Home

Friday, November 25, 2011

Review Movie :: Ombak Rindu :: Jangan Lupa Menonton Pada 1 Disember Nanti

AMARAN :: Dilarang mengambil gambar didalam belog ku ini tanpa keizinan ku okes?!! Mintak izin dulu okes?!!


Assalamualaikum. Fuhh sudah hampir sebulan aku tak masuk ke dalam belog kesayangan ini kan? Ada yang rindu tak? *muntah* Ekekek. EH SPM tak habis lagi sudah muncul? Okay aku muncul dengan ada tujuan lain ye. Cuti yang ada dimanfaatkan dengan sebaik yang mungkin ye kawan-kawan. Sebenarnya nak meng-update tentang filem Ombak Rindu yang bakal ditayangkan di seluruh pawagam negara pada 1 Disember nanti.

Selasa lepas aku sempat meluangkan masa untuk pergi ke Media Preview Ombak Rindu yang telah diadakan di MidValley. Terima kasih buat kawan ku Kak Joyah bukan nama sebenar (wakakak) yang telah menjemput aku ke Media Preview ini. Alhamdulillah rezeki disaat akhir gitu. Hehehe. Kebetulan pula tengah break dua hari , maka aku pun meluangkan juga masa demi filem Ombak Rindu. 





Ombak Rindu merupakan filem yang diadaptasikan dari novel nukilan Fauziah Ashari dan ia telah diarahkan oleh Osman Ali. Bagi yang mungkin tak pernah tahu , Ombak Rindu dilakonkan oleh Maya Karin , Aaron Aziz , Lisa Surihani , Bront Palarae dan ramai lagi.  Sebelum ini memang aku sudah menulis tentang filem Ombak Rindu ini dan tak pula sangka mendapat peluang antara orang terawal menonton filem Ombak Rindu ini. Secara jujurnya aku takut untuk expect terlalu tinggi untuk filem ini kerana bimbang aku akan kecewa dengan hasilnya. Maklumlah sebagai pembaca novel , expectation kita terlalu tinggi kan? So kemain membebel panjang-panjang apa komen aku tentang Ombak Rindu?




Ehem. Secara jujurnya Ombak Rindu memang berjaya membuat aku menangis. Lakonan mantap Maya Karin sebagai Izzah memang wajar dipuji.Lakonan Maya Karin memang tidak boleh dipertikaikan lagi.Aku sangat suka dan juga tersentuh dengan sesetengah scene yang memang berjaya buat aku menangis. Ingatkan nak cover macho uols , sekali hambik menangis jugak aku. Tambahan pulak bila diselitkan dengan lagu bernada syahdu uols , kemain gigih lah aku menitik-nitik air mata kan? Hahahah kata emo-temo kan? Gituew. Aku rasa pemilihan Maya Karin as Izzah tak perlu dipertikaikan ye kerana aku rasa lakonan Maya menjadi seorang gadis kampung memang menjadi. Meskipun didalam novel watak Izzah memang sangat muda tetapi Maya Karin memang berjaya membawa watak tersebut. Mungkin juga kerana Maya Karin turut membaca novel Ombak Rindu ini yang juga menjadi novel melayu pertama yang Maya Karin baca ye uols maka dengan itu mungkin Maya Karin dapat menjiwai watak Izzah dengan baik.




Selain itu watak Aaron Aziz sebagai Hariz memang patut diberi pujian juga ye? Aku tak sangka Aaron Aziz boleh menitiskan air mata dengan begitu lebat.Haha. Aku terus tersentuh apabila melihat scene Aaron Aziz menitiskan air mata itu ye. Memang terpukau kejap melihat adegan air mata itu. Aku dapat rasakan kesedihan itu ye? Hamboii kemain kau Jah? Keh keh keh. Aku tak nafikan yang Aaron Aziz berjaya membawa watak Hariz yang garang dan juga boleh tahan romantis itu. Tapi sesungguhnya memang bila scene Aaron Aziz menangis , memang aku terpegun ye? Hiks. Lepas tu dengan mimik muka yang Aaron buat bertambah lagi aku suka ye? Well done abe Tapa! EH.




Lakonan Lisa Surihani sebagai Mila Amylia pula turut menjadi kegemaran aku ye. Aku rasa kali ini lakonan Lisa Surihani sangat mantap. Kalau sesiapa yang sudah membaca novel ini pasti tahu bagaimana watak Mila Amylia ini. Bak kata Lisa Surihani semalam , watak Mila Amylia tidak jahat cuma terdapat sisi hitam dan putih nya begitulah. Aku rasa memang Lisa Surihani sangat mantap membawa tak Mila Amylia ini. Sungguh tak tipu ye? Pendek cerita Lisa Surihani memang berjaya mendalami watak ini.


