Home

Thursday, January 15, 2015

[ReviewMovie] Suamiku Encik Perfect 10 Lakonan Aaron Aziz & Lisa Surihani ; Perfect Atau Sebaliknya?

Selasa lepas , aku telah berkesempatan untuk menghadiri ke Tayangan Perdana sebuah filem yang diadaptasikan dari novel iaitu Suamiku Encik Perfect 10. Setelah sekian lama aku menanti filem ini , akhirnya ia muncul jua. Memang aku tidak nafikan yang sudah agak lama aku menanti filem ini dek kerana mengetahui hero dan heroinnya bukan calang-calang dalam industri hiburan ini. Korang rasa siapa?


SIAPA?!?

Eh kan dah tulis dekat tajuk tu kan? Motif tetap main teka teki kan? HAHAHA. Ya , Suamiku Encik Perfect 10 merupakan sebuah filem yang dilakonkan oleh gandingan hebat Aaron Aziz & Lisa Surihani. Turut menjayakan filem ini ialah Normah Damanhuri , Syazwan Zulkifly , Raja Ilya dan Jehan Miskin. Filem ini merupakan arahan dari pengarah yang tidak asing lagi iaitu , Mohamed Feroz Abd Kader



Sebelum Jijah mengomen dengan lebih lanjut , apa kata Jijah kasi korang baca sinopsis dulu okay?

Kisah Suamiku, Encik Perfect 10! bermula apabila satu pertemuan yang tidak diduga di antara seorang pelajar perubatan iaitu Aleeya Azmeen dan Zarief Danial, seorang ahli perniagaan ketika mereka sama-sama dalam penerbangan pulang dari Heathrow, London ke KLIA, Malaysia. Pertemuan itu akhirnya membawa mereka menjadi pasangan suami isteri. Namun, perkahwinan itu hanya lakonan semata-mata bagi mengaburi mata keluarga Aleeya dari mengetahui tentang kisah sebenar yang disimpannya.
Sementara itu, Zarief yang sudah pun bertunang dengan Azura Hanim mengambil keputusan untuk memutuskan ikatan pertunangan itu kerana mula menyayangi Aleeya. Di saat cinta mula berputik di antara Aleeya dan Zarief, bekas kekasih Aleeya iaitu Syed Muzaffar kembali bagi menuntut cintanya. Konflik bertambah rumit apabila keluarga Syed Muzaffar turut campur tangan dengan cuba merebut anak yang dikandung oleh Aleeya kerana ingin mendapatkan waris demi harta dan kekayaan.
Siapakah yang layak menjadi suami paling sempurna buat Aleeya Azmeen? Adakah Syed Muzaffar yang merupakan ayah kepada anak yang dikandungnya? Atau Zarief Daniel iaitu lelaki yang berjaya mengubat lukanya sebelum ini? Adakah Aleeya Azmeen akan memperolehi suami encik perfect 10 seperti yang diharapkannya selama ini?

Haaaa? Baru baca sinopsis kan? Apa kata Jijah tambah sikit lagi perasa untuk mengajak korang menonton filem ini dengan melihat full trailer filem Suamiku Encik Perfect 10 pula! Jom?



Adakah setelah menonton full trailer ini , korang juga jadi sama seperti aku? Perasaan seperti berkecamuk tiada sebab dan jiwa bagai direntap tidak memasal? HAHAHAHA. Amboi bunga-bunga bahasa Jijah sudah keluar gamaknya! Ya , sementelah menonton full trailer ini perasaan aku bagai bercampur baur seolah-oleh aku yang sedang melakonkan watak Aleeya Azmeen. Terasa sungguh real tangisan yang dilakonkan Lisa Surihani dan terasa sungguh berkesan melihat mimik wajah Aaron Aziz yang bagai meminta simpati itu. Korang faham tak? HAHAHA. Mungkin sebab aku dah lama tidak menonton trailer yang ala-ala pasrah menyerah jiwa kacau tersadung bagai ni membuatkan aku cukup sasau menonton trailer filem ini hampir hari-hari tau! 

Jujur , aku ada sedikit expectation yang tinggi untuk filem ini. Pastinya expectation yang tinggi untuk keseluruhan filem ini. Bukan sekadar lakonan dan kimia pelakon semata-mata tetapi kesemuanya sekali. Jadi korang rasa apa review aku untuk filem ini?

