Home

Monday, December 17, 2012

Teaser :: Dapat Tandatangan Zainal Arief Dengan Kamilia Najwa?

Kali ini cuma nak buat entri ringkas sahaja. Entri yang menyatakan diri ini sangat excited dengan pertemuan secara kecil-kecilan bersama novelis Adam Dan Hawa , Aisya Sofea. Sebenarnya ini bukan kali pertama kami bertemu , tapi kali ini lebih kepada lepak santai bersama Aisya Sofea. Okay untuk cherita pertemuan aku dan Kak Sya , itu kemudian aku akan cherita di lain entri. Hiks.

Sebenarnya Kak Sya ada kasi surprised untuk kami yang bertemu hari itu. Bukan main gembira lagi aku sebab dapat surprised itu. Gituh lah Jijah kan? Excited memang bukan kemain. Gediks sangat! Hahahaha.. Kalau tengok tajuk korang rasa korang boleh agak tak apa benda? Kekdahnya siapa pula Zainal Arief dan Kamilia Najwa ni? Retissss ke diorang? Popular sangat ke diorang? Gituew kau soalan! Mengalahkan Propaganza sangat soalan! Hahahaha..

Kekdahnya Zainal Arief dan Kamilia Najwa ialah watak dalam sebuah novel Aisya Sofea yang telah diadaptasi menjadi sebuah drama iaitu Sehangat Asmara yang dilakonkan oleh Adi Putra dan Rita Rudaini. Hah! Walaupun dah pernah jumpa dan bergambar dengan Adi , Jijah tetap excited dapat surprised dari Kak Sya itu tau. Sebabnya ia sangat ekslusif katanya. Orang lain pun tak ada katanya. Hiks.

Eh eh kata nak tulis pendek-pendek dan ringkas sahaja kan? Tapi terpanjang pula cheritanya kan? Hiks. Meh tengok teaser beberapa keping gambar ini. Dah nama pun teaser tak boleh nak letak gambar banyak-banyak kan? Ngehehehe.


jeng jeng jeng.

Salam Sayang lagi tu uolss! *pengsan bangun balik* hahahaha!


eh paper bag Adam Dan Hawa? poster Adam Dan Hawa?

apa semua ini? *pengsan bangun balik jugak* 

HAHAHAH.

Hiks. Setakat ini hanya gambar itu sahaja yang mampu dikongsi di entri ini. InsyaAllah akan update lain kali untuk cherita penuh mengenai pertemuan Jijah dan Kak Sya serta rakan-rakan lain yang baru bertemu itu. Tapi bukan sekarang yang pastinya. Sebab Jijah memang sebolehnya nak buat entri santai sahaja kali ini. Asyik tulis panjang-panjang pun kadang-kadang tak best jugak kan? Hiks.

So apa cherita weekend korang? :)

Wednesday, December 12, 2012

[Cherita Basi] Majlis Pelancaran Album The Best Of Rossa

Cherita ini sebenarnya memang cherita basi. Tapi tehtap gigih jugak Jijah update untuk ditayangkan dalam belog kesayangan kan? Habis tu kalau tak tayang dalam belog kesayangan mahu tayang dekat mana lagi kan? Hiks. Gituh lah kata Jijah.

Beberapa bulan yang lepas , Jijah telah berkesempatan bersama Pencinta Rossa Malaysia (PRM) untuk menghadiri sebuah majlis tertutup untuk Majlis Pelancaran Album The Best Of Rossa. Bila mendapat jemputan ini pastinya Jijah sangat teruja memandangkan Jijah memang sangat meminati kesemua lagu-lagu milik Diva Indonesia yang bersuara merdu ini. Memang hampir kesemua lagu-lagu mendayu Rossa memang menjadi kegemaran Jijah tau! Bila dapat sahaja jemputan ini , sudah tentu Jijah sangat gembira kan? HEHE , siapa tak gembira bakal bertemu dengan penyanyi pujaan yang sering sahaja lihat di kaca tv atau dengar di radio kini bakal bertemu di depan mata kan? Hiks , aku yang dah jumpa tempoh hari kembali berasa teruja pula bila menulis untuk kali ini tau.

Entri yang sebelum-sebelum ini ada Jijah nyatakan yang Jijah bertemu Rossa ketika ulangtahun kedua belog kesayangan kan? Hah , ketika event pelancaran album ini lah yang Jijah bertemu. Bukan senang untuk bertemu dengan Rossa ini uols. Iyerlah , nak pergi konsert Rossa pun tak pernah berkesempatan dan tak juga mampoooo katanya. Maka bila bertemu di majlis seperti ini sahajalah yang Jijah mampo. HEHE. 

