Home

Sunday, July 29, 2012

9 Ramadhan

Akhirnya , Jijah dapat juga meluangkan masa mengetuk kibod netbook tersayang. Akhirnya. Semenjak Ramadhan bermula memang agak kurang ghairah untuk mengupdate apa-apa dalam belog kesayangan. Ada banyak juga benda yang ingin diupdate tetapi akhirnya berkubur begitu sahaja. Sikap pemalas masih tidak dapat dihindarkan lagi. Sadis.


9 Ramadhan dilalui dengan macam-macam dugaan dan ragam. Tambahan bila Jijah memberanikan diri untuk menjual Chocolate Chip Cookies kepada umum. Sebelum ini hanya makan untuk sendiri tetapi demi hendak mencari duit lebih memang nak tak nak Jijah kena juga menggigihkan diri untuk menjual biskut raya kan? HEHE, tapi cuma sekarang dah seghupe Zombie jugak bila terpaksa korbankan waktu tidur apabila tempahan untuk Chocolate Chip Cookies semakin banyak. Alhamdulillah. Rezeki bulan Ramadhan ni memang sesuatu yang Jijah sendiri teruja dan bersyukur sangat-sangat dengan kurniaanNya. Kalau korang masih ingin meng-order Chocolate Chip Cookies Jijah, masih lagi sempat untuk meng-order okes! Jom order , hanya RM 20/ sebalang! Murah sangat tau! =)




Jom Order Jom Order! ^_^
RM 20/sebalang :D

Puasa tahun ini memang berbuka dengan kadar yang sangat sederhana. Tak ada mood untuk pergi ke Baazar Ramadhan. Seringkali terkena membeli makanan yang kadangkala hanya nampak sahaja sedap tapi bila rasa mahu mengomel pun dah tak ada guna lagi. Begitulah. Cuma semalam sebab teringin sangat dengan Popia Basah , Tepung Pelita ,dan Air Tebu maka pesan dekat Umi dan Ayah untuk belikan di Baazar Ramadhan semalam. Hasilnya? 


Nasi Goreng Ayam Kampung , Kuih Buah Melaka , Tepung Pelita , Popia Basah dan Air Tebu yang tiada dalam gambar.

Alhamdulillah. Nikmat yang tidak terkata semalam. Kuantiti makan sedikit. Tapi kekenyangan sampai ke sahur uols! Entahlah! Ramadhan kali ini hanya teringin minum sahaja. Makan tu kadang-kadang belum tentu makan sangat. Mungkin sebab takut terlebih kenyang nanti ada juga terbongkang atas katil lepas Maghrib kan? Hah! Habis tu siapa nak jadi penjaga oven masa membakar cookies kan? Hahahaha.

HEHE. Random saja entri ini. Lemau gila lately. Mungkin sebab tidur dah tak menentu dalam kadar waktu yang sedikit kan. Bila nak mengupdate pun memang tak sempat sangat. Lagi rela menghabiskan sisa waktu dengan dengkuran eh! tidur katanya. HAHA, over sangat Jijah! HEHE , so amacam Ramadhan korang? Okay tak? HEHE. 

Terima kasih sudi baca entri ini :)

Jom Like CHERITA EMO-TEMO di FB! Sayang korang ketat-ketat! Thanks! 

Thursday, July 19, 2012

Terjumpa Blogger Popular Di Preview Tanda Putera. Hah Siapa?

Hah! Tajuk kali ini bukan gempak semata-mata okay? Bukan seperti tajuk Bosan Dengan Aaron Aziz yang membuatkan semua orang hampir bengang dengan aku tu kan? HAHA, kesian semua. Tajuk kali ini memang betul-betul punya uols!

Semalam aku sempat menghadiri Preview Filem "Tanda Putera". InsyaAllah dalam masa terdekat aku akan buat entri khas tentang filem yang diarahkan oleh Shuhaimi Baba. Sebuah filem yang banyak bermain dengan emosi. Nanti aku review okay? Tapi sebelum itu jom main teka teki. Korang rasa aku terjumpa blogger popular yang mana? Aku rasa kebanyakkan orang kenal dengan blogger ni! HEHE.