Untuk seorang penonton , aku merasakan filem ini memang ada manis masam tangis dan ketawanya. Sebuah filem yang memang ada seluruh rasa dan kita juga akan ada rasa itu sekali bersama-sama ketika menonton bersama mereka. Tetapi sebagai orang yang pernah membaca novel tersebut mungkin ada here and there yang aku rasa kalau diketatkan lagi garapan filem ini pasti akan jadi lebih terkesan untuk aku. Bukan aku kata garapan filem ini lemah. Bukan. Cuma sebagai orang yang terrr-expect tinggi untuk filem ini , aku cuma inginkan lebih sikit aje lagi dari apa yang dihidangkan. Dah kasi betis nak peha kan? HAHAHA. 

Percaya atau tidak , filem ini mampu buat kau menangis tak semena-mena. Itu untuk aku sendiri yang aku sendiri tak sedar bila masa entah ada airmata yang mengalir. Lakonan Aaron Aziz dan Lisa Surihani memang tampak semakin bagus sehingga boleh buat aku mengalir airmata tak semena-mena. Kimia yang mereka hasilkan sehingga aku duk sohsehsohseh dendiam sambil menonton. Nasib tak makan popcorn. Kalau tak rasa masin sikitlah popcorn aku! HAHAAHHA *pangggggg

Betul , filem ini memang padat dengan rasa. Kau akan rasa nak ketawa , kau akan rasa lost , kau akan rasa sedih , kau akan rasa kecewa , kau akan rasa macam-macam! Tak percaya? Jadi korang kena tonton sendiri untuk mempercayai kata-kataku ini pada 22 Januari 2015! Eceh! Sambil menulis ni pun , aku teringat-ingat scene sedih meruntun jiwa sehingga terasa ada airmata yang bertakung di mata ini. Eh? Melampau betul drama queen si Jijah ni tau!

Overall , Jijah suka dengan filem ini dan tak akan fikir dua kali untuk menonton sekali lagi atau berkali-kali lagi. Bila lagi kita nak tunjukkan support kita pada filem tempatan ini kalau bukan seperti sekarang kan? Ya Jijah suka kimia Aaron Aziz & Lisa Surihani , suka melihat lakonan keseluruhan pelakon dalam filem ini dan suka mendengar loghat Utagha yang dituturkan oleh Aaron & Lisa. Tampak comel tahu tak? Jadi korang rasa berapa bintang Jijah kasi ni?

Ting! Ting! Ting! 4 Bintang daripada 5 Bintang untuk keseluruhan filem Suamiku Encik Perfect 10! Syabas untuk keseluruhan produksi iaitu Astro Shaw & Global Station diatas menghasilkan sebuah filem yang menarik seperti ini. Harapnya terdapat banyak lagi filem yang menarik seperti ini dapat dihasilkan.

Memandangkan entri ini dirasakan cukup panjang berjela , jadi Jijah akan berkongsi sekeping gambar sahaja dahulu ketika di Tayangan Perdana Suamiku Encik Perfect 10 okay? Nanti akan ada entri lain yang menyusul untuk gambar-gambar ketika di tayangan perdana filem tersebut. Tengah roh rajin masuk dalam badan , memang lah merasalah korang akan membaca entri-entri terbaru sahaja kan? Hihiks!


MR Perfect 10 & Lisa Surihani!

Sampai sini dahulu. Segala pendapat Jijah di dalam entri ini sekadar pendapat peribadi. Lain orang lain pendapat. Kalau nak tahu lebih tepat , jangan lupa untuk menonton Suamiku Encik Perfect 10 di pawagam bermula 22 Januari 2015 nanti okay? InsyaAllah ia sebuah filem yang berbaloi untuk di tonton :)

Terima kasih sudi baca entri ini :)

Wednesday, January 14, 2015

Teaser Hati Perempuan.. Ada Yang Tak Sabar Ke?