Bertempat di The Venue , Pavilion , disitulah kali pertama Jijah melihat dengan sendiri Rossa katanya. Korang nampak tak ayat Jijah kemain lagi perfeeling yang menunjukkan betapa teruja nya Jijah khen? HAHA , yes memang sangat teruja bila pertama kali berjumpa dengan Rossa. Siap sempat ternganga nampak Rossa. Memang rasa nak lempang pipi sendiri yang kalau terkedu mesti konpem ada drama swasta yang berlaku. Jijah is such a drama queen. Heh!

Pertama kali juga mendengar Rossa menyanyi dengan live. Memang merdu sangat suara Rossa. Macam mana korang dengan dekat radio or even dekat mp3 , macam itu juga korang dengar live. Sangat merdu. Sampai aku rasa macam wow , sangat perfect! Gituh khen. Tapi memang sungguh sangat merdua suara Rossa bila perform live! Jijah sangat-sangat suka bila tengok kembali video yang sempat Jijah rakam. Memang suara Rossa sangat power! Hee. Lagi yang Jijah kagum yang Rossa ni memang sangat ceria orang nya tapi lagu-lagu yang Rossa bawakan semua memang jenis mendayu syahdu menitiskan airmata saja tetapi Rossa berjaya bawak feel yang tak semua artis lain mampu katanya! Itu lagi satu yang Jijah sangat kagum katanya! Hiks.

Eh macam banyak pula bercherita daripada menayang gambar khen? Tak ada gambar maka tak best lah khen? Tak lengkap gituh entri Jijah kalau tidak ada gambar katanya! Gambar memang berkeping-keping yang ada tapi Jijah hanya tayang yang terpilih sahaja katanya. Itu pun berpeluh juga nak pilih yang mana satu okes?  Gituh. Sudah! Jom layan gambar! Hiks.

















Memang banyak sangat gambar Rossa yang rakan-rakan aku tolong snapkan untuk aku. Terlampau banyak sampai aku sendiri rambang mata untuk berkongsi dalam belog kesayangan ini. Tapi yang mana yang paling Jijah rasa cantik , Jijah share disini yer. Hiks. Nak bercherita apa sangat pun , Jijah rasa memang dah tak ada sangat cherita yang nak dikongsikan dekat sini. Errr itulah , suka sangat update lambat-lambat. Habis segala benda dah terlupa nak cherita kan? Kekdahnya kalau orang masuk belog ni pun , mesti ramai yang nak tengok gamabr semata-mata. Kan?

Kata kau Jijah! Hahahah... Apa-apa pun mestilah rasa seronok sebab dapat juga berjumpa Rossa kan? Terima kasih untuk rakan-rakan aku yang sudi menjemput aku untuk bersama mereka pastinya! Kalau tidak , mana mungkin aku ada peluang sebegini kan? Seronok aje bila dapat bertemu depan-depan dengan penyanyi yang kita suka kan? Dah lah penyanyi ini susah kalau nak bertemu depan-depan. Alhamdulillah , rezeki kan? Hiks.

Jom tengok gambar lagi? Kita tengok gambar saja lah ek? Lagipun nak bercherita pun , aku dah tak tahu nak bercherita apa kekdahnya. Semua dah lost dari ingatan katanya! Rossa pun dah pulang dari menunaikan Haji , Jijah baru gheti nak update?! Lembap sungguh Jijah ni kan?! meraungggggggg








Erhiks. Banyak sangat kan gambar? Ini pun jenuh pilih punya pilih segala gambar-gambar tu tau! Dan akhirnya... itu saja lah gambar yang terpilih katanya! Ada banyak lagi gambar tapi tak kan semua nak share sini kan? Ngeee. Mahu pengsan semua orang kalau tengok beratus keping gambar dalam satu entri kan? Hiks.

Oh ya masa majlis pelancaran album ini berlangsung , sempat juga aku merakam satu video dimana Rossa menyanyikan lagu Tak Sanggup Lagi. Memang sedap sangat Rossa menyanyi live! Terasa macam sama bunyi yang direkod tapi sebenarnya menyanyi live! Perghhh. Memang sedap sangat! Jom layannnnnn Rossa nyanyi uols!