Blogger ini sangat ramah dan friendly. Paling terharu dia kenal aku walaupun aku ini bukan siapa-siapa. Eceh. *pangggggg Tak habis-habis Jijah nak ber-dramatik kannnnn?! Hah! Cuba teka Cuba teka! 

Korang rasa Siapa Blogger Popular ini?


ehem blogger popular tu pakai tudung warna biru.

saja blurkan gambar dia. weols duduk dekat-dekat. EHEH.

padahal memang kalau telepon murah, tak payah blurkan pun gambar yang kau snap keluar kelabu asap Jijah oiii -___- paswah!

okayyyyy...cuba teka siapaaaaa?

Terima kasih sudi baca entri ini :)

Jom Like CHERITA EMO-TEMO di FB! Sayang korang ketat-ketat! Thanks! 

Wednesday, July 18, 2012

Produk Kecantikan Dan Kesihatan Ziana Zain - B.Lift Untuk Menjelmakan Seri Kecantikan Dari Dalam

Semua orang pasti mengenali Ziana Zain , penyanyi bersuara lantang yang mempunyai rupa paras yang masih anggun dan jelita meskipun sudah mencecah 40an. Kini Ziana Zain telah mengasaskan satu produk kecantikan dan kesihatan yang telah diberi nama B.Lift. Hah! Produk ini masih lagi baru dan rasanya tak semua orang mengetahui lagi tentang produk ini. Jijah ini pun dapat tahu daripada kawan Jijah yang juga peminat tegar Ziana Zain okay? HEHE. Haa..produk ini bukan Ziana Zain jadi duta tau tetapi Ziana Zain yang mengasaskan sendiri produk kecantikan dan kesihatan ini. Curlasttttt kak Ziana Zain kita! Hiks.



B.Lift by Ziana Zain


Jijah ada membaca serba sedikit tentang produk yang telah diasaskan oleh Ziana Zain ini. Bila membaca tentang kelebihan dan khasiat tentang produk B.Lift ini , ternyata memang banyak juga khasiatnya. Bukan untuk cantik semata-mata. Malah produk ini diasaskan untuk kesihatan juga. Secara dasarnya produk kecantikan dan kesihatan B.Lift ini ialah sejenis kolagen. Untuk yang tidak mengetahui kolagen adalah protein yang diagihkan secara paling banyak dan meluas dalam tubuh badan manusia. Fungsi utamanya adalah bagi mengekalkan struktur kulit serta organ badan dan ia juga bahan utama yang diperlukan dalam pembaikan struktur yang telah rosak. Hah! Ini aku copy dari web Ziana Zain gituh ! 


Banyak juga info yang Jijah dapat melalui pembacaan Jijah tentang kolagen yang terdapat di web Ziana Zain ini korang. Jijah pun baru tahu simptom-simptom kehilangan kolagen daripada badan. Antaranya :



  1. Kulit hilang keanjalan,pembentukan kedut pada kulit.
  2. Kulit menjadi kering dan kasar,kurang kelembapan dan merekah dengan mudah.
  3. Tona kulit menjadi kusam dan gelap,kuku menjadi rapuh dan rambut mudah gugur.
  4. Tidak dapat mengekalkan postur badan yang baik,otot menjadi kendur dan berubah dari bentuk asal.
  5. Garis halus disekitar dahi dan bibir serta lingkaran hitam dibawah mata.
  6. Kesakitan pada sendi,pinggul,dan bahu serta pergerakan mula terbatas.
  7. Tindak balas sistem imunasi badan yang lemah
Haaa! So kalau korang ada terdapat juga tanda-tanda yang begini , apa kata korang cuba mengambil B.Lift daripada Ziana Zain ini. Mana tahu selepas ini kulit korang akan bertambah cantik , wajah bertambah jelita serta vogeh dan paling penting kesihatan korang pun akan lebih baik daripada sebelumnya. Terutama para wanita khususnya kan? 