Tidak dilupakan juga lakonan Bront Palarae sebagai Mail boleh dikatakan sebagai penambah warna didalam filem ini. Lakonan Bront tidak pernah mengecewakan dan aku suka! Bront berjaya membawa watak seorang yang berasal dari kampung. Ehiks. Meskipun cuma watak sampingan tapi watak mail turut menghidupkan filem ini okes. Gituew kau Jah , kalau memuji memang tak pandang kiri kanan siapa kau kan Jah? Hahahahaha. Well , aku memang macam gini. Hihihi.


Begitu juga dengan pelakon-pelakon lain , masing-masing berjaya membawa watak masing-masing dengan. Mungkin juga filem ini antara yang terbaik kerana mereka melakukan rehearsal terlebih dahulu dengan bantuan Ellie Suriyatie. Tidak hairanlah setiap pelakon yang berlakon didalam Ombak Rindu ini berjaya membawa watak mereka dengan bagitu baik! 






Durasi masa untuk filem ini jika tidak salah aku hampir dua jam dan aku berpuas hati dengan jalan cherita filem ini. Maklumlah sebagai salah seorang pembaca novel Ombak Rindu pasti aku ingin kan filem ini menjadi yang terbaik. Tak nak lah kita penat-penat baca tapi hasil nya macam haramjadah kan? Tapi setelah menonton semalam apa yang aku boleh katakan aku sangat suka dengan filem ini sebab berjaya buat aku menangis dan dapat juga menyelami perasaan suka dan duka gadis kampung bernama Izzah. Rasanya amat jarang aku menangis menonton filem tapi Ombak Rindu berjaya membuat aku menangis tersedu-sedu. Entahlah , perasaan itu datang dengan sendiri okes. Tak ada pun dipaksa-paksa ye. Ahaks.


Ehem. Jika orang tanya aku "adakah filem Ombak Rindu mengikut keseluruhan jalan cerita didalam novel?"... ehem jawapan aku tidak sepenuhnya. Bak kata pengarah filem Ombak Rindu Osman Ali , meskipun banyak plot-plot yang diubah dari novel asal namun filem ini masih mengekalkan jalan cerita utama serta konflik-konflik utama. Jadi jangan korang berasa kecewa andai plot cerita kegemaran korang telah dipotong ataupun ada plot yang ditambah. Sebab bagi aku filem Ombak Rindu sudah secukup rasa kerana tidak terlalu sarat mahupun tidak terlalu ringan. Just nice uols. 


Hmm kalau ditanya tentang kekurangan dalam filem ini? Aku pun tidak pakar mana untuk mengulas tentang kekurangan dalam filem ini. Sebagai seorang penonton filem aku rasa filem ini best. Boleh macam gitu?Kang kalau aku ulas dari plot awal , pertengahan sampai habis mahu ramai-ramai nak lambung aku dalam ombak kang sebab spoilkan mood korang yang tengah membara itu khen? Hahahaha. Oh ya jangan lupa membawa tisu dan jangan lupa potong kuku bukan hape takut korang mencakar masa menonton tu tengok adegan yang ehem ehem ehh. Muahahah. *matilaa* Eh adegan dia ... ah malas lah nak cerita saja kasi korang lagi suspen membara gitu muahahaha :p


Kalau ditanya berapa bintang aku mahu kasi? Aku kasi 4 bintang setengah untuk filem Ombak Rindu. Kalau aku kasi 5 bintang nanti uols kata ai hover pulekk khen? Hahahah. Cuma apa yang boleh aku katakan filem Ombak Rindu memang wajib korang tonton terutama pada siapa yang pernah membaca novel Ombak Rindu dan terutama juga peminat-peminat Maya Karin , Aaron Aziz , Lisa Surihani , Bront Palarae dan semua pelakon-pelakon itu ye. Apa-apa pun well done Osman Ali and team! :)


Ehem so dah terlanjur bercherita tentang filem ini , moh lah aku berkongsi gambar-gambar ketika di Preview Ombak Rindu bersama Media semalam yang telah berlangsung di GSC , Mid Valley. Bayangkan dari 9.30 pagi aku bertapak disitu sampai lah pukul 3 petang dan siap di jamu di restoran Bumbu Desa. Terima kasih pihak Ombak Rindu untuk lunch itu. Kenyang perut suka hati I okes? Hahaha.


Jommmm layan gambar-gambar ketika media conference uolss! Gambar tak ikut susunan sebab mek tak kowser nak menyusun nya katanya! Hahahah :p














































Aduh , memang berjelakan entry kali ini? Untuk tatapan peminat-peminat Ombak Rindu dan juga peminat-peminat pelakon Ombak Rindu mek tutup mata upload semua gambar-gambar ini okes ? Terharu tak Senah? Eh. Cukup tak gambar-gambar diatas ni uols? Tak cukup? Baik aku tepek lagi gambar ye! Tapi kali ni gambar aku berposing dengan para pelakon , pengarah filem dengan penulis novel itu ye. Jangan jeles! Eh hado ke nak jeles dengan mak? Ehh.















