Ada apa dengan sebulan dan satu hari lagi? Ada apa Jijah? Ada apa? Amboi penuh dramatik kalau menyusun ayat kan Jijah? Biasalah Jijah. Kalau tak dramatik , bermakna itu bukan Jijah lah kan? Hiks. Ehem , sekarang sudah bulan Disember. Tapi Jijah macam lagi excited untuk bulan Januari katanya. Biasalah , orang yang tambah usia masa awal tahun , dia saja lah yang excited untuk bulan Januari. Orang lain macam kisah sangat kan? Gituew.
Dan sebenarnya macam tak sabar nak menghadapi tahun 2013. I don't know why. Cuma macam tak sabar nak mencapai azam baru. After all , aku rasa dah sepatutnya aku merancang masa depan aku dengan lebih teratur. Kehidupan sekarang bukan kehidupan yang aku impikan. Nampak tak ayat dia? Sangat novel bahasanya. Ekekeke. Tapi ini memang serius. Aku rasa aku banyak beri peluang kebebasan dalam tahun 2012. Aku perlu hentikan semua ini. Orang mungkin nampak kehidupan aku seronok dan menyeronokkan. Tapi realitinya bukan seperti yang orang gambarkan.
Dah nama pun kehidupan. What do you expect kan? Gituew tetibe speaking London pula. Azam 2012 tak banyak yang tercapai. Tapi tak apa masih belum terlambat untuk mencapai lagi. Dan dah kenapa pula Jijah bercerita pasal azam pula ni? Nampak tak? Dah lama tak menulis , isi dalam entri ini pun berterabur. Ikut suka hati saja nak menulis apa saja kan? HEHE. Maafkan saya. InsyaAllah , dalam masa terdekat ini segala entri-entri basi yang dijanjikan itu akan diupdate dalam kadar segera. Kalau boleh nak habiskan sebelum 2012 berakhir. Tak mahu pula terlajak sehingga 2013 baru hendak update kan? Nanti ramai pula yang tumpang mencerca katanya! Lagipun aku update sekadar untuk kenangan dan ingatan di masa hadapan saja. Tak ada niat yang lebih daripada itu. Katanya.
Gambar yang tak ada kaitan dengan tajuk cerita dan isi cerita. Macam tak biasa?
Jijah dan novelis Adam Dan Hawa , Kak Aisya Sofea :)
Nampak sangat tengah kena senah teruk dengan drama Adam Dan Hawa kan? Nampak sangat okay. Tak apa lagi 20 episode sahaja lagi. Lepas itu selamat tinggal dunia menyenah. Mohtif kan? Tapi lepas tu sibuk nak tengok drama Sehangat Asmara lakonan Adi Putra dengan Rita Rudaini pula. Habislah Jijah. Kena menyenah tengok drama sepanjang tahun lah jawabnya yer? *dush* Ekekekeke.
Begitulah yer. So semalam hujung minggu korang buat apa? Jijah pergi berjimba ria dengan rerakan sajrok. Biasalah hujung minggu. Nak buat apa lagi kalau tidak berjimba ria kan? Hiks.
Terima kasih sudi baca entri ini :)
3 comments:
oooo ituew la Kaka Aisya Sofea ekkk??
1st time tgk rupa dier....
biler plak uols nk jmpa ai ni??
2012 akan berakhir Jijah...lepas ni buka lagi azam baru....
bersama penulis Adam dan Hawa..bestnya
wahhh Jijah bergambar dengan Novelis terkenal... :)
Post a Comment