Sebenarnya entri kali ini bukan entri yang panjang lebar seperti yang sebelum ini. Entri ini akan dicuba untuk menjadi short , simple and sweet. Eh? HAHAHAHA. Haruslah kena juga buat short entri untuk pastikan orang tak bosan dengan belog picisan ini. Karang orang naik muak pula bila lihat aku asyik tulis pepanjang dengan bahasa pondan tak siap tu kan?HAHAHA.

Hari Sabtu lepas aku berkesempatan untuk berkunjung ke lokasi penggambaraan Hati Perempuan yang bakal menyusul di slot Akasia akan datang. Kebetulan ada haluan ke arah sana bersama teman-teman aku , jadi aku pun pergi ke sana. Oh untuk yang tidak mengetahui , Hati Perempuan merupakan sebuah novel yang telah diadaptasi kepada drama. Memang trendy sekarang menghasilkan drama melalui adaptasi novel kan? Saja kongsi info supaya korang pergi cari novel tersebut cepat-cepat! Aku jamin , korang pasti suka. Eh itu nanti aku kasi review novel pula. HAHAHA , kelam kabut hidup hakak dik sebab tiba-tiba banyak pula entri yang bakal menyusul nanti. Almaklumlah tengah mood rajin katakau!

Jadinya , Hati Perempuan dilakonkan oleh Syarul Ridzwan , Mia Ahmad dan ramai lagi. Lagipun ini cuma teaser saja. Sahaja okay? Nak kasi korang ambil mood sikit-sikit dulu. Tambah pula kalau korang baca novel-nya nanti , lagi lah korang akan berasa geletis seperti Jijah rasa sekarang! HAHAHAH , statement meminta sungguh.

So , nah sekeping gambar Tengku Zaril a.k.a Syarul Ridzwan untuk tatapan korang. Ambil mood dulu. Kasi sekeping gambar dulu. Later , kita kasi berkeping-keping gambar sampai korang rasa nak kiss kiri kanan pipi aku kan? Ewah ewah makenonnnnn hahahahaha.


Dapat ambil feel ke tidhokkk ni?

Ada yang dah tak sabar ke ni?

HAHAHAHA.

Kita kasi sikit-sikit dulu okay? Nanti Jijah kasi banyak-banyak sampai penat korang berguling merangkak dan mencakar okay? HAHAHA. Eceh! Ada peminat Syarul Ridzwan yang menyinggah dalam belog picisan ni tak? Hihihi.

Terima kasih sudi baca entri ini :)

MDO Romeo Kota & Hi-Tea Bersama Aaron Aziz. Best ke Tidhokkkkk?

Kalau dah nama peminat kipas susah mati Aaron Aziz , mestilah juga bergigihan menyokong apa sahaja yang berkaitan Aaron Aziz kan? Tambah lagi bila hujung minggu lepas Aaronators FC telah mengadakan Movie Day Out Romeo Kota beserta Hi-Tea bersama Aaron Aziz. Setelah sekian lama diri ini tidak menge-join aktiviti Aaronators FC , akhirnya Jijah is back katanya! Lagipun memang diri sendiri agak sibuk kebelakangan ini dan Aaronators FC pun tiada sebarang aktiviti baru bersama Aaron Aziz. Gittuew sekali Jijah menjelaskan. Biasalah , nanti orang ingat asyik duk buat perangai sebab sentap merajuk dengan Aaron Aziz khen? Alahhhh sentap merajuk sepuluh minit lepas tu tergeletis balik nak jumpa Aaron Aziz kan? *Aaron Aziz tak masuk baca belog ni kan? HAHAHAHA!*

Jadi , minggu lepas bertempat di Setia City Mall , Aaronators datang menonton Romeo Kota beramai-ramai , memberi sokongan kepada filem arahan pertama Aaron Aziz. Memandangkan kesihatan Aaron yang tidak begitu baik , Aaron terus bertemu kami semua di cafe milik beliau di Kidz & Creme.


Aaronators FC yang menonton Romeo Kota beramai-ramai di Setia City Mall.