Phew... memang entry ini terlalu panjang dan terlalu banyak gambar yang tepek sekali harung. Harap jangan banyak songeh jika tidak senang dengan entry ini. Macam biasa... kalau suka baca tapi kalau tak suka tak payah baca dan tak payah tengok eh? Senang aje kan! :p

Sebelum aku mengakhiri entry yang sangat panjang ini , ehem ehem aku sekali lagi ingin mengucapkan terima kasih buat Kak Joyah bukan nama sebenar diatas tiket itu dan juga pihak Ombak Rindu sendiri untuk goodies beg yang sangat meriah. Mujur aku tak sempat beli novel Ombak Rindu yang baru ye. Rupa-rupanya pihak mereka turut menghadiahkan kami semua novel Ombak Rindu , kalendar Ombak Rindu untuk tahun 2012 dan tshirt Ombak Rindu. Oh yeah sangat-sangat berbaloi meluangkan masa tempoh hari. Hehehe. Lagi berbaloi-baloi dapat berborak dengan para pelakon dan pengarah filem ini serta penulis novel itu juga ye. Hehehe. Memang seronok!





Ohh dan jika ada yang bertanya kenapa Aaron Aziz memakai spek mata hitam? Jawapan nya sila lihat gambar dibawah. Heheheh. Terima kasih tak terhingga buat photographer belog I muahaha Kak Fieza dan Kaka Ekah ye? Sanggup meluangkan masa untukku katanya! Ahaks.


kesian bang Tapa.
ehem ehem bang Tapa heksaited noks tengok mek!
gitueew kasi orang jeles erk.

Apa-apa pun entry ini serta komen dan pandangan ini hanyalah komen peribadi aku. Mungkin pandangan kita tak sama ataupun serupa tapi enjoylah gambar-gambar itu ye? Macam aku beritahu diatas aku puas hati dengan filem ini kerana langsung tidak mengecewakan aku meskipun ada plot yang dipotong dari novel dan ada plot yang ditambah dari dalam novel namun sebenarnya ia memberi warna dan corak yang tersendiri bagi filem ini ye. Hehehe. Aiyoohh terpanjang pula entry kali ini. Maaf kalau lambat post entry ini. Maklumlah macam-macam hal yang terjadi disekeliling hidupku. Cewah! Gituew kau Jah. Last but not least : Jangan Lupa Menonton Ombak Rindu di Pawagam Berhampiran Korang bermula 1 Disember ini untuk menyaksikan Maya Karin , Aaron Aziz , Lisa Surihani , Bront Palarae dan ramaaaaai lagi ok!! :)

Terima kasih sudi baca entry ini :')


42 comments:

Misz-ella said...

Ombak rindu ialah novel feveret KC masa zmn remaja dulu.

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

3 Kali break nk hbs bc sekali n3 ni( nk tunjuk kata panjang ngeee) Curlastt uols ai suker la...lagik best Kalo leh terjah Tgk kt cinema gituew....daddy hangkat iols tu nmpk makin cihat la...Hepi kot ek...jelez Tgk body MK ngan LS slim giler uols...hentak kaki uwaaaaa

Qhaifa Nur said...

para pelakon yang hebat.....
sakit mata ye abg hansem ni...

dear anies said...

adakah filem ini akn membawaku menjejaki pawagam?
x tau lg..
amboi suka nyer dia dpt jumpa artis

Azie.Fauzi said...

dikkkkkk ko nak kena bako ngan kak azie ke neh ekekkekee....grrrrrrr....jelesssss...mantap dik mantappp....nak opy pic skit2 leh letak dlm blog i..link to yrs jugak boleh??ai the very suka kat maya karin la heheheheh

@aziefauzi_kl [ twitter akaun yg dah di suspend :( ]

Ijah EmoTemo said...

kak chik >> hehehe feberet ijah jgk :)

Ijah EmoTemo said...

kaka ayu >> hahaha ampun noks! I terpaksa buat sekali harung that's why panjang gila ;)

erkk iye ke makin sihat noks? bagi I nmpk biasa je. klu masa mula2 Badai Semalam lagi sihat uols! ;)Hahah... tak perlu la nk hentak kaki uols sbb kan diorg makan byk gila uolss ekekek

Ijah EmoTemo said...

khairin >> pergi la tgk dkt pawagam k :) ehehehe mesti la seronok n best kan! ;)

Ijah EmoTemo said...

qhaifa > hehehe yeah! semua hebat2 belaka ;) a'ah sakit mata katanya! mmg kesian tgk ;(

Ijah EmoTemo said...

kak azie >> hakhak aiyoo akak dari aritu nmpk duk mengaum ni hihi. apakah yg mantap? tulisan ku yg panjang berjela atau gmbr ku ini? hahaha :p

boleh! penting tu link kan url belog ku heheheh. maya karin mmg berlakon best n shantek akak! :)

Hanis MY said...

bestnyaaa boleh tengok depan mata para pelakon i loikee...