Tak Sanggup Lagi - Rossa

Gambar pun dah tepek banyak. Siap tepek video jugak kan? Jadi memang tak ada apa-apa lagi untuk dicoretkan lagi dalam entri ini. Memang entri ini sudah berniat lama untuk dipublish. Tapi ada saja masalah teknikalnya sehingga tertangguh hingga sekarang baru sempat untuk mengupdate dan publishkan. Sadis kan? Tak kisah lah , kalau cheritanya sudah sangat basi. Janji Jijah gigih juga update kan? Lagipun Jijah bukan mahu berlumba-lumba dengan belog hiburan lain untuk update terpantas kan? Hiks.

Sekali lagi , terima kasih untuk Pencinta Rossa Malaysia dan juga rakan-rakan Jijah yang sudi menjemput Jijah untuk menghadiri event private begini. Terharu sangat Jijah. So ada tak korang yang minat Rossa macam Jijah? Hiks.

Terima kasih sudi baca entri ini :)

Monday, December 10, 2012

Sebelum Sebulan Dan Satu Hari Lagi Menjelma

Ada apa dengan sebulan dan satu hari lagi? Ada apa Jijah? Ada apa? Amboi penuh dramatik kalau menyusun ayat kan Jijah? Biasalah Jijah. Kalau tak dramatik , bermakna itu bukan Jijah lah kan? Hiks. Ehem , sekarang sudah bulan Disember. Tapi Jijah macam lagi excited untuk bulan Januari katanya. Biasalah , orang yang tambah usia masa awal tahun , dia saja lah yang excited untuk bulan Januari. Orang lain macam kisah sangat kan? Gituew.

Dan sebenarnya macam tak sabar nak menghadapi tahun 2013. I don't know why. Cuma macam tak sabar nak mencapai azam baru. After all , aku rasa dah sepatutnya aku merancang masa depan aku dengan lebih teratur. Kehidupan sekarang bukan kehidupan yang aku impikan. Nampak tak ayat dia? Sangat novel bahasanya. Ekekeke. Tapi ini memang serius. Aku rasa aku banyak beri peluang kebebasan dalam tahun 2012. Aku perlu hentikan semua ini. Orang mungkin nampak kehidupan aku seronok dan menyeronokkan. Tapi realitinya bukan seperti yang orang gambarkan. 

Dah nama pun kehidupan. What do you expect kan? Gituew tetibe speaking London pula. Azam 2012 tak banyak yang tercapai. Tapi tak apa masih belum terlambat untuk mencapai lagi. Dan dah kenapa pula Jijah bercerita pasal azam pula ni? Nampak tak? Dah lama tak menulis , isi dalam entri ini pun berterabur. Ikut suka hati saja nak menulis apa saja kan? HEHE. Maafkan saya. InsyaAllah , dalam masa terdekat ini segala entri-entri basi yang dijanjikan itu akan diupdate dalam kadar segera. Kalau boleh nak habiskan sebelum 2012 berakhir. Tak mahu pula terlajak sehingga 2013 baru hendak update kan? Nanti ramai pula yang tumpang mencerca katanya! Lagipun aku update sekadar untuk kenangan dan ingatan di masa hadapan saja. Tak ada niat yang lebih daripada itu. Katanya.

Gambar yang tak ada kaitan dengan tajuk cerita dan isi cerita. Macam tak biasa?


Jijah dan novelis Adam Dan Hawa , Kak Aisya Sofea :)

Nampak sangat tengah kena senah teruk dengan drama Adam Dan Hawa kan? Nampak sangat okay. Tak apa lagi 20 episode sahaja lagi. Lepas itu selamat tinggal dunia menyenah. Mohtif kan? Tapi lepas tu sibuk nak tengok drama Sehangat Asmara lakonan Adi Putra dengan Rita Rudaini pula. Habislah Jijah. Kena menyenah tengok drama sepanjang tahun lah jawabnya yer? *dush* Ekekekeke. 

Begitulah yer. So semalam hujung minggu korang buat apa? Jijah pergi berjimba ria dengan rerakan sajrok. Biasalah hujung minggu. Nak buat apa lagi kalau tidak berjimba ria kan? Hiks.

Terima kasih sudi baca entri ini :)

Monday, December 3, 2012

Hello Disember!

Macam tak percaya yang sekarang sudah memasuki bulan Disember. Terasa seperti baru sahaja meraikan tahun baru 2012 semalam. Tengok-tengok sudah bulan Disember bermakna 2013 semakin menghampiri kita semua. Oh wow! Cepat betul masa berlalu kan? Sedar-sedar nanti karang sudah masuk tahun baru pula.