Kalau tadi Jijah tulis tentang simpom-simptom kehilangan kolagen kan? Kali ini Jijah nak menulis tentang apakah khasiat yang korang boleh dapati setelah pengambilan kolagen adalah :

  1. Memelihara ketegangan dan keanjalan kulit.
  2. Memelihara kelembapan kulit.
  3. Menyokong baik-pulih tisu dari kecederaan otot dan tulang.
  4. Menguatkan otot dan tulang.
  5. Membantu hati dalam proses detoksifikasi.
  6. Memelihara kelenturan sendi.
  7. Mengurangkan keradangan.
  8. Memberi tenaga.
  9. Membantu pola tidur.
  10. Memulihkan penyakit saraf dengan membina semua lapisan protein pada saraf.
Hah! Banyak juga kebaikan yang boleh kita dapati setelah mengambil supplement kolagen ini. Senang cerita bagus untuk kesihatan kita sudah tentu. Kadangkala kita terlalu sibuk dengan kerja sehinggakan kita terlupa untuk menjaga kesihatan kita sendiri. Maka dengan pengambilan kolagen pasti kita bukan sahaja semakin sihat malah semakin cantik ! Kannnn? Siapa yang tak mahu cantik kan? Hiks. Banyak lagi info-info menarik tentang kolagen khususnya dalam web Ziana Zain. Nanti cuba korang singgah , pasti korang pun akan tertarik untuk membeli B.Lift by Ziana Zain ini. 






Cantik Sangat Ziana Zain!

Untuk yang berminat dengan produk B.Lift by Ziana Zain ini sangat-sangat digalakkan untuk membeli sekarang kerana mempunyai harga promosi iaitu dengan hanya RM 79.90 sekotak. Hah! Mana nak dapat harga supplement kolagen dengan harga yang begini kan? Kalau sudah habis promosi nanti harganya sudah berbeza! Jadi cepat-cepat dapatkan B.Lift by Ziana Zain dengan tawaran harga promosi yang menarik ini !

Jika korang berminat dengan produk B.Lift by Ziana Zain ini korang boleh membeli dan membuat pesanan dengan kawan Jijah iaitu Karlreef di talian 018-2553988. Jom lah korang membeli B.Lift by Ziana Zain ini bukan sahaja untuk kecantikan malah untuk kesihatan korang jugak gituh! Kalau korang nak tanya apa-apa pun boleh terus tanya kepada kawan aku itu k? Untuk info-info lanjut tentang produk B.Lift by Ziana Zain ini korang boleh terus melayari ke web rasmi Ziana Zain. Semua info ada disitu! Mari menjelmakan seri kecantikan dari dalam diri dengan B.Lift by Ziana Zain

Terima kasih sudi baca entri ini :)

Jom Like CHERITA EMO-TEMO di FB! Sayang korang ketat-ketat! Thanks! 

Tuesday, July 17, 2012

Am I Too Much?

Kita masing-masing ada kegemaran , begitu juga kebencian. Tetapi jangan kerana saya masih terlalu muda dan kamu sudah matang ( I hope so?! ) kamu mahu apa yang kamu rasa di mata kamu tidak elok kamu mahu saya menurut. Tolong lah! Kehidupan kita berbeza dan kita mempunyai kehidupan kita masing-masing. Cukuplah sekadar menegur dengan baik tetapi bukan dengan kasar. InsyaAllah , andai teguran itu baik , saya pasti akan mengikut. Tetapi bagaimana pula kalau saya merasakan teguran itu tidak logik dek akal? Awak ingat saya bodoh untuk membuta tuli menurut begitu sahaja?

Tolong lah! Get A Life. Please?

It's not an issue about siapa muda dan siapa tua. Cuma sekarang aku agak kecewa bila sesetengah orang tidak faham apa sahaja yang kita buat yang segalanya bagi mereka dianggap kita ini menunjuk-nunjuk atau bahasa omputihnya overexposed. Aku tak pernah sesekali menyangka segala perbuatan yang aku buat ada segelintir yang tersilap sangka. Entahlah. Mungkin bagi aku , tidak salah untuk menayang gambar makanan, gambar orang yang aku sayang , gambar orang yang aku minat , aktiviti yang aku suka dalam Cherita Emo-Temo. Tapi tidak pernah aku sangka ada juga yang kurang senang dengan perbuatan dan penulisan aku. Sobs.

