Home

Wednesday, December 19, 2012

[Cherita Basi] Anugerah Blokbuster. Basi Sangat Cherita Ni. Tapi Ada Jijah Kisah?

Sekali lagi nak bercherita tentang cherita basi lagi. Amboi nampak benar banyak cherita basi yang tak sempat nak diupdate kan? Sementara tak ada aktiviti lagho lain , baik cepat-cepat update cherita basi ni kan? Karang tak ada mood terus nak update kan? Lagipun 2012 pun dah nak dipenghujung! Nanti memang terus basi cherita-cherita ni macam tak best pula kan?

Sebenarnya nak bercherita tentang Anugerah Blokbuster yang telah berlangsung beberapa bulan yang lalu. Tak rancang pun nak pergi sebenarnya. Tapi bila ada rakan aku yang ajak untuk pergi. Aku pun gigih juga untuk pergi kan? Kadang-kadang nak pergi event public begini lagi syok bila kita ada geng. Baru rasa syok lain macam sikit. Kalau pergi seorang memang jawabnya forever alone lah kan? Tak best kekdahnya! 

Jadi bila kawan aku ajak pergi , aku pun dengan gigih pun pergi lah menerjah Stadium Melawati di Shah Alam. Bila pergi tak terjangka macam begini , memang gambar pun tak ada banyak sangat pun. Cukup sekadar ala kadar saja. Sekadar nak berkongsi gambar yang ada dengan Jijah saja katanya. Tak banyak mana pun. Sebab keadaan yang boleh tahan sesak itu menyebabkan aku agak sukar untuk mengambil gambar yang cantik kekdahnya. Aku bukan jenis boleh bertahan dengan orang-orang yang tiba-tiba menyelit dan menghimpit tak tentu hala ini katanya.

Geram sungguh tau. Gituew. Lagipun pada malam tersebut aku just mahu enjoy the show katanya. Nak ambil gambar pun tak sangat katanya. Hiks. Dengan Aaron Aziz pun nampak dekat red carpet sajork khen? Gituew. Tehtap kau dengan Aaron Aziz nya? Khennn. Patut tukar nama belog pun boleh jugak ni. Eh! Okay tak mahu membebel banyak.

Jom tengok gambar-gambar sepanjang di red carpet yang sempat aku snap katanya. Tak ada banyak mana tapi still boleh juga korang tengok khen? Hiks.













HEHE , memang boleh tahan juga gambar masa dekat red carpet tu. Aku kebetulan memang duduk dekat dengan Scha Alyahya , jadi memang gambar dia yang candid paling banyak kan? Hiks. So masa red carpet berlangsung memang aku punya kerja ambil saja gambar yang mana aku rasa berminat nak ambil. Lagipun bila cahaya sana sini banyak sangat memang agak terganggu nak snap katanya. Maka kalau ada yang rasa shantek sekalipun , sekali haramjadah jadi blur pulak gambarku. Paswah. Kekonon nak perfeeling photographer propesyonel lettuew. Sekaliiiii hadooooo kau Jijah! Hahahaha...

Ini memang kali pertama Astro menganjurkan anugerah seperti Anugerah Blokbuster ini. Bagi pendapat aku , secara keseluruhan anugerah ini sebenarnya sangat biasa-biasa saja. Hambar mungkin perkataan yang lebih sesuai? Entahlah. Tak terasa kemeriahannya. Rasa hambar sangat-sangat. Mungkin kalau Astro mahu melakukannya sekali lagi pada tahun hadapan, mungkin ada banyak segi yang perlu dipertingkatkan lagi. Itu sekadar pendapat peribadi aku yang menonton katanya. Hiks.

Okay tak guna nak membebel cherita basi ni banyak-banyak. Bila sudah selesai Anugerah Blokbuster , sempat juga aku bergambar dengan beberapa artis yang kebetulan lalu disebelah aku untuk pulang kan. Apa lagi? Bergambar lah kan! Hiks.



Nadiya Nisaa a.k.a Ain Hawani dengan Jijah.

Dia sangat sweet! ;)


Syafiq Yusof , adik Syamsul Yusof uols.
Tak dapat bergambar dengan abang , errr kita bergambar dengan adik dia yer. Hiks.


Tasha Shilla dengan Jijah.


Dazrin Kamaruddin a.k.a Johan dengan Jijah.


Jijah dan Shahz Jaszle.

*pengsan* hahahahaha


Jijah dan Gambit.


Jijah dan Yana Shamsudin.

Dia pun sweet juga! I like!

Apa-apa pun sekadar berkongsi gambar dengan korang semua. Lagipun tak guna pergi ke sana tapi tak update kan? Lagipun sekarang ni memang nak menghabiskan segala cherita basi yang ada dalam simpanan ni ha. Kesian sungguh kan? Asyik terperam dalam draft sajork. Tak ada masa langsung nak update sekarang ni. Nak kata sibuk , tak juga. Tapi itulah, memang dah nasib nak kena update lambat kot? Erkkkkk! Hahahaha...

So......enjoy the picture! Hiks.

Terima kasih sudi baca entri ini :)

3 comments:

Qhaifa Nur said...

akak suka baju erra...ceria dan warna warni...

Myra Jay said...

Kka ZZ nampak seksi..hehee ;)

Ain hawani cantik sangat :D

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

siler la minta keja jadi wartawan uols...sure gempaq sebab retis byk dah kenai uols ngeee