Sebenarnya ada banyak entri tertangguh yang nak diupdate. Tapi seperti biasa benda yang bertangguh semakin ditangguhkan lagi. Kalau boleh sebelum berakhirnya 2012 , Jijah akan gigihkan diri untuk mengupdate juga dalam belog kesayangan. Rugi pula kalau sudah penat-penat pergi event tersebut tapi tidak update apa-apa kan? InsyaAllah akan diusahakan untuk mengupdate semua entri basi yang memang sudah cukup basi itu. Katanyeeee.

Anyway , a new month , a new hope for me. November memang salah satu bulan yang sangat mencabar untuk Jijah. Ada banyak sangat dugaan dan juga cabaran yang sangat-sangat menguji fizikal dan mental Jijah. Kadangkala macam tak percaya diri sendiri menempuh semua itu. Tapi Jijah percaya Allah berikan setiap ujian pada hambaNya andai hambaNya itu tidak mampu. Alhamdulillah. Jijah masih lagi kuat dengan segala macam yang berlaku. Rasanya dalam banyak-banyak bulan dalam tahun 2012 , November lah paling banyak Jijah migraine. November juga paling banyak barang kesayangan buat hal. Memang terasa nak pengsan bangun balik sajork. Begitulah kau Jijah kan? HEHE.

So , korang semua apa cerita? Suka betul bertanya pasal orang lain khen? Jijah sangat kpochi kekdahnya! Hahahaha... Mesti ramai yang nak pergi holiday masa tengah cuti sekolah kan? Jijah bergolek atas katil sajork tak kira cuti sekolah atau tidak! *DUSSSSHHHHH* 

Eh last but not least. Agak-agak ni kereta siapa yer? Ehem ehem :p


cakkk...kereta siapa agak-agak ni? :p

masalah boncit perut itu tidak dapat dielakkan lagi *meraung*

Okbye.

Terima kasih sudi baca entri ini.

Saturday, November 24, 2012

Masalah Datang Lagi?

Sekali lagi terasa nak terguling-guling dek kerana masalah datang lagi. Selalu hanya akan terguling-guling bila menonton Adam Dan Hawa semata-mata. Tapi kali ini nak tak nak terguling-guling juga dek kerana masalah dalam laptop muncul lagi. Fuhh , November memang banyak sungguh cabaran dan dugaan datang silih berganti.

Kisahnya begini. Beberapa hari yang lepas ketika aku sedang menggunakan internet melalui Google Chrome , tiba-tiba saja terkeluat satu notification. Dah kenapa pulak? Jijah agak termangu-mangu seketika. Aduhai. Apa lagi yang nak terjadi ini? Tapi aku tahu masalah ini tidak seserius dengan masalah virus FBI ini. Jadi aku cuba bertenang dan cuba bertanya pada rakan-rakan di FB. Tidak keruan juga perasaan untuk seketika memandangkan aku memang cukup selesa menggunakan Chrome berbanding Internet Explorer atau Mozilla Firefox. Tapi tunggu punya tunggu respon kawan-kawan memang tak juga ada yang cuba menyelesaikan masalah. Lagi memeningkan kepala Jijah adalah kot masa tu? Heh. Tapi sabar lagi. Akhirnya nak tak nak terpaksa install Mozilla Firefox dan gunakan saja Mozilla Firefox.


The Server's Security Certificate Is Revoked!

How come?

Bila ternampak benda alah tu muncul agak stress juga. Sebab try google jalan penyelesaian memang semua nya tak berjaya. Sadis lagi. Lepas beberapa ketika baru lah ada kawan aku cuba kasi jalan penyelesaian. Dan akhirnya berjaya juga akhirnya. Alhamdulillah. Biasalah bila dah terbiasa guna Chrome memang agak kekok nak guna aplikasi yang lain. Terasa macam blur-blur gituh. Kowser sangat kan? Padahal mindset semata-mata. HEHE.

Hiks. Jarang Jijah update waktu weekend kan? HEHE , sebenarnya tengah bosan. Dah tak tahu nak buat apa. Maka update saja entry baru ini kan? Sekurang-kurangnya dapat juga buat sesuatu kan? Kalau tengah rajin memang on saja nak update apa-apa. Kalau tidak? Heh. Nak buka blogspot pun belum tentu katanya. Ekekeke.

So korang tengah buat apa di weekend yang indah ini? ;)

Terima kasih sudi baca entri ini :)