Itulah hendak menjaga hati orang memang bukan senang. Kadang-kadang Jijah dah terlalu sangat menjaga hati orang sehingga terlupa hati dah berdenyut sakit dek kerana terlebih-lebih menjaga hati orang. Kesian hati saya :'( Sebelum Ramadhan muncul , aku mahu meluah disini terlebih dahulu. Aku ingin minta maaf pada semua kalau terasa segala yang aku tulis dan letak gambar itu membuatkan ada segelintir pihak tidak senang duduk dan melihat. Aku tak pernah menyangka bila kita menepek gambar dari milik kita pun ada yang marah dan membenci. Mungkin aku semua fikir semua orang berperangai macam aku. Tak kisah. Lantak kau lah. Gambar kau kan? Tapi aku silap. Sobs.

Again. I don't know , am I too much , overexposed everthing atau mereka sahaja yang tidak berpuas hati dengan apa yang kita buat? Aku keliru. Aku juga kecewa. Aku perlukan sokongan. Bukan cercaan , sindiran atau makian. Haih. Sentap hati mak noks! Itu dulu lah kan! Tapi risau juga kalau mungkin aku membuat keputusan drastik tidak memikir hati sendiri untuk menutup blog ini demi hendak menjaga hati semua pihak. Sanggup ke Jijah pun? Sobs lagi sekali. Dahulu aku beranggapan , mereka tidak faham. Aku seorang yang suka berkongsi gambar yang aku edit, segala cherita yang aku ingin kongsikan. Tapi setelah tahun demi tahun , aku tidak nampak perubahan terhadap mereka yang tidak senang duduk dengan segala cerita yang aku kongsikan di Cherita Emo-Temo ataupun perkongsian di Twitter. 

Aku pelik. Apa silap aku? Apa salah aku? Beritahu aku secara jujur, telus dan lembut. Aku sedia mendengar mahupun membaca. Tapi jika mahu menyindir, better you're not telling me. Aku benci orang menyindir. It's kind something yang annoying for me. Telling the truth is much better than kau menyindir dan mengamuk sakan ala-ala membabi buta. Biar sakit menerima hakikat daripada kau sakit kemudian yang duri luka tu akan meninggalkan parut terus. Hmmm. Again , Am I Too Much write this into my blog?  Dulu aku fikir , blog personal , blog sendiri lantak nak tulis apa pun. As long as I didn't write any sensitive issue , it's nevermind pun nak tulis apa pun. Again , I am wrong. :/ Dulu aku sangka selagi gambar itu milik aku , diambil oleh aku , tak akan ada sesiapa yang marah aku menayang. Again , I am wrong. Rupanya masih ada yang tidak senang duduk. Alahai! 

Dan sebenarnya Jijah tidak kisah orang menegur. Tetapi apabila orang menegur dengan cara yang kasar Jijah rasa kurang senang. Jijah terasa macam Jijah membuat silap yang besar , sangat besar! Tidak salah untuk orang tua menegur orang muda. Tidak juga salah orang muda memberi nasihat atau pandangan kepada orang yang lebih tua. Tak salah sebenarnya kalau kita sama-sama mengalah dan turunkan ego kita. Mana kita mahu meninggikan ego kita sehingga kita kehilangan orang yang kita sayang atau merendahkan ego kerana kita tahu orang itu akan kekal bersama kita tiap susah mahupun senang? Awak dah matang , awak boleh fikir kan? :)

Life is about to have each other. Bukan juga untuk kekasih atau mereka yang sudah berumah tangga. Tidak kira dengan kawan , adik beradik atau sesiapa sahaja. We're need each other. Bila ada bahu yang sudi menumpang ketika sedih , tangan yang sedia memimpin tatkala kita silap , telinga yang sedia menadah bila kita marah dan senyuman yang diberi tatkala kita gembira pasti kehidupan kita akan lebih bahagia bukan? Mungkin kita boleh hidup berseorangan but two is better than one


Life is About To Have Each Other. Really? am I right? 

credit gambar : pakcik Google.

Tiba-tiba Jijah sudah membebel mengenai kehidupan pula. I don't know why all of sudden terkeluar isu kehidupan. Aku memang begini. Suka menulis. Suka mencoret apa sahaja. Suka berkongsi gambar apa sahaja. Tapi sekarang aku terasa macam ada batas. Tidak bebas. Kenapa tidak mereka yang tidak puas hati itu buatkan sahaja blog untuk aku, Twitter untuk aku atau Facebook sekali untuk aku? Hah! Masa tu boleh sahaja awak buat apa yang awak mahu. Tak begitu?