Jadi korang nak tahu tak review dari aku pula untuk Romeo Kota ini? Jujur aku cakap aku tak expect tinggi untuk filem ini. Bukan memperlekehkan cuma aku paling takut expect tinggi melangit kemudian ia bertukar menjadi sebuah kehampaan. Namun bagi aku ia sebuah filem yang menghiburkan dan tidak membodohkan penonton dengan lawak sendu dan bodoh. Malah aku rasa , aku tidak terasa untuk lelap dan sebagainya kerana terhibur dengan watak kimia Nabil & Aaron Aziz. Jujur cakap , untuk seorang penonton aku memang terhibur menonton filem ini. Kalau tanya aku puas hati ke tidak bila menonton filem tersebut , jawapan aku memang YA aku puas hati. Bukan mudah untuk aku yang jarang minat untuk menonton filem berskala begitu berkata puas hati. Eh ini statement nak Aaron Aziz menitis airmata membaca review Jijah tapi ini memang statement tulus ikhlas dari Jijah katakau!

Aaron Aziz pun ada pesanan untuk korang semua dekat belog Cherita Emo-Temo ni. Nak tahu apa? Jom tengok!




Jom support Romeo Kota

&

Jangan segan silu untuk tinggalkan komen atau kritikan okay? 

Okay mari kita beralih kepada gegambar yang korang ingin lihat kan? Hasil pengumpulan gambar dari Aaronators FC yang lain , dapat lah jua sedikit sebanyak gambar untuk dimasukkan dalam entri ini. Korang tu mesti suka lettuew? HAHAHA. Let's enjoy menengok gegambar ye uols! 


















Bila dah terlalu lama tidak berkumpul , memang masing-masing membuat perangai sangat pose macam-macam jenis kan? HAHAHA. Alahaiiii , bukan selalu boleh berkumpul beramai-ramai macam gini kan? Kalau tidak mesti ada yang tu , yang ni pulak takde.. Di kemudian hari begitu juga lah.. Yang ini ada.. Yang itu pula takde.. HEHE. 

Satu benda yang aku cukup salute ialah bila Aaron Aziz tetap tersenyum dan tetap melayan kesemua Aaronators dengan cukup senang sekali meskipun neck pain beliau semakin melarat. Macam mana untuk tidak sayang pada Aaron Aziz kan? Sanggup diabaikan diri sendiri demi peminat tersayang katanya. Tapi macam mana pun Aaron pun tehtap kena jaga diri jua. Weols nak menonton lagi dan lagi dan lagi drama dan filem lakonan Aaron Aziz tau! Jadi sila jaga diri okay Abang Tapa! eh baru sedar.. dah lama tak guna nama abg Tapa ni.. hahahahaha..

Jadi berapa bintang untuk Romeo Kota Jijah nak kasi ni? 4 setengah bintang dari 5 bintang! Ting! Ting! Ting! Hahahaha kekonon bunyi bintang menyala lettuew! HAHAHAHA. Jadi korang semua dah pergi menonton belum? Kalau belum , masih belum terlambat lagi untuk menonton tau! Let's support our local movies okay? Gittuew!

Tapi sebelum entri ini berakhir, meh lah nak kasi sekeping selfie bersama retis kesayanganku , Aaron Aziz. Masa ni Aaron tetap nak tolong pegang phone untuk selfie but dengan rasa tak sanggup dan rasa tak sampai hati , Jijah tak akan sesekali suruh orang yang tak sihat untuk melakukan itu okay? Caring tak Jijah? HAHAHAHA. Buat perangai macam mana pun , sayams tehtap jua pada Abg Tapa katakau! *pangggggg


Macam mana Aaron Aziz boleh lagi tersenyum cantik dan lebar sedangkan sedang sakit? Salute!

Muka bulat sudah tidak boleh dibendung lagi. HAHAHA.

Semoga Abg Tapa akan pulih dari kesakitan dan akan kembali sihat seperti sediakala. Please take care of yourself. Please get a good rest too.

Aaronators semua sayang Aaron Aziz tau!

So please get well soon dear Aaron Aziz ♥

Terima kasih sudi baca entri ini :)

Tuesday, January 13, 2015

Berganti 21.

Bertambah lagi angka usia aku untuk tahun 2015 , setiap 11 Januari. Terima kasih Allah kerana masih memberi aku ruang dan peluang untuk aku meneruskan lagi kehidupan ini. Meskipun kadangkala aku berasa tewas dengan susur galur kehidupan ini , tapi aku masih bertahan. Aku masih lagi kuat untuk menempuhi semua ini. 

