh. Tambahan pula ia turut mempunyai inner tudung yang dijahit bersama tudung membuatkan Jijah tidak perlu risau tentang inner tudung lagi! 

Jujur cakap , Ariana by DiyanaHalik merupakan salah satu tudung kegemaran Jijah kerana ia cukup selesa malah ia boleh digayakan bila-bila masa tidak kira ketika mahu bergaya santai atau kasual. Ariana by DiyanaHalik turut memiliki warna-warna yang cantik dan menarik! Rugi kalau tidak memiliki satu!

Antara warna-warna menarik Ariana by DiyanaHalik.











Selain daripada Ariana by DiyanaHalik , Tudung Diyana Halik turut mempunyai koleksi lain seperti Adelia Diyana , Alia Diyana , Alia Diyana 2 , Alia Diyana 3 & ShimmeRaya. Memang kesemua ini adalan instant tudung yang bukan sahaja memudahkan pemakaiannya kita malah ia cantik dan tampak menarik. Tidak perlu mengenakan sebarang pin tudung dan tidak memerlukan corak yang terlampau namun tetap menampakkan gaya yang cukup cantik dan elegan dengan pemakaian tudung instant dari Tudung Diyana Halik ini.

Nah , tengok dahulu sedikit koleksi dari Tudung Diyana Halik untuk tatapa korang. Selepas tengok boleh lah membeli pula kan? Hiks!

Alia Diyana




Adelia Diyana 



Alia Diyana 2



Alia Diyana 3



ShimmeRaya





Menarik kan warna-warna yang berada di atas ini kan? Ini antara warna-warna yang cukup cantik di mata Jijah. Cukup lembut tapi cukup elegan apabila dipakai nanti. Bagi yang berminat untuk mendapatkan koleksi tudung DiyanaHalik ini terdapat dua cara untuk mendapatkannya.

Pertama : Tingkat 1 , Kidz N Creme

Diyana Halik Management
No. 5 Jalan Setia Dagang U13/AK
Setia Alam Sunsuria 7th Avenue,
40170 Shah Alam
Kedua : Website
Hah! Mudah aje kan? Kalau terasa ingin mencuba terus , boleh terus ke Kidz N Creme. Sesambil makan di cafe bawahnya , sesambil itu naik ke tingkat 1 untuk mencuba dan membeli Tudung Diyana Halik. Gittuew! Ataupun boleh terus ke website diyanahalik.com untuk membuat pembelian menerusi online katanya!
Jadi apa tunggu lagi kan? Koleksi tudung Diyana Halik bukan sahaja cantik dan senang digayakan malah ia turut meberi keselesaan buat si pemakai! Jangan tunggu lama-lama untuk dapatkannya sebab tudung Diyana Halik cukup pantas sold out! Cepat-cepat dapatkan koleksi tudung Diyana Halik tau! ;)
Ehems , nah sekeping gambar kita pakai tudung Diyana Halik ittuew. Hihiks.

abaikan mata panda ittuew.

memang trademark si Jijah hahahahaahaharem.


Terima kasih sudi baca entri ini :)