Jijah bukan hangen tak tentu hala. Benda ni dah lama Jijah tulis dan padam untuk publish dalam belog. Jijah pun tak kuasa nak update perkara yang emo-temo walaupun nama belog emo-temo kan? Mungkin kalau zaman sekolah dahulu Jijah mungkin every time sentap dan mengamuk tak tentu akan update sedemikian rupa. But when I'm turn on 18 years old , tak ada guna dan makna lagi nak update kisah sedih sahaja kan? Begitulah. Life is not easy but it'll be more easier when we have each other okay? Tak habis-habis Jijah dengan each other tu tau! Hahahahah. 

Rasanya macam dah sekian lama Jijah tak update dalam kadar panjang yang macam ini kan? Selalu ringkas sangat! Gambar penuh. Isi kurang kan? Errr ke Jijah saja yang perasan macam tu? HEHE. Maybe, that's only my feeling walaupun sebenarnya? Entri aku panjang berjela sangat-sangat kan! Haih , bila tengah geram , kadang-kadang dah tak tahu nak rasa apa dah okay?! Huish. Jijah mohon sangat-sangat , jangan lah ada yang beranggapan apa sahaja yang Jijah kongsikan korang ingat itu adalah overexposed. Jangan sesekali beranggapan begitu. Sedih hati Jijah. Kalau ada yang kurang senang , Jijah juga yang rasa sadis. Atau ini bermakna Jijah perlu menjaga lagi hati mereka walaupun mereka dengan sewenang-wenangnya tidak pernah sedetik pun mahu menjaga hati Jijah? Sadis.

Maafkan aku kalau ada yang kurang senang dengan entri ini. Aku pun sedih juga apabila ada yang berperasaan begini. Sedih bukan bila ada orang yang kurang senang dengan kegembiraan dan kebahagiaan yang kita ingin kongsikan? Tak kan hanya mahu aura kemarahan, aura kesedihan sahaja dikongsikan bersama? Aiyoooo! Paswah sangat kalau macam itu tau! Jijah tak pasal-pasal menulis dengan kadar yang begitu panjang dan sangat emo! Errr, macam kurang emo but still. Heh.

Anyway terima kasih kepada yang sudi membaca setiap entri-entri Jijah. Jijah sangat terharu bila ada yang membaca meskipun hanya pembaca senyap. Mungkin kadangkala I need your comment bila perlu. Jangan malu-malu tinggalkan komen dalam kotak komen. Jijah tak ada makna nak sentap-sentap ni. Katanya! Hmmm kepada yang kurang selesa ataupun kurang berkenan , Jijah harap dah tak perlu kot berfikiran macam itu? Kita masing-masing ada kehidupan. Aku respect kau dan aku rasa selagi apa yang aku buat tak salah , why not kau respect aku kan? Atau sebenarnya korang rasa apa sahaja yang aku tulis dalam Cherita Emo-Temo ini korang rasa memang overexposed dan melampaui batas isi kandungan nya?  Hmmmm , dilema tiba-tiba!

Hah! Entri ini dah jadi panjang berjela! Dah penuh dengan macam-macam warna dah macam orang buat nota! Hah! Aku cuma meluah perkara yang aku tak suka menyerabutkan kepala otak aku kemudian. Aku tak suka benda kecil macam ini pun ada yang tak selesa lah, tak suka lah dan itu ini. Mungkin pada korang ini isu kecil. Tapi kecil-kecil lama-lama jadi besar , siapa juga yang susah kan? Sobs. Itulah , selepas ini aku memang akan tetap update seperti mana aku sebelum ini. Awak selesa atau tidak , itu suka hati awak. Saya sudah banyak menjaga hati awak. Pesan saya , get a life please? Errrr.

