Home

Tuesday, February 10, 2015

Sehari Satu Update?

Dulu pernah ada impian dan cita-cita konon-konon nak update belog sehari satu update untuk tak nak belog picisan ini nampak sendu. Lepas itu lama-lama semangat itu semakin kian pudar dan terus hilang. Boleh lihat bagaimana sendu update tahun lepas di ruang tepi belog ini. Rasanya nak sampai satu kali update sebulan pun payah , apatah lagi sehari satu update kan? Memang lemau betul semangat untuk update belog picisan ini tahun lepas.

Namun semuanya jadi berbeza sementelah memasuki tahun 2015 ini tau. Kalau lihat dari bulan Januari lepas , memang ternyata Jijah terlampau rajin mengetuk kibod. Apa sahaja yang sempat , Jijah akan terus update ke dalam belog picisan ini. Entah. Perasaan seronok untuk mengetuk kibod itu hadir tanpa dipinta banyak pun. Juga mungkin diri ini sudah mula serius untuk mencari sesuap spagheti untuk diri sendiri dan juga kalau boleh untuk famili tersayang. Itu tekad dan azam 2015 ini.

Harap-harapnya ia berterusan dan bukan sekadar cakap-cakap kosong sahaja. Iyelah , kadang-kadang hari ini cakap bersemangat. Lepas empat puloh lapan jam kemudian tetibe datang balik mood sendu tak tentu arah tu kan? Lepas tu dibiarkan sahaja apa yang dijanjikan kan? Kalau ikutkan memang banyak sangat cherita basi yang terlepas untuk dicheritakan dalam belog ini. Bila hendak ketuk kibod balik cherita tersebut rasa macam nak-tak-nak saja. Bukan pasal cherita itu basi , tapi takut kena bahan dek orang sebab terlalu lama baru nak update? HAHAHAHAHA.

Tak boleh hendak nafikan , tahun lepas jadual kehidupan Jijah kelam kalibut dengan bermacam perkara. Belum campur lagi dengan kadar kelajuan internet umpama siput dan terlampau sendu kelajuan itu. Lagi lah terasa malas kan? Tapi insyaAllah tahun ini Jijah akan usahakan untuk korang tidak berasa belog ini cukup sendu dengan ketiadaan update. Demi sesuap spagheti , haruslah kena gigih kan? Kalau tidak mana nak datang hasil kan? Hihiks.

Jadi agak-agak mana yang nak kena update dulu ni eh?








Itu hanya sikit-sikit saja acah-acah hint kan? Jadi dalam banyak-tak-banyak ni , korang nak Jijah update mana satu dulu? Kadang-kadang main redah ikut suka hati , ikut suka mood saja nak update mana dulu kan? Tapi sebenarnya gambar dekat atas tu , ada yang masih lagi baru dan ada juga cherita basi. Jadi hagak-hagak nak yang mana dulu? HAHAHA.

Mungkin ada juga nak tengok gambar-gambar Syarul Ridzwan & Mia Ahmad ketika shooting Hati Perempuan yang masih lagi berlangsung. Atau juga mungkin ada yang nak tengok gambar dan cherita prank untuk Surprised Birthday Party Meletop Syarul Ridzwan. (SYARUL LAGI?! HAHAHAH DIAMLAH!) Mungkin juga orang nak tengok gegambar Zul Ariffin ketika di Aeon Setiawangsa bersempena event Nescafe : Blend & Blew. Atau mungkin nak tengok gegambar Jijah makan kan dan itu salah satu gambar ketika makan yang paling senonoh Jijah ada. HAHAHAHA.

Banyak kemungkinan. Dan banyak juga kemungkinan yang Jijah akan gigih sangat-sangat nanti untuk update satu per satu kan? We will see how! HEHEHE. Jijah ni bukan boleh percaya juga kadang-kadang kan? Bila rajin memang bukan sehari satu update , tapi sehari dua tiga update kang! Tapi bila mood macam orang hormon tak stabil memang tak ada khabar berita langsung dalam belog ittuew! HAHAHA.

Hmm so agak-agak yang mana Jijah akan update dulu? ;)

Terima kasih sudi baca entri ini :)

2 comments:

cik.einaaa said...

Silalah update blog setiap hari ye..hehe.. :)

Aliesha Kirana said...

tolong update janji jijah tentang review MYMA dl. saya menantikannya.

saya peminat jijah no 1.

-presiden jijahlalangfc-