Kamalia said...

wee..kelas gitu dpt jumpa retis yu..
eh,birthday kita samala ye,akk pun sama dgn siti jugak..kuangkuang..

Asmara said...

pergh jeles tahap gaban gak ni. hihi.. tak sabar nk tunggu org donlod. ekekeke..

Mek Onie said...

walamakkkkk,bestnya dia,hehe :)

Unknown said...

tu die byk betul die punye gmbr...haha citer mmg best nie....kalu tgok pelakon2 die mmg best lah... :)

Entri Terkini | Done With MMU Terus Balik!

Ijah EmoTemo said...

kak hanis >> hihihi mmg best akak! :)

Ijah EmoTemo said...

kamalia >> hihihi itula kebetulan dpt peluang jmp semua retis tu khen! eh iye ke? wahh ai loike birthday sama! hahaha :P

Ijah EmoTemo said...

kak asmara >> hihihi jgn la jeles kak heheh... lg 2 hari nk masuk panggung cerita ni.. so akhir bulan dec ada la tu link donlod filem ni hiks

Ijah EmoTemo said...

onie >> hihi mmg best :)

Ijah EmoTemo said...

kazen >> ahaks! mmg gmbr sgt lah byk sbb rmi yg duk mintak nk tgk gmbr para pelakon tu khen :p hihihi yups mmg best! :)

aanie said...

sape kata x jeles? huhu..jeles tgk ijah..selalu jumpa aaron aziz..lisa sgt comel..

mummy_ayu said...

wah..jeles tu..banyak giler gambar posing2 ngan artis pujaan..
nie yg buat lagi tak sabar nka tgk OMBAK RINDU..pas nie..movie wajib tnton..Ombak Rindu la..pas twilight...mesti Ayu pun tangkap nangis2.

lieyalatif said...

ramai dah ckp cite ni best....fuh...sure meletop panggung bile dah tayang ni nanti.....

wah glamer youuuu...untungnyedpt jumpe artis...artis fofulaaaarrr lak tuh!

Unknown said...

mesti best citer nih....

jom serbu

KizZ said...

Wah...tak sabar seyh nak tengok movie nih..mesti best giler!

Puan Eka said...

penah baca novel ni best sangat sebab tu nak tengok!!

hehehehe

lagu pon best kan

sonoknya dia dpt jumpa

MamaYatie said...

patut la tak sabor nak update..setambun gambor 'abg' dia...hahaa

Ardini Humaira said...

teringin nak tengok tapi kat sini tade panggung uwaaa :'(

ekabukanmakcikkau. said...

giler panjang entri kau yang ni beb ! ihhh bront palare hensem lahhh . japp , watak mail kat dalam novel ombak rindu yang mane se ahh ? aku tak ingat lahh .

Run Away said...

wah...memang best ar....aaron aziz tu....;d

Unknown said...

tak tgk lg..best sgt ke?

Ijah EmoTemo said...

kak aanie >> hehehe sila jgn jeles ye sbb ijah baru aje lps bergmbr dgn dia last sunday ekekekek

Ijah EmoTemo said...

mummy ayu >> hihihi. kebetulan jmp semua wajib posing sakan khen? hiks :)yeap mmg wajib tonton ye! :)

Ijah EmoTemo said...

lieyalatiff >> heheh mmg best!! kena tgk okehh?? :) hehehe kebetulan jmp semua kann.. heheh

Ijah EmoTemo said...

azam >> mmg best!! :)

Ijah EmoTemo said...

kiz >> hehehe mmg best! tgk okes! :)

Ijah EmoTemo said...

cik eka >> hehe mmg best novel dia! filem pun not bad kann! :)

heheh mmg best :)

Ijah EmoTemo said...

kak yatie >>> hahahah sbnrnya ada byk lg tp dh sikitkan dh tu gmbr abe kita tu :p

Ijah EmoTemo said...

dni >> alaaa syg nya :( takpe tgk dkt astro first or download je la nnt hihihi

Ijah EmoTemo said...

eka >> hahahah meraung tak tgk kepanjgn entry ni kan? hahaha :p wuish bront mmg hensem wa ckp lu :p hahahaha.. watak kawan izah dkt kmpg ;)

Ijah EmoTemo said...

run away >> hehehe yeap yeap best! :)

Ijah EmoTemo said...

zuan >> hehe bg ijah best dan boleh layn la ;)