Sekali lagi Jijah minta maaf andai ada yang terasa hati dengan entri kali ini. I need to be honest what I am feel. Sudah terlalu banyak saya menjaga hati awak , tak kan setelah sekian lama baru hari ini saya meluah ada yang nak sentap kot? Mana adil begitu kan? Errr. Tak apa lah , kalau awak tetap beranggapan yang saya ni overexposed , saya tak boleh nak mengubah apa-apa sebab awak pun sudah matang sepatutnya. Awak lebih tahu apa yang betul dan apa yang tidak bukan? Saya yang masih belajar tentang kehidupan akan semat segala apa yang terjadi ini sebagai pelajaran dalam kehidupan saya. Terima kasih untuk kamu...kamu...kamu...yang sudi membaca entri yang panjang lebar ini. Err yang hanya scroll down bawah tanpa membaca pun terima kasih juga. Saya sangat menghargai kalian yang rajin membaca belog picisan saya ini! Begitulah. Panjang lebar menulis , terus terasa lenguh jari jemari tembun ini. Anyway sebelum aku titik-kan noktah untuk entri panjang berjela ini , I found this picture on my facebook. Heh.


Get It? LOL ! :p

Terima kasih sudi baca entri ini :)

Jom Like CHERITA EMO-TEMO di FB! Sayang korang ketat-ketat! Thanks! 

Monday, July 16, 2012

Bosan Dengan Aaron Aziz

Mesti ramai yang terkejut , terkedu dan terpelanting tatkala membaca tajuk entri ini bukan? Apakah yang telah terjadi sampai Jijah sanggup membuat statement macam ini? Bukan kah Jijah dolo-dolo fanatik Aaron Aziz? Sehingga gigih mengejar Aaron Aziz dimana-mana? Dimana ada Jijah disitu ada Aaron Aziz. Eh terbalik pulak ayat. HAHA. 


Tak , sebenarnya itu ayat manipulasi semata-mata. Jangan berkerut-kerut muka membaca statement tajuk entri ini. Nanti berkedut muka tak cantik ok? HAHA, tetibe ye kau Jah! Prfttt. Sebenarnya entri ini aku konon-konon nak publish masa weekend. Sebab weekend aku terrrrsangat bosan! Tapi entah macam mana entah tak publish pun. Sebab aku tak habis tulis sampai habis entri ini. Citttt.


Kekdahnya last Friday , aku tetibe macam semangat balik nak berphotoshop. Dah lama aku tak guna photoshop sebab aku macam malas nak godek-godek itu dan ini. Lagipun sekarang dah macam-macam aplikasi edit online. Tak payah susah-susah nak berphotoshop kalau pemalas macam aku kan? Ekekeke. Jadi aku pun tengok folder gambar-gambar aku. Aku pun ambil gambar-gambar Aaron Aziz masa di Genting Highland tempoh hari. Saja-saja nak edit. Rindu nak mengedit gambar guna photoshop sebenarnya. 


Bila edit. Hampa. Tak ada idea nak kasi cantik. Kurang idea. Kurang kreativiti. Heh. Sejak bila Jijah edit cantik pun kan? HAHAHA , sedih weh. Bukan sejam , bukan dua jam aku memandang benda alah tu. Sekali hasil nan hadoooo jah. Harus sedih dan paswah sekaligus. Oh tidak!


kekurangan idea , maka hasilnya sendu !
paswah :/

Sebenarnya kekurangan idea sangat-sangat walaupun semangat nak berphotoshop membara-bara okes? Biasalah kan? Diri sendiri pun ala-ala pasrah sahaja lah kan? Begitulah kehidupan Jijah , tak nanges , pasrah , tak pasrah , nanges balik kan? Choiiii. Hahahah. Jijah rasa macam terlalu lama tak update apa-apa dalam belog pasal Aaron Aziz kan? Itu pasal gigih update juga pasal Aaron Aziz kan? Katanyaaaaa.. Tapi sekarang update pasal Aaron Aziz mampoooo guna gambar lama sahaja kan? Paswah.

HEHE. Oh lagi satu. Tak sangka Nuffnang kasi lagi satu Buffered Earning dekat Jijah. Alhamdulillah. Rezeki datang tak mahu berhenti. Syukur. 


terima kasih Celcom Samsung Galaxy S3 :')

terima kasih Nuffnang :')

Tajuk gempak. Tapi isi? Nan hado! Hahahahah... So uols...macam mana dengan hujung minggu korang? Okay? Tak okay? Hujung minggu hadapan dah masuk bulan Ramadhan :) Tiba-tiba terasa excited pula! Hehehe.

Terima kasih sudi baca entri ini :)

Jom Like CHERITA EMO-TEMO di FB! Sayang korang ketat-ketat! Thanks!