Terima kasih Umi dan Ayah kerana sentiasa bersama-sama dengan aku tiap kali jatuh dan bangun aku. Memang tiap kali ketawa ini berbunyi , tiap kali air mata ini mengalir serta tiap kali aku cuba membuat nakal , hanya mereka yang faham dan hanya mereka yang datang memujuk dan bersama-sama dengan aku. Tanpa mereka berdua , tak mungkin jua aku berada disini. Sayang Umi & Ayah sangat-sangat. Ya , jarang ayat sayang-sayang ini terluah dari mulut. Mungkin banyak sangat buat salah sampai nak sebut sayang pun malu. Tapi geletis dengan orang lain sebut sayang tak reti malu pulak kan? *okay ayat ini untuk diri sendiri! dush!*

21 tahun aku jatuh dan bangun , selama itu hanya Umi & Ayah yang tetap teguh berada di belakang aku. Tak pernah bosan dan tak pernah jemu untuk menyokong apa sahaja yang aku buat. Asalkan aku bahagia dan gembira katanya. Gittuew.

Apa yang aku mahu untuk tahun ini? Azam tetap juga sama macam tahun baru. Tak ada nak azam tinggi melangit dan merepek-repek. Cukuplah dapat memajukan diri sendiri untuk belog picisan ini serta perniagaan kecil-kecilan. Lain-lain , biarlah kita cuba buat secara perlahan kemudiannya nanti. Kan? Hehe.


Selamat Hari Jadi , Nur Faizah.

Iya itu aku dulu-dulu zaman bayi dahulu kala.

Aku tahu aku comel. Tak payah puji. Aku tahu.

HAHAHAHA.

Sebenarnya , aku tak tahu nak tulis apa lagi. Aku cuma nak ucap terima kasih untuk semua. Ya , semua sekali. Sebab terlalu ramai yang ucap selamat hari jadi untuk aku. Terlalu ramai yang doa yang baik-baik untuk aku. Amin. Alhamdulillah. Aku jadi terharu sangat-sangat sebab itu lebih daripada memadai. Sangka aku kekonon tak disayangi ramai tapi ya Allah ramainya yang mendoakan yang baik-baik untuk aku. Tahu tak itu sudah cukup membahagiakan perasaan aku? Cukup membahagiakan. 

Lagi membahagiakan , kau dapat rakan-rakan yang sanggup meraikan hari jadi kau. Gembirakan kau dengan something simple tapi kekal jadi kenangan manis dalam kehidupan kau. Mungkin kekal sepanjang hayat. Kan? Alhamdulillah , Allah kurniakan rakan-rakan yang manis-manis belaka untuk aku. Hingga aku jadi sebak sangat! Terima kasih Allah untuk persahabatan ini. Aku sangat-sangat bersyukur. Moga ukhuwah persahabatan ini akan kekal sehingga bila-bila ; tak kira susah dan senang. 



Terima kasih Keluarga Kecil saya ;

Yai , Eda , Kaka Lynn , Kaka Mirus , Yen , Ajer , AcikNgaji , Kak Mai & Jamilah ♥

Sayang kekefit semua!

Tak tahu nak tulis apa lagi dah. Sayang semua sangat-sangat! Semoga 21 tahun ini bakal menjadi lebih matang , lebih bertanggungjawab , lebih kuat dan mungkin juga lebih kurus supaya boleh ada boifren. Aik? HAHAHAHA. Tak kisah lah kurus ke tidak , janji hati tak ada nak rasa kecewa merana luka teruk kan? Like I care semua itu! Eceh , ayat main redah aje! HAHAHAHA.

Juga, moga makin rajin menulis entri baru dalam belog. Cukuplah tu. Tak nak tulis apa-apa lagi , nanti aku touching lepas tu aku emo dan seterusnya menangis macam orang hilang boipren. Hish! 

okbai.

Terima kasih sudi baca entri ini :)

Monday, January 5, 2015

Filem Arahan Pertama Aaron Aziz ; Romeo Kota Bermula 8 Januari 2015!

