Home

Wednesday, May 13, 2015

[Review Filem] Jangan Lupa Saksikan Suami Aku Ustaz Lakonan Adi Putra , Nora Danish & Izzue Islam Bermula 14 Mei 2015!

Mesti ada diantara korang yang pernah membaca novel Suami Aku Ustaz nukilan Hannah Dhaniyah bukan? Kalau korang sudah membaca novel tersebut , korang perlu tahu bahawa novel ini telah diadaptasikan ke bentuk filem. Rasanya mesti juga pembaca novel ini sudah tahu tentang adaptasi filem ini kan? Baru-baru ini Jijah telah berkesempatan untuk menonton filem ini di Malam Gala Filem Suami Aku Ustaz.



Mungkin ada yang sudah mengetahui senarai pelakon filem Suami Aku Ustaz ini. Tapi mungkin juga yang baru sahaja mengetahui novel ini diadaptasikan. HEHEHE , tak mengapa , lagipun filemnya belum keluar lagi kan? Kalau tidak tahu masih tak mengapa , yang penting sekarang korang kena tahu! eh eh eh! hahahahaha. Suami Aku Ustaz diarahkan oleh Ghaz Abu Bakar dan dilakonkan oleh Adi Putra , Nora Danish , Izzue Islam , Betty Rahmad , Jue Aziz dan ramai lagi. Adi Putra juga turut membantu dan turut menjadi pengarah bersama untuk filem ini. Menarik bukan? Nah untuk korang yang masih belum membaca novel ini , sinopsis untuk filem ini :)

Alisa (Nora Danish) dipaksa bernikah dengan sepupunya merangkap guru agama di sekolah menengahnya iaitu Ustaz Hafiz (Adi Putra) apabila ibu bapanya ingin mengerjakan haji. Hanya kepada Ustaz Hafiz sahaja tanggungjawab dan kepercayaan yang diberi untuk menjaga Alisa sepanjang mereka di Mekah.
Dilema bermula setelah mereka berkahwin apabila Alisa perlu menyembunyikan statusnya di sekolah daripada diketahui oleh orang lain termasuk rakan baiknya sendiri, Wati (Betty Rahmad) dan Johan (Izzue Islam). Dalam dilema dan perbezaan usia yang ketara, Alisa juga terpaksa berdepan dengan pelbagai konflik untuk menerima Ustaz Hafiz sebagai suaminya.
Apa terjadi setelah rahsia status Alisa dengan Ustaz Hafiz terbongkar? Akan wujudkah cinta Alisa buat suaminya dan bertahankankah jodoh mereka berdua? Saksikan kesudahannya dalam Suami Aku Ustaz, filem adaptasi novel terlaris di pawagam bermula 14 Mei 2015!
 Macam mana korang setelah membaca sinopsis untuk filem ini? Menarik atau tidak? Hiks! Meh Jijah pula memberi ulasan tak seberapa tentang filem ini pula. Untuk seorang yang tidak pernah membaca novel Suami Aku Ustaz , Jijah tidak terlalu berharap terlalu tinggi untuk filem ini. Cuma sekadar mendengar ulasan dari mereka yang pernah membaca novel ini bahawa novelnya memang best. Bila mendengar sahaja best , semakin kurang berharap untuk mengharapkan filem ini akan menyerupai atau akan menjadi best seperti novel tersebut. Namun sangkaan Jijah meleset tatkala menonton filem ini. Kenapa pula meleset?

Seperti Jijah katakan tadi , Jijah tidak mengharapkan apa-apa. Hanya sekadar ingin menonton dan memberi ruang untuk melihat bahawa filem ini sesuai untuk Jijah menonton sekali lagi atau hanya sekadar sekali itu sahaja menonton. Bagi Jijah Suami Aku Ustaz sebuah filem yang santai. Jijah cukup terhibur menonton filem ini terutama apabila melihat lakonan Nora Danish. Ternyata sisi berbeza Nora Danish di dalam filem ini tidak mengecewakan. Untuk seorang penonton , Jijah merasakan Nora Danish berjaya membawa watak tersebut. Yang tidak hanya seperti kebiasaan menjadi gadis lemah lembut dan manja. Seronok melihat watak Nora Danish di dalam filem Suami Aku Ustaz. Malah lakonan Adi Putra ataupun Izzue Islam dan keseluruhan pelakon lain yang menjayakan filem Suami Aku Ustaz juga tidak mengecewakan langsung.



Jadi keseluruhannya Jijah kasi 4 bintang dari 5 bintang untuk filem Suami Aku Ustaz ini. Jijah rasa tak rugi pun untuk korang menonton filem ini. Sebab apa? Sebab ia sebuah filem yang santai dan boleh membuat korang juga turut terhibur serta lari sekejap dari tekanan hidup dan kerja korang. HAHAHAHA. Betul , tak tipu. Jijah sendiri banyak kali tergelak menonton filem ini tempoh hari. Gittuew! Kalau bukan kita yang menyokong filem tempatan , siapa lagi iye dak?



Jadi jangan lupa menonton filem Suami Aku Ustaz ini di pawagam berhampiran korang bermula 14 Mei okay? Muahciked! Ehhhhbaiiiii.. Oh sebelum terlupa terima kasih kepada pihak Azwan Hashim serta Karya Seni Production kerana sudi menjemput Jijah tempoh hari. Jangan lupa untuk menyokong filem pertama terbitan Karya Seni Production ini okay? :)

Terima kasih sudi baca entri ini :)

No comments: