Home

Tuesday, November 10, 2015

Obses Pada Awan & Langit?

Siapa yang dekat sini suka mengambil gambar awan dan langit?

Terutama bila melihat cuaca yang cukup cantik dan cerah sehingga menjadikan awan cukup cantik di langit yang membiru kan? 

Aku seseorang yang kalau nampak awan tampak cantik serta langit tampak membiru mula lah aku ambil gambar tanpa henti. Tapi aku rasa ramai juga yang seperti aku ini tetapi tidak lah sampai setiap hari ambil gambar awan dan langit yang sama kan? HAHAHAHA. Entahlah , bila lihat bebenda cantik ni , memang perasaan yang berkecamuk pun boleh bertukar menjadi tenang sekejap. Tapi sekejap ajelah. Lepas tu sambung berkecamuk balik. HAHAHAHAHAHA.

Sadis betul kehidupan kan? Tapi itulah , aku memang suka bila melihat awan dan langit. Rasa macam tenang sekejap melihat keindahan ciptaanNya. Cukup mempesonakan. Dan cukup mendamaikan perasaan. Tak begitu? Hihihi.

Macam baru-baru ini , apabila jerebu mencemari ruang udara , memang terasa sadis kejap. Iyelah bila langit tak membiru dan awan pun hanya sesekali aje munculnya. Bila langit kembali membiru dan awan pun kembali muncul haaaa kaauuuu , baru tahu perasaan bahagia kejap. Bahagia pasal apa? Iyelah bahagia sebab langit dah kembali membiru beserta kepulan awan katanya! Kalau tidak , ala-ala aje khennn perasaan tengok awan dan langit khen? HAHAHAHA.

Meh lah tengok sesikit gambar yang sempat aku ambil bila aku tengok awan dan langit ni. Tak ada lah cantik mana , tapi boleh lah khen? HAHAHAHA. Tehtap nak up diri sendiri jua :p




Ini semasa dalam kapal terbang semasa balik dari KB-Subang. 

SubhanaAllah. 



Koleksi gambar paling latest , selepas jerebu katanya.

Cantik kan? :)

Saja share dalam belog ini. Dah alang-alang tak tahu nak update pasal apa walaupun belambak aje benda lain boleh update kan? Maaflah , tuan empuanya diri ni memang sejenis nak menulis kena ada mood khen? Jadi redho sajork lah kakak adikkk yerr! HAHAHA.

Jadi , ada tak korang yang sama seperti aku? Kalau nampak awan yang cecantik serta langit membiru terus pepantas ambil telefon bimbit korang dan capture? Hihihi kalau ada meh nak sep sikit! Sep dekat skrin laptop pun dah okay! HAHAHAHA.

Terima kasih sudi baca entri ini :)

1 comment:

Unknown said...

husna suka tgk awan! tp nak tgkap fgmbar kena dgn kamera berkualiti ok laa.. suka gmbar atas skali tu.. rasa fluffy gila!