Sebut sahaja nama Aaron Aziz , pasti ramai yang mengenali beliau tidak kira lapisan usia sekalipun. Selain daripada sibuk menguruskan cafe miliknya Kidz & Creme di Setia Alam , Aaron Aziz turut melakarkan sejarah yang tersendiri kerana filem pertama arahannya bakal muncul di pawagam pada 8 Januari 2015 ini. Pasti ramai Aaronators ( kelab peminat Aaron Aziz ) yang tidak sabar melihat hasil pertama filem arahan Aaron Aziz ini kan?




Romeo Kota yang turut dilakonkan sendiri oleh Aaron Aziz bergandingan bersama Nabil Ahmad , Hanis Zalikha , Fizo Omar , Sofi Jikan dan ramai lagi. Pada asalnya Romeo Kota ini diarahkan oleh Ahmad Idham namun beliau telah memberi tanggungjawab ini kepada Aaron Aziz untuk mengarahkan filem ini. Sebagai peminat Aaron Aziz , Jijah juga excited untuk melihat hasil filem arahan pertama beliau! Siapa yang tidak excited kan kalau dah nama peminat kan?

Okay apa kata kita lihat terus sinopsisnya!

MARIA, seorang pelajar kolej telah ditemui dalam keadaan koma di tepi jalan. Hasil dari makluman yang dikeluarkan oleh doktor, Maria koma disebabkan menelan dadah. 

Koperal ROMI dan Lans Korporal FAKRUL merupakan dua anggota penyiasat yang telah ditugaskan untuk menyelesaikan kes tersebut. Dalam mendapatkan maklumat dan mengetahui siapa dalang di sebalik kejadian tersebut, mereka berdua telah ditugaskan secara samaran di bawah kod 'KRIPTIK' Mereka berdua diberi tempoh sebulan untuk menyelesaikannya. 

Melalui beberapa petunjuk, mereka memasuki kolej Bestari dan Koperal Romi, menyamar selaku pensyarah dan Lans Koperal Fakrul sebagai pelajar kolej. 

Pada masa yang sama, EMA, antara pelajar yang menjadi kegilaan ramai di kolej, telah menawan hati Koperal Romi dan Lans Koperal Fakrul, hingga melibatkan berlakunya cinta tiga segi antara mereka. Tetapi, ELINA pula menaruh hati dengan Romi. 

Bagi Romi pula, dia mempunyai sejarah silam apabila dia sering gagal dalam perhubungan yang dijalin selama ini. Manakala bagi Fakhrul pula, dia sentiasa percaya, jodohnya akan tiba pada bila-bila masa. 

Siasatan terus berjalan, dan mereka berdua telah menemui beberapa petunjuk sehingga membawa kepada seseorang yang disyaki iaitu BOTAK. 

Perancangan telah dibuat oleh Romi dan Fakhrul, dengan bantuan Elina yang juga menyamar sebagai pelajar untuk memberkas mereka yang terlibat dalam kes dadah tersebut. 

Atas kerjasama itu, dan kecekapan pihak Polis, telah berjaya menumpaskan mereka dan membawa yang bersalah ke muka pengadilan. 


Jijah belum lagi berpeluang menonton filem ini di tayangan media tempoh hari. Kebetulan ketika itu masih lagi dalam tempoh berehat dari aktiviti lagho ini. Namun atas sokongan untuk Aaron Aziz , haruslah Jijah tehtap jua promote dalam belog picisan ini kan? Eceh! Jadi macam mana korang setelah membaca sinopsis tersebut? 

Nak kongsi gambar pun , tak ada pula koleksi gambar filem Romeo Kota ini untuk dikongsi bersama korang. Karang ulang-tayang gambar Aaron Aziz yang lama dalam koleksi aku sendiri , mahu korang baling roti berjemaah dekat aku kan? HAHAHAHA. Korang semua jangan lupa untuk menyokong dan menonton filem arahan pertama Aaron Aziz yang bakal bermula 8 Januari ini okay?

Tapi sebelum entri ini berakhir , tehtap juga nak buat perangai. Gambar lama Jijah dengan Aaron Aziz. Masa sehari sebelum hari jadi tahun 2013 katanya. Ehems.


Jangan Lupa Tonton Romeo Kota bermula 8 Januari okay?

okbai.

Terima kasih sudi baca entri ini.