Home

Wednesday, December 12, 2012

[Cherita Basi] Majlis Pelancaran Album The Best Of Rossa

Cherita ini sebenarnya memang cherita basi. Tapi tehtap gigih jugak Jijah update untuk ditayangkan dalam belog kesayangan kan? Habis tu kalau tak tayang dalam belog kesayangan mahu tayang dekat mana lagi kan? Hiks. Gituh lah kata Jijah.

Beberapa bulan yang lepas , Jijah telah berkesempatan bersama Pencinta Rossa Malaysia (PRM) untuk menghadiri sebuah majlis tertutup untuk Majlis Pelancaran Album The Best Of Rossa. Bila mendapat jemputan ini pastinya Jijah sangat teruja memandangkan Jijah memang sangat meminati kesemua lagu-lagu milik Diva Indonesia yang bersuara merdu ini. Memang hampir kesemua lagu-lagu mendayu Rossa memang menjadi kegemaran Jijah tau! Bila dapat sahaja jemputan ini , sudah tentu Jijah sangat gembira kan? HEHE , siapa tak gembira bakal bertemu dengan penyanyi pujaan yang sering sahaja lihat di kaca tv atau dengar di radio kini bakal bertemu di depan mata kan? Hiks , aku yang dah jumpa tempoh hari kembali berasa teruja pula bila menulis untuk kali ini tau.

Entri yang sebelum-sebelum ini ada Jijah nyatakan yang Jijah bertemu Rossa ketika ulangtahun kedua belog kesayangan kan? Hah , ketika event pelancaran album ini lah yang Jijah bertemu. Bukan senang untuk bertemu dengan Rossa ini uols. Iyerlah , nak pergi konsert Rossa pun tak pernah berkesempatan dan tak juga mampoooo katanya. Maka bila bertemu di majlis seperti ini sahajalah yang Jijah mampo. HEHE. 

Bertempat di The Venue , Pavilion , disitulah kali pertama Jijah melihat dengan sendiri Rossa katanya. Korang nampak tak ayat Jijah kemain lagi perfeeling yang menunjukkan betapa teruja nya Jijah khen? HAHA , yes memang sangat teruja bila pertama kali berjumpa dengan Rossa. Siap sempat ternganga nampak Rossa. Memang rasa nak lempang pipi sendiri yang kalau terkedu mesti konpem ada drama swasta yang berlaku. Jijah is such a drama queen. Heh!

Pertama kali juga mendengar Rossa menyanyi dengan live. Memang merdu sangat suara Rossa. Macam mana korang dengan dekat radio or even dekat mp3 , macam itu juga korang dengar live. Sangat merdu. Sampai aku rasa macam wow , sangat perfect! Gituh khen. Tapi memang sungguh sangat merdua suara Rossa bila perform live! Jijah sangat-sangat suka bila tengok kembali video yang sempat Jijah rakam. Memang suara Rossa sangat power! Hee. Lagi yang Jijah kagum yang Rossa ni memang sangat ceria orang nya tapi lagu-lagu yang Rossa bawakan semua memang jenis mendayu syahdu menitiskan airmata saja tetapi Rossa berjaya bawak feel yang tak semua artis lain mampu katanya! Itu lagi satu yang Jijah sangat kagum katanya! Hiks.

Eh macam banyak pula bercherita daripada menayang gambar khen? Tak ada gambar maka tak best lah khen? Tak lengkap gituh entri Jijah kalau tidak ada gambar katanya! Gambar memang berkeping-keping yang ada tapi Jijah hanya tayang yang terpilih sahaja katanya. Itu pun berpeluh juga nak pilih yang mana satu okes?  Gituh. Sudah! Jom layan gambar! Hiks.

















Memang banyak sangat gambar Rossa yang rakan-rakan aku tolong snapkan untuk aku. Terlampau banyak sampai aku sendiri rambang mata untuk berkongsi dalam belog kesayangan ini. Tapi yang mana yang paling Jijah rasa cantik , Jijah share disini yer. Hiks. Nak bercherita apa sangat pun , Jijah rasa memang dah tak ada sangat cherita yang nak dikongsikan dekat sini. Errr itulah , suka sangat update lambat-lambat. Habis segala benda dah terlupa nak cherita kan? Kekdahnya kalau orang masuk belog ni pun , mesti ramai yang nak tengok gamabr semata-mata. Kan?

Kata kau Jijah! Hahahah... Apa-apa pun mestilah rasa seronok sebab dapat juga berjumpa Rossa kan? Terima kasih untuk rakan-rakan aku yang sudi menjemput aku untuk bersama mereka pastinya! Kalau tidak , mana mungkin aku ada peluang sebegini kan? Seronok aje bila dapat bertemu depan-depan dengan penyanyi yang kita suka kan? Dah lah penyanyi ini susah kalau nak bertemu depan-depan. Alhamdulillah , rezeki kan? Hiks.

Jom tengok gambar lagi? Kita tengok gambar saja lah ek? Lagipun nak bercherita pun , aku dah tak tahu nak bercherita apa kekdahnya. Semua dah lost dari ingatan katanya! Rossa pun dah pulang dari menunaikan Haji , Jijah baru gheti nak update?! Lembap sungguh Jijah ni kan?! meraungggggggg








Erhiks. Banyak sangat kan gambar? Ini pun jenuh pilih punya pilih segala gambar-gambar tu tau! Dan akhirnya... itu saja lah gambar yang terpilih katanya! Ada banyak lagi gambar tapi tak kan semua nak share sini kan? Ngeee. Mahu pengsan semua orang kalau tengok beratus keping gambar dalam satu entri kan? Hiks.

Oh ya masa majlis pelancaran album ini berlangsung , sempat juga aku merakam satu video dimana Rossa menyanyikan lagu Tak Sanggup Lagi. Memang sedap sangat Rossa menyanyi live! Terasa macam sama bunyi yang direkod tapi sebenarnya menyanyi live! Perghhh. Memang sedap sangat! Jom layannnnnn Rossa nyanyi uols!




Tak Sanggup Lagi - Rossa

Gambar pun dah tepek banyak. Siap tepek video jugak kan? Jadi memang tak ada apa-apa lagi untuk dicoretkan lagi dalam entri ini. Memang entri ini sudah berniat lama untuk dipublish. Tapi ada saja masalah teknikalnya sehingga tertangguh hingga sekarang baru sempat untuk mengupdate dan publishkan. Sadis kan? Tak kisah lah , kalau cheritanya sudah sangat basi. Janji Jijah gigih juga update kan? Lagipun Jijah bukan mahu berlumba-lumba dengan belog hiburan lain untuk update terpantas kan? Hiks.

Sekali lagi , terima kasih untuk Pencinta Rossa Malaysia dan juga rakan-rakan Jijah yang sudi menjemput Jijah untuk menghadiri event private begini. Terharu sangat Jijah. So ada tak korang yang minat Rossa macam Jijah? Hiks.

Terima kasih sudi baca entri ini :)

5 comments:

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

curlastt sgt uols
semua retis dapt jmpa face 2 face gituew
ni kena join cleb diva pora ker baru dpt special gini ngeeeee

aanie said...

cantiknya rossa...

motip amik gmbr kaki?? hehe...

Qhaifa Nur said...

rossa mmg comel orgnya...

Myra Jay said...

Cantiknyer Rossa ni..

Jeles tengok Jijah dok jumpa retis..

Jijah kategori retis jugak nieh :D

sitiezahim said...

salam jijah...akak pon minat lagu2 rosa..mmg bes kan? rasanya rossa ni tanpa mekap pon cantik huhu